Petua Hilangkan Kelemumur guna daun limau purut

Siapa yang mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata korang cuba daun limau purut pulak. 

Caranya:

Ambil 10 helai daun limau purut
Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.

Boleh jugak tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

Korang boleh mesin juga ye tapi agak agak air nye , jangan terlalu cair.

Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.
Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ni ye. Bilas sehingga bersih.

Maklumat berkenaan tekanan darah, paras gula, denyutan nadi, suhu badan, serangan jantung, kumpulan serasi penerima darah dan kesan minum air

 TEKANAN DARAH     

120/80 - Normal
130/85 --Normal (Kawalan)
140/90 - Tinggi
150/95 - Terlalu Tinggi

PARAS GULA 

3.7-Hipo(gula rendah)/Hyper
4.0 -Normal
5.0- Normal (kawalan)
5.7- Tinggi
6.0-7.0- Terlalu Tinggi
Tiada bacaan gula terlalu tinggi awas anda bakal stroke.

DENYUTAN NADI      

72 per minit (standard)
60 --- 80 p.m. (Biasa)
40 - 180 p.m. (tidak normal)

SUHU BADAN    

98.4 F (Normal)
99.0 F Di atas (Demam)

Tolong bantu saudara-saudara anda, rakan dengan berkongsi maklumat ini.

Serangan Jantung Dan Minum Air Panas:~

Ini adalah artikel yang sangat baik. Bukan sahaja mengenai air suam selepas makan, tetapi mengenai Serangan Jantung. Teh Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan, bukan air sejuk, mungkin sudah tiba masanya kita mengamalkannya tabiat minum air panas semasa makan. Bagi mereka yang suka minum air sejuk, artikel ini boleh digunakan untuk anda. Ia sangat Memudaratkan untuk minum air semasa makan. Kerana, air sejuk akan menguatkan barangan berminyak yang anda baru sahaja makan. Ia akan memperlahankan penghadaman. Apabila enapcemar ini bertindak balas dengan asid, ia akan rosak dan menjadi lebih cepat diserap oleh usus daripada makanan pepejal. Ia akan merangkumi usus. Tidak lama lagi, ini akan menjadi lemak dan membawa kepada kanser. Lebih baik minum sup panas atau air suam selepas makan. Kentang goreng dan burger adalah musuh kesihatan jantung terbesar. Coke selepas itu memberi lebih kesan yang lebih buruk. Elakkan mereka untuk jantung dan kesihatan anda. Minum satu gelas air suam apabila sebelum anda hendak tidur bagi mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam untuk mengelakkan serangan jantung atau strok.

KUMPULAN DARAH YANG SERASI.

Jenis Darah Serasi

O- boleh menerima O-
O + boleh menerima O +, O-
A- boleh menerima A-, O-
A + boleh menerima A +, A-, O +, O-
B- boleh menerima B-, O-
B + boleh menerima B +, B-, O +, O-
AB- boleh menerima AB-, B-, A-, O-
AB + boleh menerima AB +, AB-, B +, B-, A +, A-, O +, O-

Ini adalah mesej penting yang dapat menyelamatkan nyawa! Kehidupan boleh diselamatkan.

KESAN AIR

Kami Tahu Air adalah penting tetapi tidak pernah tahu mengenai perkara itu. Waktu Khas anda perlu minum!!

Adakah anda ???

Minum Air diMasa yang betul Memaksimumkannya keberkesanan pada badan manusia;

        1 gelas Air 1 minit selepas bangun -membantu aktifkan organ-organ dalaman.
        1 gelas Air 30 minit sebelum Makan - membantu penghadaman.
        1 gelas Air sebelum Mandi - membantu menurunkan tekanan darah anda.    
        1 gelas Air sebelum pergi Tidur-menghindari Stroke atau Serangan jantung.

Lupakan seketika diri sendiri. Doakan pula untuk orang lain.

Ada kawan-kawan yang susah. Doakan agar Allah hilangkan kesusahannya.
Ada kawan-kawan yang sakit. Doakan agar Allah sembuhkan kesakitannya.
Ada kawan-kawan yang ada masalah. Doakan agar Allah selesaikan masalahnya.
Ada kawan-kawan yang takde duit. Doakan agar Allah berikan kecukupan buatnya.
Ada kawan-kawan yang hilang pekerjaan. Doakan agar Allah ilhamkan sesuatu buatnya.
Ada kawan-kawan yang hampir nak bercerai dengan pasangan. Doakan agar Allah tautkan hatinya dengan kasih sayang.
Ada kawan-kawan yang struggle dalam kesusahan. Doakan agar Allah permudahkan segala urusannya.
Rasulullah SAW pesan, salah satu doa yang mustajab ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain, tanpa sahabatnya itu mengetahuinya.
Dan para malaikat akan mendoakan yang sama buatnya.
Lupakan seketika diri sendiri. Doakan pula untuk orang lain.

