RESEPI NASI ARAB POWER

nasi arab
nasi arab

Bahan untuk nasi:
  • 2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
  • 4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing-masing
  • garam secukup rasa
  • 2 sb minyak sapi
  • pewarna kuning dan oren
Bahan yang disangai dan dikisar kering:
  • 1/2 sm jintan manis
  • 1/2 sm jintan putih
  • 1/2 sm bunga cengkih
  • 1/2 sm lada hitam
  • 1/2 sm biji ketumbar
  • 1/2 sm buah pelaga
Bahan untuk ditumis:
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • buah pelaga
  • kayu manis
  • bunga lawang
Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam:
(settlekan yang ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)
  • 1 ekor ayam ~ belah 4, dikelar-kelar bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
  • garam dan gula secukupnya
Bahan dikisar:
  • 3 in halia
  • 2 biji kunyit hidup ~ guna yang serbuk pun ok
  • 1 sm jintan manis
  • 1 sm jintan putih
  • 2 sm ketumbar
  • 1 sm buah pelaga
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
Caranya:
  • Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
  • Panggang atau bakar ayam hingga masak.
Resepi Salad:
  • 1 - 2 biji tomato *
  • 1 batang mentimun*
  • 1 batang lobak merah*
  • 1 biji bawang besar* ~ * didadu
  • lada hijau dihiris
  • garam, gula dan cuka secukupnya
(campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • garam dan gula
  • jus limau nipis @ air asam jawa
  • sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Credit to: Naimah Md Ludin (resepi)

KHASIAT DAUN KUCAI

kucai
kucai

Ada yang tak kenal daun kucai ke ?
Daun kucai ni baunya hanyir sikit tapi banyak khasiat nya untuk kesihatan dan perubatan petua lama.
Kucai tak mahal mana pun. Rupanya macam rumput je. Tapi Allah anugerahkan pokok ini penuh dengan kegunaan dan khasiat untuk manusia.

Khasiat Daun Kucai :

1.TAMBAH SELERA MAKAN UNTUK ANAK
Caranya:
  • Ambil segenggam daun kucai. Cuci hingga bersih.
  • Kemudian rendam dalam air suam, separuh baldi.
  • Mandikan anak dengan air daun kucai setiap hari selama 3 hari berturut-turut.
  • Jadikan mandian daun kucai tu bilasan yang terakhir.
  • Jangan bilas, lepas mandi dengan air daun kucai tu.
  • Sambil jirus tu baca Al-Fatihah dan 3 kali selawat sambil niatkan hajat kita nak anak kita ada selera makan dan sihat.
  • Insha Allah dengan izin Allah, anak akan berselera makan.
2.RAWAT KUNING / JAUNDIS
Anak demam kuning, pastikan beli daun kucai sebagai rawatan paling awal untuk redakan atau cegah demam kuning.
Zaman sekarang, memang payah nak jumpa, anak takde demam kuning. 
Caranya:
  • Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
  • Ramas daun dalam separuh baldi air, dan mandikan terus anak dengan air daun kucai.
  •  Amalkan selama seminggu berturut ataupun hingga betul-betul disahkan doktor yang anak bebas jaundis.
Kalau yang tadi untuk anak kecil, yang ini pula khasiat lain kucai pada orang dewasa. 
Antaranya :
- SENGGUGUT, KEPUTIHAN, DARAH TINGGI & SEMBELIT
  • Vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang dalam kucai ni dapat ubati penyakit tu.
  • Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan jadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.
  • Ia juga lancarkan pengaliran darah, sekali gus hindarkan pembekuan darah.
Caranya:
  • Tumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas dan diminum.
  • Lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.
Antara khasiat lain, kucai berkhasiat untuk:

1.TURUNKAN BERAT BADAN
- Kucai sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral yang baik untuk kesihatan kita

2.TURUNKAN TEKANAN DARAH DAN KOLESTEROL
- Kucai mengandungi allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang.
- Allicin dapat kurangkan tekanan darah dan turunkan kolestrol dalam tubuh.
- Dapat bantu bersihkan usus dari kekotoran.

3.CEGAH SEMBELIT
- Kucai kaya serat makanan yang dapat bantu lancarkan pencernaan dan mampu hilangkan sembelit.

4.CEGAH KANSER
- Flavonoid dan sulfur yang ada dalam kucai dapat cegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut.
- Kucai dapat melawan radikan bebas dan mencegah perkembangan kanser.

5.UNTUK MASALAH KULIT
- Kucai memiliki sifat anti bakteria dan anti fungus yang sangat baik untuk mengatasi infeksi kulit.
- Gunakan kucai sewaktu memakai lotion, scrab dan luka. Kucai juga dapat bunuh bakteria dan fungus ketika kulit mengalami masalah.

6.CEGAH JERAWAT
- Beta karoten yang terdapat dalam daun kucai bermanfaat untuk bersihkan kulit, hingga kulit bebas jerawat. Kucai jugak dapat cerahkan kulit.

