Resepi Ikan Bakar terbaik sedap

 

Ikan Bakar
Ikan Bakar 

Bahan-bahan:
  • Ikan bawal
  • Daun pisang
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah
  • 2 senduk cili kering kisar
  • Lada hitam – optional
  • Belacan – optional
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan hingga sebati – kecuali ikan dan daun pisang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
4. Letakkan ikan di atas daun pisang.
5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
6. Panaskan kuali leper atau non-stick.
7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
8. Kemudian boleh hias mengikut kesukaan.

Aktiviti Jalan-jalan Cari Makan Terganggu Musim PKP Ni

 Saya memang suka aktiviti jalan-jalan. Kadang-kadang pusing satu Malaysia cari tempat ataupun destinasi menarik yang boleh dilawati. Sambil jalan-jalan makan angin, pada masa yang sama aktiviti jalan-jalan cari makan pun terkait gak la. Bak kata perpatah, cubit peha kiri peha kanan pun terasa, seiring dan sejalan. Maka dapat la dua-dua sekali aktiviti.

Blog ni pun wujud atas aktiviti yang sama. Dah puas jalan-jalan makan angin dan cari makan, saya akan abadikan memori tersebut dalam blog ni supaya ianya menjadi asbab kepada orang lain untuk jalan-jalan makan angin dan cari makan jugak. Mungkin dapat bagi idea kepada pembaca-pembaca yang ada hobi yang sama macam saya ni.

Tapi semenjak PKP ni, aktiviti saya ni terhad. Kalau lockdown atau pun SOP diperketakan, maka rentas daerah atau negeri tidak dibenarkan. Pada masa yang sama aktiviti perlancong juga disekat. Begitu juga dengan kedai-kedai makan, jika buka pun tidak dibenarkan makan di kedai.

Oleh yang demikian, blog saya juga turut mendapat tempias. Untuk menepati tema blog saya, saya berpendapat posting resepi adalah sangatt bersesuai dengan tema blog saya. Lagi pun waktu sekarang ramai isteri-isteri sibuk memasak di dapur untuk suami dan anak-anak. Maklumkan PKP, kena duduk rumah je.

Semoga COVID-19 akan berakhir di bumi Malaysia. Kepada semua rakyat Malaysia, ayuh sama-sama kita payung program vaksinasi kebangsaan supaya Malaysia cepat mencapai sasaran komuniti berkelompok bagi membendung COVID-19 yang kian mencanak naik ni.

Semoga selepas berakhirnya COVID-19, blog ni akan beraksi kembali dengan posting tempat-tempat makan menarik dan destinasi percutian menarik untuk tatapan semua.

Resepi Bawal tiga Rasa

Bawal tiga Rasa
Bawal tiga Rasa

 Bahan-bahan:
  •  Ikan Bawal 
Cara-cara:
  •    bersihkan ikan 
  •    gaulkan ikan dengan garam dan kunyit
  •    goreng ikan hingga garing
  •    dah masak, ketepikan dalam bekas hidangan
Bahan untuk kuah:
  • Cili kering di blend (dalam 2 sudu besar)
  • Sos cili,Sos tomato,Sos tiram,Sos Ikan,Jus limau (sukatan main agak-agak)
  • Bawang putih ketuk-ketuk
  • Bawang besar@holand (potong dadu)
  • Nenas & tomato (dipotong)
  • Cili api (dipotong)
  • Serai (dihiris)
  • Daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara-cara:

Panaskn minyak,pastikan minyak tak terlalu banyak.Masukkan bawang putih,cili kering & segala sos diatas. Kemudian masukkan sedikit air dan jus limau. Perasakan dengan gula dan garam.Tambahkan sedikit serbuk perasa. Last masukkan bawang besar,nenas,cili api & serai. Kacau dalam beberapa minit, tutup api. Kemudian masukkan kuah kedalam ikan yang disediakan. Hias dengan daun ketumbar..siap!

kredit resepi: SuiSan Aliezsha

PETUA 7 CARA UNTUK LEMBUTKAN DAGING

Daging merupakan salah satu menu pilihan masakan yang tinggi protein, zat besi dan kalsium. Tetapi tahukah anda jika tidak tahu cara yang betul sewaktu memasak, daging akan jadi keras dan kurang sedap. 

 Kalau rebus lama, ingat daging jadi empuk tetapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Anda boleh guna beberapa cara ini untuk melembutkan daging. Jom lihat satu persatu...

1. Letak daging yang bersih dalam peti
Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.
 Langkah-langkah:
• Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu.

 2. Guna daun betik
Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging.
 Langkah-langkah:
• Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Rebus daging (bergantung menu masakan).
• Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak.
• Apabila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.

 3. Cuci dengan nenas
Anda boleh menggunakan parutan nenas muda.Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong.
Langkah-langkah:
• Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak.

 4. Rebus dengan rempah
Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.
 Langkah-langkah:
• Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah, ya.

 5. Guna daun nangka
Langkah-langkah:
•  Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.
• Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

6. Daun pisang abu
Langkah-langkah:
• Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih.
• Carik-carikkan daun pisang abu.
• Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

 7. Pinang tua
Langkah-langkah:
•  Ambil 1/2 atau 1 biji pinang tua.
• Kupaskan dan bersihkan pinang tua.
• Masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.

 Semua cara yang kongsi ini dapat membantu melembutkan daging, anda boleh pilih salah satu cara yang paling praktis dan mudah.