Kaedah Menyimpan Daging Korban Yang Betul Agar Tetap Terjaga Kualitinya

 1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN

Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya. 

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. In Shaa Allah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

5. Tips Tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!  

KEBAIKAN RAWATAN RENDAMAN KAKI BERSAMA GARAM BUKIT DAN AIS BATU

Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan Jin.

Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk-cucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu angin tidak elok

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat, lenguh tengkuk, kerap sedawa, kerap kembung perut

Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala pula atau pun bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Menurut perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan Jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan InshaaAllah izin Allah, Jin akan terhindar dari pada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.

Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki

• Surah Al-Fatihah - 7 kali
• Surah Al-ikhlas - 7 kali
• dan Selawat - 7 kali

InshaaAllah denagn Izin Allah kaki badan akan berasa ringan. Menurut Perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti:

• Kaki anda berasa pijar bila di rendam kaki anda dalam ais
• Lenguh dan kebas pada kaki
• Sakit mencucuk di kaki

Haruslah diingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

TIP KESIHATAN

1. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟a͟n͟t͟u͟n͟g͟,  kurangkan penggunaan garam.
2. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ h͟a͟t͟i͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ b͟e͟r͟l͟e͟m͟a͟k͟.
3. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟e͟r͟u͟t͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ sejuk.
4. J͟i͟k͟a͟ A͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ u͟s͟u͟s͟,  tukarkan makanan segera d͟e͟n͟g͟a͟n͟ s͟a͟y͟u͟r͟a͟n͟
5. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟a͟n͟k͟r͟e͟a͟s͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟  hingga k͟e͟n͟y͟a͟n͟g͟.
6. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ G͟i͟n͟j͟a͟l͟,  m͟i͟n͟u͟m͟l͟a͟h͟ b͟a͟n͟y͟a͟k͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ s͟i͟a͟n͟g͟ h͟a͟r͟i͟,  m͟i͟n͟u͟m͟ l͟e͟b͟i͟h͟ s͟e͟d͟i͟k͟i͟t͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ waktu m͟a͟l͟a͟m͟ ,  k͟o͟s͟o͟n͟g͟k͟a͟n͟ pundi kencing a͟n͟d͟a͟ s͟e͟b͟e͟l͟u͟m͟ t͟i͟d͟u͟r͟.
7. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ O͟t͟a͟k͟,  t͟i͟d͟u͟r͟l͟a͟h͟ s͟e͟l͟a͟m͟a͟ l͟a͟p͟a͟n͟ j͟a͟m͟ sehari.
8. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟i͟w͟a͟,  m͟i͟l͟i͟k͟i͟ h͟u͟b͟u͟n͟g͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ I͟n͟t͟i͟m͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ S͟a͟n͟g͟ P͟e͟n͟c͟i͟p͟t͟a͟,  A͟l͟l͟a͟h͟ Y͟a͟n͟g͟ M͟a͟h͟a͟ K͟u͟a͟s͟a͟.

H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ s͟e͟d͟e͟r͟h͟a͟n͟a͟, y͟a͟n͟g͟ r͟u͟m͟i͟t͟ i͟t͟u͟ p͟i͟k͟i͟r͟a͟n͟ k͟i͟t͟a͟. H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ m͟u͟r͟a͟h͟, y͟a͟n͟g͟ m͟a͟h͟a͟l͟ i͟t͟u͟ kehormatan k͟i͟t͟a͟.
M͟a͟r͟i͟l͟a͟h͟ k͟i͟t͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ p͟a͟n͟d͟a͟i͟ b͟e͟r͟s͟y͟u͟k͟u͟r͟.

9. J͟i͟k͟a͟ A͟n͟d͟a͟ p͟e͟d͟u͟l͟i͟ p͟a͟d͟a͟ k͟e͟l͟u͟a͟r͟g͟a͟/t͟e͟m͟a͟n͟,  b͟e͟r͟i͟t͟a͟h͟u͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ t͟i͟p͟s͟ i͟n͟i͟.

 S͟e͟m͟o͟g͟a͟ B͟e͟r͟m͟a͟n͟f͟a͟a͟t͟

PETUA PENAWAR UNTUK SAKIT JANTUNG, KENCING MANIS & DARAH TINGGI


Petua perubatan daripada Ustaz Sharhan Syafie untuk mengubati penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi

Kepada yang nak mencuba...

1. Sebiji kelapa muda yang berhingus (isi lembut)
2. 3 batang serai yang dketuk
3. 7 biji halba

CARA
Dipanaskan dan diminum airnya... 

Amalkan selang sehari..
Sebanyak 7 biji kelapa perlu dihabiskan dalam masa 14 hari...

PETUA LEMBUTKAN DAGING TANPA PERLU DIREBUS LAMA

1. Potong daging lawan urat. 

Bila potong daging kita tengok dulu urat daging. Kita potong arah lawan urat. Supaya urat itu terputus. Senang daging nak empuk.Ini petua zaman berzaman. Memang proven. Cer buat. 

