PETUA LEMBUTKAN DAGING TANPA PERLU DIREBUS LAMA

1. Potong daging lawan urat. 

Bila potong daging kita tengok dulu urat daging. Kita potong arah lawan urat. Supaya urat itu terputus. Senang daging nak empuk.Ini petua zaman berzaman. Memang proven. Cer buat. 

2. Hakak biasa masukkan sudu atau garfu masa merebus tu. Cepat juga empuknya. 

3. Rebus dengan kurma. Masukkan beberapa biji kurma dan rebus. Daging bukan sahaja cepat empuk tapi akan rasa sedikit manis-manis gitu. 

4. Rebus daging sambil tutup periuk. 

Tutup periuk dan letakkan benda berat seperti lesung kat atasnya supaya wap tidak keluar. Dengan syarat jangan letak garam terlebih dahulu. Garam diletak kemudian setelah daging tu empuk. 

5. Rebus daging dengan nenas. 

Nenaskan bersifat tajam. Jadinya nenas akan menjadikan daging lebih enak dan lembut. Jika periuk kecil cukup sekadar 2 hirisan nenas. Kang kuk jadi pajeri nenas la pulak kan.

No comments:

Post a Comment