Kek pisang merelit |
- 15 biji pisang kalau saiz kecil sekecil pisang lemak manis.
- Kalau sebesar pisang mas 10 biji sahaja.
- Kalau sebesar pisang yang orang selalu bawa gi masjid tu, cukup 5 biji saja.
- 4 biji telur
- 1 cawan @ 3/4 gula perang(gula putih pon boleh)
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan minyak
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder double action(guna yang double action ni menutup bau soda)
- Secubit garam.
- Lenyekkan pisang dalam mangkuk adunan. Biarkan. (Pisang jangan blend untuk nampak urat-urat pisang bila kek dah masak)
- Blend telur, minyak dan gula sampai betul betul kembang. Campurkan ke dalam adunan pisang tadi.
- Ambil pengayak. Ayak terus tepung, baking powder dan soda ke dalam adunan tadi.
- Masukkan secubit garam.
- Gaul sebati. Dah siap.
Biarkan 1 @ 2 jam dahulu sebelum di bakar @ kukus. Dua-dua boleh. (Nak bakar @ kukus terus pun boleh...tapi untuk kejadian kek yg lebih cantik, kena biarkan dahulu. Bagi sebati semua bahan).
Oven akak The Baker 100 liter, guna api atas bawah, Suhu atas 150°, bawah 180° selama 50 minit. Dah masak biarkan 15 minit dulu sebelum diterbalikkan keluar dari loyang.
Dari resepi ni , Kita boleh buat kek pisang 2 benua, 4 benua , kek pisang cheese, kek keret, kek labu. Tukarkan jer pisang tu.
Kredit resepi: Fieza Afieza
No comments:
Post a Comment