PETUA-PETUA TRADISIONAL ORANG LAMA

 ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL 
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

 TEPUNG UBI PENAWAR RUAM 
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

 UBATI SAKIT DADA 
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

 HILANGKAN URAT DI KAKI 
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi masaalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

 RASA GARAM DALAM MASAKAN 
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

 SIMPAN KELAPA PARUT 
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

 GARAM UBATI SAKIT GIGI 
Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

 MULUT BERBAU 
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

 TUMIT KAKI TIDAK PECAH 
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

 HILANGKAN DARAH TINGGI 
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

TERNYATA DI DALAM KUBUR BANYAK TEMAN-TEMAN

Tahukah kamu, sebenarnya kamu tidak harus sendiri di dalam kubur menghadapi malaikat Munkar & Nakir. Kamu bisa membawa teman-teman karibmu, sahabat-sahabat setiamu dan keluarga terbaikmu.
Mereka dgn ikhlas menemani dan menghiburmu dalam kubur agar kau senang, mereka akan membawakan cahaya agar kuburmu terang, menyiapkan halaman penuh bunga agar kuburmu lapang, memakaikan pakaian sutra agar badanmu nyaman, menghamparkan kasur hangat dan dipan berwangikan kasturi utk kau tidur dengan nyenyak dan tenang, mereka akan membantumu menghadapi segala kemungkinan agar kau menang.

Mereka adalah 5 teman yang sangat rupawan, pakaiannya sangatlah indah, baunya sangatlah harum. 
Mereka bernama 
  • si Sholat, 
  • si Zakat, 
  • si Puasa, 
  • si Amal Sholeh
  • si Qur'an. 
Ya, mereka benar-benar akan menjelma menjadi "sosok rupawan nan menawan" yang selalu menemani dan menjagamu dalam kubur.

Merekalah teman, sahabat dan keluarga sejatimu.

Bagi orang yang beriman dan ta'at, di dalam kubur nanti, si SHOLAT akan berjaga dari adzab dibagian kepala, si ZAKAT akan berjaga dari adzab disisi kanan, si PUASA akan berjaga dari adzab disisi kiri, si AMAL SHOLEH lainnya akan berjaga dari adzab disisi kedua kaki, dan si AL-QUR'AN akan memeluk berjaga dari adzab pada seluruh tubuh.

Apakah semua teman-teman ini terpikir olehmu saat ini?

Atau selama ini kamu sudah berteman tetapi hanya sekedarnya saja, bahkan mungkin lebih sering kamu abaikan. Tidakkah kamu berfikir lagi, siapa teman-teman sejatimu yg sesungguhnya.
Ataukah masih saja kamu sibuk dengan teman-teman duniawi yang tidak akan perduli denganmu saat kamu menghadapi sakaratul maut, teman-teman yang langsung kembali pada kehebohan dan kesenangan duniawi sesaat setelah acara penguburanmu.

Rasulullah bersabda,

فَيُؤْتَى مِنْ عِنْدَ رَأْسِهِ ، فَتَقُولُ الصَّلاةُ : مَا قِبَلِي مَدْخَلٌ
Kemudian didatangkan malaikat dari arah kepalanya utk menyiksa, maka sholat berkata "Tidak ada jalan dari arahku (untukmu)"
فَيُؤْتَى مِنْ عَنْدَ يَمِينِهِ ، فَتَقُولُ الزَّكَاةُ : مَا قِبَلِي مَدْخَلٌ
Kemudian didatangkan malaikat dari arah kanannya utk menyiksa maka zakat berkata "Tidak ada jalan dari arahku (untukmu)"
فَيُؤْتَى عَنْ يَسَارِهِ ، فَيَقُولُ الصِّيَامُ : مَا قِبَلِي مَدْخَلٌ
Kemudian didatangkan malaikat dari arah kirinya utk menyiksa maka puasa berkata "Tidak ada jalan dari arahku (untukmu)"
فَيُؤْتَى مِنْ عِنْدِ رِجْلَيْهِ ، فَيَقُولُ : فِعْلُ الْخَيْرَاتِ مِنَ الصَّدَقَةِ وَالصِّلَةِ وَالْمَعْرُوفِ وَالإِحْسَانِ إِلَى النَّاسِ : مَا قِبَلِي مَدْخَلٌ
Kemudian didatangkan malaikat dari arah kakinya utk menyiksa, maka amal sholeh, segala sunnah, dan segala perbuatan ma’ruf, berkata, "Tidak ada jalan dari arahku (untukmu)"

(HR. Imam Ahmad dalam kitabnya Al-Musnad dari riwayat Al-Bara’ ibn ‘Azib & Himpunan Fadhilah Amal:609)

Dalam hadist lain dikatakan juga bahwa Al-Qur'an akan menjelma menjadi "seseorang" pria tampan yg selalu menjaga kita, memeluk kita, melindungi kita. Ia akan datang saat tubuh kita mulai dikafankan hinggalah ke alam barzah dan hari kebangkitan. Al-Qur'an akan memperkenalkan dirinya pada si mayat sehingga ia merasa tenang dan tidak ketakutan di alam kubur. Sosok Al-Qur'an tak mau melepaskan diri dan tak mau dipisahkan dengan kita hingga Allah memasukkan kita ke dalam syurga.
(Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah)

Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah bersabda,
"Tiada penolong yang lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat selain daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.”
(Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)

