CARA BUAT PIZZA GUNTING GUNA ROTI, TAK PAYAH ULI!

PIZZA GUNTING GUNA ROTI
PIZZA GUNTING GUNA ROTI

BAHAN-BAHAN
  • Resepi ini untuk 1 dulang 10×10 ”
  • 9 keping roti 
  • 3 batang sosej (potong kecil)
  • 100 gm isi daging/ayam (cincang)
  • 1/2 cili benggala (potong dadu)
  • 5biji telur A
  • Bawang besar & bawang putih untuk menumis
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Mayonis dan cheddar cheese
CARA-CARA
Ini pula cara buat pizza, langkah demi langkah:

1. TUMIS BAHAN
Mula-mula, tumiskan bawang. Kemudian, masukkan serbuk kari beserta daging atau ayam.
Apabila dah masak, masukkan sosej dan akhir sekali lada benggala. Perasakan sekali dengan garam ya.

2. GUNTING ROTI
Kemudian, kita akan membuat ‘base’ pizza menggunakan roti. Caranya, gunting roti kecil-kecil.

3. PUKUL TELUR
Dalam sebuah bekas lain, pecahkan telur saiz A. Jika telur saiz kecil, tambah sebiji lagi supaya pizza terasa lebih ‘moist’.
Seterusnya, pukul telur menggunakan garfu.

4. CAMPURKAN DENGAN BAHAN TUMISAN
Langkah seterusnya, campurkan telur yang dipukul tadi dengan bahan tumisan.

5. GAULKAN DENGAN ROTI
Tuang campuran telur tadi ke atas roti gunting. Pastikan anda menggaulnya sehingga sebati.

6. BAKAR DALAM ‘OVEN’
Setelah sebati, ratakan campuran yang telah digaul ke dalam dulang.
Sebelum itu, jangan lupa sapu merjerin dahulu untuk mengelakkannya daripada melekat. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit.

7. HIAS & TAMBAH ‘TOPPING’
Selepas keluar dari ketuhar, tibalah masanya untuk proses ‘deko’ atau menambah ‘topping’ pada pizza tersebut.
Keluarkan dari ‘oven’Sapukan sos. Seperti dalam gambar, saya buat 2 jenis. Satu lagi tidak bersos sebab anak-anak tak mahu pedas. Gunakan apa-apa sos kegemaran anda – Life, Kimball, dan sebagainya. Puan Ummul Alifah menggunakan Samano.
Taburkan ‘cheese’ yang telah disagat. Dalam gambar ini adalah keju cheddar. Kalau nak campur dengan mozarella pun sedap juga.Letak mayonis ikut selera masing-masing.Kalau rajin, boleh tambahkan sosej yang dipotong serong atau apa-apa bahan lain yang digemari.

8. BAKAR SEKALI LAGI
Selepas siap ‘topping’ atau hiasan tadi, masukkan semula ke dalam ‘oven’.
Bakar selama lebih kurang 10-15 minit, atau sehingga mayonis tidak lagi melekat pada tangan.

9. SIAP
 ‘Pizza Gunting’ yang dah siap dipotong di dalamnya ala-ala murtabak roti, tapi lebih ‘marvellous’ kerana taburan keju dan mayonis yang mewah.

SELAMAT MENCUBA!

Memang ‘simple’ sangat cara buat pizza seperti perkongsian Puan Ummul Alifah ini. Kalau dibawa ke majlis-majlis di pejabat atau sekolah anak pun tentu sesuai.

Jadi, jangan tak cuba ya!

Perkongsian asal oleh Puan Ummul-alifah Salim ini melalui Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN)

CRISPY WAFFLES

CRISPY WAFFLES
CRISPY WAFFLES

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur A
  • 1 cawan tepung serbaguna/gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan butter yg dicairkan
  • 1 1/2 sudu besar gula castor
  • 1/2 sudu kecil vanila
Cara-cara:
  • Panaskan waffle maker.
  • Ayak tepung bersama baking powder.
  • Pukul telur hingga betul-betul kembang.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
  • Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
  • Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
  • Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing. 

resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Sambal sardin cili padi + kentang+ petai

Sambal sardin cili padi + kentang+ petai
Sambal sardin cili padi + kentang+ petai

Bahan:
  • 1 tin sardin(asingkan kuah dan goreng sardinnya)
  • *3 biji cili masak/cili besar
  • *12 biji cili padi
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *sedikit belacan
  • 1 biji kentang-hiris dan goreng
  • 1 biji tomato-hiris nipis
  • Petai/jering
  • 1 biji bwng besar-hiris bulat
  • Garam dan perasa
Cara:
  • Mesin kasar bahan bertanda *
  • Tumis bahan mesin..masukkan tomato hiris
  • Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing
  • Masukkan garam dan perasa
  • Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai dan bawang hiris..gaul rata.

RESEPI CUCUR CRABSTICK

CUCUR CRABSTICK
CUCUR CRABSTICK

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum cap sauh
  • 1 1/4 cawan air panas mendidih
  • 12 crabstick, hiris halus
  • daun sup
  • lada putih
  • garam
  • seasoning
Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan diatas kecuali air panas.
  • Tolakkan sedikit tepung ditepi bekas, tuangkan air panas sedikit demi sedikit.
  • Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan.
  • Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
  • Setelah doh agak sejuk sedikit, sapukan  tapak tangan dengan minyak.
  • Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan.
  • Goreng dengan minyak yang panas api sederhana.
  • Hidangkan dengan sos kesukaan.

