Cara Mudah Buat Lemon Kering

Cara Membuat:
1. Basuh lemon dgn air garam.
2. Potong lemon nipis-nipis. Susun atas redai.
3. Jemur lemon bawah matahari seharian.
4. Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais.
5. Esoknya jemur lagi( ulang proses sehingga betul-betul kering)
6. Atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darjah 5-6 jam (sehingga betul-betul kering)

Banyak Khasiat

Sebenarnya, banyak khasiat yang boleh diperolehi. Antaranya:
a) Dengan meminum air ini, ia membantu sistem penghadaman Sebagai contoh, orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa. Minum air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengan lebih sempurna.

b) Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori.

Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Oleh itu, anda akan kurang makan dan akhirnya anda akan mengalami penurunan berat badan.

Ada banyak lagi khasiat minum air lemon ini. Nanti bolehlah cuba sendiri di rumah.

Sumber: SitiNorhafiza AbdulRazak

Tips untuk lebatkan rambut

1- Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

2- Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

3- Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

4- Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

5- Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

6- Tip-tip lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.

7- Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.

8- Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.

RESEPI KARIPAP PUSING YANG RANGUP

Doh A (Minyak)

karipap pusing
karipap pusing

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit


Doh B (tepung)

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit

cara-cara

1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun blh)
2. Bulat Bulatkan doh seperti dalam gambar
3. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut
4. bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
5. Boleh Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi
6. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
7. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian
8. Ambil 1 keping adunan dan leperkan masuk inti dan kelim tepi 

KREDIT: abang hijau

6 TIPS BERGUNA UNTUK ELAK JADI MANGSA SCAMMER

Semenjak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah penipuan berlaku melibatkan pengguna yang mengakibatkan mangsa terpaksa menanggung kerugian besar apabila ditipu oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam era dunia digital hari ini, tanpa kita sedar sebenarnya nombor telefon kita adalah data peribadi yang paling berharga dan jika diperoleh penjahat, dengan mudah mereka dapat menipu pengguna. Sebelum lebih ramai yang terkena, berikut merupakan tips asas untuk elakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer.

1. Jangan Jawab Panggilan Antarabangsa

Ini taktik yang selalu digunakan oleh scammer luar. Jadi, jangan sewenang-wenangnya menjawab panggilan daripada nombor telefon luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi

Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Jika ada pihak meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut jangan layan panggilan tersebut. Nanti anda termakan ayat-ayat manis scammer!

3. Catat Segala Maklumat Pemanggil

Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda. Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

4. Jangan Muat Turun Aplikasi Yang Mencurigakan

Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda. Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.

5. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan

Jika anda ada menerima panggilan yang tidak dikenali dan agak mencurigakan berulang kali, catatkan butiran dan nombor berkenaan dan terus hubungi talian khidmat pelanggan dan nyatakan segala butiran perbualan anda sebelum ini. Pastikan talian yang anda hubungi itu betul. Cara mudah, layari laman web rasmi pihak yang berkenaan.

6. Guna Aplikasi Untuk Menyekat Panggilan

Playstore dan iOs sering mengeluarkan aplikasi yang boleh menyekat panggilan. Fungsi ini amat berguna kerana masa panggilan diterima, sesetengah aplikasi boleh detect dan paparkan nombor berkenaan sebagai scammer dan sebagainya. Salah satu contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah Truecaller.

HUBUNGAN ANTARA MADU TUALANG DAN PENYAKIT DARAH TINGGI

Kematian yang berpunca dari penyakit yang sebenarnya dapat di cegah dengan amalan sunnah minum Madu.Dakwah Thib Nabawi (pengubatan Nabi) tidak sampai kepada mereka. 

Sebenarnya, sudah ada kajian secara rawak, double blind, dijalankan di Universiti Sains Malaysia membandingkan antara 20 g / hari Madu Tualang dengan 20 g / hari Madu Cocktail di kalangan wanita pasca menopause berumur 45-65 tahun. Parameter kardiovaskular dan pengukuran antropometrik dinilai setelah 6 bulan dan 12 bulan pemberian Madu. 

Hasilnya, wanita yang diberikan Madu Cocktail menunjukkan kesan yang baik pada indeks berat badan. Namun, suplemen Madu Tualang menunjukkan kesan yang sangat unggul dalam menurunkan tekanan darah diastolik dan gula darah puasa berbanding dengan Madu Cocktail. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk memastikan mekanisme yang mendasari Madu Tualang dan Madu Cocktail pada setiap parameter yang diperhatikan.

Hal ini sejalan dengan ayat al-Quran yang secara jelas nyatakan manfaat madu sebagai Shifaa' Linnas (شفاء للناس) . Surah an-Nahlu ayat 68-69. 

Sukatan:

1-2 sudu Madu Tualang per hari sudah memadai untuk pencegahan penyakit kronik. 

1-2 sudu Madu Tualang 2-3 kali sehari untuk rawatan penyakit.

KAJIAN HUBUNGAN ANTARA MANFAAT MADU TUALANG DENGAN PENYAKIT KANSER

 Kita dengar disana sini orang diuji dengan kanser. 

Tak kurang juga mereka yang berisiko tinggi terkena kanser disebabkan faktor genetik, ditandai dengan adanya ahli keluarga terdekat yang pernah menderita penyakit barah itu.

Namun, berita baik bagi pengamal tegar sunnah Nabi , ternyata dengan meminum madu setiap hari dapat mencegah kanser.

Hal ini cuba dibuktikan sendiri oleh para pakar dari Bahagian Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia dalam sebuah jurnal yang bertajuk, "Kesan anti-kanser pada Madu Tualang dalam modulasi barah payudara: Pengujian haiwan". Diterbitkan dalam BMC Complement Altern Med. pada tahun 2017.

Hasil kajian mendapati bahawa kesemua kumpulan yang dirawat dengan Madu Tualang menunjukkan,

(1) insiden tumor yang lebih rendah dan tempoh pendam yang lebih tinggi daripada kumpulan kontrol yang tidak dirawat.

(2) perkembangan kanser payudara dengan pembelahan, ukuran dan berat yang lebih rendah berbanding kumpulan kontrol

(3) Beberapa luka payudara didapati benar-benar hilang pada akhir kajian.

Hal ini disebabkan oleh aktiviti anti-oksidan, anti-tumor, anti-mutagenik, dan anti-proliferatif terhadap sel yang kuat dalam Madu Tualang.