9 Resepi Kopi Unik Dengan Menggunakan Instant Coffee Sahaja.

1. KOPI HALIA
Bahan-bahan:
  • 2 cawan serbuk kopi
  • 1/2 cawan halia kering
  • 6 sudu besar biji ketumbar
Cara-cara:
  1. Sangrai (toastkan dalam kuali tanpa minyak) biji ketumbar menggunakan api kecil dalam 2 - 3 minit. 
  2. Tumbuk halia. 
  3. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan biji ketumbar dalam blender.
  4. Gaulkan serbuk kopi dan serbuk campuran halia dan biji ketumbar. Jadi dah serbuk kopi. 
  5. Masukkan air panas dan campuran serbuk kopi ke dalam periuk. Tambahkan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih. 
  6. Tapiskan. Kopi halia siap untuk dinikmati!
Kredit resepi: Spice Table

2. KOPI TARIK AIS BIASA
Bahan-bahan: 
  • 2 sudu besar serbuk kopi
  • 2 sudu besar gula 
  • 2 sudu besar air 
  • 1/2 cawan susu segar 
  •  Cawan dan penutup
Cara-cara: 
  1. Masukkan serbuk kopi, gula dan air ke dalam cawan. Tambahkan susu segar.
  2. Tutup cawan dengan penutup dan goncangkan.
  3. Tuangkan ke dalam cawan lain yang berisi ais. Jangan lupa tarik! 
Kredit resepi: Cailie Tay

3.  KOPI TARIK AIS DENGAN KEJU GULA MELAKA
Bahan-bahan:
  • 200gm cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar gula
  • 4 tin Nescafe Tarik Kaw
  • Susu pekat manis berperisa gula melaka 
Cara-cara:
  1. Mula-mula blendkan cream cheese, whipping cream, gula dan garam sehingga kembang. Biarkan dalam peti sejuk seketika.
  2. Masukkan ais ketul dalam cawan. Kemudian, tuang air Nescafe. Letakkan campuran cream cheese tadi dan sedikit gula melaka sebagai topping. Siap!
Kredit resepi: Ila Dila

4. KOPI CINCAU AIS
Bahan-bahan:
  • 2 uncang kopi
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 1 gelas air
  • Cincau secukupnya
  • Ais secukupnya
Cara-cara:
  1. Didihkan air bersama kopi. Kemudian masukkan ke dalam gelas.
  2. Masukkan gula dan susu pekat secukup rasa.
  3. Masukkan cincau & ais secukupnya.
Kredit resepi : Erna Hezren

5. KOPI DALGONA
Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar serbuk instant coffee
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 genggam ais
Cara-cara:
  1. Dalam satu mangkuk, masukkan 2 sudu besar instant coffee, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar air panas. Pukul selama 5 minit sehingga dapat konsitensi 'stiff peak'.
  2. Masukkan ais dan susu dalam cawan. Masukkan whipped coffee.
Kredit resepi

6. KOPI AIS
Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk instant coffee
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu maple syrup (atau madu)
  • 1/4 cawan susu segar (boleh gunakan oat milk)
Cara-cara:
  1. Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan. Masukkan serbuk kopi, gula dan maple syrup. Kacaukan. 
  2. Dalam gelas yang lain, masukkan ketulan ais dan susu. 
  3. Akhir sekali, masukkan kopi. Siap! 
Kredit resepi: Viar

7.  AFFOGATO COFFEE
Bahan-bahan:

  • 2 sudu teh serbuk instant coffee atau serbuk esspresso
  • 1/2 cawan air
  • 2 scoop asikrim vanila
  • Chocolate shavings
Cara-cara:
  1. Bancuh kopi dengan air seperti biasa.
  2. Dalam gelas yang lain, masukkan aiskrim. Tuangkan air bancuhan kopi tadi.
  3. Letakkan chocolate shavings sebagai topping.
Kredit resepi: Cook Travel Workout Repeat

8. VIETNAMESE EGG COFFEE
Bahan-bahan:

  • 3 sudu teh serbuk kopi
  • 2 sudu teh susu pekat
  • 2 kuning telur
  • Susu cair
Cara-cara:
  1. Saringkan kopi bersama air panas. 
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan kuning telur dan susu pekat. Whisk sehingga warna menjadi kuning cair. 
  3. Tuangkan adunan ke atas kopi yang telah disaring. 
  4. Akhir sekali, masukkan susu cair untuk rasa yang lebih manis. 
Kredit resepi: Steve Owens

9. COFFEE LEMONADE
Bahan-bahan:

  • 1/2 biji lemon
  • Gula secukup rasa
  • Kopi
Cara-cara:
  1. Bancuhkan lemon, gula dan air.
  2. Dalam gelas yang lain, tuangkan ketulan ais dan bancuhan lemon.
  3. Masukkan kopi yang telah siap dibancuh. Siap!
Kredit resepi: thecaffeinatedclub

Resepi mee udang simple

mee udang
mee udang 

Bahan-bahan:
  • mee kuning secukupnya
  • udang secukupnya
  • kepala udang (direbus untuk jadikan stok)
  • #cili kering segenggam (ikut selera pedas masing-masing)
  • #bawang putih 3 ulas
  • #halia sikit
  • #bawang merah 8 biji
  • #udang kering 1 mangkuk kecil.
  • #sebiji kentang
  • #2 biji keledek
hiasan:
  • Sawi
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • telur
  • limau nipis
  • Cili hijau
cara-cara:
  • rebus kepala udang,dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang ketepikan.
  • rebus kentang dan keledek,blend halus dan ketepikan.
  • kisar semua bahan bertanda # tumis hingga naik bau..masukkan stok udang..masak lagi hingga didih..
  • tambah garam sikit,gula sikit, gula melaka dan cukup rasa.. masuk keledek dan kentang blend tadi.Tambah air jika perlu.
  • Dah didih baru masukkan udang dan siap.