7.CEGAH RAMBUT ROSAK
- Daun kucai dapat kuatkan folikel rambut dan meningkatkan aliran darah dari kulit kepala ke akar.
- Kucai digunakan dalam beberapa produk perawatan rambut, kerana mampu hentikan masalah rambut gugur.

Jadi, tak perlu nak bersusah payah dengan produk moden kalau dengan kucai tu pun boleh bantu selesai kan masalah kita.

Semoga bermanfaat.

kredit: kak No

RESEPI UMAI IKAN SARAWAK

UMAI IKAN SARAWAK
UMAI IKAN SARAWAK

Bahan-bahan:
  • 100g isi ikan-hiris halus/kecil 
  • 1 inci halia
  • Cili merah+cili padi (buh ikut tahap kepedasan masing-masing-pedas lagi best)
  • 2 ulas bawang merah-hiris
  • 6 biji limau kasturi (atau secukupnya)
  • Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara-cara:
  • Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
  • Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.

*Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.

Rasa isi ikan yang segar, pedas-pedas dan masam2 menggambarkan rasa umai yang sedap!

Resepi Umai Kaki Ayam

Umai Kaki Ayam
Umai Kaki Ayam

BAHAN-BAHAN:
  • 1kg kaki ayam | direbus dan dihiris kasar
  • 4 biji bawang besar | dihiris nipis
  • 2 batang serai | dihiris halus
  • 10 biji cili padi | dihiris halus
  • 5 biji Limau kasturi | diambil jusnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1 Masukkan kaki ayam yang dihiris tadi ke dalam mangkuk bersama hirisan serai dan cili padi.
2 Masukkan garam secukup rasa dan perahan limau. Gaul sebati dan perap selama sejam.
3 Sedia dinikmati.

RESEPI MEE KARI NYONYA

MEE KARI NYONYA
MEE KARI NYONYA

Bahan-bahan:
  • 3-4 paket kecil rempah kari daging , ikut nak pekat boleh letak banyak.
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan tulang ayam, direbus dengan 1 liter air untuk dapatkan stok
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan isi ayam, dipotong dadu
  • isi udang
  • isi kerang, rebus dahulu dan ambil isi
  • fish ball
  • fish cake
  • tauhu kembung (taufu pok orang panggil jangan risau ada yang halal)
  • mi kuning
Bahan kisar dengan sedikit air: 
  • 1/2 cawan cili kering yang telah direbus lembut
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering tanpa kulit - rendam dulu untuk hilangkan masin
Bahan tabur atas: 
  • Taugeh dicelur
  • Daun bawang dan daun sup, dicincang
  • Bawang goreng
Cara penyediaan: 
  • bahan kisar dicampur bersama rempah dan gaul sebati. Jika pekat tambah air
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bercampur rempah sehingga wangi dan harum baunya menghasilkan pes cili yang sedap.. Masukkan sedikit garam dan gula. Ambil sedikit pes cili yang terhasil untuk dihidangkan bersama mee nanti sebagai sambal mee kari
  • Tambah stok rebusan ayam kedalam bahan tumisan tadi dan kacau rata. Masukkan bahan bahan seperti isi ayam. Masaksehingga isi ayam empuk
  • Masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika perlu atau jika terlalu pekat. Tambah garam jika perlu. Bila hampir mendidih masukkan fish ball, fish cake, tauhu kembung, udang dan kerang. Biar kuah mendidih dan bolehla diangkat untuk dihidangkan bersama mee yang dicelur.
Optional:
  • Boleh juga sediakan kuah bersama isi ayam. Bahan lain seperti udang, kerang fish cake dan fish ball dicelur masak dah hidangkan asing dalam mangkuk.
  • Hidangkan bersama sambal cili yang kita simpan sedikit tadi. Jika nak lebih boleh gandakan bahan-bahannya

Kredit resepi: eny yusnizar Abdullah (MAHD)

RESEPI MEE HAILAM

MEE HAILAM
MEE HAILAM

Bahan-Bahan:
  • 600 gm mee kuning
  • 100 gm isi ayam [hiris nipis]
  • 100 gm udang
  • 250 gm sawi hijau [potong kecil]
  • 100 gm bunga kubis [hiris]
  • 100 gm kobis [hiiris]
  • 1 biji cili merah [mayang]
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 cawan air
  • 4 ulas bawang putih [ketuk]
Bahan hias
  • 3 batang daun sup ]
  • 3 batang daun bawang ] potong pendek
  • garam [jika perlu]
Cara:
1. Buat poached egg.Ketepikan.
2. Siang udang, basuh kulitnyanya dan masukkan air. Rebus untuk ambil stok. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih tumbuk dan sikit cili kisar, hingga garing dan wangi.
4. Masukkan ayam, udang dan kek ikan. Kacau rata.
5. Masukkan sos tomato, kicap pekat, kicap manis bersama stok udang dan juga batang sawi. Masukkan garam dan sedikit gula.
6. Masukkan mee kuning, tomato ceri dan kobis, kacau rata. Tolak mee ke tepi kuali dan masukkan poached egg.
7. Sebelum tutup api, masukkan daun sawi, kacau dan tutup api. Siap.

