Biasanya kalau ada durian yang kurang elok ramai yang suka buat tempoyak. Tetapi dengan menggunakan isi durian yang masih elok, tempoyak akan tahan lama dan tak masam serta berbuih.
Nak buat tempoyak yang sedap guna la durian yang elok jangan guna yang dah pecah-pecah nanti tempoyak nya mudah berair berbuih masam lain macam dan tak tahan lama…
Isi durian yang dah di buang biji nye. Cili api lagi banyak lagi sedap. Garam secukup nye
- Tumbuk cili api tak lumat sangat pun pe lepas tu masukkan ke dalam isi durian dan msukkan garam secukup nye gaul rata bagi betul-betul sebati
- Boleh rasa klau x cukup garam boleh tambah lps tu masukkn dlm tabung, botol atau bekas yang sesuai dan masukkan dalam peti ais dan peram sehingga nmpk dah naik boleh la nak makan
- Boleh juga peram kat luar satu hari lepas tu baru masuk peti ais
- Jangan isi penuh sangat dalam tabung @ botol nanti tak ada ruang untuk dia naik itu yang kadang boleh meletup sebab dah penuh sangat.
- Tempoyak yang guna isi durian yang elok dan cukup garam nye In Shaa ALLAH tahan lama dan tak cepat rosak.
No comments:
Post a Comment