Dadih Mangga Asli

Dadih Mangga Asli
Dadih Mangga Asli

Bahan-Bahan:
  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 2 liter air
  • 200 gram gula
  • 3 biji buah mangga yang telah masak (dikupas dan diblender)
  • 1 bekas kecil yogurt (diblender)
  • Secubit garam
  • ½ cawan susu pekat manis
Cara Membuat:
1. Buah mangga dihiris dan dikisar bersama yogurt sehingga hancur.
2. Masak agar-agar dan air sehingga mendidih.
3. Masukkan gula dan masak sehingga gula hancur.
4. Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan masak sehingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil bertutup.
6. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Respi Kuih Cara

Kuih Cara
Kuih Cara

Ditulis oleh: Che' Nom

Resepi kuih cara, antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutama di bulan ramadan. Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sangat harum dan menyelerakan.

Bahan-bahan:
45 minutes
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 
  • 1/3 biji kelapa
  • 4-5 helai daun pandan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak masak
  • pewarna hijau, beberapa titik
  • gula pasir, secukupnya
Cara-cara:
  • Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
  • Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.
  • Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
  • Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. 
  • Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. 
  • Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan

Credit to iResipi.com

resepi kaki ayam goreng tepung

 

kaki ayam goreng tepung
kaki ayam goreng tepung

Bahan dikisar:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Lada putih
Garam
Serbuk kari
*Perasa Adabi/stock ayam

Tepung kering:
1cawan tepung bestari pedas
2cawan tepung gandum

cara-cara:
Perap ayam dengan bahan basah,
Golek ayam dengan tepung kering (salut tipis)
Kemudian masukkan kaki ayam dalam bahan basah (double dipped)
Golek semula pada tepung kering.. ramas sedikit supaya tepung lebih melekat dan berkelopak.
Goreng dengan minyak yang banyak (kaki ayam tenggelam)-Api sederhana besar
Bila ayam dah nampak garing dan keemasan..boleh angkat dan hidangkan..

*Kaki ayam goreng tak sama macam kaki ayam masak sup/tomyam.. dia tak liat dan tak perlu masa yg lama pun utk dimasak..

Kalau tak rajin nak perap ayam..kunyit dan garam pun dah cukup sedap.. salut dgn tepung goreng (apa-apa brand pun boleh)

Kredit resepi: Murni Rahmat

RESEPI BUN COKLAT LEMBUT

 

BUN COKLAT LEMBUT
BUN COKLAT LEMBUT 

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk doh:

  • 300g tepung high protein atau tepung roti
  • 30g serbuk koko
  • 5g yis segera
  • 65g gula kastor
  • 5g garam halust
  • 50ml susu full cream
  • 150ml air
  • 40g mentega
Bahan untuk inti:
  • ketulan coklat
Bahan untuk sapu (egg wash) dan hiasan:
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • secubit garam
  • coklat rice secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Masukan bahan-bahan untuk doh di dalam breadmaker mengikut arahan breadmaker anda.
  • Press mode uli dan tunggu hingga doh sedia untuk dibentukkan.
  • Angkat doh tumbuk keluar ketulan angin.buat bebola kecil dan timbang seberat seberat 40g setiap satu.
  • Masukkan inti ketulan coklan di tengah dan bulatkan. Susuh di atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Susun dengan menjarakkan doh sedikit supaya ada ruang untuk don mengembang, anggaran 20-30 minit.
  • Sapukan telur/egg wash dan tabur coklat rice di atas.
  • Panaskan oven kepada suhu 160 celcius. Bakar roti selama 20-30 minit bergantung kepada oven anda.

Resepi Udang Masam Manis

Udang Masam Manis
Udang Masam Manis

Bahan-bahan diperlukan:
  • 500 g udang saiz sederhana 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih  
  • 1 biji cili merah  
  • 1 biji cili hijau(Bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili hijau dikisar bersama) 
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 labu bawang besar  (Dipotong bulat) 
  • 5 sudu makan sos tomato 
  • 5 sudu makan sos cili 
  • ½ cawan air 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
Basuh udang kemudian tuskan. Gaulkan garam dengan udang dan gorengkan sehingga masak. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
Masukkan udang, tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula, dan air. Kemudian kacau rata. Tutup api dan hidangkan.

kredit resepi: Chef Hanieliza 2

Resepi masak tenggiri kicap berempah

tenggiri kicap berempah
tenggiri kicap berempah

Bahan-bahan:
  • 2 biji Bawang besar hiris
  • 4 ulas bawang putih hiris
  • Seinci halia hiris
  • 4 sudu cili blender
  • 3 biji cili padi
  • Air asam jawa
  • Rempah 1/2sudu
  • Kicap pekat
  • Kicap Manis
  • Garam Dan gula
Kesemua diatas tumis macam biasa

Cara buat rempah:
  • Bunga lawang*
  • Kayu Manis*
  • Jintan putih*
  • Jintan Manis*
  • Ketumbar
Bahan * disangai dan diblender menjadi serbuk. Jika banyak boleh simpan untuk masak Kari/rendang.