Kredit resepi: mamafami (resepi pilihan bonda)

Sosej gulung uli sos

Sosej gulung uli sos
Sosej gulung uli sos

Bahan:
Doh

  • Tepung gandum 400g*
  • Yis 2 sudu makan*
  • Gula 2 sudu makan*
  • Baking powder 1 sudu kecil*
Air suam 1 gelas
Minyak masak 1/3 gelas
Sosej yg siap

Cara:
  • Gaulkan bahan bertanda * sehingga sebati
  • Masukkan air perlahan2 sambil uli2 kemudian masukkan minyak... dah siap jadi doh sedia digulung-gulungkan dekat sosej....
  • Siap digulung sedia digoreng....guna api sederhana...siap digoreng toskan
Resipi sos:
  • Bawang merah 2 ulas*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Sedikit air

*blend kemudian tumiskan bawang tadi....sehingga naik bau...masukkan sos cili...masukkan sedikit air....masuk sedikit gula...dah pekat sikit rupa sos ya masukkan sosej gulung dah digoreng tadi....gaul-gaul sehingga sekata...masukkan kacang tumbuk....siapp....

Kredit resepi : Nora Afandi  

KETAM SAMBAL BERSAMA TELUR PECAH

KETAM SAMBAL BERSAMA TELUR PECAH
KETAM SAMBAL BERSAMA TELUR PECAH

Bahan:
  • 2 kilo ketam(dicuci bersih)
  • 10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 Biji bawang besar(potong dadu)
  • 2 cm halia(dicincang)
  • 7-9 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai dikatok
  • 1 Biji tomato(dipotong dadu)
  • 4 butir telur ayam
  • SOS cili 2 sudu besar
  • SOS tomato 2 sudu besar
  • SOS ikan 1 sudu besar
  • SOS tiram 2 besar
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk belacan(jika suka)
  • Daun bawang(jika suka)
  • Garam 1 sudu kecil 
  • Gula 2 sudu besar (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 cawan air
CARANYA
1)panaskan minyak Dan masukkan serai,biarkan aromanya Naik dahulu
2)masukkan halia Dan bawang putih..masak sehingga sedikit keperangan,masukkan bawang Dan masak seketika
3)masukkan cili kisar,daun limau purut Dan Tumis sehingga pecah minyak,
4)apabila Sudah pecah minyak,masukkan Serbuk belacan,garam,gula,kiub ayam, tomato Dan biarkan ianyanya masak seketika
5)masukkan SOS ikan,SOS,tomato,SOS cili,SOS tiram.gaul rata
6)masukkan ketam Dan 1 cawan air,Dan biarkan ketamnya masak dengan sempurna(API SEDERHANA) 

JIKA KUAHNYA KERING JANGAN DITAMBAH AIR LAGI,BIARKAN, NANTI AIR KETAM AKAN KELUARKAN SENDIRI.

7)apabila Sudah masak,masukkan telur,Dan pecahkan didalam kuali,Dan gual rata sehingga Telur masak...
8)tutup api Dan siap dihidang

Sumber : Nurul Ateekah  

RESEPI AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI

AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI
AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI

Bahan:
  • Ayam 1 ekor
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Cili hijau 5 batang
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 4 biji
  • Serai 1 batang
  • Daun pandan 1 helai
  • Cili padi hiasan 6-7 biji
  • Petai
  • SOS ikan 2 sudu besar
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Garam (agak2)
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil(jika suka)
  • Minyak masak(Yang baru untuk mengoreng ayam)
Cara memasak:
1)ayam dicuci bersih. gaulkan bersama kunyit Dan garam
2)mengunakan minyak masak Yang baru untuk goreng ayam Dan goreng ayam sehingga masak
3)kisar atau tumbuk cili hijau,cili padi hijau,bawang putih Dan bawang merah
4)mengunakan minyak ayam tadi(anggaran 1-2 senduk) 
5)masukkan daun pandan Dan serai masak sehingga Naik bau atau kekuningan
6)masukkan bahan Yg telah dikisar Dan masak sehingga pecah minyak
7)masukkan Serbuk belacan,petai dan cili padi,Gaul sebati.Dan masukkan perasa Knorr Dan SOS ikan
8)Dan akhir sekali,masukkan ayam daun Gaul rata,(jika tak cukup masin,tambah Kan sedikit garam)

kredit resepi: nurul ateekah

RESEPI AISKRIM HIPSTER COKI-COKI

AISKRIM HIPSTER COKI-COKI
AISKRIM HIPSTER COKI-COKI

BAHAN-BAHAN
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 4 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
  • Secubit garam
  • 3 paket choki choki
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.
2.Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
3.Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
4.Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
5.Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki.
6.Tuangkan susu separuh plastik dan ikat. 
7.Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.

Anggaran aiskim 25-27 bungkus.**

Kredit Resepi:FB Resepi Memikat Suami

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Yong Tau Foo
 Yong Tau Foo

Kuah hitam
  • 2 sudu makan taucu
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4-5 sudu makan gula
  • 3 cawan air
Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, pastu masak bagi mendidih sekejap.

