Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Ikan Keli Masak Lemak Cekur
Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Bahan-bahan:

5 ekor ikan keli

(bahan ditumbuk)
  • Sebiji bawang besar
  • 3ulas bawang putih
  • Seinci belacan
  • Ubi cekur dalam sebesar ibu jari tangan
  • (Kalau ubinya kecil agak-agak la 2,3,4 ketul.. lebih pun takpe lagi sedap)
  • Cili api 5-10 biji (ikut kepedasan)
-Asam keping
-Santan kotak kecik
-Sedikit lada hitam
-Garam 
-Gula
-Aji

(bahan dihiris)
  • Daun cekur dihiris
  • Daun limau purut dihiris (tak bubuh pun takpe)
  • Daun kunyit disimpul (tak bubuh pun takpe)
Cara-cara:

5 ekor ikan keli dicuci bersih

gaulkan bersama garam dan kunyit kemudian dibakar 3/4 masak... atau digoreng separuh masak.. ketepikan..

-Dalam kuali masukkan sedikit minyak dan masukkan bahan2 tumbuk...tumis sehingga naik bau..
-Masukkan asam keping dan santan tambahkan sedikit air....
-Perasakan dengan garam,gula,aji dn sedikit lada hitam..
-Masukkan ikan keli yg dibakar tadi.. tambahkan air jika perlu
-kemudian masukkan daun2 hiris.. masak seketika..dah boleh tutup api..siap

Kredit resepi: Nurhasanah Ismail

CARA MENGENAL SAMADA ANDA PENGHIDAP KENCING MANIS

 Tanda-tanda AWAL ditimpa KENCING MANIS
1. kerap membuang air kecil
2. berat badan yang menurun
3. sentiasa merasa lapar
4. sentiasa merasa haus dahaga
5. letih yang tidak menentu
6. pandangan semakin menjadi kabur
7. mudah mendapat penyakit kulit
8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. merasa penat dan sakit kaki
10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS 
1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut

 Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS 
1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

Cara mudah membeza ikan berformalin (ada bahan pengawet) & tak berformalin

 Ikan berformalin/bahan pengawet:
1. Warna ikan lebih cerah  dan "bersih"
2. Ikan lebih kenyal/keras
3. Tidak berbau 
4. Insang berwarna merah kegelapan
5. Tidak berlendir
6. Mata ikan putih/bukan jernih
7. Tidak dihinggapi lalat walaupun di tempat terbuka

Ikan tanpa pengawet:
1. Mata ikan jernih
2. Insang berlendir
3. Warna ekor /sisik kekal
4. Bau ikan kuat dan segar
5. Cepat dihinggapi lalat
6. Insang berwarna merah segar

Info tambahan:
Cara ujian ringkas kehadiran bahan pengawet dalam ikan/daging ayam dengan getah betik (getah betik boleh di ambil dari buah betik muda yang segar, caranya:
Rendamkn ikan/daging ayam dengan sedikit air, di atas rendaman tadi..kelar-kelarkan kulit betik tadi..biarkan getah betik menitik secukupnya..balik-balikkan ikan/daging tadi...jika terdapat gumpalan-gumpalan putih atas air rendaman tadi bermakna ada bahan pengawet pada ikan/daging ayam tersebut..

PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN 
Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis-nipis dan gaul bersama ikan dan air asam jawa. Biarkan seketika. Kemudian masak seperti biasa.

Eifi Murtabak dan Roti Canai Flyover, Jalan Pongsu Seribu, Kepala Batas

 Eifi Murtabak dan Roti Canai ni terletak betul-betul di bawah flyover highway utara selatan yang berdekatan dengan Jalan Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang. Depa kat roti canai kat sini sedap lebih-lebih lagi depa kata roti canai sardin memang padu la. 

Eifi Murtabak dan Roti Canai Flyover
Eifi Murtabak dan Roti Canai Flyover

menu-menu roti canai
menu-menu roti canai
Di sini juga ada roti telur, roti cheese, roti planta, roti telur double, roti kaya, roti susu cheese, roti boom, roti bawang, roti kaya cheese, roti canai telur goyang.

Disebabkan musim pendemik ni, tak boleh nak makan terus kat warung tu. Kalau makan panas-panas kat situ terus, baru terangkat selera. Tapi buat masa sekarang, kita beli bungkus je dulu. Lain kain, bila covid-19 dah settle kita pi sekali lagi makan situ terus. Jangan mai hari Isnin. Isnin depa tutup.

Disertakan kat bawah ni, gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang kalau nak makan roti canai di Eifi Murtabak & Roti Canai Flyover ni.

GPS Koordinat : 5°29'49.4"N 100°26'09.2"E atau 5.497046, 100.435874

RESEPI NUGGET HOMEMADE

NUGGET HOMEMADE
NUGGET HOMEMADE 

Bahan-bahan :
  • 2 ketul Dada ayam
  • 2 biji Telur
  • 2 cawan Nasi
  • 1 Kiub pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • Telur dan Bread crumb untuk salut sebelum menggoreng
Cara :
1. Kisar semua bahan 
2. Kukus dengan loyang selama 15 minit
3. Sejukkan dahulu di dalam peti ais
4. Celup telur dan bread crumb, sedia untuk digoreng

Resepi set nasi hujan panas

nasi hujan panas
nasi hujan panas

Nasi hujan panas
Kurma daging
Kari daging
Acar rempah

Nasi hujan panas:
  • Beras
  • Bwng merah
  • Bwng putih
  • halia
  • Buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis.
  • Kiub ayam
  • Planta@minyak sapi@ buttercup
  • Minyak sikit
  • Serai, daun pandan
  • Pewarna ( merah,hijau &kuning)
Pewarna ni letak masa nasi dah kering ye. Lepastu biarkan nasi masak . Bila nasi dah masak elok (beras melentik maknanya nasi dah masak sepenuhnya) baru gembur nasi.