2. Hakak biasa masukkan sudu atau garfu masa merebus tu. Cepat juga empuknya. 

3. Rebus dengan kurma. Masukkan beberapa biji kurma dan rebus. Daging bukan sahaja cepat empuk tapi akan rasa sedikit manis-manis gitu. 

4. Rebus daging sambil tutup periuk. 

Tutup periuk dan letakkan benda berat seperti lesung kat atasnya supaya wap tidak keluar. Dengan syarat jangan letak garam terlebih dahulu. Garam diletak kemudian setelah daging tu empuk. 

5. Rebus daging dengan nenas. 

Nenaskan bersifat tajam. Jadinya nenas akan menjadikan daging lebih enak dan lembut. Jika periuk kecil cukup sekadar 2 hirisan nenas. Kang kuk jadi pajeri nenas la pulak kan.

TIPS MEMILIH KETAM

Waktu Membeli

Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.

Warna Cengkerang

Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.

Pilih Ketam Berat

Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.

Lihat Belakang Ketam

Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.

 Bau Laut

Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.

 Cukup Sifat

Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.

Pilih Ketam Betina

Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi. Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.

Tiada Tompok-Tompok

Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar

perbezaan ketam jantan dan betina
perbezaan ketam jantan dan betina

KENALI 5 JENIS DAUN PENAMBAH AROMA DALAM MASAKAN HARIAN.

1. DAUN PANDAN

- Kegunaan daun pandan banyak sebenarnya terutama dalam masakan kuih muih dan masakan nasi ia sangat penting.  Misalnya, dalam nasi lemak kalau tak letak daun pandan aroma kewangiaannya akan lari.

2. DAUN KARI

- Daun kari sangat popular dengan penambah masakan kepada masakan berasaskan kari. Tanpa daun kari, masakan kari akan sedikit picang pada rasa dan baunya. Walaupun tak semua suka letak daun kari, tetapi jika ia diletak ia akan lebih rasa enak beraroma lagi.

3. DAUN KESUM

- Tanaman yang mudah hidup dikawasan lembap dan jika dicantas selalu daunnya akan makin bertambah tunas baru. Dalam masakan daun kesum sangat popular dalam membuat asam pedas, gulai lemak daun kesum dan laksa. 

4. DAUN KUNYIT

- Daun kunyit juga sangat disukai dan banyak digunakan dalam masakan seharian terutamanya dalam menu berasaskan rendang. Ini kerana bau daun kunyit sangat membangkit selera dan menambahkan lagi aroma yang dihasilkannya.

5. DAUN KETUMBAR

- Daun ketumbar ini kebanyakkan mudah nak didapati kat pasar sebab ia sangat banyak permintaan terutama dari penjual kedai makan yang menggunakan daun ketumbar sebagai hiasan tomyam, nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Bau daun ketumbar sangat tajam berbanding daun sup. Kalau diletak di dalam tomyam memang sangat terangkat bak hang.

Nabi Musa a.s bersama kaumnya meninggalkan Mesir

1. Nabi Musa telah berdakwah kpd Firaun. Allah suruh Firaun sembah Allah. Hanya Allah tuhan yang        layak disembah. Allah Al Ahad,  As Samad. 
    Firaun sombong. Tetap mengaku dirinya tuhan/rabb. 

2. Allah perintah Musa a.s utk membawa keluar kaumnya,  (bani israil) dari Mesir di malam hari. Nabi      berjalan memimpin mereka ke mana saja yang diperintah Rabbnya Allah. 

3. Firaun dan tenteranya yang lengkap,  mengejar Nabi Musa dan kaumnya. Mereka mula mengejar            pada waktu matahari terbit. 

4. Ketika dua kelompok berdekatan,  masing-masing boleh saling melihat. Kaum Nabi Musa ketakutan. 
"Kita pasti tertangkap!" (Asy syuara" 61)

5. Nabi Musa tenang, kerana dia kuatnya imannya kpd Allah Rabb yang Maha Kuat. Allah As Samad        pasti menolong. 

6. Nabi Musa menjawab: "Tidak! Sesungguhnya Rabbku bersamaku,  Dia akan beri petunjuk kpd ku." 
    ( Asy syuara: 62)

7. Lalu Allah berkata kpd Nabi Musa:
    "Pukullah lautan itu dengan tongkatmu! "

8. "Maka terbelahlah lautan itu, dan tiap2 belahan itu adalah seperti gunung yg besar. "
    (Asy Syu'ara ayat 63)

9. "Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang bersamanya. "
    (Asy Syuara:65)

10. "Kemudian Kami tenggelamkan golongan yg lain. "
      (Asy Syuara:66)

11. " Sungguh, pada demikian terdapat tanda Kekuasaan Allah....." 
      (Asy Syuara:67)

12. "Dan sungguh, Rabbmu Maha Perkasa, Maha Penyayang. " 
     (Asy Syuara:68)

Rujukan: 
1. Al Quran
2. Hikmah Kisah dalam Al Quran,  Dr Abdul Karim Zaidan.