 Kuah merah
  • 1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 4- 5 sudu makan gula
  • 3 cawan air
  • 1/4 sudu makan garam
Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
  • 3 sudu makan cili blend
Cara-cara: 
  • Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk. Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
  • Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap
Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
Selamat mencuba! Sedap tau, boleh jimat, makan kat rumah hanya beli bahan-bahan je. Resepi ni boleh buat niaga tau!

Credit resepi:Hamidah ida
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE 

Bahan-bahan:
(A)
  • 1/2 kg kuey teow
  • 3 biji telur - pukul hancur sahaja
(B)
  • 5-7 ulas bawang putih - cincang halus
  • Udang dan sotong jika suka
  • minyak secukupnya untuk menumis
(C)
  • 1/2 sdm sos tiram
  • 1/2 sdt kicap cair
  • 1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
  • 1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
  • 1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
  • 1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*

  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai jika suka 
Cara:
  • Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
  • Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
  • Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

Credit: sue

DAGING GORENG THAI STYLE (ala thai)

DAGING GORENG THAI STYLE
DAGING GORENG THAI STYLE

Bahan-bahan:
  • 800gm daging
  • 5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
  • 1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sb sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
  • 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sb air limau nipis
  • 3 sb air asam jawa
  • Kicap sotong / sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
  • Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
  • Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
  • Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
  • Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Kredit resepi : ilham resepi   

KERABU TELUR MASIN

KERABU TELUR MASIN
KERABU TELUR MASIN

Bahan:
  • 4 bijiTelur masin(rebus..belah 2 dan korek isinya dengan sudu)
  • 1 biji bawang besar - belah 2 & hiris nipis
  • 7@8 biji cili padi - hiris
  • 5 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula
CARA-CARA :
  • Masukkan telur masin ke dalam mangkuk
  • Potong-potongkan telor masin dengan sudu 
  • (jangan terlalu kecik..nanti hancur bila di gaul)
  • Masukkan bawang dan cili
  • Masukkan gula dan cuka..gaul sebati..

Siap dan Selamat Mencuba!

Kredit Resepi : Mazliza Ahmad 

RESEPI MEE HAILAM

MEE HAILAM
MEE HAILAM

BAHAN-BAHAN:
  • 300gm udang sederhana besar
  • 300gm daging ayam
  • 3 ekor sotong saiz besar
  • 1 peket fish ball
  • 1 peket mee
  • 3-4 cawan air
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos nampla
  • 2 biji telur
  • Sedikit sayur sawi
  • Sedikit bunga kobis
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomato masak ranum
  • Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan cili merah secukupnya
Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:
  • Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .
  • Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .
  • Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .
  • Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .  

RESEPI KERUTUK DAGING

KERUTUK DAGING
KERUTUK DAGING

Bahan:
  • Daging (potong ikut suka)
  • 1bj bawang besar*
  • 3ulas bawang putih*
  • 5btg serai*
  • 1inci halia*
  • 6tgkai cili kering*
  • 1inci lengkuas (ikut suka)* 
  • Sdikit jintan manis (ikut suka)*
  • Kerisik (ikut suka)
  • 1bungkus rempah kerutuk
  • 1/2kotak santan
  • Gula (gula nisan, melaka, perang or gula biasa)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Rempah 4 sekawan
Cara:
  1. Potong kasar bahan bertanda * dan blend hingga halus bersama sedikit air dan minyak..
  2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bahan blend hingga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hingga pecah minyak baru msukkan daging bersama santan dan kerisik..masak hingga daging empuk
  3. Dah empuk baru masukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut suka nak tahap kepekatan tu camna..klu suka berkuah boleh tambah air..kalau nak kering terus masak sampai kering...

Selamat Mencuba

Kredit Resepi : jamaliah samsudin

Resepi kek batik

Kek batik
Kek batik

bahan-bahan:
  • 1 paket biskut meri ( guna yg 600grm)
  • 1 ketul butter (250grm)
  • 4 biji telur
  • 1 cwn milo
  • 1 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn nestum
  • 1 cwn air masak
  • 1/2 cwn gula 
cara-cara:
masak butter,guna api yg sangat slow.then masukkan milo,serbuk koko dan susu pekat.bila agak-agak nak mendidih,masukkan telur dan lastly masukkan air.kacau hingga agak pekat (jangan pekat sangat, agak-agak je).tutup api..masukkan nestum dan patah-patahkan biskut.kacau sampai sebati..then masukkn dalam loyang/bekas..mampatkan semampatnya..last,simpan dulu dalam fridge selama 30minit sebelum makan..