Kurma daging:
  • Daging
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis, bunga cengkih , bunga lawang , buah pelaga
  • Rempah kurma
  • Serbuk jintan manis sikit
  • Serbuk jintan putih sikit
  • Santan
  • Kentang
  • bawang besar potong bulat
  • Cili merah @ hijau belah 2
  • Tomato belah 4.
  • Garam & perasa.
Acar rempah:
  • Timun buang biji potong nipis
  • Carrot potong nip
  • Carrot & timun rendam dalam air kapur 1 jam.
  • Kacang panjang @ kacang buncis
  • Bawang merah potong 4
  • Bawang putih potong 2
  • Halia
  • Kulit kayu manis, buah pelaga,bunga lawang , bunga cengkih
  • Rempah kari
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Kerisik
  • Serbuk cili sikit
  • Serbuk kunyit sikit
  • Cili merah potong
  • Cili padi
  • Gula & garam.

credit resepi: Emilia Azrina

RESEPI MEE KUAH DAGING

MEE KUAH DAGING
MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
  • 2 peket mee kuning - secukupnya
  • 1 kilo daging
  • 2.5 liter air rebusan daging
  • sos tomato secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 1 cawan kuah kacang
  • 3 biji kiub stock ikan bilis
  • 4 biji telur - utk pekatkan kuah
  • 3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
  • 8 biji telur rebus - dipotong 2
  • hirisan cili merah secukupnya
  • hirisan daun bawang secukupnya
  • Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia

CARA MEMASAK :

1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .

2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .

3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .

4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup.

Resepi ubi kari

 

ubi kari
ubi kari

Cara sedia ubi kayu:
  • Ubi kayu di bersihkan dan di potong 2 inci
  • Rebus ubi bersama sedikit garam
  • Setelah lembut (merkah) , tutup api dan buangkn air.
  • Setelah sejuk potong bentuk wedges
  • Goreng sekadar ubah warna
Bahan sira:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • (blender halus)
  • Rempah kari
  • Sedikit cili kering giling @ blender
  • Tumis semua bahan 
  • Tambahkan garam + gula
  • Masukkan ubi yg telh digoreng
  • Siappp....

Kredit resepi: Fateha abu yamin

RESEPI KEK KURMA

 

kek kurma
kek kurma

BAHAN-BAHAN
  • 20 biji kurma
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3/4 cawan susu UHT
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 genggam kecil gajus (ditumbuk kasar)
CARA MEMBUAT
1. Buang biji kurma. Kisar kurma sehingga halus dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas mixing.
2. Masukkan bahan minyak masak, gula halus dan susu UHT. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, baking soda dan esen vanila.
4. Masukkan gajus dan kacau lagi.
5. Bakar kek selama 35 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Resepi Rendang Daging Terbaik Hari Raya

rendang daging
rendang daging

Bahan-bahan :
  • 1 kilo daging 
  • 4 cawan santan pekat | daripada 2 biji kelapa / 2 kotak santan
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 sdb gula
  • 2 sdt garam (jika kurang sila tambah)
  • Sedikit bahan perasa (jika suka)
  • 4 sdb kerisik (kalau guna dalam peket kecil guna 4 peket)
  • 3 helai daun kunyit | hiris halus
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan kisar : 
  • 25 tangkai cili kering 
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas putih
  • Halia (sebesar ibu jari )
  • Lengkuas (letak sikit sahaja )
  • 5 batang serai
  • 1 1/2 sdb biji ketumbar
  • 1 1/2 sdb jintan manis
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
2. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan daging, santan, air dan daun limau purut.
3. Masak hingga kuah mula kering.Kemudian masukkan asam keping, gula, garam dan bahan perasa.
4. Teruskan memasak sehingga kuah rendang pekat.
5. Akhir sekali taburkan daun kunyit dan gaul sebati.
6. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

PETUA NAK BEZAKAN IKAN TONGKOL HITAM & IKAN TONGKOL PUTIH

ikan tongkal hitam dan putih
ikan tongkal hitam dan putih

Bagi yang tidak biasa mengenai jenis-jenis ikan, pasti agak keliru bila disuruh beli ikan tongkol. Tidak sahaja anda, Saya sendiri pun keliru. Menerusi perkongsian di bawah ini mungkin boleh membantu.

Ikan Tongkol Hitam & Ikan Tongkol Putih. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.

Yang sirip panjang - Tongkol Hitam (Ayor Itam @ Ikan Ayo Hitam)

Yang sirip pendek - Tongkol Putih (Ayor Puteh @ Ikan Ayo Putih)

★ Ikan Tongkol Hitam lagi sedap dari ikan tongkol putih. 

★ Kebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam.

★ Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor putih. Makan yang ayor hitam. Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.

★ Nak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor hitam. Rasa takde beza.