Gerai Air Kelapa dan Coconut Shake, Bertam Putra Kepala Batas

 

Air Kelapa dan Coconut Shake
Air Kelapa dan Coconut Shake
Peminat air kelapa a.k.a ayaq nyok dan coconut shake, boleh cari brother ni jual di Bertam Putra Kepala Batas. Dekat je dengan Pasaraya Mydin Bertam.

Brother berniaga betul-betul depan kedai car wash. So, sambil basuk kereta korang tu, boleh layan air kelapa dan coconut shake. Sempoi-sempoi ja...

GPS gerai brother ni adalah seperti berikut:

5°31'10.4"N 100°28'45.0"E atau 5.519554, 100.479176

Resepi Karipap Roti

karipap roti
karipap roti
Bahan-bahannya:

  • Roti gardiner sebungkus
Inti:
  • Telur 3 biji
  • Lada sulah
  • Garam Secukup rasa
  • Sebiji bawang merah
  • bawang
Cara-cara buat:
Inti Karipap Roti
  •  Hiris halus bawang merah
  • Pecahkan telur, letak garam kemudian campur bawang merah yang telah dihiris. Kocok telur tersebut.
  • Panaskan kuali engan api sederhana
  • Tuangkan minyak dan kacau telur dengan pelahan sehingga hancur.
  • Angkat telur hancur tadi kemudian tabur lada sulah.
Kulit Karipap Roti
  • Ambil sekeping roti
  •  Letakkan diatas acuan karipap (banyak terjual di supermarket)
  • Isikan inti yang telah dimasak tadi
  • Tekapkan dengan acuan
  • Goreng dalam minyak yang panas (1-2 minit shj)
  • Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak.
kredit : tuan punya resepi

RESEPI IKAN MASIN KURAU CILI KERING BERSOS TIRAM

IKAN MASIN KURAU CILI KERING BERSOS TIRAM
IKAN MASIN KURAU CILI KERING BERSOS TIRAM

BAHAN-BAHAN
  • Ikan Masin kurau 150 gram (dicuci Dan digoreng)
  • Bawang besar 1 biji Di hiris
  • Bawang Putih 4 ulas dibelah 
  • Halia 2cm  dihiris
  • Daun Kari 2 batang
  • Cili Kering 5 batang dipotong
  • Sos Tiram 2 sudu besar
  • Gula 1 sudu besar
  • Minyak masak
CARA MEMASAK 
  • Panaskan minyak, masukkan ikan masin dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 
  • Panaskan minyak,Tumis bawang putih , bawang merah , halia ,daun kari dan cili kering sehingga naik bau. 
  • Masukkan sos tiram dan  garam,kemudian Gaulkan. 
  • Masukkan ikan masin yg telah digoreng tadi , Gaulkan rata.
  • Angkat dan siap untuk dihidang.

kredit : Nurul Ateekah

RESEPI KASWI PANDAN

 

KASWI PANDAN
KASWI PANDAN

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan santan (kalau guna santan kotak kecil tambahkan air untuk cukup kan 2 1/2 cawan santan) 
  • 1 cawan air pandan (dikisar bersama 2 helai daun pandan)
  • 1 sudu besar air kapur (ambil yang jernih)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen pandan
Cara-cara:
  • kelapa parut digaul bersama sedikit garam
  • satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, gula, garam & santan..gaul sebati, masukkan air kapur (nak blend pun boleh)
  • tuang adunan ke dalam loyang yang disapu dgn minyak. 
STEAM selama 30 minit. 
tunggu sejuk baru potong

RESEPI MEE HAILAM

 

MEE HAILAM
MEE HAILAM
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang sederhana besar
  • 300gm daging ayam
  • 3 ekor sotong saiz besar
  • 1 peket fish ball
  • 1 peket mee
  • 3-4 cawan air
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos nampla
  • 2 biji telur
  • Sedikit sayur sawi
  • Sedikit bunga kobis
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomato masak ranum
  • Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:
  • Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .
  • Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .
  • Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .
  • Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng.

RESEPI MEE HAILAM SEDAP & SIMPLE.

 

MEE HAILAM SEDAP & SIMPLE.
MEE HAILAM SEDAP & SIMPLE.

Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. 

Bahan-bahannya:
  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap 
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu

Cara-cara Membuatnya.
  • Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
  • Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
  • Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
  • Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
  • Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
  • Kemudian anda masukkan mee.
  • Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
  • Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
  • Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
  • Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
  • Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
  • Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.