Kredit Resepi : siti rohana abdul majid

SANDWICH TELOR CHEESE SEDAP DAN MUDAH

SANDWICH TELOR CHEESS
SANDWICH TELOR CHEESE 

Bahan-bahannya : 
  • 5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
  • 70gm mentega
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kepingan cheese 
  • 1 buku roti putih sandwich
  • Cheese hancur *Apa jua jenis yang hancur
CARA MENYEDIAKANNYA :
1. hancurkan telur, cheese dan mentega sehingga sebati.
2. taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam
3. sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya lakukan sehingga habis potong dua/ menyerong. Siap! - Kalau nak lagi sedap boleh bakar, tapi kaulu tak nak pun tak pe..

**bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperangan

angkat dan hidangkan!

Cara buat kulit karipap yang ranggup

 

Karipap ranggup
Karipap ranggup 

Kulit karipap
Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar minyak
  • Garam
  • Air secukupnya
Caranya:
  • panaskan marjerin dan minyak smp mendidih
  • masukkan ke dalam besen yang berisi tepung gandum
  • gaul guna senduk..bila minyak dah agak sejuk ramas-ramas menjadi seperti serbuk roti
  • di dalam bekas lain..campurkan garam  ke dalam air,kacau sehingga garam larut
  • masukkan air garam tadi  ke dalam besen yang ada tepung.. masukkan air sedikit demi sedikit
  • uli sehingga tepung tak melekat di tangan
  • perap 30 minit
  • bulat-bulat sebesar bola ping pong..canai masukkan inti kemudian kelim
  • buat sehingga habis

Boleh guna apa-apa inti..inti sardin/kentang /ikan

Tips utk dapat kan kulit karipap yg licin semasa goreng:
  • Masukkan karipap ketika minyak belum panas
  • Api perlahan sahaja
  • Sentiasa balik balikan karipap bg warna dia sekata

Kredit resepi: zaimah zakaria 

RESEPI DAGING MASAK KICAP BEREMPAH

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH
DAGING MASAK KICAP BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 1 kilo daging @ 1 ekor ayam @ ikan @ sotong
  • 3 sudu rempah kari daging babas
  • 5 sudu kicap soya pekat
  • 5 sudu manis
** kicap ikut suka korang... nak warna gelap lagi boleh tambah kicap pekat...
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 3 asam keping
  • 1 bawang besar
  • cili padi sikit
  • 2 tangkai daun kari
  • minyak n air secukupnya
Bahan tumis:
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • Halia
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 4 bunga cengkih
Cara:
  • Panaskan minyak... masuk bahan tumis... dah kekuningan masuk rempah kari dan daging... masak hingga daging agak lembut...
  • (kalau buat ayam @ ikan... goreng separuh masak dulu... dah tumis rempah sampai wangi dan pecah minyak baru masuk ayam dan ikan tadi)...
  • Pastu masuk kicap pekat, kicap manis, garam, perasa dan asam keping... air secukupnya...
  • Kuah ikut ler nak pekat-pekat atau cair sikit...
  • Akhir sekali masuk bawang besar, cili padi dan tabur daun kari... ermmm wangiiiii...
  • Kacau rata... siapppp!!

Kredit resepi: June Ahmad 

RESEPI KOEW TEOW THENG.

KOEW TEOW THENG
KOEW TEOW THENG

Bahan:
  • Koew teow. 
  • Sengkuang. 
  • Lada hitam biji. 
  • Isi bahagian dada ayam. 
  • Sawi. 
  • Taugeh. 
  • Fish ball. 
  • Fish cake. 
  • Daun bawang 
  • Daun sup. 
  • Bawang putih. 
Cara:
  • Tumis kan bawang merah dan bawang putih hingga perang. 
  • Masukan air, lada hitam, ayam dan sengkuang rebus sekejap.
  • Masukan kuib ayam.
  • Agkat ayam asing di pinggan lain.
  • Perasan dan tambah garam secekup rasa. 
Bahan hiasan:
  • Sawi.
  • Taugeh.
  • Fishball.
  • Fishcake.
  • celor kesemua bahan diatas.
  • Carikan ayam yg telah di rebus tadi.
Minyak bawang putih:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga agak perang.
Sambal merah:
  • Cili yang dimesin.
  • Bawang besar dan bwang putih tumbuk hingga lumat.
  • Tumis kan bawang yang ditumbuk tadi kemudian masukan cili dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

RESEPI SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK

SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK
SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK

Bahan :
  • 5 ke 7 biji buah jambu golok - dipotong kecil-kecil - pastu ramas dengan 1 sudu garam - buang air kelat buah - dan ulang ramas dengan air paip - 3 kali - tos
  • 2 ekor Ikan selayang - panggang atau rebus - asingkan isi dan tulang - ramas(hancurkan) isi
  • 2 ekor sotong - potong kecil
  • 2@3 urat kacang panjang - potong pendek, rebus, tos, ramas sedikit
  • 1 biji bawang besar - potong 4@6
  • 1 biji lada merah besar - belah 2
  • 1 cawan santan pekat
  • 3@4 cawan air - pandai-pandailah adjust kepekatan lemak ikut selera masing-masing. Jangan pekat sangat, jangan cair tak sedap..
  • Garam secukup rasa
Cara :
  • Masukkan semua bahan  ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih.
  • Siap, sedia dinikmati. 