Walaupun penyelidikan ini masih sebatas kajian makmal, dapat kita garis bawahi bahawa Madu Tualang boleh digunakan sebagai makanan yang selamat, mampu 'meredakan kanser' secara semulajadi atau sebagai terapi tambahan agen kimoterapeutik.

Secara tak langsung, kajian ini menolak dakwaan yang mengatakan gula semulajadi pada Madu dapat menyebabkan sel kanser semakin membesar. 

Hal ini sejalan dengan hadith Sunan Ibnu Majah 1400 tahun lalu,

 عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah  :

siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut).

TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH BERKATA WAKTUNYA PULANG

 Ketika ada kesempatan....., 

Pergilah bersama teman-teman.

Berkumpul- kumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersenang, tetapi ingat, 
waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah PERSAUDARAAN.

Mungkin lain waktu kita tidak akan bertemu lagi.

Mungkin lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.

Umur itu seperti ais batu, dipakai atau tidak, akan tetap mencair dan berakhir.

Begitu juga dengan umur kita. 

Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan akhirnya kembali ke hadirat ILAHI.

Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal.. 

Jalani hidup ini dengan ceria,  sabar dan santai.

Jangan suka mau menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.

Jangan buang sahabat cuma karena tak sepakat.

Satu keburukan teman, bukan berarti hilang sembilan kebaikannya.

Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan teman- teman dan saudara-saudara kita.

Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak. 

Buanglah jauh jauh sifat egois dan iri hati.

Terimalah kekurangan dan kelebihan dari sahabat.

Bertemanlah dengan apa adanya, bukan karena ada apanya.

Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbedaan. 

Percayakan kemampuan teman kita.

Jaga perasaannya, tutupi aibnya. 

Bantu ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.

Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses. 

Sebut namanya dalam doa kita.

Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. 

Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Allah juga akan selalu bersamamu.

Teruslah  bersahabat sampai Allah berkata waktunya pulang.

SALAM PERSAHABATAN

Nasihat berguna bagi golongan umur 30-an, 40-an, 50-an, 60-an 70-an

Nasihat pertama
Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

Nasihat kedua
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

Nasihat ketiga
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

Nasihat keempat
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

Nasihat kelima
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

Nasihat keenam
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

Nasihat ketujuh
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat kelapan
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan. 

Nasihat kesembilan
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Nasihat kesepuluh
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.

Nasihat kesebelas
Makanlah makanan kesukaan Nabi.

Dengan usia dalam lingkungan ini macam-macam penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. 

Wasiat untuk kita semua

Tip bagaimana untuk memperbaiki hidup anda

 En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya. 

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung. 

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..

10 KHASIAT KISMIS YANG RAMAI YANG TAK TAHU

Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi. Lebih menarik, ia mempunyai jumlah serat, vitamin, mineral dan antioksidan jauh lebih tinggi berbanding anggur segar.

Walaupun kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi dan setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

Jom kita tengok 11 Khasiat Kismis:

1. Bebas daripada toksin gluten dan boleh dimakan sebagai alternatif bagi mereka yang tidak boleh bertoleransi terhadap gluten.

2. Kaya dengan kalsium, zat besi, mangan, magnesium, fluoride dan zink.

3. Mengandungi elektrolit dan potasium yang mampu menurunkan kesan sodium, menurunkan tekanan darah dan mengelak strok serta masalah jantung.

4. Memiliki vitamin B kompleks.

5. Boleh dinikmati sebagai snek tanpa merosakkan kesihatan.

6. Boleh dimakan bersama apa saja hidangan termasuk salad, pencuci mulut dan dicampurkan dalam masakan.

7. Menjadi pengganti gula dalam penyediaan bakeri dan coklat.

8. Tiada lemak, sodium dan kolesterol.

9. Mengandungi fruktos iaitu gula semula jadi yang mudah dihadam untuk memberi tenaga yang cepat.

10. Kaya dengan serat dan menjadi sumber tenaga berpanjangan.

PETUA CAIRKAN KAHAK MENGGUNAKAN BARANG DI DAPUR

Sudahlah batuk tak henti-henti, berkahak pula. Pastinya membuatkan kita rasa tak selesa kan. Tekak perit dan gatal. Mengganggu urusan seharian dan ketenteraman awam. Adakala ubat batuk sudah habis berbotol-botol, masih juga tidak reda.

Apa kata kita cuba petua yang menggunakan bahan-bahan di dapur ini.  Adik ada pengalaman batuk yang berpanjangan. Melihatkan keadaan adik mak menyuruh mencuba petua perahan lemon ditambah dengan madu. Alhamdulillah lega. Sedap pun sedap. Selain lemon, ada beberapa  petua lain untuk mencairkan kahak.

Jom kita lihat beberapa petua cairkan kahak menggunakan barang di dapur. 

1. Bawang putih.
Bakar sebiji bawang putih (beserta kulitnya). Agak-agak sudah layu, buang kulit dan lenyek bersama minyak zaitun. Boleh sapu di tapak kaki dan leher. Untuk bayi dan kanak-kanak, eloklah disapu pada tapak kaki dahulu. Jika tiada tanda kulit terengsa, bolehlah sapu pada dada.

2. Madu.
Campurkan 2 sudu teh madu bersama air suam dan perahan lemon atau limau nipis. Ia membantu melegakan tekak dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak. Ini kerana madu adalah makanan Sunnah yang bersifat antioksidan dan anti-inflamasi.

3. Halia.
Rendam hirisan halia bersama beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas. Campurkan sedikit madu. Amalkan 2 kali sehari.

4. Kunyit.
Larutkan ½ sudu teh serbuk kunyit ke dalam segelas air suam. Hirup perlahan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kahak yang terkumpul.

5. Teh bunga Chamomile.
Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Biarkan 5 minit dan minumlah perlahan-lahan. Bukan saja membantu melegakan tekak, baunya juga sangat menyenangkan.

6. Aiskrim vanilla.
Petua paling sedap ni. Kan? Selain sedap, aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit tekak. Rasa nyaman je kat tekak kan.

7. Air kosong.
Apa yang paling penting, perlulah banyakkan minum air kosong. Ia ubat paling murah dan semulajadi. Air kosong membantu mencairkan kahak serta membuat dinding saluran tekak lembap. Tiada lagi tekak kering dan gatal.

Selain petua di atas, kita juga perlu elakkan beberapa makanan yang merangsang pembentukan mucus seperti produk tenusu. Selain itu, kurangkan pengambilan makanan bergula. Lebihkan sayur dan buah-buahan seperti oren, nenas dan lemon.