12 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG KITA TAHU, TAPI KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU

1). Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita MASIH TIDAK MAMPU UNTUK BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU.

2). Kita mengetahui bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3). Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4). Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5). Kita mengetahui bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8). Kita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, KITA TIDAK PERNAH MELUANGKAN WAKTU MEMBACA AL-QURAN DALAM JADUAL HARIAN KITA.

9). Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10). Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. TETAPI SAYANG KITA TERLALU MEREMEHKAN SOLAT MALAM.

11). Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. TETAPI SAYANG, KITA TIDAK PERNAH MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK HARI ITU.

12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. TETAPI SAYANG, KITA SELALU HANYUT DENGAN SENDA GURAU DAN PERMAINAN DUNIA, SEAKAN KITA MENDAPAT JAMINAN HIDUP UNTUK SELAMA-LAMANYA .

SENARAI MASJID-MASJID TERTUA DI MALAYSIA

Masjid dan Surau Tertua yang ada di Malaysia mengikut negeri-negeri bermula dari 885 tahun sehingga
100 tahun berupa struktur kekal, sisa tapak serta catatan yang hilang :

Masjid/Surau Tertua di Negeri Perak :
01) Pachat Manong - 1512 (509 tahun)
02) Raja (Lenggong) - 1539 (482 tahun)
03) Sultan Tajul Ariffin - 1584 (437 tahun)
04) Kg Bandar Tua - 1708 (313 tahun)
05) Belukar Cabai - 1798 (223 tahun)
06) Al-Akram Kg Balun - 1862 (159 tahun)
07) Muhammediah - 1868 (153 tahun)
08) Ar-Rahmaniah - 1870 (151 tahun)
09) Bantak Rabit - 1874 (147 tahun)
10) Masigit Lawas - 1887 (134 tahun)
11) Papan - 1888 (133 tahun)
12) Al-Madinah K. Gjh - 1890 (131 tahun)
13) Al-Muhtadin Bidor - 1890 (131 tahun)
14) Lama Bdr Taiping - 1893 (128 tahun)
15) Kg Masjid Tinggi - 1897 (124 tahun)
16) Panglima Kinta - 1898 (123 tahun)
17) Al-Ahmadi C. Iboi - 1899 (122 tahun)
18) Jamek B. Gantang - 1900 (121 tahun)
19) Jamek Tg Malim - 1900 (121 tahun)
20) Kampung Bandar - 1902 (119 tahun)
21) Sungkai Lama - 1903 (118 tahun)
22) Sg Nipah Baroh - 1903 (118 tahun)
23) Ahmadiah S. Pulai - 1905 (116 tahun)
24) India Muslim Ipoh - 1908 (113 tahun)
25) India Taiping - 1908 (113 tahun)
26) Teluk Memali - 1910 (111 tahun)
27) Lama Kg Gajah - 1910 (111 tahun)
28) Kampung Paloh - 1912 (109 tahun)
29) Al-Qadim (Beruas) - 1915 (106 tahun) 
30) Ridzwaniah - 1915 (106 tahun)
31) Kota Lama Kanan - 1916 (105 tahun)
32) Jamek Kampar - 1916 (105 tahun)
33) Ubudiah - 1917 (104 tahun)
34) Tok Jabor - 1917 (104 tahun)
35) Yahya Ubudiah - 1918 (103 tahun)
36) Al-Istiqomah - 1918 (103 tahun)
37) Rahmaniah Trong - 1918 (103 tahun)
38) Kampung Balun - 1920 (101 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Sarawak :
01) Al-Qadim - 1830 (191 tahun)
02) Bandar Kuching - 1834 (187 tahun)
03) Masjid India - 1837 (184 tahun)
04) Besar Sarawak - 1847 (174 tahun)
05) Kg Masjid Bintulu - 1917 (104 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Pulau Pinang :
01) Batu Uban - 1734 (287 tahun)
02) Jamiul Badawi - 1784 (237 tahun)
03) Nagore Sheriff - 1800 (221 tahun)
04) Kapitan Keling - 1801 (220 tahun)
05) Jamek Rawana - 1801 (220 tahun)
06) Kampung Banggol - 1801 (220 tahun)
07) Khan Muhammad - 1801 (220 tahun)
08) Lebuh Aceh - 1808 (213 tahun)
09) Alimsa Walai - 1811 (210 tahun)
10) Pintal Tali - 1820 (201 tahun)
11) Jamek Jelutong - 1820 (201 tahun)
12) Haji Kassim - 1840 (181 tahun)
13) Maqbul Sg Pinang - 1850 (171 tahun)
14) Titi Papan - 1867 (154 tahun)
15) Tarik Air - 1880 (141 tahun)
16) Jamek Haji Wahab - 1897 (124 tahun)
17) Jalan Yok - 1850 (171 tahun)
18) Kubang Semang - 1873 (148 tahun)
19) Himayathul Islam - 1884 (137 tahun)
20) Jamiul Azzakirin - 1900 (121 tahun)
21) Wan Chik Ariffin - 1901 (120 tahun)
22) Jamek Sg Nibong - 1901 (120 tahun)
23) Haji Abdul Rashid - 1902 (119 tahun)
24) Kampung Seronok - 1909 (112 tahun)