Cdt: jessie ooi

RESEPI MEE MAGGI GORENG MAMAK

MEE MAGGI GORENG MAMAK
MEE MAGGI GORENG MAMAK

Bahan-bahan:
  • 360 gm Maggi
  • (rendam maggi dengan air panas. kejap je.. then toskan jangan bagi kembang sangat tau..kalau terlalu kembang nanti masa goreng hancur lembik2.
  • *1 biji bawang besar
  • *6 ulas bawang putih
  • *segenggam udang kering (kisar semua bahan2 bertanda *)
  • 10 tangkai cili kering(rendam dgn air panas dan kisar)
  • tauhu
  • sedikit taugeh dan sawi
  • udang,kerang,sotong,dada ayam dan daging yang dipotong nipis
  • kicap manis,sos cili dan sos tiram secukupnya
  • daun sup dan daun bawang
Untuk hiasan:
  • bawang goreng
  • cili merah
  • daun sup dan daun bawang
  • telur mata
  • tomato
  • timun
  • limau kasturi/nipis
Cara-cara:
  1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau
  2. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar.
  3. Bila dah terbit minyak masukkan sos tiram dan kicap..letak agak2..kalau leh jangan letak garam dulu k.. sebab sos tiram dan kicap nanti dah masin...
  4. Masukkan pula daun sup dan daun bawang
  5. Kacau rata
  6. Masukkan sotong,udang,kerang,isi ayam dan daging
  7. Kacau sehingga ayam dan daging nampak kecut..
  8. Masukkan tauhu
  9. Masukkan Maggi
  10. Jangan lupa masukkan taugeh dan sawi..
  11. kacau semua sehingga mesra rakyat.hahaha.
  12. Kalau colour tak cukup cantik... masukkan sos cili dan kicap lagi..then gaul2... rasa garam...
  13. nak sedap masukkan sikit ajinomoto.. tapi kalau nak jaga kesihatan.. takyah letak ek.
  14. ok..siap dah untuk dihidangkan... 

Resepi Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam
Bahan-bahan : 
  • 1 kg daging (dipotong nipis)
  • 3 ulas bwg merah (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 ulas bwg putih (dihiris)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • Minyak masak untuk menumis
  • Bahan Kisar
  • 4 biji bwg besar
  • 3 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 20 biji cili kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak : 
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris,daun kari, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Kredit : resepi ummi

Resepi sotong goreng berlada bersama ubi kentang

 

Sotong goreng berlada bersama ubi kentang
Sotong goreng berlada bersama ubi kentang

Bahan-bahan 
  • Setengah kilo sotong
  • lada hitam 1 sudu kecil
  • halia 1 inci
  • Bawang kecik 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
Tumbuk bahan di atas 
dan gaulkan dengan Sotong, letakkan sedikit serbuk kunyit, kemudian masukkan
 
  • 1 ketul pati ayam knorr
  • sedikit garam dan gula
  • 2 biji ubi kentang goreng ketepikan
  • Sebiji bawang besar
  • 6 biji Cili padi 
  • 1 biji Cili merah
Cara-cara:
Tumiskan sotong, masak sampai air sotong kering, kemudian masukkan air asam jawa, 
seketul pati ayam dengan ubi kentang yang di goreng tadi...
Masak sampai kuah pekat kemudian masukkan Bawang besar sebiji, cili padi dan cili merah
Siap

Kredit:siti fatimah

Resepi Mee Jawa

Mee Jawa
Mee Jawa

Bahan-Bahan:
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
Mesin halus:
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 batang serai 
  • Sedikit halia 
  • sedikit lengkuas 
  • 100 gm udang kering
  • sedikit cili padi, jika suka pedas 
  • 2 sb cili kisar
  • 3 sb serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau
  2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

 kredit: Azie Kitchen

RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

 

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan :
  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 batang serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak untuk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)
Cara-cara :
Kupas & blend (tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

kredit : @angelic. argan

Resepi dan tips untuk buat Basque Burnt Cheesecake

 

Basque Burnt Cheesecake
Basque Burnt Cheesecake

Beberapa tips sebelum buat Basque Burnt Cheesecake supaya kek menjadi nanti. 
  1. Guna whipping cream, bukan double cream. Entah kenapa, kalau guna double cream; permukaan kek akan cepat hangus sebelum dpt garing di serata permukaan berbanding guna whipping cream. 
  2. Suhu guna 100° untuk 40 minit pertama, kemudian tambah jadi 120-125 utk 15 minit lagi. 
  3. Buka springfoam selepas 15 minit kek dikeluarkan. Tin yang panas akan terus memanggang bahagian tepi kek dan menjadikannya ia hampir sama warna dengsn permukaan kek. 
  4. Griskan dasar & dinding loyang dengsn butter yang banyak. Alaskan dengan parchment paper. Di bahagian dinding, kertas harus lebih tinggi dari dinding loyang. Kek tidak akan melekat di kertas & senang dipisahkan tanpa mencacatkan kek.
Bahan-bahan Basque Burnt Cheesecake:
  • 500 gm cream cheese (saya guna Philadelphia)
  • 200 ml whipping cream
  • 4 biji telur suhu bilik
  • 170gm gula caster
  • 18gm tepung gandum
Cara-cara:
1. Putar cream cheese bersama gula caster sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Turunkan kelajuan dan masukkan whipping cream. Putar sekejap sahaja.
4. Guna spatula utk kaup balik tepung.
5. Masukkan dlm loyang & hentakkan loyang perlahan2 atas meja utk keluarkan udara dlm batter.
6. Bakar 100° utk 40 minit pertama, naikkan 120-125° utk 15 minit lagi.