Petua-petua di atas tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

22 Nasihat Berguna Bila Umur Melepasi angka 45 dan ke atas

 Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : Berarti  kamu sekarang  berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:

1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat

2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS,  BERSOLEK, dan BERPAKAIAN

3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh

4. JANGAN  BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita

5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat

6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur

7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)

8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya

9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu

10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang  sebelumnya

11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi

12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati

13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu

14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain

15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!

16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu

17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu

18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat

20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu

22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat

Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.
Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan. 
Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.

KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJAL PUN TIBA

Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur!! ...  Kaum muslimin akan melaksanakan kewajiban mereka:

1. Memandikan mu
2. Mengkafani mu
3. Mensolati mu
4. Menguburkan mu

Yakinlah!!! bahawa :

Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu
Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu.!
Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu.!!
Perekonomian akan terus berputar.!
Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain!
Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris.!

Sementara ​Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu dari perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil.!!

Yang pertama lepas dari mu, adalah namamu..

Saat Anda meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​ 

Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka

Ketika mereka akan men solati, mereka kata : ​​Bawa kesini JENAZAHnya.!!!​​ Mereka tidak lagi menyebutkan namamu.. Betapa cepat namamu hilang berlalu....​

Ketika mereka akan menguburkan mu, mereka berkata: ​ Dekatkan MAYATnya.!!​ tanpa menyebutkan namamu..

Kerana itu... 

Janganlah tertipu oleh kehormatan, status sosial dan kelebihanmu..!!
Jangan terperdaya oleh kedudukan, jawatan dan nasab keturunanmu...!!
​Alangkah fananya dunia ini... dan betapa besar apa yang akan kita hadapi...​

KESEDIHAN ORANG ATAS KEPERGIAN MU ADA 3:

1.Orang yang mengenal mu sepantas akan mengatakan: ​​Kasihan...!!​​
2.Teman dan sahabatmu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka  kembali pada rutin dan canda tawa mereka..
3.Kesedihan mendalam di rumah... Keluargamu akan bersedih seminggu, satu-dua bulan atau hingga satu tahun... Kemudian mereka akan meletakkanmu dalam album kenangan...

Demikianlah... Kisah mu di antara manusia telah berakhir...

Anda hanya tinggal ​ ALBUM KENANGAN​.

Kisah mu yang sebenarnya baru dimulai... bersama sesuatu yang nyata, iaitu : ​Alam Akhirat​

Telah lepas darimu:

1.Ketampanan /Kecantikan
2.Harta/Rumah
3.Kedudukan /Jawatan
4.Anak
5.Isteri/Suami

​Kehidupan mu yang sesungguhnya baru dimulai​

Pertanyaannya sekarang adalah :

​Apa yang telah Anda siapkan untuk "kubur" dan akhirat mu.????? Ini adalah KENYATAAN yang akan terjadi dan perlu direnungkan.!!​

​Check ibadahmu... yang wajib dan yang sunnah​..

​Check Amal soleh dan Sedekah​ mu..​Check perilaku dan tingkah laku mu..

​Semoga kita semua menyiapkan bekal untuk kehidupan yg kekal.. Dan Selamat di Akhirat..

Kenapa Mayat memilih: "SEDEKAH" jika kembali ke dunia? Sebagaimana firman Allah:
​"Ya Allah! jika Engkau tunda ajalku sebentar saja, nescaya aku akan bersedekah"​

Mereka tidak mengatakan:

Nescaya Aku akan Haji/Umrah..
Nescaya Aku akan Solat..
Nescaya Aku akan Puasa..

Para Ulama menjelaskan : "Mayat hanya mengatakan Sedekah kerana dia melihat pahala sedekah yang sangat besar setelah kematian"

Sekian. Semoga Bermanafaat........

Punca sebenar GOUT adalah GULA!

Ramai yang tidak percaya apabila saya katakan punca GOUT adalah GULA!!

Pengambilan GULA pasir atau sukrosa juga meningkat dengan ketara sejak negara kita merdeka.

GULA mengandungi dua komponen utama iaitu GLUKOSA dan FRUKTOSA.

Kedua-duanya memberikan impak negatif kepada kesihatan jika diambil berlebihan tetapi yang lebih bahaya adalah FRUKTOSA.

FRUKTOSA juga tinggi dalam jus buah-buahan, HFCS (high fructose corn syrup) dan madu. HFCS banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman proses dan jem buah. Jus buah-buahan yang di jual dalam minuman kotak,tin atau botol mengandungi kandungan fruktosa yang sangat tinggi. 

Buah-buahan yang sangat tinggi fruktosa seperti durian, rambutan, manggis, anggur dan sebagainya jika diambil terlalu banyak juga boleh memudaratkan kerana kandungan fruktosanya yang tinggi. 

Madu juga tinggi fruktosa, tetapi ia tidak bahaya jika diambil secara sederhana, tetapi isu utama tentang madu adalah kebanyakan madu yang di jual di campurkan GULA pasir, dan ini akan menyebabkan khasiat madu itu hilang.

Fruktosa yang berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi ‘gout’ tetapi glukosa dan galaktosa tidak menunjukkan keadaan yang sama. Kajian  menunjukkan, fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras  asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi ‘gout’.

Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’ makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Ianya tanpa nasihat untuk mengawal minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang telah dikaji mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah gout bertambah teruk. 

Fruktosa  telah diketahui satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini boleh menyebabkan terjadinya sindrom metabolik. Oleh kerana gula mengandungi fruktosa, maka pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah ini.

Berdasarkan analisa dari data-data yang terdapat dalam kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan terutamanya minuman manis bergula dan tinggi dengan fruktosa sangat berkait dengan meningkatnya risiko penyakit gout kepada lelaki. 

Begitu juga dengan pengambilan jus buah-buahan dan makan buah-buahan yang sangat manis seperti rambutan, nangka, durian dan sebaginya boleh meningkatkan paras asid urik dan menyebabkan masalah sakit sendi gout. 

Jika kita ingin makan buah-buahan pastikan pengambilan yang sederhana dan juga pastikan kita makan buah-buahan tersebut secara terus untuk mendapatkan SERAT yang tinggi didalamnya. SERAT ini bertindak mengawal jumlah penyerapan fruktosa daripada usus dan mengurangkan impak fruktosa berlebihan kepada organ hati kita. 

Kalau kita lihat diagram gambar ini, jelas menunjukkan fruktosa secara terus meningkatkan penghasilan ASID URIK yang menjadi punca berlakunya radang sendi GOUT. 

