Bila makayah dah meninggal dunia.....
Nanti jangan lupa bersedekah utk makayah setiap hari. Sebab dulu makayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang.
Jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak ayah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak ayah di kubur....
Doakan kebaikan utk mak-ayah setiap hari.....
Ini yang lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.
Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari.
Sebab dulu, kita jaga anak setiap hari. Kita bagi mereka makan-minum setiap hari, bukan seminggu sekali.
Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingat kat ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.
Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.
Saya kira, bukan begitu hubungannya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.
Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.
Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.
Ingatlah,
Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.
Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.
Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak-anak dan, seorang anak yang telah bapanya kembali ke Rahmatullah .
Setiap hari saya cuba yg terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada mak ayah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :
'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....'
(Surah Thur, 21)
No comments:
Post a Comment