Selamat mencuba. 

kredit resepi: ibu azzah

Resepi ayam butter telor masin

Ayam butter telor masin
Ayam butter telor masin

Bahan-bahan:
  • Ayam 1kg (potong kecil-kecil)
  • 3 biji telor masin di rebus
  • Bawang putih 7-8 ulas dicincang 
  • 2 batang cili padi...Hiris halus atau gunting je.
  • Daun kari 3-4 tangkai.
  • Butter atau marjerin 
  • Susu cair setengah tin.
  • Sedikit tepung jagung, sebuk kunyit, sebiji telur dan secukup rasa megi untuk perapan.
Cara buat :
  • Ayam lepas cuci bersih.. Pecahkan telor, 2 sudu tepung jagung,2 tangkai daun kari, sedikit kunyit, serbuk secukup rasa, dan 3 biji telor masin yg dikupas dan hancur²-hancurkan. Gaul sebati.. Dan perap dalam 10-15 min.
  • Lepas tu, panaskan minyak. Goreng le ayam tadi. Nanti telor masin tu akan jadi macam kriuk kriuk dalam mi sedap..Dah siap masak.. Ketepikan.
  • Kemudian, dalam kuali lain, panaskan butter/marjerin.. Lebih kurang 3 sudu makan. Pastu masukkan bawang putih, cili padi, dan 2-3 tangkai daun kari. Bila dah warna kuning gitu, masuk kan susu cair. Setengah tin ok kot. Masukkan sekali sesudu gula ok. Kemudian, masukkkan sesudu kecik tepung jagung. Bila dah pekat, baru masukkan ayam yang dah goreng tadi. Biarkan atas api, sampai kuah nye likat ,berkilat dan melekat kat ayam tadi. Sampai la warna nye keemasan.
  • Boleh tutup api. Kalau kering sangat, tambah lagi susu cair tu. Ok siap. 

kredit resepi: Nour Ummu Fudhail

Resepi Spaghetti Goreng

Spaghetti Goreng
Spaghetti Goreng

Bahan-bahan (3-4 orang makan):
  • 8 ulas bawang putih ditumbuk
  • 8-10 biji cili padi ditumbuk (kalau untuk anak-anak makan, tak perlu letak pun tak apa)
  • 6 cmb minyak zaiton
  • 15 ekor udang saiz xl
  • 20 ekor kepah (ada jual yang frozen)
  • separuh biji capsicum merah dihiris
  • separuh biji capsicum hijau di hiris
  • 1 cmb parsley serbuk
  • 1cmb basil serbuk
  • garam & gula secukup rasa
  • Setengah bungkus spagetti (direbus dulu)
Cara-cara
  • Tumis bawang putih & cili padi dengan minyak zaiton.
  • Bila naik bau, masukkan udang & kepah. Blh juga gunakan sotong or lala.
  • Masukkan parsley, basil, garam, gula secukup rasa. Gaul.
  • Masukkan pula spagetti & gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan capsicum merah & hijau. Goreng sekejab & siap.

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

SPAGHETTI CARBONARA
SPAGHETTI CARBONARA

Bahan-bahannya :
  • Spaghetti (untuk 3 hidangan) direbus
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom
  • 3 biji shitake mushroom (fresh) - dihiris
  • bawang putih - 3 biji (diketuk)
  • sedikit udang
  • sedikit hirisan ayam
  • 1/2 cawan susu segar
  • Olive oil
  • Parsley flakes 
  • Black Pepper
  • Chilli flakes 
Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit olive oil..
  • Tumiskan bawang putih sehingga wangi.. kemudian campakkan hirisan ayam..kacau rata..
  • Bila ayam dah masak masukkan udang dan shitake mushroom.. kemudian.. masukkan Prego Carbonara Mushroom.. kacau rata..
  • Bila kuah agak pekat maka boleh lah letak fresh milk lebih kurang 1/2 cawan.. atau agak-agak lah ikut kepekatan yang diingini.. tabur sedikit black pepper..
  • Dah siap angkat dan curahkan di atas spaghetti anda.. taburkan parsley dan chilli flakes...

Resepi Onion Ring

Onion Ring
Onion Ring

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji bawang Holand
  • Setengah sudu baking powder
  • Secubit garam
  • Setengah cawan air sejuk (sama cawan dengan tepung gandum)

Cara Penyediaan:
1) Gaul semua sehingga sebati...
2) Terus celup bawang dalam adunan dan goreng tenggelam dalam minyak panas...

Take note:
1. masukkan bawang satu-satu dalam adunan..jangan masuk banyak-banyak..nanti adunan tak melekat kat bawang dan adunan akan jadi berair....
2. Lepas bancuh adunan jangan biar lama-lama atau simpan adunan ... sebab nanti ada satu rasa yg tak sedap..mcm rasa kapur tengik..seelok-eloknya lepas buat adunan terus celup bawang dan goreng...
3. Lepas goreng toskan dan lapik dengan tisu serap minyak..baru hidang...
4. Potong bawang nipis-nipis.. kalau tebal tak sedap..