Dengan mengawal dan mengurangkan pengambilan FRUKTOSA secara khususnya GULA PASIR maka masalah GOUT boleh di kawal dan di pulihkan, Insyaallah

Penulis Buku : GULA RACUN PUTIH
Dr Norman Mohd Norawi

BILA ADA ANAK PEREMPUAN

 

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan..
Jujur..
Masa dia kecil2 dulu...
Tak rasa sangat cabarannya...
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya...

Mak sentiasa pesan...
Ada anak perempuan jangan ambil mudah...
Jangan buat tak endah...
Tanggungjawabnya berat...
Tugasnya amat besar...

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki...

Bila ada anak perempuan...
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi2...
Biasakan pakaian menutup 'aurat.. 
Ajarkan anak anak berpakaian sopan...
Tidak terdedah sana sini...
Tidak ketat menonjol...
Ajarkan mereka erti malu...

Besederhana menikmati zaman kanak2...

Bila ada anak perempuan...
Tak boleh dibiar tidur sana sini...
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik...
Bahayanya ada dimana mana...
Jangan percaya kepada sesiapa...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka sentuhan selamat...
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat...
Jangan biarkan anak berseorangan...
Sentiasa temani mereka...
Biar kita susah hari ini...
Dari menangis dikemudian hari...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka tentang harga diri...
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri...
Kerana diri mereka sangat berharga...

Bila ada anak perempuan...
Terangkan kepada mereka tentang haid...
Dan kehamilan bila mereka sudah baligh...
Usah malu untuk memberi ilmu...
Bimbang mereka cari di tempat salah...

Bila ada anak perempuan...
Pilihlah rakan untuk mereka...
Kenali juga siapa kawan mereka...
Rakan yang baik menjadi penguat...
Rakan yang nakal menjadi pemusnah...

Bila ada anak perempuan...
Selalulah diperiksa handphone mereka...
Apa yang dikongsi...
Apa yang ditulis...
Ambil tahu...

Bila tiba saat kau lepaskan mereka...
Hidup berjauhan...
Sentiasa ingatkan mereka...
Jagalah diri baik2...
Jagalah maruah diri...
Jagalah maruah keluarga...

Biarlah orang kata kita kolot...
Biarlah orang kata kita syadid...

Bila ada anak perempuan...
Berdoalah...
Mohon dijaga kehormatan diri mereka...
Mohon dijaga keselamatan mereka...
Moga2 Allah lindungi mereka...

Kredit: Muallim

#4 Menu Lunch

Harini aku nak share makanan yg aku ambil bila aku lunch kat tempat kerja..walaupun makan di kedai, kena jugak pandai pilih makanan. 

kurangkan ambil kuah..lebihkan sayur..elakkan ambil makanan yg bergoreng minyak banyak..cth ayam goreng. walaupun mmg sedap kann..ayam goreng rempah..perghh

Tapi...demi nak sehat aku pejam je la mata. Harini aku ambik ikan masak taucu, ulam2an dan nasi. still kena ikut portion ye!



Jemput makan!

10 MANFAAT MADU TUALANG KEPADA WANITA

1. Mencegah Kanser Organ Reproduksi
Madu memang tidak dapat menyembuhkan kanser secara langsung. Namun, amalan meminum madu secara rutin mampu mencegah muncul dan berkembangnya sel kanser pada organ pembiakan wanita. Madu mampu mencegah kanser serviks, kanser payudara, serta kanser prostat. Selain kanser, madu juga mencegah tumor.

2. Meningkatkan Kesuburan Dan Membantu Kehamilan
Salah satu kertas penyelidikan di 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘑𝘰𝘶𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘰𝘧 𝘎𝘺𝘯𝘢𝘦𝘤𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘖𝘣𝘴𝘵𝘦𝘵𝘳𝘪𝘤𝘴 pada 2008 membuktikan bahawa menggunakan madu sebagai cairan pelincir saat berhubungan suami isteri dapat meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan. 
Tak hanya itu, minum susu dan madu tulen setiap pagi mampu meningkatkan stamina badan. 

3. Mengurangi Keputihan Pada Wanita
Peter Molan, 𝘋𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘏𝘰𝘯𝘦𝘺 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘜𝘯𝘪𝘵 di Universiti Waikato, New Zealand mengatakan bahawa madu asli dapat mencegah keputihan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat. Ini disebabkan madu asli mengandungi enzim antibakteria.
Sebetulnya keputihan bukanlah hal yang sangat berbahaya, bahkan ia normal bagi wanita. Terutama keputihan yang muncul saat masa subur, menjelang, dan sesudah haid. Keputihan yang normal tidak berbau dan memiliki tekstur yang kenyal serta tidak berwarna atau jernih.
Namun, jika keputihan yang muncul ada bau, warna, dan tekstur yang tidak biasa, digalakkan meminum madu Tualang asli secara rutin untuk menghilangkannya. Biasanya, keputihan yang tidak biasa muncul disebabkan adanya bakteria 𝘛𝘳𝘪𝘤𝘩𝘰𝘮𝘰𝘯𝘢𝘴 𝘷𝘢𝘨𝘪𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴, kulat 𝘊𝘢𝘯𝘥𝘪𝘥𝘢 𝘢𝘭𝘣𝘪𝘤𝘢𝘯𝘴, serta bakteria 𝘎𝘢𝘳𝘥𝘯𝘦𝘳𝘦𝘭𝘭𝘢 𝘷𝘢𝘨𝘪𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴.

4. Anti-penuaan sejak zaman berzaman
Menurut 𝘑𝘰𝘶𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘰𝘧 𝘊𝘰𝘴𝘮𝘦𝘵𝘪𝘤 𝘋𝘦𝘳𝘮𝘢𝘵𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺, manfaat amalan meminum madu untuk wajah adalah menghambat pembentukan kedut dan menghilangkan kedut, meskipun tidak sepenuhnya.
Hal ini disebabkan Madu mengandung pelbagai antioksidan, termasuk polifenol dan flavonoid yang membantu kulit mengatasi kerosakan pada kolagen yang pada gilirannya mengurangi tanda-tanda penuaan yang terlihat.

5. Menurunkan Berat Badan
Salah satu kunci diet adalah menjauhi makanan dan minuman yang megandung gula, kecuali madu lebah. 
Rasa manis dalam madu berasal dari komposisi yang berbeza dari gula pada umumnya. 
Madu dapat membantu proses metabolisme tubuh sehingga cukup berkesan membantu menurunkan berat badan.
Antara kelebihan utama Madu Tualang hutan Alam Melayu kita adalah berdasarkan kajian, madu Tualang miliki antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu Manuka dan madu tempatan lainnya (Kishore et.al, 2013)

Gulai Ketam

Harini aku nak masak gulai ketam..ini resipi mak aku. confirm sedap..jom tgk bahan2.