Chicken Floss Bun/Bun Serunding Ayam

Chicken Floss Bun/Bun Serunding Ayam
Chicken Floss Bun/Bun Serunding Ayam

Bahan-bahan : 
  • 250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak 
  • 35 gram gula kaster 
  • 1/2 sudu teh) garam 
  • 1 sudu teh yis segera 
  • 1/2 biji telur, dipukul sedikit 
  • 135 ml susu segar 
  • 30 gram mentega, dilembutkan 
Cara-cara: 
  • Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  • Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap yang bersih. Biarkan selama 10 minit. 
  • Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam doh dengan potongan kecil butter. Tutup dengan kemas supaya butter tidak terkeluar apabila membakar nanti. Susun atas dulang pembakar. 
  • Biarkan seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang. Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 20 minit.  
Topping:
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Chicken Floss / serunding ayam
Cara-cara:
  • Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan. 

RESEPI MEE GORENG BASAH BERKUAH

MEE GORENG BASAH BERKUAH
MEE GORENG BASAH BERKUAH

Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar - kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suke
  • 2 biji tomato - belah 6
  • Taugeh
  • Sawi atau kucai
  • 2 biji telur - akak guna putih telur aje ... lebihan buat biskut ari tu, sayang kalau tak digunakan!
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kicap manis - agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
  • Air atau stok air daging @ udang jika ada
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
  • Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
  • Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
  • Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

RESEPI MEE KUAH DAGING

MEE KUAH DAGING
MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
  • 2 peket mee kuning - secukupnya
  • 1 kilo daging
  • 2.5 liter air rebusan daging
  • sos tomato secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 1 cawan kuah kacang
  • 3 biji kiub stock ikan bilis
  • 4 biji telur - utk pekatkan kuah
  • 3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
  • 8 biji telur rebus - dipotong 2
  • hirisan cili merah secukupnya
  • hirisan daun bawang secukupnya
  • Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
  • Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
  • Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
  • Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
  • Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup  

Apam cheese gebus mebus

Apam cheese gebus mebus
Apam cheese gebus mebus

Bahan:
  • 2 biji telur gred A atau B
  • 1cawan gula
  • 1sudu kecil ovelete
  • 1cawan susu cair
  • 2 keping cheddar cheese
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2sudu kecil esen vanilla

*masak susu cair dan cheddar chese dgn api sederhana hingga cheese larut.ketepikan

Cara:
Pukul gula telur ovelete dan esen vanila hingga putih gebu.Masukkan susu cair yang dimasak bersama cheese tadi.Baru masukkan tepung. Ayak tepung dulu yer.Gaul rata.
Boleh masukan dalam cup. kukus api sederhana 8-9 minit.. pastikan air kukusan mendidih dahulu.. selamat mencuba..

BAN SOSEJ BERKEJU

BAN SOSEJ BERKEJU
BAN SOSEJ BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
  • 50gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 200ml air sejuk
  • 1 1/2 sudu teh ragi segera
 BAHAN B:
  • 350gm tepung berprotein tinggi
  • 25gm susu tepung
  • 25gm pelembut roti
BAHAN C:
  • 30gm mentega
BAHAN INTI:
  • 200gm keju parmesan disagat
  • Sosej ayam atau daging secukupnya
  • 1 biji telur.,dilarutkan dengan sedikit air
 CARA MEMASAK:
  • Bancuh bahan A sehingga larut dan sebati. Kemudian campurkan dengan bahan B dan pukul lagi sehingga mesra.
  • Seterusnya, sebelum membentuk roti campurkan bahan C iaitu mentega dan adun doh sehingga lembut dan elastik. Uli doh menjadi bulat dan rehatkan selama 30 minit.
  • Kemudian, uli dan tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan anginnya. Bulatkan doh dan potong-potong doh kepada berat 60gm setiap satu.
  • Uli doh menjadi bulat dan canai menjadi leper. Letakkan sosej dan gulung doh sekemasnya. Susunkan diatas dulang pembakar. Setelah selesai, rehatkan doh supaya mengembang selama 20 minit. Kemudian, doh disapukan dengan telur dan taburkan keju. Bakar dengan suhu 170 darjah C selama 25 minit.
  • Hidangkan ban panas-panas.

resepi buat capati

capati
capati

Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, “tepung Atta” ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. 
Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. 
Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum pulak dah.

BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit) 
  • kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. 
  • Air untuk membuat doh.
  • Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.
  • Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. 
  • Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. 
  • Biarkan bebola yang telah siap selama 20 - 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).
  • Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung (mamak haji biasanya gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. 
  • Leperkan permulaan dengan  90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke  45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. 
  • Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata  6″. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
  • Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakr di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. 
  • Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . 
  • Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat.  Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
  • Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit .
  • Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak. 