Credit: Faiza mohammed saari

RESEPI MEE CELUP ala THAI

MEE CELUP ala THAI
MEE CELUP ala THAI 

Bahan- bahan
1. Ayam / tulang daging lembu
2. Meatball / bebola daging (celur)
3. Perencah sup thai 
4. Daun ketumbar
5. Daun bawang / sup
6. Kangkung / sawi / tauge
7. Kicap pekat
8. Garam / gula / ajinomoto
9. Cili serbuk
10. Cili jeruk (cili besar hijau)
11. Cili api 
12. Kacang tanah tumbuk halus
13. Bawang putih goreng
14. Bawang merah goreng
15. Bawang putih jeruk
16. Kicap soya / manis
17. Kicap sotong thai
18. Lada hitam serbuk
19. Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun

Cara buat :-
  • Masukkan air setengah periuk bersama ayam yg dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki.. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging.. 
  • Biarkan ayam sehingga air mendidih.
  • Masukkan akar daun ketumbar , perencah thai , 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee.. 
  • Masukkan garam, ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nak hidangkan dalam mangkuk. Ni hanya untuk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dengan kuah yang anda inginkan, jika nak makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap.. Sesetengah orang lebih suka yang kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.
  • Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.
  • Tambahkan air bagi penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.
  • Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yang dah dipotong halus
  • Sedia untuk dihidang.

Cara buat hidangan perencah penambah perasa :-
  • Cili jeruk - Potong halus-halus, rendam bersama cuka makan
  • Cili serbuk tumis - Panaskan minyak , masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api.. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.
  • Cili api tumbuk / blend.. Buat macam sambal , cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudoan blend / tumbuk.
  • Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis , garam , gula & lada hitam serbuk.

Psstt : Wajib celur mee & sayur-sayuran.. supaya tidak berbau sayur, mee lebih sebati dengan kuah

Kredit: Fatin Shaida

TIP UNTUK BUAT BISKUT

  1. Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair - akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
  2. Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
  3. Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh - mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
  4. Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak 'gluten' daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
  5. Selalu 'rehatkan' doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu 'rehatkan' doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
  6. Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan 'direhatkan'. Jangan 'rehatkan' kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali arus, doh itu akan mula keluar minyak - menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
  7. Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
  8. Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
  9. Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
  10. Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar - yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
  11. Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas 'cooling rack'. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas 'cooling rack', wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
  12. Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
  13. Untuk biskut yang mengandungi 'peanut butter', lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana 'peanut butter' itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.

Credit :Maz Samad

Resepi Almond London Crunchy

Almond London Crunchy
Almond London Crunchy 

Bahan-bahan:
  • 250gm butter cup
  • 1 cawan gula icing 
  • (Pukul sampai kembang)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan susu tepung
Cara-cara:
  • Masukkan dalam bahan yang dipukul,lepastu  uli sampai x melekat dekat tangan. Adunan jangan terlalu keras nanti susah nak bentuk dengan badam. Kalau adunan keras tambah butter/majerin.kalau adunan lembik tambah tepung gandum.
  • Biji badam secukupnya (bakar dahulu)
  • Coklet masakan (double boil)
  • Badam cincang untuk hiasan (bakar dahulu)

kredit: roslina

RESEPI PUDING MANGGA

PUDING MANGGA
PUDING MANGGA

BAHAN-BAHAN:
  • 20g agar-agar tali
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan susu tepung
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 3 biji mangga (yg manis).. Nak letak lebih mangga pun boleh.. Lagi sedap
CARA-CARA:
  • Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga larut agar-agar.. Tuang gula dan gula batu.. Kacau-kacau.. Kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam kacau-kacau bagi sekata/sebati.. Masak sehingga mendidih.. Tutup api
  • Ambik 2 cawan agar-agar tadi.. Tuang dalam blender serta 1 biji mangga potong-potong, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus
  • Basahkan loyang.. Tuang 2 cawan agar-agar yang bersusu tadi dalam loyang.. Biarkan agar-agar tu mengeras sedikit.. Boleh susun perlahan-lahan mangga yg dipotong dadu atas permukaan agar-agar tadi.. Akk susun separuh dulu mangga.. Lepas tu tuang sedikit agar-agar.. Selebihnya mangga susun semula dan lebihan agar-agar tadi tuang habis.. Biarkan agar-agar tu mengeras sekejap
  • Agak-agak dah beku sedikit agar-agar tu.. Tuang agar-agar yg diblender tadi perlahan-lahan atas agar-agar susu tadi.. Biarkan sejuk
  • Boleh simpan dalam peti sejuk.. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ni ikut suka.. Sedia untuk menikmatinya

Kredit resepi; Zura zul 

RESEPI LAKSA JOHOR

LAKSA JOHOR
LAKSA JOHOR 

Bahan bahan :
  • Spaghetti
  • 1kg ikan selayang / kembung
  • 3/4 cawan rempah kari ikan
  • 1/2 cawan cili kering yang dikisar
  • 1 kotak santan segera
  • 1 paket kecil kerisik
  • Garam & serbuk perasa
Bahan untuk kisar dan tumis :
  • 3 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas 
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
Ulam Ulaman :
  • Timun
  • Taugeh
  • Daun kesom 
  • Kacang panjang
  • Limau kasturi
Cara - caranya :
  • Ikan disiang dan dibersihkan. Lepas tu kukus @ direbus bersama asam keping. Carikkan isi ikan. Air rebusan ikan tadi tu disimpan . Kisar ikan yang telah dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan tadi..kemudian ,ketepikan
  • Panaskan minyak 1/2 cawan tumis bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga kering.
  • Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ..kacau rata . Masukkan air rebusan ikan baki sikit tadi dan santan.
  • Apabila sudah mendidih ,masukkan kerisik pula.
  • Masukkan garam ,perasa dan daun kesom sedikit .
  • Kepekatan kuah Laksa johor ni mengikut suka..so,air kena agak-agak

credit : Nur Elina Mohd Aziz‎

Resepi roti goreng sayuran krup krup

 