Bahan-bahan

  • Ketam
  • Nenas
  • Serbuk kari daging
  • Santan
  • *Bawang merah (hiris)
  • *Bawang putih (hiris)
  • *Halia (hiris)
  • *Daun kari
  • Minyak
  • Garam
Cara-cara menyediakan
  1. Masukkan ketam, nenas, serbuk kari ke dalam periuk yang berisi air (agak2 jangan banyak sgt..nanti cair)
  2. Rebus sampai ketam masak. Sambil tunggu masak, boleh buat tumis darat
  3. Kemudian masukkan garam dan santan
  4. Bila ketam masak, curahkan tumisan darat tadi
  5. Siap dihidang

Tumis darat
  • Masukkan minyak untuk tumis semua yang bertanda *
Selamat mencuba!

JUS KETUMBAR

 


Rutin baru...selang2 malam aku akan ambil jus ketumbar ni..aku ada share byk  kebaikan ketumbar. korang boleh tgk...untuk jus ni bukan ada ketumbar je, ada jugak halia, garam laut, lemon..tapi bukan senang nak telan oooo..lainlah telan teh tarik. tgk warna hijau pun seramm..tapi aku telan je lah..

Korang pun boleh la try ye...

CARA-CARA NAK MINUM MADU AGAR IA BERKESAN UNTUK KESIHATAN ANDA

Minumlah madu dicampur air (𝘥𝘪𝘭𝘶𝘵𝘦𝘥) sebagaimana yang disebut oleh Ibnul Qayyim dalam Kitab nya 𝘡𝘢𝘥 𝘢𝘭-𝘔𝘢'𝘢𝘥 𝘧𝘪 𝘏𝘶𝘥𝘢 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘳 𝘢𝘭-𝘐𝘣𝘢𝘥 bahawa "𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙬 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙣𝙪𝙢 𝙈𝙖𝙙𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙘𝙖𝙢𝙥𝙪𝙧 𝙖𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙥𝙖𝙜𝙞".

Bila kita campur Madu dengan air, ikatan kimianya jadi seperti ini sahabat,

C6H12O6 (Glukosa semulajadi Madu) + Air (H2O) + Oksigen (O2)

Menghasilkan, 

Asid Glukonik (C6H12O7) + Hidrogen Peroksida (H2O2)

𝘼𝙨𝙞𝙙 𝙂𝙡𝙪𝙠𝙤𝙣𝙞𝙠 𝙖𝙡𝙖𝙢𝙞 inilah yang mewujudkan persekitaran pH rendah lalu menyukarkan patogen seperti bakteria dan virus untuk bertahan hidup. 

Sementara 𝙃𝙞𝙙𝙧𝙤𝙜𝙚𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙤𝙠𝙨𝙞𝙙𝙖 𝙖𝙡𝙖𝙢𝙞 ini pula bertindak menghambat pertumbuhan bakteria, kulat, virus, dan bahkan spora. 

Oleh sebab itu lah kalau minum Madu, harus dibancuh dalam segelas air sejuk atau dijilat/dihisap (campur dengan air ludah sebelum telan). 

Manfaatnya pasti berbeza.

𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻
Kanak-kanak: 1 - 2 sudu teh
Dewasa: 1 - 2 sudu makan

𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻
Kanak-kanak: 1 - 2 sudu teh 3 kali sehari
Dewasa: 1 - 2 sudu makan 3 kali sehari

Amalkan sebelum makan. 

(𝘚𝘦𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘨𝘢𝘴𝘵𝘳𝘪𝘵𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘥𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘤𝘪𝘭 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘴𝘶𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯)

Kedai Makan Kak Rose, Kelang Lama, Kulim Kedah

 'Kakkkkkkkk Rosssssssssssssseee, opah panggil!', jerit upin dan ipin kepada Kak Rose..... opssss sori, ni bukan drama upin dan ipin. Ni Kak Rose kedai makan di Kelang Lama, Kulim Kedah.

Kedai makan Kak Rose ni, korang boleh try nasi campur bila waktu tengahari dan nasi lemak bila nak sarapan pagi.

Kak Rose Kedai Makan dan Minum
Kak Rose Kedai Makan dan Minum

lauk-lauk nasi campur Kak Rose
lauk-lauk nasi campur Kak Rose

lauk-lauk nasi campur Kak Rose
lauk-lauk nasi campur Kak Rose
Kedai makan Kak Rose ni takde la besar sangat, tapi nasi campur kak rose padu gak la.. sedap pun sedaap. Sempoi ja makan-makan kak rose.
nasi campur keli goreng, tempe goreng, jelatah timun nenas
nasi campur keli goreng, tempe goreng, jelatah timun nenas
Makan simple-simple pun sedap.... Boleh la nak cuba Kak Rose ni. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°23'27.4"N 100°33'51.1"E atau 5.390948, 100.564203


KEBAIKAN KETUMBAR aka CORIANDER


Harini aku nak kongsi kebaikan daun ketumbar. tang org buat masak tomyam tu..jgn x tahu aku skang berjinak2 nak amalkan jus ketumbar waktu malam...mencabar ooo nak abeskan..tp nak sehat punya pasal..aku telan je lah..


1. Merendahkan Keradangan Kulit

Cineole, satu dari 11 bahan minyak pati, dan asid linoleik terdapat dalam ketumbar. Bahan-bahan ini memiliki sifat-sifat antireumatik dan antiartritis. Ia dikatakan mampu mengurangkan pembengkakan yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan tadi.


2. Merawat Penyakit Kulit

Sifat-sifat penyahjangkit (disinfektan), penyahtoksikan, antiseptik, antikulat, dan antioksidan ketumbar dikatakan sesuai untuk membersihkan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan dan jangkitan kulat.


3. Merendahkan Tahap Kolesterol

Kehadiran asid-asid dalam ketumbar seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbik amat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ketumbar juga dikatakan mengurangkan tahap pemendapan kolesterol jahat atau LDL di sekeliling lapisan dinding arteri dan vena yang boleh membawa kepada masalah kardiovaskular serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan stroke. Paling penting, herba ini dikatakan mampu membantu meningkatkan tahap kolesterol baik atau HDL yang akan bertindak sebagai barisan pencegahan dalam menentang sejumlah masalah kesihatan berbahaya.


