KENALI 5 JENIS DAUN PENAMBAH AROMA DALAM MASAKAN HARIAN.

1. DAUN PANDAN

- Kegunaan daun pandan banyak sebenarnya terutama dalam masakan kuih muih dan masakan nasi ia sangat penting.  Misalnya, dalam nasi lemak kalau tak letak daun pandan aroma kewangiaannya akan lari.

2. DAUN KARI

- Daun kari sangat popular dengan penambah masakan kepada masakan berasaskan kari. Tanpa daun kari, masakan kari akan sedikit picang pada rasa dan baunya. Walaupun tak semua suka letak daun kari, tetapi jika ia diletak ia akan lebih rasa enak beraroma lagi.

3. DAUN KESUM

- Tanaman yang mudah hidup dikawasan lembap dan jika dicantas selalu daunnya akan makin bertambah tunas baru. Dalam masakan daun kesum sangat popular dalam membuat asam pedas, gulai lemak daun kesum dan laksa. 

4. DAUN KUNYIT

- Daun kunyit juga sangat disukai dan banyak digunakan dalam masakan seharian terutamanya dalam menu berasaskan rendang. Ini kerana bau daun kunyit sangat membangkit selera dan menambahkan lagi aroma yang dihasilkannya.

5. DAUN KETUMBAR

- Daun ketumbar ini kebanyakkan mudah nak didapati kat pasar sebab ia sangat banyak permintaan terutama dari penjual kedai makan yang menggunakan daun ketumbar sebagai hiasan tomyam, nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Bau daun ketumbar sangat tajam berbanding daun sup. Kalau diletak di dalam tomyam memang sangat terangkat bak hang.

No comments:

Post a Comment