RESEPI MEE REBUS

MEE REBUS
MEE REBUS 

Bahan-bahan(untuk 2 kg mee kuning):
  • 2 kg mee kuning
  • 1/2 kg daging / tetel / tulang ~ daging dan tetel di hiris.
  • Kemudian rebus dahulu hingga empuk. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Air rebusan jangan buang, boleh di masukkan dalam kuah nanti.
  • 4 biji keledek sederhana besar ~ sebaiknya keledek oren kerana rasanya manis dan membuatkan kuah kita berwarna oren. Keledek ni kita rebus dahulu dengan air dan secubit garam. Bila dah empuk kisar halus. Jika tak ada keledek boleh gantikan dengan kentang. Ita guna kentang.
  • 1 cawan tauco ~ tauco ni kita cuci dahulu kerana tauco ni dia masin. Kemudian di kisar halus.
  • 1/2 cawan udang kering ~ udang ni di rendam dahulu , kemudian di kisar halus. Jika ada udang pepai, udang kertas atau udang putih yang kecil boleh tambah sekali dan kisar. Supaya kuah lebih manis dan enak.
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 1 inc halia ~ di kisar
  • 1 inc lengkuas ~ lengkuas boleh kisar sekali jika suka kalau tak suka rasa lengkuas yang kuat boleh hiris atau ketuk sahaja
  • 3 batang serai ~ di ketuk perdunya
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 2 keping asam keping.
  • cili kering dikisar untuk rasa pedas 
Cara-cara:
  • Sediakan bahan-bahan untuk kuahnya terlebih dahulu. Bila dah sedia bolehlah kita mulakan proses memasak kuah mee rebus.
  • Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk.
  • Bila minyak dah panas kita tumiskan serai dan lengkuas. Ita dah kisar sekali lengkuas bersama bahan kisar.
  • Kemudian kita masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
  • Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak.
  • Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
  • Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
  • Sekarang kita masukkan rempah kari. Ita suka masukkan terus rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan pes. Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air.
  •  Boleh gunakan air rebusan daging.
  • Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar. Ita tambahkan cili kering kisar sedikit. Dalam resepi tak ada cili kering.
  • Masak lagi hingga cili betul-betul garing.
  • Sekarang kita masukkan tulang, bagi yang menggunakan tulang. 
  • Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel. Kak campur sekali daging, tetel dan tulang pun boleh.
  • Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.
  • Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
  • Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
  • Masukkan juga keledek yang kita dah kisar. Ita guna kentang dalam resepi ini.
  • Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin. Ita tambahkan gula Melaka kerana ita suka kuah yang rasanya lemak. Ita juga tambahkan asam keping. 
  • Dalam resepi tak menggunakan asam keping. Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya..
  • Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat
  • Dah pun siap kuah mee rebus kita.
  • Mee rebus di makan bersama keriuk-keriuk yang rangup atau kerupuk udang yang rangup. Sekarang kita sediakan pula kerupuk udang.
  • Resepi yang di kongsikan hanya menggunakan tepung gandum. 
  • Jika guna tepung gandum sahaja, ia tak akan rangup dan jadi macam jemput-jemput pulak. Kerupuknya sangat rangup dan itu yang membuatkan mee rebusnya lain dari yang lain. 
  • Untuk menambahkan kerangupan, ita ubah sedikit resepi dan tambahkan tepung beras, supaya kerupuknya rangup.

Kredit resepi: ita

Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)

Ikan Bilis Goreng Asam
Ikan Bilis Goreng Asam

Bahan-bahannya:
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 1 biji
  • Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam (secukup rasa)
  • Ikan bilis
  • Kentang 1 biji (dipotong nipis)
  • Minyak
Cara-caranya:
  • Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat.
  • Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!
  • Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.

Resepi Daging Masak Pelembang

Daging Masak Pelembang
Daging Masak Pelembang 

Bahan-Bahan:
  • 1 kg daging dihiris nipis
  • 1 cawan kicap manis kipas udang
  • 3 batang serai dititik
  • 4 sudu kerisik
  • Bahan2 yang dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 20 biji cili kering
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Bahan penumis:
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu mania
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:
1. Masukkan minyak dalam kuali
2. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Biar naik bau sekejap.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Masak seketika.
4. Masukkan daging dan serai yang dititik. Masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan kicap dan masak seketika.
6. Masukkan kerisik.
7. Masukkan 1 camca kecil garam dan 1/2 sudu makan gula. Rasa dulu la ya. Setengah orang suka manis-manis sikit. Boleh ejas-ejas ikut masing-masing.
8. Siap memasak. Bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba

Kredit Resepi:Roshima Ibrahim 

Pucuk Paku Goreng Belacan Sedap

Pucuk Paku Goreng Belacan
Pucuk Paku Goreng Belacan

bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk paku (dibersihkan)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • sedikit cili giling (boleh juga menggunakan cili merah dan tumbuk)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit belacan bakar (ditumbuk)
  • sedikit air
cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
  • Masukkan sos tiram dan air secukupnya. Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan pucuk paku. Kacau lagi hingga sedikit layu. (jika kurang masin boleh tambah garam)
  • Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.
kredit masakwithpassion (by datin ismatia)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

SAMBAL HITAM PAHANG
SAMBAL HITAM PAHANG

Bahan-bahan :
  • ½ cawan belimbing buluh rebus (cara-cara merebus di bwh)
  • ½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis)
  • 5 tbsp kicap manis atau secukup rasa
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
Cara-cara :
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing-masing.  
Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak-banyak & simpan stok.
Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan reneh dengan api yang kecil. Biar sehingga belimbing keluarkan jusnya sendiri & kecut.  
Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. 
PESANAN: 
Jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni, memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul-betul kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
PESANAN KEDUA: 
Guna periuk yang buruk-buruk je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. Kebiasaannya orang guna tin untuk rebus belimbing ni.