Kredit Resepi: Ika Zulaikha Diary XXL 

Resepi Chicken Chop

Chicken Chop
Chicken Chop

Untuk hidangan 2 Orang :

Bahan-Bahannya :
  • 2 peha ayam (buang tulang @ debone)
  • 1 biji telur
  • Sedikit lada sulah (black pepper)
  • 10 keping biskut tawar (dikisar @ pecah-pecahkan)
  • sedikit Lea & Perrin atau tepung (untuk disapu pada ayam)
Cara memasak ayam :
1. gaul perap ayam yang telah di debone tadi dengan serbuk lada, sedikit garam dan lea & perrin @ tepung.
2. ketuk-ketuk (chop) sikit ayam tadi agar perasanya meresap dan daging menjadi sekata
2. pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit.
3. celupkan ayam tadi ke dalam telur.
4. kemudian salutkan ayam dengan biskut yang telah dipecah-pecahkan tadi hingga sekata.
5. panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana agar ayam tersebut masak dengan sekata. bila dah kekuningan warna Chicken Chop tu angkat dan ketepikan dahulu.

Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)
Bahan-bahannya :
  • 1 botol sos lada hitam
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 tin cendawan butang (tak pakai pun tak apa)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (potong dadu)
  • sedikit minyak masak untuk tumis
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara membuat sos :
1. tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam kuali.
3. masukkan air, lebih kurang 2 gelas.
4. cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya.
5. masukkan cendawan ke dalam kuali dan didihkan.
6. bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Segera, kacaukan semua bahan dalam kuali tadi hingga jadi pekat macam sos.
7. garam dan gula secukup rasa.
8. hidangkan. 

Resepi Sup Tulang ala Thai

Sup Tulang ala Thai
Sup Tulang ala Thai

Bahan:
  • Tulang rusuk 1kg
  • *3 batang serai, 1inci lengkuas, 1inci halia (semuanya ketuk)
  • *3 biji tomato, 2bj cili merah
  • *1 biji bawang besar
  • *sup bunjut
  • *Sedikit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, 
  • 2 sudu besar serbuk sup(tumis dulu yer)
  • Batang saderi
  • Daun sup&daun bawang
Cara-caranya:
  • Masukkn tulang, air dan semua bahan* dalam periuk. Renehkan sehingga tulang empuk dan pastikan tomata+bawang besar+cili merah hancur untuk mendapatkan stok kuah yang pekat dan manis.
  • Bila tulang dah empuk boleh masukkan serbuk sup yang dah ditumis tadi. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Bila rasa dah ngam barulah kita masukkan batang saderi, tomato, bawang besar, cili merah(yang nampak fresh tu). Sekali gelegak tutup api.
  • Siap utk dihidang

Kredit Resepi : Rosiah Salahudin

RESEPI PUDING ROTI MARBLE

PUDING ROTI MARBLE
PUDING ROTI MARBLE

Bahan A:
1 pek agar-agar tali 20g
7 cawan air
1 cawan gula pasir

Masak dulu bahan A dalam piuk...bila dah masak sekata....kecikkan api...biarkan....

Bahan B:
5 keping roti buku
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila
1 cawan tepung kastard( dibancuh dengan air sedikit supaya senang kacau dan tak berketul)

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dalam blande KECUALI TEPUNG KASTARD...
Blande sampai halus yea...
Dah siap blande..... masukkan bahan blande ke dalam bahan A yg dimasak tadi.. masukkan sekali kastard yang dibancuh tadi.. kacau sebati sampai agak likat ye...pas tu tutup api..

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut la nak boh berapa layer)
kalau nak buat 3 colour..
Plain
Hijau apple
Coklat(letak serbuk koko 3sb)

Pas tu layerkan dengan cepat dan cermat ye...sebab adunan ni cepat beku

Dah siap layer... sejukkan dan masuk dalam peti ais... sejuk-sejuk sedap makan

Tu je... selamat mencuba yea...

Kredit resepi: cik pooja

Resepi Ayam Percik Air Fryer

 

Ayam Percik Air Fryer
Ayam Percik Air Fryer

Bahan perapan :
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah@1 bawang besar
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai(potong kecil)
  • 2 sudu ciliboh(nak lg pedas letak lebih)
  • 1/4 cawan santan pekat
  • gula&garam secukup rasa

***blender semua bahan... Perap ayam selama 2jam+++..lagi lama perap lagi sedap... Bakar suhu 170 selama 15min..kalih bakar lagi 10min...siappp...

Sumber resepi : Zamaizura Nawawi

Resepi asam rebus ikan + nenas

Asam rebus ikan + nenas
Asam rebus ikan + nenas

Bahan-bahan:
  • 3 biji lada merah besar
  • 4 biji lada merah kecil
  • 1 labu sedang bawang besar
  • 1 biji bawang putih.
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup.
ini untuk 5 ekor ikan saja, gandakan bahan jika masak lebih.
semua bahan ni kisar halus.

  • 1keping asam keping.
  • suku biji nenas potong kecil
  • Daun kesum
  • garam,sedikit gula.
cara-cara:
  • masukkan semua bahan kisar dalam periuk,tambahkan air sebanyak mana yang kita suka,masukkan garam.gula,asam keping, dan nenas.
  • masak dengan api yang sedang sehingga kuah mendidih ganas.cukupan rasa.
  • kemudian masukkan ikan dan daun kesum.
  • masak sehingga ikan tu masak.
  • ok siap.