4. Merawat Diarrhea Dan Mencegah Loya

Bahan-bahan minyak pati yang ditemui dalam ketumbar seperti borneol dan linalool dikatakan mampu membantu dalam pencernaan, fungsi hati dengan sempurna, dan mengikat usus sekaligus mampu menbantu merawat diarea. Ketumbar dikatakan mampu dimakan untuk mencegah loya-loya, rasa muntah dan masalah perut.


5. Mengawal Tekanan Darah

Ketumbar dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah mereka yang mengalami hipertensi. Ia menguatkan interaksi ion-ion kalsium dan acetycholine iaitu pemancar saraf dalam periferi dan sistem saraf utama, dan menenangkan tekanan pembuluh darah; sekaligus mengurangkan peluang untuk mendapat masalah kardiovaskular termasuklah serangan jantung dan stroke.


6. Merawat Ulser Mulut

Citronellol, bahan minyak pati dalam ketumbar adalah antiseptik hebat. Selain itu bahan-bahan lain yang terdapat dalam ketumbar mempunyai kesan penyembuhan dan antimikrob yang memastikan luka dan ulser menjadi semakin teruk. Memakan ketumbar dikatakan mampu mempercepatkan proses penyembuhan ulser dan mencegah nafas berbau.


7. Mencegah Anemia

Ketumbar kaya zat besi, yang mampu digunakan bagi membantu mereka yang mengalami anemia. Kandungan zat besi yang rendah dalam darah boleh membawa kepada masalah sesak nafas, palpasi jantung, kelesuan melampau dan pengurangan dalam fungsi kognitif. Besi juga berguna untuk memastikan organ-organ berfungsi dengan sempurna, meningkatkan tenaga dan kekuatan dan merangsang kesihatan tulang.


8. Sifat-Sifat Antialahan

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa ketumbar memiliki sifat-sifat antihistamin kuat yang boleh mengurangkan kesan tidak selesa alahan bermusim dan rhinitis. Minyak ketumbar juga dikatakan boleh digunakan untuk mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan berikutan dengan sentuhan pada tumbuhan, serangga, makanan dan bahan-bahan lain.


9. Mencegah Masalah Sakit Haid

Ketumbar adalah perangsang asli, dan ia mampu mengawal rembesan sempurna daripada kelenjar endokrin. Kesan berhormon ini ia mampu membantu dalam mengawal kitaran haid dengan sempurna dan mengurangkan penyakit yang dikaitkan dengan haid yg tidak teratur


10. Menjaga Mata

Ketumbar penuh dengan antioksidan, vitamin A, vitamin dan mineral seperti fosforus, yang mampu mencegah masalah penglihatan, kemerosotan makula, dan mengurangakan tekanan pada mata. Terdapat beta karotena pada daun ketumbar yang mampu mencegah sejumlah penyakit yang memberi kesan pada mata. Ia juga dikatakan mampu memterbalikkan kesan kemerosotan penglihatan pesakit berusia....

Tak salah kalau korang nak try!

#3 Menu Lunch

Menu Jawa pulak la lunch ni..yang ni aku makan ayam ungkep, sambal kering tauhu dan tempe dan sayur goreng telur..resipi boleh tgk dekat link. 






saja je nak pesan..untuk sayur tu jgn masak sampai layu ye..hilang kang nutrisi sayur tu...Jemput makan!

Sambal kering tauhu dan tempe

Tema masakan jawa lagi...aku try masak ni pulak. 



Tauhu dan tempe ni pun sumber protein yang bagus ye...pada yang tak pernah makan tu boleh try. make sure tauhu bantal camni ye...bukan tauhu yang lain. tauhu lain tu ada tambahan lain..sbb tu warna tauhu tu jadi kunig...bukan putih dah.


Kredit : Pasartani Melawati


Bahan-bahan
  • Tauhu
  • Tempe
  • Cili boh (Homemade)
  • Suhun
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Madu (pengganti gula)


Cara-cara menyediakan
  1. Goreng tauhu dan tempe dalam airfryer. Ikut citarasa masing2. Aku tak suka garing sangat
  2. Tumis cili boh sampai pecah minyak
  3. Perasakan dengan garam n madu (sikit je)
  4. Masukkan tauhu, tempe dan suhun
  5. Sebatikan semua dan tabur dengan bawang merah dan cili merah
  6. Sedia dihidang



Ayam Ungkep

Kali ni aku try nak masak menu ayam pulak...aku nak try AyamUngkep...ni masakan orang jawa. Sebelum tu aku nak share. Aku guna ayam organik. baru la rasa sihat...haha. nnti2 kalau free, aku bley share ayam organik apa aku pakai...Kita terjah dulu bahan2 nak masak..




Bahan-bahan
Ayam organik
*Lengkuas
*Serai
*Halia
*Bawang merah
*Bawang putih
*Kunyit hidup
*Cili api
*Jintan manis
*Ketumbar
Limau 


Cara-cara menyediakan
  1. Blend bahan bertanda *
  2. Tumis bahan yg diblend tadi sampai pecah minyak..aku pakai minyak kelapa
  3. Masukkan ayam dan  masak sampai ayam empuk
  4. Masukkan air limau dan garam
  5. Sedia dihidang
Selamat mencuba!


#2 Menu lunch

Korang dah try belom Kengsom Ikan Merah yang aku pernah post...Kali ni aku nak makan Ikan Merah Cuka pulak..Sedap gak ooo...Masam2 cuka n pedas2 cili..dengan ikan mahal plak kan...😋



Ikan Merah Cuka dan Ulam2an




Kali ni aku amek salad, timun jepun dan ulam raja...Sedap ooo makan dengan nasi panas2..Cam biasa, kalau nak tau resipi boleh klik kat sini ye..Ikan Merah Cuka. Selamat menjamu selera!

Ikan Merah Cuka

Ikan merah aku ada lagi. baki ikan masak kengsom ritu..aku nak masak Ikan Merah Cuka pula..Jom tengok apa bahan-bahannya...






Bahan-bahan
  • Ikan merah
  • *Biji sawi
  • *Halia (Hiris)
  • *Bawang merah (Hiris)
  • *Bawang putih (Hiris)
  • Tomato
  • Cili merah
  • Cuka

Cara-cara menyediakan

  1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Aku masuk dalam air fryer
  2. Letak minyak kelapa dalam kuali. Takyah banyak sangat ye..
  3. Tumis bahan yg bertanda * sampai naik bau
  4. Masukkan air (agak-agakla ye) 
  5. Masukkan tomato dan ikan. 
  6. Bila ikan dah nak masak, masukkan sikit cuka dan garam.
  7. Last sekali boleh letak cili merah or cili api
  8. Sedia dihidang

Selamat mencuba!