Sumber : Nik Mohamad Khairi

RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP

TELUR PECAH HANCUR MELETOP

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur
  • 4 s/mkn cili yg telah dikisar bersama dgn bawang merah & putih
  • 3 s/mkn cili sos
  • 1 s/mkn gula merah
  • 2 s/mkn gula pasir
  • garam secukup rasa
Cara-caranya :
1. tumis cili kering hingga masak
2. masukkan cili sos
3. masukkan gula merah, gula pasir & garam
4. rasa dah meletop, pecah kan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan .. korang kaup manja telur tu dalam kuali baru jadi hancur-hancur tu. Kalau nak jadi hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus aje gaul telur tu dangan sambal, siap
5. sedia untuk dihidang

kredit resepi:  Aleen Aireish

RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA MUDAH

PIZZA ROTI GARDENIA
PIZZA ROTI GARDENIA

Bahan-bahan :
  • Roti Gardenia
  • Keju
  • Sosej dicelur
  • Cendawan - potong kecil dan celur
  • Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar - potong halus
  • Daun parsley
Cara-cara membuat :
1.Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.
2.Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
3.Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

Kredit resepi: Aarilshah

Resepi ayam goreng berlado

ayam goreng berlado
ayam goreng berlado

Bahan:
  • Ayam
  • *3 biji bwg merah besar 
  • *3,4 ulas bawang putih
  • *4,5 biji lada kecil
  • *5,6 biji lada besar(merah n hijau)
  • 3,4 helai Daun limau purut
  • Serai sebatang
  • 1 @ 2 Asam keping
  • Garam aji @secukup rasa...
Caranya:
  • goreng ayam terlebih dahulu..gaul dgn kunyit sikit n garam..
  • blander bahan yang bertanda * ni..
  • tumis bahan bland..(kalau nak sedap,tumis guna minyak goreng ayam tadi)
  • kacau jangan bagi hangit..nampak dah pecah minyak,masukkan serai dan asam keping...masuk daun limau purut tu..carik-carik lah sikit daun limau purut tu...
  • lepas tu masuk lah ayam yang dah goreng tadi...
  • gaul sebati..kalau rasa kuahnya nampak kering sikit..tambah air sikit...jangan banyak sangat..sikit je..sebab taknak bagi hangit je..
  • dah tengok ayam sekata dengan kuah..masuk lah penambah perasa..garam dan aji..atau secukup rasa..
  • Siapp...boleh lerr makan ngan nasi panas-panas...kompem bertambah nasi korang...

kredit resepi : Adawiyah Farhan‎ (mahn)

Asas bahan-bahan untuk Kek Asam Manis Kampung

 

Kek Asam Manis Kampung
Kek Asam Manis Kampung

 Bahan-bahan asas Kek Kampung:-
  • 1 cawan majerin
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan baking powder)
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar susu pekat manis ikut suka tahap kemanisan
untuk kek kelapa
  • 1 sudu kecil esen ros/pandan
  • 1 cawan kelapa kering ( warnakan 3 warna)
untuk kek marble
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk koko utk bahagian warna coklat
untuk kek pelangi
  • 1 sudu kecil esen ros
  • warna merah, hijau, kuning utk warna adunan
untuk kek asam manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla/esen pisang
  • asam manis
untuk kek coklat urai
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • coklat urai (chocolate rice)
untuk kek oren
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 2 sudu besar kulit oren parut

Kredit ruzi dahalan

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis
Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus tepung beras - gunakan tepung beras cap 1 ekor gajah atau tepung beras cap teratai
  • 200 gram kacang tanah - boleh ditambah atau dikurangkan
  • 200ml santan kotak - tambah 3 cawan air
  • 1 mangkuk ikan bilis - dibersihkan dan dibelah 2
  • 7 ulas bawang putih - ni nak bagi rempeyek rasa lemak, kalau tak suka boleh kurangkan, nak lemak lagi boleh tambah
  • 1 sudu makan ketumbar biji - tumbuk kasar
  • 1 sudu makan jintan manis - tumbuk kasar
  • 1 sudu teh kapur - bancuh dengan sedikit air - ni nak bagi rempeyek rangup atau renyah
  • 1 biji telur
  • garam dan perasa pilihan secukupnya
  • minyak
Cara-cara:
1. Bancuh tepung beras bersama kesemua bahan di atas kecuali kacang tanah, ikan bilis dan minyak.
2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz besar (supaya cepat dan dapat hasil yang banyak dalam sekali gorengan).
3. Letakkan acuann di dalam minyak panas.
4. Keluarkan acuan dan tuangkan sedikit adunan dan bubuh ikan bilis serta kacang tanah.
5. Masukkan acuan berisi adunan ke dalam kuali. Goyang-goyangkan sedikit supaya adunan segera tanggal.
6. Ulangi langkah 4 dan 5.
7. Apabila rempeyek telah tanggal dan terkumpul di dalam gorengan, bolehlah angkat setelah kelihatan masak dan garing. Toskan.
8. Pastikan rempeyek telah benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.

Kredit resepi: fb kuih muih tradisional

Resepi Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk

Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk
Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk

Bahan-Bahan:
  • 1 pinggan nasi putih
  • Ikan goreng 
  • *10 tangkai cili api
  • *1 biji bwng besar-hiris
  • *3 ulas bwng putih
  • 2 biji telur
  • kacang pnjng
  • Kubis
  • Garam dan perasa
Cara Membuat:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan bertanda * bila dah agak layu, angkat.
2. Tumbuk kasar bahan yang dah digoreng tadi. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jangan hancur sangat (manja-manja je) 
3. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sayur dan pecahkan telur.
4. Bila telur dah separuh masak, masukkan nasi putih. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit. Siap!

Kredit resepi: resepi_ala_kampung

Resepi Pizza Kuali Simple

 

Pizza Kuali Simple
Pizza Kuali Simple 

BAHAN-BAHAN:
  • Tepung gandum 6 cawan
  • Air 2 cawan
  • Mauripan separuh peket
  • Minyak masak 2 sudu
  • Gula 1 sudu
  • Secubit garam 
*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye.. 