25) Kampung Bukit - 1921 (100 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Negeri Melaka :
01) Agung (St Paul) - 1414 (607 tahun)
02) Kg Belimbing - 1500 (521 tahun)
03) An-Nur Peringgit - 1720 (301 tahun)
04) Kampung Hulu - 1728 (293 tahun)
05) Tengkera - 1728 (293 tahun)
06) Fathur Rahman - 1730 (291 tahun)
07) Kampung Keling - 1748 (273 tahun)
08) Masjid Tanah - 1800 (221 tahun)
09) Kg Parit Melana - 1820 (201 tahun)
10) Jamek Teluk Mas - 1826 (195 tahun)
11) Tanjung Keling - 1830 (191 tahun)
12) Jamek Hang Tuah - 1850 (171 tahun)
13) Kampung Duyong - 1850 (171 tahun)
14) Jamek Kg Umbai - 1852 (169 tahun)
15) Kampung Alai - 1854 (167 tahun)
16) Datuk Machap - 1865 (156 tahun)
17) Bukit China - 1865 (156 tahun)
18) Assalam Ksg Tua - 1908 (113 tahun)
19) Air Barok - 1917 (104 tahun)
20) Al-Abrar Semabok - 1921 (100 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Negeri Kedah :
01) Padang Tok Syeikh - 1136 (885 tahun)
02) Langgar - 1701 (320 tahun)
03) Pondok Malau - 1805 (216 tahun)
04) Pengkalan Kakap - 1808 (213 tahun)
05) Kg Bohor Merah - 1826 (195 tahun)
06) Pondok Tasak - 1840 (181 tahun)
07) Pondok P. Pisang - 1846 (175 tahun)
08) Tok Janggut - 1850 (171 tahun)
09) Nagore - 1881 (140 tahun)
10) Rembang Panas - 1897 (124 tahun)
11) Al-Jamiul Makmur - 1900 (121 tahun)
12) Zahir - 1912 (109 tahun)
13) Bukit Apeng - 1914 (107 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Negeri Pahang :
01) Tok Mengkarak - 1700 (321 tahun)
02) Baserah - 1850 (171 tahun)
03) Pulau Tawar - 1880 (141 tahun)
04) Negeri - 1888 (133 tahun)
05) Kg Caruk Tualang - 1899 (122 tahun)
06) Baharu Jerantut - 1907 (114 tahun)
07) Kg Pantai Chenor - 1918 (103 tahun)
08) Kg Jeransang - 1920 (101 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Negeri Sembilan :
01) Kuala Dulang - 1618 (403 tahun)
02) Kg Parit Istana - 1796 (225 tahun)
03) Kg Nerasau - 1834 (187 tahun)
04) Kg Machang Ulu - 1840 (181 tahun)
05) Terusan Juasseh - 1840 (181 tahun)
06) Dato Klana Petra - 1840 (181 tahun)
07) Tanjung Beringin - 1892 (129 tahun)
08) Jamek Seremban - 1900 (121 tahun)
09) Tok Muar K.Pilah - 1900 (121 tahun)
10) Pekan Juasseh - 1900 (121 tahun)
11) Tanah Chembong - 1900 (121 tahun)
12) Kg Kuala Serdang - 1908 (113 tahun)
13) Pelangai - 1910 (111 tahun)
14) Kampung Gadong - 1920 (101 tahun)
15) Tuan Tulis Ismail - 1921 (100 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Kelantan :
01) Kampung Laut - 1620 (401 tahun)
02) Pulau Chondong - 1857 (164 tahun)
03) Muhammadiah - 1867 (154 tahun)
04) Tua Langgar - 1874 (147 tahun)
05) Tok Selehor - 1921 (100 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Terengganu :
01) Abidin - 1793 (228 tahun)
02) Kampung Tuan - 1830 (191 tahun)
03) Kampung Hiliran - 1874 (147 tahun)
04) Jamek Seremban - 1895 (126 tahun)
05) Kg Raja Besut - 1895 (126 tahun)
06) Kampung Dusun - 1904 (117 tahun)
07) Kampung Mesah - 1919 (102 tahun)
08) Jamek Paka - 1920 (102 tahun)
09) Annur Baru Serada - 1921 (100 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Selangor :
01) Dato Dagang - 1876 (145 tahun)
02) Syeikh Muhd Nor - 1894 (127 tahun)
03) Alhah Alam - 1896 (125 tahun)
04) Sungai Gulang - 1898 (123 tahun)
05) Sultan Alaeddin - 1898 (123 tahun)
06) Raja Alang - 1900 (121 tahun)
07) India Klang - 1904 (117 tahun)
08) Kampung Pancing - 1905 (116 tahun)
09) Pancang Bedena - 1905 (116 tahun)
10) Raja Alang - 1906 (115 tahun)
11) Al-Muhsinin - 1906 (115 tahun)
12) Bandar - 1906 (115 tahun)
13) Kg Tebuk Mufrad - 1914 (107 tahun)
14) Syiekh Ismail - 1916 (105 tahun)
15) Kg Permatang - 1916 (105 tahun)
16) Rahmani - 1916 (105 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Johor :
01) Sultan Ibrahim - 1884 (137 tahun)
02) Sultan Abu Bakar - 1892 (129 tahun)
03) Kampung Temiang - 1915 (106 tahun)
04) Jamek Bakri Bt. 3 - 1915 (106 tahun)
05) Parit Raja Muar - 1915 (106 tahun)
06) Relau Tangkak - 1915 (106 tahun)
07) Kg Paya Redan - 1915 (106 tahun)
Masjid/Surau Tertua di Kuala Lumpur :
01) Jamek KL - 1857 (164 tahun)
02) India KL - 1863 (158 tahun)
03) Jami'ul Huda - 1879 (142 tahun)
04) Jamek Kg Baru - 1880 (141 tahun)
05) Minangkabau - 1886 (135 tahun)

Masjid/Surau Tertua di Sabah :
01) Hasabollah - 1880 (141 tahun)

21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Haji Ebit Lew

1. Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.

2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.

3. Sesiapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.

4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.

5. Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.

6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah swt akan sentiasa belajar               mencari kebaikan orang.

7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.

8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.

9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.

10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik2 serta kawan2 kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.

11. Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.

12. Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.

13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.

14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.

15. Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.

16. Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.

17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.

18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.

19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.

20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa2. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.

21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting bila Allah sayang.

PESANAN PENTING buat ANAK untuk MAK AYAH

Bila makayah dah meninggal dunia.....
Nanti jangan lupa bersedekah utk makayah setiap hari. Sebab dulu makayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang. 
Jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak ayah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak ayah di kubur....
Doakan kebaikan utk mak-ayah setiap hari.....
Ini yang lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.
Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari. 
Sebab dulu, kita jaga anak setiap hari. Kita bagi mereka makan-minum setiap hari, bukan seminggu sekali.
Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingat kat ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.
Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya. 
Saya kira, bukan begitu hubungannya.  Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana. 
Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.
Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.
Ingatlah, 
Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat. 
Ingatlah, 
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.
Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak-anak dan, seorang anak yang telah bapanya kembali ke Rahmatullah .
Setiap hari saya cuba yg terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada mak ayah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan : 

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' 
(Surah Thur, 21)

Resepi Ayam Madu Bakar


Bahan2 ;

- 20 ketul ayam ( size sederhana )
- 2 sdb Serbuk Cili Baba's.
- 5 sdb Gula.
- 2 sdk Garam.
- 2 sdb Maggie cukup rasa.
- 1 sdk Serbuk Black pepper.
- 2 sdb Madu.( guna sudu plastik )
- Sedikit ajinomoto ( optional )

Cara-caranya ;

- Masukkan semua bahan2 di atas ke dlm bekas / tupperware bertutup kecuali ayam.
- Gaul semua bahan bagi sebati.
- Masukkan ayam yg telah di basuh bersih ke dlm bekas / tupperware dan perap selama 4 jam.
( Saya masukkan ke dlm peti ais selama tempuh perapan )
- Keluarkan ayam dan bakar dlm pemanggang ajaib sehingga masak sekata guna api yg perlahan.

P/S : Selalu pusing / kalih ayam madu tu takut cepat hangit/hangus.

Selamat mencuba 

Sumber resepi : Nieza Rahim.

Petua Kumur Air Kunyit Jika Ada Masalah Gigi Berlubang

1) KUNYIT

Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit. kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.

Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya. Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).

2) LIMAU NIPIS

Siapa kata limau nipis hanya boleh dijadikan bahan minuman, masakan, dan cucian semata-mata? Selain daripada kegunaan-kegunaan tersebut, limau nipis juga boleh bertindak sebagai ubat!

Caranya, potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil lalu diperah jusnya ke dalam bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut, lalu titiskan sedikit demi sedikit ke atas bahagian gigi yang sakit.

Berhenti seketika dan ulang lagi setelah 10 minit berlalu sehingga habis jus. Vitamin Cyang terkandung di dalam limau nipis mampu hilangkan sakit gigi yang dialami.

3) TUAM MENGGUNAKAN AIS

Akhir sekali, untuk menghilangkan sakit gigi di rumah, ambil beberapa ketul ais lalu masukkan ke dalam beg plastik. Kemudian, tuam di atas pipi bahagian gigi yang sakit. Langkah ini bertindak seperti menggunakan ubat kebas dan mampu meredakan sakit buat sementara waktu.

Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur. Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.

Selamat mencuba!

Kredit: Aura Pengikat Kasih Sayang

==================================================================

1) TURMERIC

But misery can actually be overcome in a fairly simple way, using the natural ingredient which is turmeric. the main content of turmeric called curcumin can inhibit the reproduction of bacteria that cause cavities.

In addition, turmeric is also useful in improving memory, curing colds, stuffy nose and so on. The only way is to gargle with turmeric water solution, either live turmeric or powdered turmeric regularly. It is one of the tips to prevent and overcome tooth decay (cavities).

2) LIME

Who says lemon can only be used as a beverage, cooking, and laundry? Apart from these uses, lemon can also act as a medicine!

Here's how, cut a lemon into small pieces and squeeze the juice into a container. Use a teaspoon to take the juice, then drop it little by little onto the sore tooth.

Stop for a moment and repeat after 10 minutes until the juice runs out. Vitamin C contained in lemon is able to eliminate toothache experienced.

3) SWEET USING ICE

Finally, to get rid of toothache at home, take some ice cubes and put them in a plastic bag. Then, rub on the cheeks of the sore tooth. This step acts like using numb medicine and is able to relieve pain temporarily.

In addition, keep your teeth clean. Make sure your teeth are brushed at least twice a day every morning and before bed. Check the level of dental health by having regular check-ups every 6 months.

Good luck!

Credit: Aura Pengikat Kasih Sayang

8 perkara penting wajib tahu jika alami serangan jantung ketika memandu

Serangan jantung sememangnya sesuatu yang menakutkan lebih-lebih lagi jika ia berlaku semasa kita sedang memandu.
Saban tahun, jumlah kes mereka yang mengalami masalah kardiovaskular di seluruh dunia meningkat.
Namun, apakah kebarangkalian anda untuk mendapat serangan jantung semasa sedang memandu?
Simptom serangan jantung mungkin berbeza mengikut individu
Serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung terhalang.
Keadaan ini boleh terjadi akibat pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan-bahan lain yang membentuk plak pada dinding arteri jantung.
Jika plak tersebut pecah dan membentuk darah beku, ia boleh tersekat pada saluran arteri kecil menyebabkan otot jantung kekurangan darah dan mati dalam proses tersebut.
Pelbagai simptom boleh dialami oleh mereka yang menghidap sakit jantung.
Antara yang lazim adalah:
Sakit dada kiri
Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu atau belakang badan
Loya
Pedih ulu hati atau sakit abdomen
Sesak nafas
Berpeluh sejuk
Kelesuan
Pening kepala

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu, bukan semua yang mendapat serangan jantung akan mengalami simptom yang sama.
Sebagai contoh, tahap keterukan sakit dada boleh mengelirukan pesakit. Ada yang mengalami sakit teruk dan ada yang mengalami sakit yang ringan.
Dalam situasi tersebut, mereka yang mengalami sakit ringan kebiasaannya beranggapan ia merupakan simptom masalah lain.
Padahal apa yang dialami oleh mereka adalah serangan jantung dan perkara ini boleh menjadi teruk sekiranya mereka tidak mendapatkan rawatan dengan kadar segera.
Bagi pesakit diabetes tidak terkawal pula, simptom sakit dada kiri mungkin tiada. Namun, mereka boleh mengalami simptom lain seperti yang tersenarai.
Sakit jantung ketika memandu, apakah langkah seterusnya?

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pemandu atau penumpang jika berlaku serangan jantung:
Jika anda sedang memandu dan mengalami simptom serangan jantung, lepaskan pedal minyak secara perlahan-lahan dan cari kawasan yang selamat di bahu jalan atau kawasan rehat untuk memarkir kereta secepat mungkin.
Kalau ada penumpang bersama anda, minta bantuan mereka untuk membelok kereta ke arah yang selamat.
Bawa bertenang. Tidak kiralah sama ada penumpang atau pemandu yang mendapat serangan jantung, panik hanya mencetuskan huru-hara.
Pastikan anda membawa mangsa ke hospital secepat mungkin. Elakkan daripada membawa mereka ke klinik kecil, memandangkan ia tidak mempunyai kelengkapan untuk merawat serangan jantung.
Jika jarak di antara hospital dan anda terlalu jauh, hubungi perkhidmatan kecemasan dan maklumkan kedudukan anda.
Kalau pesakit mempunyai ubat kemam (nitroglycerin) atau asprin, bantu pesakit untuk mengambil ubat tersebut.
Jika degupan jantung pesakit terhenti, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk mengekalkan fungsi otak, mengembalikan aliran darah dan pernafasan.
Jika anda berhampiran dengan pusat membeli-belah, cari mesin defribilator automatik. Mesin ini boleh membaca ritma jantung dan menghantar kejutan elektrik mengikut keperluan semasa.

Adakah saya masih boleh memandu kereta jika alami masalah jantung?
Secara amnya, jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh menyebabkan anda hilang kawalan stereng kereta, anda tidak disarankan memandu.

Terdapat beberapa perkara yang kebiasaannya menjadi faktor bagi menentukan keupayaan seseorang itu untuk memandu:
· Jika keadaan kesihatan anda boleh menyebabkan anda pengsan semasa memandu seperti epilepsi, aritmia dan hilang kesedaran.
· Jika keadaan kesihatan boleh mempengaruhi keupayaan anda untuk memandu dengan selamat seperti kecacatan tubuh, rabun warna, cacat penglihatan, masalah mental dan kebergantungan terhadap dadah dan alkohol.
-Jika anda mengalami masalah kesihatan yang berkaitan, anda akan diperiksa oleh doktor bagi mengenal pasti keupayaan anda untuk memandu.

Dalam kes tertentu, anda mungkin ditegah daripada memandu memandangkan keadaan kesihatan anda serius.

Namun, sepantas mana anda boleh kembali memandu bergantung kepada:
Jika anda masih mengalami sebarang simptom
Jenis rawatan yang pernah anda terima
Berapa cepat anda sembuh
Jika anda baru lepas menjalani sebarang pembedahan atau prosedur kesihatan, rujuk kepada doktor jika anda boleh memandu.

Kebanyakan prosedur, terutamanya yang membenarkan pesakit balik pada hari yang sama tidak menyarankan anda memandu.
Jika berlaku sedemikian, pastikan anda membawa teman untuk memandu selepas semuanya selesai.
Kesimpulannya, serangan jantung ketika memandu boleh mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada pemandu, malah penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Sekiranya anda mempunyai masalah jantung atau kesihatan kronik lain sehingga menjejaskan keupayaan anda untuk memandu dengan selamat, rujuk kepada doktor yang bertauliah.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

KHASIAT LIMAU KASTURI

limau kasturi
1. Merawat batuk
Campurkan limau, kicap ngan garam. Minum setiap pagi ngan malam. In shaa Allah batuk akan beransur pulih.

2. Merawat demam
Ambik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus ngan 2 hingga 4 gelas air. Guna air rebusan ni untuk menuam. Caranya, rendam kain dalam air rebusan, perah pastu letak kan kat dahi.

3. Sebagai ubat ketiak
Campurkan limau nipis ngan kapur sirih. Sapu pada ketiak lepas mandi. Biarkan beberapa minit, pastu bilas. Lakukan 2 kali sehari.

4. Merawat pening kepala
Ambik sebiji limau kasturi. Potong sikit  bahagian atas dia. Pastu picit kulit limau kasturi tadi hingga keluar air. Masa picit tu kena halakan air tu ke hidung.

5. Merawat lelah
Ambik 1 sudu madu asli. Pastu campurkan ngan 5 titik jus limau kasturi. Minum. Boleh minum bila bila masa walaupun takde lelah. Amalkan seminggu sekali.

6. Kuruskan badan
Minum perahan limau nipis campur teh tanpa gula. Sebaik baiknya minum suam suam. Kesan dia lebih cepat.

7. Merawat kelemumur
Ambik beberapa helai daun rambutan. Ramas dengan setengah cawan air hingga keluar lendir. Pastu bancuh lendir tu ngan 2 cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur kat seluruh kepala. Balut guna tuala lembap. Biar sekejap sebelum bilas. Amalkan seminggu sekali.

8. Hilangkan kesan minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan garam sikit. Kemudian gosok kat bahagian baju yang terkena minyak. Biarkan selama 5-10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Pastu basuhlah baju tadi macam biasa.

9. Wangikan rambut
Ambik beberapa biji limau nipis dan hiris. Pastu gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit. Kemudian baru cuci hingga bersih. Selain wangikan rambut, limau nipis jugak boleh hilangkan rasa pening dan sejukkan kepala.

10. Mengilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur dek terkena peluh kat sekitar mata atau hidung. Cuci dan gosokkan limau pada kacanya. Bilas bersih bersih pastu lap ngan kain bersih atau tisu.

Ditindih semasa tidur? Kenapa? - penjelasan dari sudut sains

 Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.
Ianya biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi yang alaminya terasa cukup lama! 
Fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan dari sudut sains.  sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.
Walaupun OTAK sudah terjaga, namun OTOT badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun mencuba untuk berteriak sekuat hati. 
Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia pengalaman pertama kali.

Faktor Penyebab:
1. Tidak cukup tidur
2.  Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental 
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol

Untuk mencegah kejadian di himpit:
1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya kekerapan kejadian semakin bertambah

KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam

 Peminat-peminat KFC, saja nak bagitau kat hampa semua, kat area Bukit Mertajam ni, antara tempat yang korang boleh jumpa restoran KFC adalah di dalam AEON Mall Alma. Makan dekat dalam AEON Mall nanti kalau dah settle makan bolej lajak pi shopping plak.

set hidangan KFC
set hidangan KFC

KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam
KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam
Kepada yang taktau kat mana AEON Mall Alma ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat : 5°19'11.7"N 100°28'40.3"E atau 5.319928, 100.477868