PIZZA GUNTING GUNA ROTI |
- Resepi ini untuk 1 dulang 10×10 ”
- 9 keping roti
- 3 batang sosej (potong kecil)
- 100 gm isi daging/ayam (cincang)
- 1/2 cili benggala (potong dadu)
- 5biji telur A
- Bawang besar & bawang putih untuk menumis
- 1 sudu besar serbuk kari
- Mayonis dan cheddar cheese
Ini pula cara buat pizza, langkah demi langkah:
Apabila dah masak, masukkan sosej dan akhir sekali lada benggala. Perasakan sekali dengan garam ya.
Kemudian, kita akan membuat ‘base’ pizza menggunakan roti. Caranya, gunting roti kecil-kecil.
Dalam sebuah bekas lain, pecahkan telur saiz A. Jika telur saiz kecil, tambah sebiji lagi supaya pizza terasa lebih ‘moist’.
Seterusnya, pukul telur menggunakan garfu.
Langkah seterusnya, campurkan telur yang dipukul tadi dengan bahan tumisan.
Tuang campuran telur tadi ke atas roti gunting. Pastikan anda menggaulnya sehingga sebati.
Setelah sebati, ratakan campuran yang telah digaul ke dalam dulang.
Sebelum itu, jangan lupa sapu merjerin dahulu untuk mengelakkannya daripada melekat. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit.
Selepas keluar dari ketuhar, tibalah masanya untuk proses ‘deko’ atau menambah ‘topping’ pada pizza tersebut.
Keluarkan dari ‘oven’Sapukan sos. Seperti dalam gambar, saya buat 2 jenis. Satu lagi tidak bersos sebab anak-anak tak mahu pedas. Gunakan apa-apa sos kegemaran anda – Life, Kimball, dan sebagainya. Puan Ummul Alifah menggunakan Samano.
Taburkan ‘cheese’ yang telah disagat. Dalam gambar ini adalah keju cheddar. Kalau nak campur dengan mozarella pun sedap juga.Letak mayonis ikut selera masing-masing.Kalau rajin, boleh tambahkan sosej yang dipotong serong atau apa-apa bahan lain yang digemari.
Selepas siap ‘topping’ atau hiasan tadi, masukkan semula ke dalam ‘oven’.
Bakar selama lebih kurang 10-15 minit, atau sehingga mayonis tidak lagi melekat pada tangan.
‘Pizza Gunting’ yang dah siap dipotong di dalamnya ala-ala murtabak roti, tapi lebih ‘marvellous’ kerana taburan keju dan mayonis yang mewah.
SELAMAT MENCUBA!
Memang ‘simple’ sangat cara buat pizza seperti perkongsian Puan Ummul Alifah ini. Kalau dibawa ke majlis-majlis di pejabat atau sekolah anak pun tentu sesuai.
Jadi, jangan tak cuba ya!
Perkongsian asal oleh Puan Ummul-alifah Salim ini melalui Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN)