1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. In Shaa Allah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
5. Tips Tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!
No comments:
Post a Comment