BAHAN TOPPING:
  • Sos pasta tradisional-jenama bebas.
  • Boleh letak macam-macam topping,
  • Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood

CARANYA:

Tumis bawang, bila dah wangi.. masukkan bahan basah yang lain. perasakan dengan garam dan lada hitam - ketepikan.

CARA MEMBUATNYA:
  1. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.
  2. *sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.. lps 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.
  3. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.
  4. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.
  5. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
  6. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.
  7. Kalau suka kerak pizza tu rangup, boleh masak kedua-dua bahagian, kalau nak lembut macam roti, masak lapisan bawah je.
  8. Ratakan sos pasta, bahan-bahan topping pizza,cheese dan biarkan atas api dalam 3-4 minit lagi untuk cairkan cheese.. Siap.. Makan panas-panas

kredit:resepiorangkita

Resepi Popia Ayam Cheese

Popia Ayam Cheese
Popia Ayam Cheese

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kulit popia (50 kpg)
  • 1 tin cendawan butang/ shiitake (potong dadu) 
  • 1 sdb lada hitam (tumbuk halus)
  • 1 batang lobak merak (potong dadu/ memanjang)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu) 
  • 5 batang sosej (hiris kecil) 
  • 1 bungkus daging ayam kisar
  • 1 tin champbells cream (ayam/cendawan) 
  • 1 bungkus cheese (6 kpg)
  • Sedikit susu fullcream
  • Sedikit butter/ olive oil
  • 1 cawan air bancuhan tepung gandum
  • 1 kiub ayam
Cara Buat :
  • Panaskan butter/olive oil, then masukkan bawang holland,lada hitam dan tumis sampai naik bau wangi. pastu masukkan lobak merah. tumis sekejap.
  • Masukkan daging ayam kisar & kiub ayam, kacau kasi hancur dan tidak berketul. 
  • Dah agak-agak masak masukkan sosej, cendawan dan kacau.
  • Lepas itu masukkan sos cream, kacau sampai sebati, 
  • Kalau pekat sangat tambah susu full cream tapi jangan banyak sangat, agak-agak je.
  • Perasakan dengan sedikit gula serta garam. 
  • Bila sudah sebati, masukkan cheese keping tadi, Gaul sampai cheese cair.
  • Siap.. masukkan dalam bekas tunggu sejuk & balut.
Inti Popia Sardin:
  • 1 tin sardin 
  • 1 sdk serbuk kari 
  • 5 biji cili padi (hiris nipis,ikut kepedasan tekak sendiri)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu) 
  • 2 tangkai daun kari 
  • sedikit olive oil
Cara Buat :
  • Panaskan olive oil, then masukkan bawang holland, serbuk kari dan daun kari tumis sampai naik bau wangi. pastu masukkan cili padi. tumis sekejap.
  • Masukkan sardin. 
  • Kalau kuah cair sangat tambah tomato sos tapi jangan bnyak sangat, agak-agak je.
  • Perasakan dengan sedikit gula serta garam. 
  • Bila sudah sebati, bole la tutup api. 
  • Masukkan dalam bekas tunggu sejuk & balut. masa dah sejuk baru hancurkan ikan sardin dengan menggunakan sudu.

Kredit Resepi : yant aizal

RESEPI RENDANG TOK

RENDANG TOK
RENDANG TOK

BAHAN-BAHAN:
  • 1kg daging
  • 10 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 3sm lengkuas | dikisar halus
  • 3sm halia | dikisar halus
  • 5 batang serai | dikisar halus
  • 5 sudu cili giling | dikisar halus
  • Kunyit sedikit | dikisar halus
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
  • 1kg santan pekat
  • 50gm gula Melaka
  • 3 sudu makan kerisik
  • 15ml air asam jawa
  • Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
  2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
  4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
  5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Resepi Kari Kepala Mamak Ikan Kerapu/Merah

Kari Kepala Mamak Ikan Kerapu/Merah
Kari Kepala Mamak Ikan Kerapu/Merah

Bahan bahan:
  • Kepala ikan jenahak/tenggiri/kerapu/merah
  • 2 keping isi badan ikan di atas
  • 1 cawan santan - pekat@cair ikut suka
  • 5 sb rempah kari ikan Baba's
  • 2 sb serbuk ketumbar Babas
  • 3 sb cili serbuk Babas
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 3 sudu besar halia + bawang putih - yg diblend
  • 5 ulas bawang merah kecil - dimayang
  • 2 tangkai biji fresh cili merah besar - belah dua
  • 2 tangkai daun kari
  • Asam jawa, sampai rasa cukup masam
  • 2 biji bawang besar merah &1 biji buah tomato - diblend hancur
  • Bendi dan terung
Cara Memasak:-
1.Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yang dimayang dan cili besar sampai wangi.
Kemudian masukkan bahan blend halia + bawang putih, serbuk-serbuk kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
2.Kemudian masukkan blended bawang besar + tomato, biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambah air.
3.Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap untuk dapatkan texture kari yang menarik.
4.kari ikan mamak siap! 

Kredit Resepi :Asyraf Zainuddin

Resepi Ketam Masak Merah Special

Ketam Masak Merah Special
Ketam Masak Merah Special

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ketam yang besar. direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan
  • sedikit hirisan cili merah
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan mesin:
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan-bahan selebihnya. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Hidangkan setelah masak.

Kredit resepi:ibu resepi

RESEPI SAYUR CENDAWAN GORENG

SAYUR CENDAWAN GORENG
SAYUR CENDAWAN GORENG

BAHAN:
  • cendawan(ikut nak sebanyak mana)
  • daun sup serta daun bawang
  • 5-6 ekor udang sedang
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sebiji cili merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit air
CARANYA:
  • cendawan dicarikkan jika besar saiznya
  • tumiskan bawang putih serta bawang besar yang dihiris
  • masukkan udang..masukkan cendawan.
  • masukkan garam,sedikit air serta cili merah yang dipotong serong..akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong agak-agak 1 inci...siap

Resepi Udang Goreng Butter

Udang Goreng Butter
 Udang Goreng Butter

Bahan:
  • Udang
  • Telur
  • Telur (kuning sahaja, dikacau macam nak buat telur dadar tu sehingga gebu)
  • Tepung jagung
  • Tepung Beras
  • Garam
  • Gula
  • *nak guna tepung Bistari pun boleh
  • Planta/Marjerin
  • Minyak
  • Cili padi dihiris
  • Daun kari

Cara-cara:-

Udang disalut telur dan tepung, garam..kalau guna tepung bistari takyah letak garam lagi, pastu goreng sampai ke emasan.

Panaskan Planta/Marjerin di campur dengan minyak, dah betul-betul panas terus masukkan cili padi dan daun kari, dah hampir garing masukkan telur kuning (part ni kena ada skill sikit, mangkuk yang ada telur kuning yang telah dikacau diangkat tinggi dan pelan-pelan di tuang di dalam kuali), sambil tuang kuning telur tu kena kacau laju-laju supaya buih telur tak terlalu membuak.

Sambil kacau tu masukkan sedikit garam dan gula, kacau sehingga warna sarang telur ke emasan, kemudian masukkan semula udang yang digoreng tadi dalam telur yangg sedang dikacau dan sebatikan.

Lepas tu cepat-cepat tapis udang dan telur tadi dalam tapisan..pastikan minyak betul-betul ditapis dan boleh dihidang.

Makan dengan nasi putih je pun dah wallahhh!!

Kredit Resepi : Azian Rahmat‎

RESEPI AYAM GOLEK SOS THAI

AYAM GOLEK SOS THAI
AYAM GOLEK SOS THAI

BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:

  • 1 ekor ayam | bersih dan tos
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai:
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 4 biji cili merah | kisar kasar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketimbar | hiris
  • Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
  4. Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
INFO CHEF:
Anda boleh kukus ayam yang telah digaul dengan bahan perapan, sebelum digoreng untuk mendapatkan isi ayam lebih lembut dan garing di luar apabila digoreng.

Kredit resepi: Inspirasi Resepi


 

Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis

Cencaru sumbat Sambal Portugis
Cencaru sumbat Sambal Portugis

Bahan:
Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.
Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.

Bahan-bahan sambal:
  • Daun kesum racik-racik
  • Bunga kantan hiris nipis-nipis
  • 15biji Limau kasturi/cuit(perah ambil air)
  • Gula
  • Garam
  • Secukup rasa
  • Aji (ikut masing-masing)
  • *1biji bawang besar
  • *3 biji Bawang kecil
  • *3 biji Bawang putih
  • *Sedikit belacan
  • *1biji Tomato
  • *15 tangkai Cili kering direbus
  • *3 cili besar hijau
  • *10 cili api
Cara masak:
  • Blend kasar-kasar semua bahan bertanda*
  • Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.
  • Bila sambai dh masak,masukkan air asan limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.
  • Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa kalau nak letak aji boleh jugak.
  • Kacau-kacau lagi dan rasakan.
  • Bila dah pekat tutup api.
  • Dan masukkan dalam cencaru tadi belah belakang sumbat sambal tadi.
  • Goreng dengan garing.
  • Angkat dan boleh letak lagi sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng tadi.
  • Siap!
Kalau nak bakar boleh ikut cara masing-masing.
Ikan apa-apa pun boleh jugak ikut selera masing-masing.

Kredit resepi: una husna

RESEPI KUIH TEPUNG BUNGKUS

KUIH TEPUNG BUNGKUS
KUIH TEPUNG BUNGKUS 

Bahan tepung:
  • 500gm tepung beras cap gajah 3
  • 3 cwn santan pekat
  • 3 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
(Satukan semua bahan diatas sehingga tepung sebati dan kacau atas api sederhana..sentiasa kacau untuk elakkan tepung berketul ya)

Bahan inti:
  • 1 biji kelapa parut
  • 400 gm gula merah
  • 100 gm gula putih
  • 1-2 helai daun pandan simpulkan
(Masak gula merah,gula putih dgn 3 cawan air smpai mendidih lepas tu tapis masuk dalam kuali dan masukkan kelapa parut dengan daun pandan..masak api slow ya hingga kering..sentiasa kacau takut hangit)

Bahan balut inti:
  • 250gm tepung pulut
  • Air..
(Ni bahagian yang paling senang..bancuh tepung pulut dengan air sehingga jadi doh yang lembut buakn lembik ya..macam nak buat onde-onde ataupun buah melaka)..

Kredit resepi: umie saffiya

Lagu Bendera Putih yang sangat padu maksudnya (audio dan lirik)

Nyanyian- Roy Kapilla
Lagu -Eddie Hamid/Remisier RM.
Nova Music Sdn.Bhd.
Lirik-Goh Lee Shen Smtt
Aries Music Sdn.Bhd.

(klik pada gambar dibawah untuk dengar audio lagu Bendera Putih)

Kemana lagi harus ku tuju..
Jalannya sempit ..makin berliku..
Tiada tempat... hendak mengadu..
Makin lemah ...diri ku terkaku bisu...

Tidak ku duga ...seksa begini...
Tangisan tidak ...membawa erti..
Doa ku titip pada Illahi..
Agar ada yang simpati ...dan mengerti..
Perit nya tika ini..

Chorus
#Bendera putih pun ...kami kibarkan...
Mengharapkan belas ..,simpati insan
Secebis bantuan ..kami tagihkan..
Anak isteri kelaparan....

#Bendera putih pun ....kami kibarkan...
Tandanya kami tewas ..putus harapan
Nasib kami janganlah...
Di abaikan..
Tuk menyambung kehidupan..
Bendera putih...ku kibarkan..
Ku kibarkan.........

Solo#

###Usah berebut kuasa..
###Hinggakan kami semua sengsara...
###Kami kebuntuan..hilang kerja..
###Biru hijau ..oreng merah ..
###Hentikanlah sengketa..

#Bendera Putih pun...
kami kibarkan..
Tandanya kami dalam.. kecemasan..
Hilang sudah pencarian ..punca pendapatan..
Setelah covid meyerang..

#Bendera putih pun ...kami kibarkan..
Harap ada yg sudi ..hulurkan bantuan..
Agar kami tidak ..mati kelaparan.
Itu yang kami doakan..

#Bendera putih pun ..kami kibarkan..
Bagai jalan terakhir  ..kami ikhtiar kan..
Agar ada yang tahu ..kami kesusahan..
Moga ada ...sinar harapan...

Bendera putih... pun ........kami kibarkan.......

Resepi Muffins Chipsmore

Muffins Chipsmore
Muffins Chipsmore

Bahan-bahan:
  • 2 paket Biskut Chipsmore
  • 2 kotak Susu GoodDay

Cara-cara Penyediaan :
  1. Pecahkan biskut Chipsmore.
  2. Masukkan dalam blend.
  3. Masukkan susu coklat Goodday.
  4. Dah siap blend masukkan kedalam loyang @ bekas cupcakes.
  5. Panaskan kukus.
  6. Masukkan bahan yang telah siap ke dalam kukus.
  7. Kukus selama 30 minit & lihat hasilnya! 

Kredit resepi: Siti Hasmah

Resepi kek pisang merelit

 

Kek pisang merelit
Kek pisang merelit

Bahan-bahan:
  • 15 biji pisang kalau saiz kecil sekecil pisang lemak manis. 
  • Kalau sebesar pisang mas 10 biji sahaja.
  • Kalau sebesar pisang yang orang selalu bawa gi masjid tu, cukup 5 biji saja.
  • 4 biji telur
  • 1 cawan @ 3/4 gula perang(gula putih pon boleh)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 3/4 cawan minyak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder double action(guna yang double action ni menutup bau soda)
  • Secubit garam.
Cara-cara:
  • Lenyekkan pisang dalam mangkuk adunan. Biarkan. (Pisang jangan blend untuk nampak urat-urat pisang bila kek dah masak)
  • Blend telur, minyak dan gula sampai betul betul kembang. Campurkan ke dalam adunan pisang tadi.
  • Ambil pengayak. Ayak terus tepung, baking powder dan soda ke dalam adunan tadi. 
  • Masukkan secubit garam.
  • Gaul sebati. Dah siap.

Biarkan 1 @ 2 jam dahulu sebelum di bakar @ kukus. Dua-dua boleh. (Nak bakar @ kukus  terus pun boleh...tapi untuk kejadian kek yg lebih cantik, kena biarkan dahulu. Bagi sebati semua bahan).

Oven akak The Baker 100 liter, guna api atas bawah,  Suhu atas 150°, bawah 180° selama 50 minit. Dah masak biarkan 15 minit dulu sebelum diterbalikkan keluar dari loyang.

Dari resepi ni , Kita boleh buat kek pisang 2 benua, 4 benua , kek pisang cheese, kek keret, kek labu. Tukarkan jer pisang tu. 

Kredit resepi: Fieza Afieza

RESEPI AYAM MASAK ALA THAI

AYAM MASAK ALA THAI
AYAM MASAK ALA THAI

Bahan-bahan:
  • Ayam digoreng sebentar angkat
  • Bawang besar dihiris nipis
  • Serai diketuk
  • Daun limau purut
  • Cili padi diketuk dalam 5 biji
  • Cili besar merah/cili besar hijau dihiris
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Cili kisar bersama bwg putih dan halia
  • Garam
Cara-cara:
Tumis bawang besar bersama serai sampai wangi
Masukkan cili kisar biar garing sebentar masukkan daun limau purut masukkan air sedikit lepas tu masukkan sos tiram,sos cili ,dan garam .biar sebentar masukkan ayam ,cili besar merah/hijau dan cili padi tadi .gaul rata boleh tutup api

Kredit resepi: Suliza Muhammad Idris

Resepi Pai Tee ala Chicken Rice Shop

Pai Tee ala Chicken Rice Shop
Pai Tee ala Chicken Rice Shop

bahan untuk kulit :
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Sesudu kecil air kapur
  • Sedikit garam
  • Sebiji telur
campur semua adunan, kacau hingga sebati.
Panaskan acuan..goreng macam buat kuih loyang.

Bahan untuk inti: 
  • Sengkuang + karot + timun (potong halus dan memanjang)
  • Bawang putih + bawang merah untuk menumis
  • Isi udang/ayam kisar
tumis bawang , masukkan isi udang/ayam
masukkan sayur yg dipotong tadi..kacau sekejap ja..tutup api

Untuk sos ..boleh buat mcm sos nasi ayam.

kredit resepi: rashidah din

RESEPI DAGING MERAH THAI

DAGING MERAH THAI
DAGING MERAH THAI

Bahan:
  • 1kg daging
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit garam

Cara-cara:
  • Rebus bahan diatas sehingga empuk(simpan air rebusan daging untuk kuah)
  • Hiris nipis dan goreng sedikit garing..
  • Angkat dan toskan

Bahan sos:
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 10 biji cili padi diketuk
  • 2 senduk cili kering blender
  • *2 sb sos tiram
  • *2 sb sos tomato
  • *1 sb sos cili
  • *Sedikit sos ikan
  • *Sedikit gula

Bahan Lain:
  • 1 Pokok Daun Ketumbar di hiris kasar
  • 1 Biji Bawang Holland
Cara-cara:
  • Tumis bawang putih menggunakan minyak menggoreng daging tadi..
  • Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan semua bahan * dan kacau sehingga memekat sedikit..Masukkan daging dan cili padi..Gaul sebati..
  • Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya mahu daging masak merah ini sedikit berkuah
  • Last tabur bawang holland dan daun ketumbar..

Kredit resepi: RASA resepi

Resepi kuah lontong

Kuah lontong
Kuah lontong 

Bahan-bahan kuah lemak lontong :
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang carrot - potong panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon
  • 1 keping fucuk - potong panjang
  • 1 keping tempe - potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 cawan udang hidup
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit
Bahan kisar :
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-cara:
  1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
  2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
  3. Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
  4. Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
  5. Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kredit resepi:Nur Sabiha Rosli

RESEPI AYAM MASAK KANDAR

 

AYAM MASAK KANDAR
AYAM MASAK KANDAR

Ayam seekor dipotong ikut suka (goreng separuh masak or mentah je)

Bahan A:
  • Jintan Manis 2 sdu mkn
  • Jintan putih 1/2 sdu mkn
  • Bawang Holland sebiji potong 4
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 12 tgkai cili kering
  • Goreng terlebih dulu kemudian blend dgn minyak
Bahan B:
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • 3 sdu mkn Serbuk kari
  • 1/2 sdu mkn Serbuk kurma
Cara-cara:
  • Tumis kesemua bahan B sampai naik bau dan serbuk kari kurma hingga pecah minyak. 
  • Kemudian masukkan bahan A.
  • Masak dalam 10 min
  • Masukkan kicap manis
  • Masukkan ayam
  • Perasakan dengan gula garam
  • Masukkan bawang Holland di potong bulat, cili hijau dan daun kari 

Kredit Resepi : Yasreen Balqish Al-Idrus‎ (Mahn via Koleksi Resepi Masakan Ayam)

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

 1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan, jangan diteguk, mudah mendapat sakit pada hati.

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

HATI-HATI DENGAN PRASANGKA, KERANA MATA SERINGKALI MENIPU

 Kisah Penjahit tua dan Penjual Daging

Seorang penjahit tua tinggal di sebuah desa kecil dan selalu menjahit pakaian yang sangat rapi dan indah lalu menjualnya dengan harga yang bagus dan cukup mahal..

Suatu hari, seorang lelaki miskin dari desa datang kepadanya dan berkata kepada Penjahit, "Tuan menghasilkan banyak wang dari pekerjaan tuan, tapi mengapa tuan tidak membantu orang miskin di desa..?"

Lihatlah penjual daging didesa yang tidak pun banyak wang tapi setiap hari membahagikan daging percuma kepada orang miskin.

Penjahit itu tidak menghiraukannya dan hanya tersenyum tenang...

Orang miskin itu keluar dari kedai penjahit dan mengabarkan kepada penduduk di desa bahawa tukang jahit tua itu kaya tetapi kedekut, sehingga orang-orang desa membencinya...

Lalu setelah beberapa waktu, penjahit tua itu jatuh sakit, dan tidak ada pun penduduk desa yang peduli kepadanya, lalu dia meninggal sendirian...

Hari-hari berlalu dan orang-orang desa menyedari bahawa si penjual daging tidak lagi membahagikan daging percuma kepada orang miskin...

Ketika mereka bertanya kepasa Penjual daging, lalu dia memberi tahu mereka bahawa si tukang jahit tua itulah yang selama ini memberi saya sejumlah wang setiap bulan untuk sedekah daging percuma kepada orang miskin, setelah dia meninggal, maka berhenti juga sedekahnya.

Moral of the story :

Orang lain mungkin akan beranggapan atau berfikir buruk tentang Anda, jangan risaukan itu tidak penting.. kerana itu tidak akan menguntungkan Anda, juga tidak akan merugikan Anda. Yang penting adalah apa yang Allah ketahui tentang Anda.

Jangan menilai seseorang dari apa yang Anda lihat darinya, kerana dia mungkin memiliki hal-hal baik dalam hidupnya, yg Anda tidak mengetahuinya. Selalulah berprasangka baik kepada orang lain.

Kredit : Pesan Bonda

Resepi gulai ikan kering tumis darat

 

gulai ikan kering tumis darat

Bahan tumis:
  • Cili kering dalam 5 batang
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang merah 3 ulas
Blender semua bahan ni,lepas tu tumis, minyak jangan banyak sangat sebab nanti kita nak tumis darat pulak,lepas tu letak air sikit.Kemudian bancuh sepeket kecil rempah ikan kering dan masukkan dalam bahan kita tumis tadi,masak sampai pecah minyak.

lepas tu masukkan....

Bahan-bahan:
  • Ikan masin (biasanya ikan talang)
  • Tomato
  • Nenas
  • Terung
  • Cabai hidup
  • Cabai merah
  • 1 keping asam gelugur
  • Masak sampai bahan ni masak
  • Last sekali masukkan santan
  • perasakan dengan gula
Bahan untuk tumis darat:
  • Bawang merah(kalau nak letak banyak lagi sedap)
  • Halba cmpur
  • Halia
  • Bawang putih
  • Cabai kering
  • Daun kari

kredit resepi:Suzana Nurkasih

RESEPI ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING

ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING
ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING 

Jangan lupa dihidangkan bersama telur masin,sambal belacan Dan Ulam-ulaman

Bahan-bahan:
  • 1 kilo rusuk kambing(dipotong )
  • 1 Helai Daun Kunyit(disimpul)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang serai(dikatok)
  • 1 BatanG Bunga Kantan(tambahan)
  • 1 biji buah tomato(dibelah)
  • 2 biji kentang(dibelah)
  • Cili padi merah 7 batang
  • 1 sudu besar asam+300ml air
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam,gula Dan serbuk perasa(jika suka)
  • Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
  • 10-15 BATANG CILI KERING
  • 4 BIJI BAWANG BESAR
  • 5 ULAS BAWANG PUTIH
  • 2 CM HALIA
  • 2 sudu besar Serbuk belacan @ 2cm belacan biasa
CARA MEMASAK
1)Panaskan minyak,masukkan bahan yang dikisar,tumis sehingga masak dan pecah minyak.
2)Apabila Sudah pecah minyak,masukkan rusuk kambing,daun kunyit,serai,Bunga Kantan,serbuk kunyit dan daun limau purut.gaul rata dan biarkan ianya masak sehingga sedikit lembut
3)Kemudian,masukkan air asam jawa,tomato dan ubi kentang,masakkan sehingga kentang lembut dan daging rusuk menjadi empuk.
4)Akhir sekali,masukkan cili padi dan perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa.gaul sebati dan tutup api.
5)Siap dihidang

kredit resepi : tuan punya resepi

Resepi Char Kuey Tiaw Special

Char Kuey Tiaw Special
Char Kuey Tiaw Special

Bahan-bahan:
  • stok udang:- 400gm udang kertas
  • 1 labu bawang putih
  • 8 sb kicap manis
  • 8 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 2 sb gula 
  • 2 sb cuka makan
  • 1 kiub bilis
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara buat stok udang:
  • rebus udang sekali dengan kepala sampai mendidih bersama 1.5 liter air.
  • Biarkan sejuk dan kisar semua bahan di atas bersama air rebusan tadi.
  • Dah siap semua kisar halus, tapis buang serdak-serdak udang tu. ok, siap bab stok udang char kuey tiaw nie... 
cara-cara buat char kuey tiaw: 
char kuey tiaw ni masak satu-satu baru sedap
  1. panas kan 1 1/2sudu besar minyak
  2. masukkan 1 ulas bawang putih yang diketuk
  3. masukkan udang
  4. masukkan 1 atau 2 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan)

agak-agak udang dah masak dan cili dah garing

      5. masukkan segenggam kuey tiaw
      6. masukkan 1 senduk stok udang (kalau nak kuah lebih boleh tambah lagi)
      7.bila dah mendidih pecahkan sebiji telur dan terus kacau
      8. masukkan daun kucai dan tauge
      9. kacau-kacau sebati dan siap
    10. nak special sikit pecahkan telur separuh masak dalam pinggan masa nak hidang tu..
    11. kena pulak dengan cili jeruk 

senang je.. nampak macam banyak step. tapi bila buat tak samapi 5-6 mnit pun sedap hidangan ni, dengan syarat masak guna api kuat.

Kredit resepi : tuan punya resepi

RESEPI SAMBAL KERANG CILIPADI

 

SAMBAL KERANG CILIPADI
SAMBAL KERANG CILIPADI

Bawang harus lebih, hiris kasar n separuh masak.. masa mkn tu terasa kerangupannya...

Bahan-bahan:
  • 2kg Kerang direbus dan asingkan isinya
  • 10 ulas Bawang merah*
  • 5 ulas Bawang putih*
  • Segengam cilipadi*
  • 4 biji lada hidup*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 keping asam gelugor
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan perasa
  • 1biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
  • isi kerang digaul kunyit & garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan.
  • kisar kasar semua bahan bertanda*
  • tumis bahan kisar tadi, campurkan asam keping dan perasakan
  • bila tumisan dah betul-betul garing, masukkan kerang tadi dan hirisan bawang besar. Gaul rata.
  • Siap.

Credit : Hafizan Hashim Akok Open

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

SOTONG BAKAR BERSAMBAL
SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya:
  • Sotong (saiz besar)
  • 10 tangkai lada kering - dikisar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih 
  • 4 biji buah keras
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara:
  • Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
  • Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Kredit Resepi: Dzanariah 

RESEPI UDANG BERLADO

 

UDANG BERLADO
UDANG BERLADO

Bahan-bahan:
  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • Bawang merah besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Daun limau purut 3 helai.
Cara-cara:
  • Blend bersama air semua bahan kecuali daun limau.
  • Tumis bahan blend sampai pecah minyak.
  • Minyak jangan terlalu sikit.
  • Masukkan daun limau dan serbuk kunyit 1 sudu kecil.
  • Masukkan gula dan garam
  • Akhir sekali masukkan udang dan bawang merah potong.
  • Jangan masak lama sangat lepas masuk udang, nanti kulitnya kecut dan overcooked, tak sedap.
  • Siap.

kredit resepi : Azreen Alia Natasya‎