Sumber resepi : As As

Resepi sambal hijau bilis petai

sambal hijau bilis petai
sambal hijau bilis petai

Bahan:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1/2 inci halia
  • 10 biji cili padi hijau (Nak pedas boleh tambah lagi)
  • Garam
  • Gula melaka
  • Perahan lemon
  • Belacan bakar
Cara:
1. Goreng ikan bilis. Minyak biarkan untuk tumis bawang.
2. Potong besar bawang merah, bawang putih, halia & tomato.
3. Guna minyak yang sama tadi untuk tumis bawang merah, bawang putih, halia, tomato & cili padi hijau. Tumis hingga layu.
4. Toskan bahan tumis, masukkan sedikit air dan blend hingga hancur.
5. Guna minyak tumis tadi untuk menumis bahan2 yang dah di blend.
6.  Masukkan belacan bakar dan tumis hingga pecah minyak. 
7. Masukan air perahan lemon, gula melaka dan garam. 
8. Masukan petai dan ikan bilis tadi yg telah goreng.

Resepi Ikan Terubuk Bakar Cicah Santan

Ikan Terubuk Bakar Cicah Santan
Ikan Terubuk Bakar Cicah Santan

Resepi pencicah santan
Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah dibelah dua
  • 3 tangkai cili kering
  • 100 ml santan pekat segar (blend kelapa parut dengan sedikit air panas) 
  • Garam, gula, aji secukup rasa
Cara-cara:
  • Panaskan 3 senduk minyak masak 
  • Masukkan bawang dan cili kering goreng hingga bawang jadi perang. Angkat dan toskan minyak. Tumbuk-tumbuk manja bawang dan cili kering yang digoreng tadi. Bagi pecah sikit-sikit je tak perlu sampai lumat. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk kedalam mangkuk. Tuang santan sikit-sikit sambil kacau sehingga dapat kepekatan yang kita nak. Masukkan garam gula dan aji secukup rasa. Bau dia memang perghhhhh.... Mengiurkan 
  • Ikan terubuk dipanggang tawar sahaja

Resepi sambal ikan bilis

sambal ikan bilis
sambal ikan bilis

Bahan-bahan:
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kisar
  • Ikan bilis
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa
  • 2 biji Bawang besar dipotong nipis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk secukup rasa/pak aji
Cara-cara:
  1. Sediakan kuali
  2. Panaskan dalam 2 senduk minyak masak.
  3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat & toskan.
  4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah). Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan, masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
  5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. 
  6. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. 
  7. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing. 
  8. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat sikit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
  9. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap. 

Selamat mencuba.

Resepi Kek Coklat Lapis Nutella

Kek Coklat Lapis Nutella
 Kek Coklat Lapis Nutella

Bahan A :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
Bahan B :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu baking powder
Cara membuat :
  • Pukul bahan A selama lebih kurang 5 minit.
  • Ayak bahan B.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
  • Pukul sekata.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang pengukus. Tapiskan adunan & tuang ke dalam loyang.
  • Kukus selama 40 minit.
  • Setelah kek siap masak, tunggu sejuk terlebih dahulu, baru lah dipotong.
  • Potong kek 3bahagian secara melintang, sapukan nutella. Lekatkan semula ketiga-tiga bahagian kek. 
Siap.

kredit resepi:empunya resepi

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

SIAKAP 3 RASA ALA THAI
SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
  • 100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum – guna sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 1 sk kicap manis

Cara Memasak:
  • Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing
  • Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
  • Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas. 

Resepi pak choy sos tiram

pak choy sos tiram
pak choy sos tiram

  • Pak choy tu belah-belah dua kemudian celur dan cepat-cepat letak dalam air ais lebih kurang 1 minit(tujuannya untuk kekalkan warna dan kesegarannya) lepas tu tos dan ketepikan..
  • Dalam kuali tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang.
  • Kemudian masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, gula, ajinomoto dan cili padi cincang. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air(tujuannya untuk pekatkan kuah)
  • Tuangkan ke atas pak choy tadi
  • Kemudian tabur dengan bawang putih goreng.
  • Siap.. 

Resepi tomyam

 

tomyam
tomyam

bahan:
  • *3/4 ulas bawg putih ketuk
  • "Cilipadi 2 biji
  • *Serai 2 batg ketuk
  • *Bwg Holland sebiji ptg 4
  • *Tomato 2 biji belah 2
  • *Rempah tomyam mea pranom 2 sudu besar
  • *Air 2 cawan 
  • *Ayam
  •  sotong /udang
  • Sayur karot/bunga kobis 
  • Daun limau purut 2/3 helai
  • Jus limau 
  • Garam gula 
  • Susu segar satu senduk
Cara masak:
Masukkan semua bahan yang * renehkan dalam 10 minit then masukkan jus limau garam gula sebuk perasa sayur-sayuran biarkan selama 5/6 minit masukkan sotong /udang then last skali susu cair.

kredit resepi: Adilin Qistina

Cara Buat Tempoyak Supaya Tahan Lama Dan Tak Berbuih Masam

Biasanya kalau ada durian yang kurang elok ramai yang suka buat tempoyak. Tetapi dengan menggunakan isi durian yang masih elok, tempoyak akan tahan lama dan tak masam serta berbuih.