2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3. Panaskan minyak & tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. 
Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. @ boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan.

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.

Selamat mencuba.

Kredit resepi:resepicampakcampak

masak lemak cili api pucuk ubi

masak lemak cili api pucuk ubi
masak lemak cili api pucuk ubi 

BAHAN-BAHANNYA:
  • pucuk ubi kayu
  • santan 
  • 50g ikan bilis 
  • 5 biji cili api 
  • seinci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • seulas bawang putih
  • garam 
CARA-CARANYA:
  • pucuk ubi dipotong @ disimpul..kemudian dicelur sebentar 
  • cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
  • kemudian tumbuk ikan bilis pula.
  • satukan pucuk ubi dan bhn yang dikisar.
  • masukkan santan,garam dan kacau sehingga mendidih
  • boleh la ditutup api dapur.

Kredit resepi: Kamsiah Yusoff  

Mee Rebus Terengganu

Mee Rebus Terengganu
Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan (4-5 orang):
  • 500 gm mi kuning
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 6 cawan air
  • 1 sup bunjut
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 3 biji telur
  • 1 paket fish ball (bebola ikan)
  • 1 paket fish cake
  • Ayam atau daging
  • 2 biji tomato (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dihiris)
  • Sayur sawiTaugeh
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan air, sup bunjut, lada hitam dan ayam/daging. Reneh dengan api yang sederhana.
  • Masukkan fish ball, fish cake dan lobak merah. Masukkan telur dan biarkan masak tanpa dikacau.
  • Masukkan sayur sawi dan tomato.
  • Siap untuk dihidangkan. Mi kuning hanya celur dengan air panas.
  • Lebih sedap kalau ada sambal kicap, hirisan daun sup, bawang bawang dan limau nipis.

Puding Sagu Mata Ikan

Puding Sagu Mata Ikan
Puding Sagu Mata Ikan

Bahan Puding Sagu Berkuah:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 4 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
sukatan air masa nak merebus sagu ni bergantung pada kita..kalau suka lembut lagi..boleh je tambah 1 cawan air lagi..kalau suka keras sikit..3 cawan air pon dah cukup..

Cara-Cara Menyediakan Puding Sagu:
1.Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam..Kemudian toskan
2.Didihkan air bersama daun pandan.
3.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
4.Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.
5.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing-masing
6.Masukkan ke dalam acuan.Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Bahan Untuk Kuah Gula Melaka:
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 sudu gula pasir (klu x nak mnis sgt..x pyh boh)
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Bahan Untuk Kuah Santan :
2 kotak santan yang saiz kecik+ 1/4 camca teh garam

Cara Menyediakan :
Masukkan ke dua-dua santan kotak dlm periuk.. masak bersama 3/4 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.

Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan dan juga kuah gula melaka. 

TWISTIES HOMEMADE RANGUP

TWISTIES HOMEMADE RANGUP
TWISTIES HOMEMADE RANGUP

Bahan-bahan:
  • Laksa kering
  • Serbuk kari
  • Serbuk cheese
  • Kuib megi *optional
Cara-caranya:
  • Patah-patahkan laksa dan goreng di dalam minyak panas sampai garing.
  • Bila dah garing,angkt dan toskan
  • Masukan serbuk kari, serbuk cheese n kuib ayam megi di atas laksa yang dah goreng tadi
  • Gaul rata dan siap.
  • Boleh makan depan tv.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba 

kredit resepi: sue eyda (buku resepi online)

KUIH BOM

KUIH BOM
KUIH BOM 

BAHAN-BAHAN:
  • 800 gm tepung pulut
  • Air
  • 100 gm bijan
INTI :
  • 100 gm gula merah
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan air
  • Gula pasir secukup rasa. 
 CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat intinya, satukan gula merah dan gula pasir dengan air. Kacau rata.
2. Kemudian didihkan adunan sebelum dimasukkan kelapa parut ke dalamnya. Masak sehingga adunan kering dan ketepikan.
3. Setelah itu, buat pula adunan kuihnya dengan membancuh tepung pulut bersama dengan air. Jangan sampai lembik dan pastikan ianya boleh diuli dan dibulat-bulatkan.
4. Masukkan inti di dalamnya dan golekkan pula bijan sebelum digoreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

Cara-cara Buat Cendol

Cendol
 Cendol

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • 3 cawan air pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit perwarna hijau
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara Buat Air Cendol:
1. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).
2. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam).
4. Untuk melikatkan campur dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
5. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain ikut citarasa anda.

Khasiat 3 jenis buah tembikai

 Khasiat buah tembikai untuk kesihatan tubuh memang hebat. Kalau kita tahu pasti kita akan makannya setiap hari. Sedap pun iya juga.
Buah tembikai bukan sahaja rendah kalori dan lemak, tetapi juga tinggi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Kandungan air dalam buah tembikai juga tinggi. Lebih kurang 92 peratus air ada di dalam buah tembikai.
Terdapat beberapa jenis buah tembikai yang sering menjadi pilihan ramai. Antaranya adalah tembikai merah, tembikai susu dan tembikai wangi.
Sebenarnya buah tembikai (watermelon), tembikai susu (honeydew) dan tembikai wangi (cantaloupe) mempunyai zat tinggi, sekaligus menjadikannya snek makanan sihat yang sesuai untuk seisi keluarga.