Roti goreng sayuran krup krup
Roti goreng sayuran krup krup

Bahan-bahan
  • 5-6,keping roti gardenia
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan air*
  • 1 biji telur*
  • Sedikit daun sup*
  • Sedikit karot yg disagat*
  • Sedikit garam*
Cara-cara
Satukan bahan bertanda * sebatikan
Roti di potong ikut cita rasa masing-masing
Celup roti dalam adunan dan goreng hingga kekuningan.
Siap dihidangkan.. Boleh dimakan begitu saja atau sos dan mayonis...

kredit: danisya dhia farisya

Resepi Biskut Snow Almond

 

Biskut Snow Almond
Biskut Snow Almond

 Bahan A
  • 260gm mentega
  • 150gm gula kaster
  • 1 tsp esen vanila
  • 50gm serbuk badam
Bahan B
  • 300gm tepung red rose
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm susu tepung
  • 40gm tepung jagung
  • Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb

RESEPI AYAM SERAI THAI

AYAM SERAI THAI
AYAM SERAI THAI

Bahan Bahan:
  • 6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • Garam
  • Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing
Bahan Sambal:
  • 2 batang serai di ketuk
  • 5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
  • 1 sudu makan sos seafood
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 kiub pati ayam
  • Gula secukupnya
  • 1 biji limau kasturi, ambil.jusnya
Bahan Kisar:
  • 5 cili besar
  • 6 cili padi
  • 3 bawang putih
  • 4 bawang merah
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan serai dan daun limau purut
3. Kacau rata masukkan kiub ayam
4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tutup api dan hidangkan

Resepi Popia Daging Black Pepper

 

Popia Daging Black Pepper
Popia Daging Black Pepper

Bahan-bahan:
  • Kulit Popia 
  • Inti
  • 2 bj bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • 4 -5 bj kentang (didadu)
  • 300 gm daging kisar
  • 1-2 sdb serbuk lada hitam
  • 300 gm mix vege
  • 2 sdb sos tiram
  • sedikit daun sup
  • sedikit bawang goreng
Cara-cara:
  • Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.
  • Tambah daging kisar,sos tiram,lada hitam. Masak hingga daging empuk.
  • Tambah mix vege ,bawang besar dan kacau sebetar.Rasakan garamnya. 
  • Tutup api.Tabur daun sup dan bawang goreng dan gaulkan.
  • Biarkan inti sejuk .Masukkan inti ke atas kulit popia dan gulung seperti biasa.

Resepi Mee Hoon Goreng San Francisco

Mee Hoon Goreng San Francisco
Mee Hoon Goreng San Francisco 

Bahan bahan:
  • 1 pek bihun - rendam air panas & tos
  • 6 bawang merah
  • 4 bawang putih
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb ikan bilis - tumbuk kasar
  • Ayam - potong kecil
  • 3 biji telur
  • 1 karot - potong kecil
  • 1 ikat sawi - potong
  • 1 biji tomato - belah 6
  • Sos tomato
  • Kicap
  • Garam
Hiasan:
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Tomato - hiris
  • Cili merah - hiris (tak letak)
Cara cara:
  • Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga betul betul garing, masak dan keluar minyak.
  • Masukkan ayam dan dikacau kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam. masukkan ikan bilis.
  • Masukkan karot dan terus dimasak seketika hingga agak lembut sebelum dimasukkan batang sawi.
  • Masukkan sos tomato dan kicap dan terus digoreng sehingga air kering dan keluar minyak. Ketepikan perencah di tepi kuali dan tuang telur. Kacau kacau telur dan cepat cepat masukkan mee hoon supaya ianya bersalut dengan telur.
  • Masukkan daun sawi dan tomato yang dibelah. Tuangkan lagi kicap dan sos jika mahu. Akhir sekali, masukkan garam, jika belum masin.
  • Kacau mee hoon rata rata. Apabila mee hoon masak dan bergoreng (keluar minyak), bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur bawang goreng, daun bawang dan hirisan buah tomato serta cili merah.
Nota:
Mee hoon mestilah digoreng sehingga keluar minyak supaya ianya tidak terasa seperti bihun rebus. 

kredit azie kitchen

Resepi kengsom siakap

 

kengsom siakap
kengsom siakap

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan siakap –
  • 3 tangkai cili merah – buang biji (*)
  • Beberapa biji cili api (*) - letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
  • 1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
  • 1 inci halia (*)
  • 1 biji bawang merah besar (*)
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya
CARA MEMASAK
  • Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.
  • Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  • Masukkan hirisan nanas.
  • Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
  • Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

kredit nina mahdar

Resepi Sotong Masak Thai

Sotong Masak Thai
Sotong Masak Thai

Bahan-bahan:

  • Sotong setengah kilo
  • Bawang kecik 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1inci
  • Cili merah 2 biji
  • Cili melaka 6 biji
  • Lada hitam satu sudu kecik
  • Serai 3batang
  • Semua di atas tumbuk ya
  • Sedikit jus limau
  • Sedikit pati ayam knoss
  • Garam dengan gula
  • Sedikit santan
  • Sebiji bawang besar(untuk hiasan) 
  • Daun bawang(Di Hiris) 
  • Cili melaka 6 biji
  • Daun limau purut 5 helai

Cara-cara:

Panas kan minyak... Masukkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi... Sampai pecah minyak masukkan Sotong.... Masukkan sedikit kunyit serbuk... Masak sampai kering, Masukkan jus limau pati ayam knoss... Garam dengan gula... Masukkan sedikit santan... Agak-agak nak kering.. Masukkan hiasan di atas... 