Nak buat tempoyak yang sedap guna la durian yang elok jangan guna yang dah pecah-pecah nanti tempoyak nya mudah berair berbuih masam lain macam dan tak tahan lama…

Cara penyediaan buat tempoyak:
Isi durian yang dah di buang biji nye. Cili api lagi banyak lagi sedap. Garam secukup nye
  1. Tumbuk cili api tak lumat sangat pun pe lepas tu masukkan ke dalam isi durian dan msukkan garam secukup nye gaul rata bagi betul-betul sebati
  2.  Boleh rasa klau x cukup garam boleh tambah lps tu masukkn dlm tabung, botol atau bekas yang sesuai dan masukkan dalam peti ais dan peram sehingga nmpk dah naik boleh la nak makan
  3. Boleh juga peram kat luar satu hari lepas tu baru masuk peti ais
  4. Jangan isi penuh sangat dalam tabung @ botol nanti tak ada ruang untuk dia naik itu yang kadang boleh meletup sebab dah penuh sangat.
  5. Tempoyak yang guna isi durian yang elok dan cukup garam nye In Shaa ALLAH tahan lama dan tak cepat rosak.

Resepi Sambal Tumis Tempoyak

Sambal Tumis Tempoyak
Sambal Tumis Tempoyak

Bahan-bahan:
  • Petai 4 papan - buangkan kulit dan goreng sekejap
  • Ikan Bilis - agak2 dalam 1 mangkuk sederhana - digoreng, jangan garing sangat
  • Tempoyak 5-6 sudu besar
  • Cili padi - segenggam (dalam 30 biji)*
  • Cili merah - 10 biji (boleh juga guna cili kering, kalau cili kering.. lebihkan sikit)*
  • Bawang merah 6 ulas*
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Kunyit hidup 1 inci*
  • Bawang besar - 2 labu, kalau nak lebih pun boleh (dihiris)
  • Sedikit air
  • Gula pasir secukup rasa
  • Garam dan serbuk perasa.
  • Minyak untuk menumis 2 senduk
Bahan yang bertanda * dikisar (jangan halus sangat)

Caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masak anggaran 5 minit (kacau jangan bagi hangit), masukkan bawang besar, masukkan ikan bilis dan tempoyak. Masukkan air anggaran 1 cawan. Renihkan dengan api perlahan. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau pedas sangat.. masukkan lebih gula. 

Masak hingga pekat, sedia untuk dimakan.

RESEPI NASI GORENG KETAM VIRAL ALA THAI

NASI GORENG KETAM VIRAL ALA THAI
NASI GORENG KETAM VIRAL ALA THAI

 Bahan-bahan:
1. 2 sudu besar minyak masak ⠀
2. 4 ulas bawang putih di cincang ⠀
3. 1 biji telur ⠀
4. 2 cawan nasi sejuk - di peroi ⠀
5. 1/2 cawan isi ketam yang di rebus⠀
6. 2 sudu teh kicap cair ⠀
7. 1 sudu teh kicap sotong ⠀
8. ½ sudu teh gula⠀
9. 1/2 sudu teh lada sulah ⠀
10. 1 tangkai daun bawang di hiris nipis⠀
11. Sedikit serbuk cili Thai ⠀

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.⠀
2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.⠀
3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga  semua bahan bercampur dan sebati.⠀
4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai, potongan limau dan cili padi.⠀

p/s: Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur add-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam

Sedia untuk dlnikmati! 

Credit Gambar: Bedit
Credit Resepi: Fizalgk (Blog)

RESEPI AYAM MASAK KICAP

AYAM MASAK KICAP
AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 ekor ayam gaul dgn garam dan kunyit (goreng)
  • 1 biji Bawang merah (hiris)
  • 2 ulas Bawang putih (ketuk)
  • Halia (hiris)
  • tumbuk @ blend 1 bawang merah, 1 biji bawang putih & halia..
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging (optional)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos abc
  • 1 sudu kicap pekat
  • 4 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air (if nak berkuah letak lebih skit)
  • 1 batang Kayu manis
  • 2 Bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 1 batang serai (ketuk)
  • Bawang besar potong bulat
  • Ubi kentang (goreng dulu)
  • Cili padi
  • Daun sup & daun bawang
CARA-CARA :
Tumis bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkan bawang-bawang dan halia yang ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah minyak.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau-kacau... 
boleh masukkan bawang besar potong bulat..
masukkan ayam goreng... gaul sebati
nampak pekat sangat masukkan air... dah masak.. tabur cili padi dengan daun sup & daun bawang
*tak perlu letak bahan perasa sebab kicap dan sos dah cukup manis dan masin..

Kredit resepi: Mami Mirza

PETUA SAMBAL BELACAN

SAMBAL BELACAN
SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma

Tips2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam, petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Limau kasturi yang dikisar bersama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Tips 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Cara buat ikut urutan:
(kisar kasar bahan-bahan)

1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam

Ayam bakar simple tapi sedap dan tak perlu perap

 

Ayam bakar simple tapi sedap dan tak perlu perap
Ayam bakar simple tapi sedap dan tak perlu perap

Bahan:
  • Ayam 1 ekor 
  • 3 biji Bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 biji Bawang putih
  • 1/2 biji Bawang holand
  • 1 inci Halia
  • 2-3 batang Serai
  • 1 sudu Lada hitam
  • 1-2 sudu Cili boh/cili kering (kalau nk pedas lebihkan)
  • * kisar semua
  • Madu
  • Gula
  • Garam
  • Kuib pati ayam
  • Serbuk perasa
Cara-cara:
Panaskan kuali masukan minyak + butter/marjerin
Tumis semua bahan diatas, masukan bahan-bahan perasa dan agak-agak dah naik bau masukan ayam. Masak ayam dalam kuali dulu dan Balik-balik kan ayam (balik sekli dua sahaja) dan smbil tu lumurkan bahan perap ke atas ayam sampai ayam separuh masak@bila isi ayam dah kembang tutup api. Biarkan sejuk 
(Cara ni cepat dan mudah, ayam tak perlu perap. Ayam pon lembut dan cepat masak bila bakar nanti)
Boleh lah bakar dalam oven  170-180 30-40mnt.