1-Tembikai (Watermelon)
Tembikai merah boleh dikenali dengan warna cerah, yang tidak hanya membuatnya kelihatan menyelerakan tetapi juga menambah manfaat pemakanan. Ini termasuklah:

Likopen: antioksidan kuat yang dapat membantu mencegah kerosakan sel, dan dapat membantu mencegah beberapa jenis barah. Semakin dalam warna tembikai, maka semakin banyak likopen yang terdapat di dalamnya.

Tembikai (watermelon)
Fitonutrien: boleh membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Vitamin A dan C: seperti tembikai lain,tembikai merah menyediakan sumber vitamin penting ini, serta kalium.

2-Tembikai Susu (Honeydew)
Tembikai susu memberi  gula semulajadi yang akan terus memberi tenaga kepada sel tubuh sepanjang hari. Ia juga rendah lemak dan mengandungi beberapa vitamin dan mineral utama, seperti:

Vitamin C: terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta memberi kulit yang sihat, menguatkan tisu, dan meningkatkan fungsi otak yang sihat.

Tembikai susu (Honeydew)
Kalium: mineral penting untuk fungsi jantung yang sihat. Kekurangan kalium boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.
Tembaga: membantu pertumbuhan semula sel kulit, yang membantu mempromosikan kulit yang sihat.
Vitamin B: membantu membuang toksin dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit.

3-Tembikai Wangi (Cantaloupe)
Beberapa manfaat buah tembikai wangi untuk kesihatan termasuklah:

Karotenoid: antioksidan kuat yang membantu mengekalkan fungsi mata yang sihat.
Folat: penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan sel yang sihat di dalam badan.

Tembikai wangi (cantaloupe)
Vitamin C: terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta memberi kulit yang sihat, menguatkan tisu, dan meningkatkan fungsi otak yang sihat.
Kalium: mineral penting untuk fungsi jantung yang sihat. Kekurangan kalium boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.
Vitamin A: penting untuk gigi, kulit, tulang, dan membran mukus yang sihat.

Mana Satu Lebih Baik? Ini Nilai Pemakanan Tembikai
  • Tembikai mengandungi jumlah kalori paling sedikit, iaitu 46 kalori setiap satu cawan. Namun, sarat dengan antioksidan likopen, yang dikaitkan dengan penurunan risiko barah, penyakit jantung dan gangguan mata yang berkaitan dengan usia, dan mengandungi sejumlah besar vitamin A, vitamin C dan kalium.
  • Satu cawan tembikai susu mengandungi 60 kalori, dan 51 peratus vitamin C dan 11 peratus kalium nilai harian yang diperlukan oleh tubuh. Buah tembikai susu turut mengandungi beberapa serat, folat dan vitamin B6,
  • Dikatakan satu cawan tembikai wangi hanya mempunyai 53 kalori. Tetapi mengandungi 106 peratus nilai vitamin A dan 95 peratus vitamin C yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Ia juga merupakan sumber kalium dan folat yang baik.

Cara Pilih Tembikai
Terdapat beberapa perkara penting yang harus anda ketahui ketika memilih buah tembikai yang sempurna.
  • Pilih buah tembikai yang keras tanpa lebam yang jelas.
  • Semua tembikai harus berat untuk ukurannya, menandakan buah berair yang enak.
  • Buah tembikai sememangnya paling baik apabila mereka mempunyai perut kuning, yang bermaksud telah dibiarkan masak di ladang dan bukannya di kedai atau pasar.
  • Ada jenis tembikai susu berubah menjadi kuning ketika ia masak. Semakin kuning, semakin manis rasanya.

Resepi Ungkep Ayam

Ungkep Ayam
Ungkep Ayam 

Bahan kisar:
  • 1/2 ekor ayam
  • 20 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 1 inci kunyit
Bahan lain:
  • Serai (titik)
  • Asam keping
Cara:
1. Tumis bahan blnd smpy pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan serai bersama dengan sedikit air.
3. Masak dengan api kecil (tutup dengan tudung periuk). Kemudian, masuk sekali asam keping.
4. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak daun limau purut untuk naikkan aroma.
5. Masak hingga kering. Kalau nak berkuah, lebih kan air. Siap.

Resepi Ayam Perap BBQ sedap

Ayam Perap BBQ
 Ayam Perap BBQ

Bahan-Bahan:
  • 1 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket apa-apa brand pun ok)
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam
  • garam secukup rasa
Cara-cara:- 
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Tambahan:
  • Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
  • Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
  • Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan datang.
  • BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
  • Mula-mula perap sekurang-kurangnya 3jam dalam suhu bilik, lepas tu masukkan dalam peti sejuk.
  • Pada hari yang nak masak nanti, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.