Dah siap.. 

RESEPI REMPEYEK

REMPEYEK
REMPEYEK

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 100 gm kacang tanah
  • Sesudu teh jintan putih
  • Sesudu teh jintan manis
  • Sesudu teh ketumbar
  • 2 cawan santan
  • Sesudu teh kapur makan
  • 2 sudu teh gula
  • Sesudu teh garam
  • 60 gm ikan bilis
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Bersihkan dan toskan kacang tanah. Bancuh tepung beras bersama-sama bahan lain. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan tempeyek tadi.

Resepi Nasi Beriani Pakistan Sedap

Nasi Beriani Pakistan
Nasi Beriani Pakistan 

Bahan bahan:
  • 5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
  • 1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 3 bawang besar – potong dadu
  • 5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 ½ cawan yoghurt
  • 2 bay leave 
  • Minyak olive
  • 4 biji telur – rebus, kupas & kelar
  • 4 biji kentang kecil – kupas & rebus  
  • ½ cawan susu (optional)
  • Saffron & pewarna kuning
Hiasan
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar – hiris
  • 4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
  • Daun mint
  • Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
  • Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
  • Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
  • Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 
  • Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  • Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
  • Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
  • Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
  • Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
  • Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
  • Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
  • Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 
  • Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
  • Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
  • Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
  • Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 
  • Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

Resepi Biskut Mazola/Biskut Kacang Tanah

Biskut Mazola/Biskut Kacang Tanah
Biskut Mazola/Biskut Kacang Tanah

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan peanut butter
  • 3/4 cawan gula castor
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • 1/4 cawan minyak mazola atau secukupnya hingga jadi doh yg lembut.
  • Gaul tepung, peanut butter, garam dan gula. Last masukkan minyak, uli hingga jadi doh yg lembut. Kalau doh lembik tambah sikit-sikit tepung gandum.
  • Sebiji Kuning telur, pewarna kuning dan bijan hitam secukupnya.
  • Bakar 170degree 20 minit.

RESEPI CHEESE TART BUNCIT

CHEESE TART BUNCIT
CHEESE TART BUNCIT

Bahan-bahan:

Resepi Shell Tart 
  • 125gm majerin/butter
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 400gm tepung gandum
  • Esen Vanilla
Cara-cara: Buat Shell Tart
  • Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.
  • Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.
  • Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
  • Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
  • Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.
  • Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
  • Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :
  • 500gm cream cheese dari peti sejuk
  • 100gm gula kastor 
  • 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
  • 2 sdb butter
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon
INTI :
Apa-apa filling kegemaran.

Cara-cara : Buat  Filling Cheese 
  • Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
  • Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
  • Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.
  • Masukkan dalam piping bag.
  • Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.
  • Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
  • Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.
  • Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan. 
  • Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Resepi Nasi Minyak

Nasi Minyak
Nasi Minyak 

Bahan-bahan:

  • 1kg berasmathi (basuh 7 kali kemudian rendam dengan air selama 15 minit)
  • 5biji bawang ros- hiris nipis
  • 3ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1inchi halia - hiris halis
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Daun ketumbar
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Daun pandan
  • 1 tin kecil minyak sapi 
  • 125gm butter
  • 800gm air
  • 1tin susu cair 

Bahan tabur

  • 1 tin kacang pis - basuh kemudian toskan
  • Badam / Gajus
  • Kismis
  • Daun sup/ Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Lobak merah - potong halus
  • Sedikit pewarna kuning safron

Cara Cara:

1.Panaskan  minyak sapi dan butter di dalam periuk . Masukan badam/gajus. Goreng sehingga garing. Keluarkan dan campur bersama kismis

2. Di dalam minyak sapi + butter tadi, masukan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan. Tumis seketika sehingga naik bau

3. Masukan bawang ros, bawang putih, halia - yang di hiris. Tumis sebentar. Kemudian masukan daun bawang, daun sup, daun ketumbar. Tumis sehingga perang 

4. Masukan air dan susu cair ke dalam tumis tadi dan biarkan mengelegak. Rasakan dengan garam & gula .

5. Beras yang di rendam tadi di toskan kemudian di masukan kedalam periuk tadi. Jangan kacau!!!  Biarkan seketika sehingga beras tadi 80% masak atau sehingga sedikit kering. Kemudian kacau dan tutup dengan penutup periuk. Biarkan selama 15 minit dengan api kecil

5. Cairkan pewarna kuning dengan 2 sudu makan air panas. Tuang bersilang pada nasi tadi kemudian tutup kembali selama 10 minit dengan api yang paling kecil

6. Tabur bawang goreng, kacang pis, badam/gajus, daun sup, daun bawang & lobak merak yang potong halus.

Resepi Nasi Bukhari Ayam

Nasi Bukhari Ayam
Nasi Bukhari Ayam

Bahan-Bahan: ( 4 – 5 orang )

Bahan A – (tumis)
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 3-5 biji buah pelaga
  • 3-5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu minyak sapi untuk menumis
Bahan B – (bahan-bahan lain)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
  • 2 cawan beras basmathi/biasa – dibersihkan dan ditoskan
  • 1 batang daun ketumbar – dihiris halus
  • secubit garam
  • sedikit gula
Cara Memasak:
1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau ( Gunakan periuk nasi kalau boleh ).
2. Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
4. Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.