Resepi chicken wings ala 4fingers

 

chicken wings ala 4fingers
chicken wings ala 4fingers

Sekilo kepak ayam (potong 2)

Perap ayam dengan: 
-garam
-blackpaper
-sos tiram
-mix herb(kalau xde pun xpe)
-gaul bagi rata
  • Celup ayam dalam tepung jagung
  • Tips dia pastikan tepung jagung full coating kat ayam tuh. Jgn nampak basah
  • Dalam masa yang sama standby panaskan minyak.
  • Goreng ayam dengan cara double fried.
  • Goreng ayam dalam 4 minit. (half cooked) 
  • Angkat dan toskan.
  • Bersihkan minyak panas tadi dari seredak or tepung-tepung balance tuh.
  • Bagi minyak panas balik pastu goreng balik ayam yang half cooked tadi.
  • Api jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecik.
  • Make sure minyak betul-betul panas.
  • Goreng sampai ayam garing.
  • Angkat dan tos.

Cara buat sos:

  • Bawang putih cincang halus
  • Tumis dgn butter.
  • Kalau pakai unsalted butter boleh bubuh garam sikit masak tumis tuh.
  • Tumis bawang putih dengsn butter, 2 sudu sos tiram, 3sudu brown sugar
  • Masukkan madu 3sudu 
  • masukkan chilies flakes (pasaraya byk jual nak buat sendiri pun boleh)
  • Gaul bagi sebati matikan api.
  • Mix ayam tadi dgn sauce.
  • Siap

Nak sdap tabur parmesan chilies flakes n parleys. 

Kredit resepi : Aznida Aziz

RESEPI KERABU YANGCHOW

KERABU YANGCHOW
KERABU YANGCHOW

Bahan-bahan: 
  • 160 gm nenas, dibuang empulur
  • ½ batang timun, dipotong batang mancis
  • ¼ biji cili benggala merah
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji
  • 1 biji tomato, dibuang biji
  • ½ labu bawang besar, dihiris baji
Bahan sos: 
  • 1 sudu besar Perencah Nasi Goreng Cina SERI-AJI®
  • 2 sudu besar sos cili manis Thai
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh jus limau nipis
  • Sedikit garam, gula
Cara-cara: 
1. Potong semua sayuran.
2. Kacau Perencah Nasi Goreng atas api perlahan hingga harum.
3. Masukkan ke dalam mangkuk, campurkan semua bahan sos yang lain.
4. Gaulkan dengan campuran sayuran dan letak dalam peti sejuk selama 30 min sebelum disajikan.

RESEPI COCONUT SHAKE

 

COCONUT SHAKE
COCONUT SHAKE

Resepi 1:
Bahan-bahannya
  • 1 gelas air kelapa muda
  • 3 sudu isi kelapa muda
  • 1 scoop ais krim
  • sedikit air batu

Resepi 2:
bahan-bahannya
  • 1 litter air kelapa muda 
  • 1 cawan isi kelapa muda
  • 1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)
  • 2 tin air 'ice-cream soda'
  • ais secukupnye

Resepi 3: 
bahan-bahannya
  • 250 ml santan kelapa
  • 2 scop aiskrim vanila
  • 1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. Kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas.
  • Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang
Cubalah mana yg anda suka!

RESEPI TERUNG GORENG BERLADA

TERUNG GORENG BERLADA
TERUNG GORENG BERLADA

Bahan-Bahan:
  • 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
  • 2 mangkuk minyak masak
Bahan-bahan kisar kasar:
  • 8-10 biji cili merah segar
  • 7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
  • Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
  • Angkat terung dan ketepikan.
  • Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
  • Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
Tips
Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak. 

RESEPI KERABU TOMATO BERDAGING

kerabu tomato berdaging
kerabu tomato berdaging

Bahan-bahan: 
  • 1 biji tomato (sederhana)
  • 1 labu bawang besar
  • ½ biji timun
  • 200 gm daging, direbus
Bahan sambal belacan: 
  • 4 biji cili merah
  • 7-8 biji cili padi
  • 1 cm kiub belacan
  • 2 camca besar jus limau nipis
  • 1 camca teh gula pasir
  • Garam secukup rasa

* tumbuk bahan cili merah, cili padi, belacan dan gaulkan dengan perahan asam limau, gula dan garam. 

Cara-caranya: 
1. Potong berbaji nipis (wedges) tomato dan bawang besar.
2. Potong timun menjadi kepingan nipis kemudian hiris halus.
3. Potong daging nipis-nipis.
4. Tumbuk atau kisar bahan sambal belacan.
5. Kemudian gaulkan dengan bahan sambal belacan. 
6. Tambah gula dan garam mengikut rasa.