Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun, Cerok To' Kun Bukit Mertajam

 Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun terletak di Cerok To' Kun, Bukit Mertajam betul-betul di simpang jalan masuk ke kaki Bukit Mertajam. Orang yang suka hiking Bukit Mertajam ni, mesti akan lalu depan Pak Man Mee Kuah Ketam.

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Dari apa yang tertulis di dalam kedai makan Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun ni, kedai makan ni telah wujud sejak tahun 1976. Dari bapak turun ke anak tradisi resepi turun temurun. Depa kat masa bapak diorang lagi padu. Depa kata laaaa...

Dah nama pun mee kuah ketam, jadi masuk je kedai makan ni, takpa buang masa terus aku order mee kuah ketam. Akhirnya sampai mee kuah ketam tu kat meja aku. Tapi takda ketam! rupannya kena bagitau letak ketam sekali. Kalau tak cakap kira diorang assume korang nak makan mee ketam biasa jer.

Mee Kuah Ketam
Mee Kuah Ketam
Taknak mengecewakan korang, aku letak la gak gambar mee kuah ketam ada ketam. Tapi gambar tu aku rembat dari blog orang lain. Kredit untuk blog hari3aku sebab aku guna gambar dia masuk blog aku.
kredit gambar untuk blog hari3aku
Selain tu ada juga mee kuah udang, mee goreng, pasembor pun ada. Kuah mee kuah memang padu. Dah habis mee, kuah pun aku hirup sampai licin.
ni kira kedai dalam kedai la kan
ni kira kedai dalam kedai la kan

gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai
gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai

tudiaaa...besaq gambar ketam tu
tudiaaa...besaq gambar ketam tu
Parking kalau tengok dari jalan besar tu, macam takde harap je nak dapat parking. Tapi kalau korang masuk sikit simpang tu, korang akan nampak parking sebelah kiri. Parking je dekat kawasan tu.

Lokasi mudah nak cari, iaitu simpang masuk ke kaki bukit mertajam. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map lokasi Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun.

GPS koordinat : 5°20'48.6"N 100°29'13.2"E atau 5.346843, 100.486990

2 comments:

  1. Kredit gambar atas tu sbnrnya bukan hari3aku, saya penulis blog hari3aku ada tulis di bahagian akhir yang saya ambil dari fb.com/meekuahketamtokun/

    boleh kredit ke pemilik asal ha3. ap2pn terima kasih sbb sudi melawat blog hari3aku.

    ReplyDelete