#1 Menu Lunch

Kali ni aku nak share apa menu yang aku ambik untuk lunch. Yg ni memang masak sendiri kat rumah. Bukan beli..Make sure makan ikut portion. Nasi sebesar penumbuk korang...protein setapak tangan...sayur suku tangan or lebih..Lepas makan baru korang minum air ye...

Kengsom Ikan Merah


Air asam, Kengsom Ikan Merah, Ikan Kembung Bakar, Ulam Raja


Aku makan Kengsom Ikan merah dan ikan kembung bakar cicah air asam. Boleh klik untuk tahu resipi. Aku amek jugak ulam raja..Untuk sayur, direkemen korang amek sayuran hijau. Lagi bagus ulam..If nak mask, make sure sayur tu tak layu sangat yer..Jemput makan...


Ikan Kembung Bakaq











Makan ikan bakar pun antara menu yang bagus untuk sihat. Sebabnya semua orang tahu kan..Of course tak gua minyak. Versi kali ni aku nak try ikan bakar yang ada bumbu. Jom terjah bahan2 nya.

Bahan-bahan

  • Ikan kembong
  • *Bawang merah
  • *Bawang putih
  • *Cili padi
  • *Kunyit hidup
  • *Halia
  • *Serai
  • *Lengkuas (optional dan sikit je)
  • Serbuk kari ikan
  • Garam

Cara-cara menyediakan

  1. Tumis bahan* yang dah dikisar bersama dengan serbuk kari ikan dan secukup garam.
  2. Tumis sampai pekat dan jadi macam pes.
  3. Lumur kan pes tadi ke atas ikan.
  4. Bakar dalam air fryer. Suhu ikut masing2 punya model ye!
  5. Siap untuk dijamah

# Aku guna minyak kelapa masa tumis. Atas ikan dalam air fryer aku renjis kan sikit olive oil yg utk froasting tu.

Kengsom Ikan Merah

Asyik masak asam pedas atau kari ikan je, kali ni aku nak try Kengsom Ikan Merah pulak…ini antara menu masakan orang Thailand. Masak ni senang je. So, jom tengok apa bahan2 nya..














Bahan-bahan

  • ·Ikan merah
  • *Cili besar
  • *Cili padi
  • *Bawang merah
  • *Bawang putih
  • *Kunyit hidup
  • Serai
  • Nenas
  • Kangkong
  • Lemon
  • Garam

Cara-cara menyediakan

  1. Masukkan bahan kisar yang bertanda* dengan air yang mencukupi ke dalam periuk. 
  2. Masukkan juga serai. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan pula ikan dan nenas. Masak sehingga ikan masak.
  4. Masukkan jus lemon (jika xda, boleh letak jus limau kasturi or nipis) dan garam. Kacau rata.
  5. Bila ikan dah masak, tutup api. Kemudian baru masukkan kangkong. Kita nak kangkong tu x layu. Bila layu, hilang nutrien dalam sayur tuh.
  6. Dah boleh hidang.

# Make sure lauk ni ada rasa masam, manis dan pedas. Gula aku x pakai. So, manis tu oleh datang dari nenas. Boleh cari nenas yang manis sikit.

PETUA JIKA RASA SAKIT DAN LENGUH-LENGUH BADAN

1) Jika badan kebas dan kejang-kejang urat itu tanda awal nak kena angin ahmar. Minum lah air kelapa biar lembut urat 3 hari berturut-turut, InsyaAllah tak jadi penyakit berbahaya itu.

2) Jika mata macam nak pitam pagi-pagi amal kan makan buah masam-masam itu tanda darah beku dalam kepala takut jadi ketumbuhan. Buah masam-masam akan cairkan darah.

3) Jika sakit rusuk tulang nya bisa. Jangan takut, urat tersebut masuk angin, maka makan lah bawang putih bakar InshaAllah akan baik.

4) Jika sakit di ulu hati mungkin gastrik mungkin paru-paru dan mungkin urat jantung bengkak, jadi makan lah ubat gamat kering dengan sireh pinang, InshaAllah akan baik. Makan 3 hari berturut-turut 1 kali satu hari saja

5) Jika tarik nafas sakit itu adlah urat nafas tegang, pergi lah urut badan dan amal minum air buah pala rebus 3 biji, InshaAllah akan baik.

SEMOGA ANDA SIHAT SELALU

Kredit: Petua Cantik Dan Sihat

Telur premium...

Kali ni aku nak share apa yang aku tau pasal telur. Semua org tau telur adalah sumber protein yang bagus sebenarnya. Tapi kadang2 ada gak org tanya bape biji telur boleh makan sehari…Tapi takda la plak org nak tanya bape ketul ayam goreng fast food yg boleh amek dalam sehari…

Telur pun ada telur premium. Bila premium mestila harga mahal sikit dak…macam barang2 branded, mestilah harga mahal kan…pada yang nak jaga sihat, mereka akan berjuang utk itu..aku pun nak jadi salah seorang daripada golongan tu…(moga istiqomah).

Telur selenium yg aku suggest dalam entry aku ada banyak kelebihan. Antaranya ada banyak jenis vitamin. Vitamin B1,B3,B6,B9,B12 dan mineral macam kalsium dan selenium. Apasal plak penting selenium tu? Sebenanya selenium tu diperlukan dalam badan kita dalam kuantiti yg sikit je. Selenium ni  sangat membantu badan kita memproses sejenis protein istimewa yang dikenali Enzim Antioksida.

Enzim ni boleh halang kerosakan sel manusia dan mendorong pertahanan tubuh yang lebih baik. Kalau kurang selenium, simptom nilah yg kita akan dapat. Otot selalu lemah, ketidaksuburan di kalangan lelaki dan wanita, rambut kerap gugur, kuku pecah.

 

Kalau korang tengok warna kuning dalam telur selenium pun lagi oren terang compare dengan telur biasa. Aku refer pd telur yg aku beli la ye…Harap membantu…

BARANG KEPERLUAN ASAS

Kat sini aku senaraikan bahan2 asas yang aku beli. Mungkin membantu korang yang nak sekapal dengan aku ni. Check it out!!

1.  Minyak kelapa

Aku beli jenama Medella. Ada lagi jenama lain..korang boleh cari dekat Tesco. Minyak ni aku guna bila aku nak menumis. Memang mahal sikit, tapi ko bukan nak guna banyak pun. Bukan nak buat deep fry pakai minyak ni..so pada aku berbaloi. Aku letak je lah nutrition facts tu. Aku pun x pandai sgt nak explain.. Cuma yg aku tau, badan kita memang perlukan lemak baik. So, kita boleh dapat salah satunya dari penggunaan minyak yang baik..yg trans fat 0g macam ada dalam fakta nutrisi ni. Korang boleh google if nak tau lagi detail pasal trans fat.


2.  Olive Oil

Kadang2 aku guna olive oil jugak utk tumis or bila nak bakar2. Bila fefeeling obersea…Olive oil pun ada banyak jenis…yang penting korang kena beli yg ada tulis Best For Roasting & Frying

3. Extra Virgin Olive Oil

Olive oil ni pun ada banyak brand. Kat Tesco pun ada..yg ni lebih kepada kalau nak buat dressing salad. Macam omputeh tu ha…jangan korang letak minyak olive oil utk roasting plak…tak lalu kang nak makan…

4. Beras

Aku ada baca yang beras pun mainkan peranan gak utk sihat. Yang dicadangkan adalah beras Parboiled atau beras rebus. Beras ni direbus supaya kulit-kulitnya yang kaya dengan fiber masih lagi dikekalkan dan vitamin boleh menyerap. So, beras tu akan tinggi khasiat. Kalau untuk kurus, beras ni bagus sbb GI (glisemiks index) rendah. Yg ni nanti2 la aku citer ek..Kalau nak sihat, makan beras biasa pun ok jer...

5.  Garam

Garam putih pun kena tukar dengan garam bukit or garam laut. Antara sebab yg aku tau gula putih tu dah dilunturkan dengan bahan kimia. Sbb tu die jadi putih…so dah hilang la nutrisi kat situ. Badan kita pun perlukan mineral. So salah satu sumber semulajadi adalah dari garam. Korang boleh cari kat tempat organic di Tesco or malas nak kuar shoppee kan ada…mahal sikit je dari garam putih yg korang selalu beli tu..tak luak la gaji korang tu..kata nak sihat!

6.  Gula

Next, pemilihan gula. Gula ni banyak sikit kontroversi. Ada banyak pendapat. Walaupun gula ni lagi better dari gula putih (sama kes macam garam putih), pengambilan tetap tak boleh dalam kuantiti yang banyak. Sebab gula pun memang dah sedia ada dalam real food yang kita ambil. Dalam buah,, sayur…so, sendiri kena control la ye…buat masa skang ni, aku tak banyak letak gula dalam masakan. If perlukan manis, aku akan gantikan dengan madu…ok je. Takda la rasa pelik. Tetap manis…tapi tetap xley banyak la yer…

7.  Telur

Ini satu lagi yang perlu korang tukar kalau nak lebih sihat. Sebab jenis telur pun bagi kesan pd badan. Telur ni sumber protein yang sangat baik tau. Vitamin dan mineral macam kalsium pun ada tau. Nanti2 aku buat entry pasal telur pulak…yg aku beli ni telur yg ada selenium sbb ada manfaatya..kat Tesco, Mydin pun ada telur ni…telur kampung organik pun terbaik gak..

Aku rasa ini je dulu yang aku beli..If ada info lain, aku roger korang lain...Selamat makan sihat...

Perasaan pertama nak mulakan perjalanan yang lebih baik

Perasaan aku mula2 nak cuba hidup sihat ni sebenanya berbelah bahagi...aku dok fikir lepas ni aku tak boleh dah nak makan yang sedap2. makanan kegemaran aku...kari, gulai...takkan kena hadap makan yg orang dok 'eat clean' tu..aku tgk pun x berselera. asyik makan rebus2, western2...spagetti, salmon bagai...mmg bukan tekak aku la...macam spagetti tu sekali sekala boleh la...tapi kalau nak dijadikan makanan utk cara hidup aku yg baru ni cam tak sanggup ooo...








Tapi rupenya boleh aja nak makan lauk yg biasa kita makan tu...cuma...ye ada cuma nye lah..kita kena la pandai control kuantiti n portion kita makan...logik la kan...dah kata nak sihat...takkan still nak makan macam tabiat dulu2. kalau nasi x membukit tak sah. kenalah disiplin sikit...bukan senang weh nak kurangkan lemak berkilo yg aku dah ternak berapa lama. 😖

Nanti2 aku akan share apa menu yg aku masak or ambil untuk aku mulakan perjalanan hidup sihat aku nih. 

Ujian darah…perlu ke?

Sebelum aku nak start dengan pemakanan yang sihat ni, aku kena beli barang2 asas yang diperlukan untuk masak. Part ni, nnti aku share...Pada pendapat aku, lebih baik kita masak sendiri dari beli kat luar..kecuali ko ada hal kecemasan la kan. Bila kita masak sendiri, kita boleh tau and control penggunaan garam, minyak dan lain2.

Untuk nak makan sihat, semestinya kita kena guna bahan2 yang natural la kan. Kena makan pun yang real food. Maksudnya bukan bahan atau makanan yang diproses. Dan satu lagi, kena elakkan dulu semua bahan2 perasa dan segala macam sos2 penambah kesedapan. Back to nature…Gituuu. Baru la ko boleh feel macam orang dulu2 yang memang makan natural je..takda 3P bagai. Apa tuh? Perasa, Pewarna dan Pengawet.









Aku ni pun baru je dapat kesedaran bila aku dah buat ujian darah…huhu. Aku suggest kat korang buatlah ujian darah. Baru kita tau keadaan dalam badan kita macammana. Memang la seram seh bila nak tau result. Tapi itulah hakikat yg kita kena terima. If badan ko ok, alhamdulillah…if badan ko dah banyak rosak, innalillah la jawabnya. Baik kita bertindak segera sebelum terlambat. Betul…ajal maut di tangan Allah. Tapi kita pun tak da hak untuk menzalimi diri sendiri dengan makan makanan2 yg kita sebenanya tau tak sehat…tepuk dada, tanya iman…









Pesan aku, rujuk doktor atau pakar untuk baca korang punya result ujian darah. Hanya yang pakar je tau terms2 yg dipakai n angka2 yg ada kat result tu nanti. macam aku yg golongan marhaein ni mana la nak tau…lepas dah tau, baru lah korang atasi masalah tu ye…jangan dibiarkan melarat….