Semestinya korang kena cari nasi beriani jika korang melancong ke Johor. Banyak je restoran yang sempoi-sempoi di Johor ni. Di sebabkan aku ada di Johor Bahru, jadi aku pilih untuk makan di Restoran Abah Beriani House yang beralamat di No.12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
|
Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru |
|
Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru |
Ada banyak menu nasi beriani di Abah beriani House ni. Ada dua jenis nasi beriani iaitu nasi beriani gam dan nasi beriani gam JDT. Bezanya kalau ambil yang JDT, hidangan yang sampai dalam set bersama air dan papedom. Antara menu nasi beriani adalah beriani gam ayam, beriani gam ayam masak merah, beriani gam lembu, beriani gam kambing, beriani gam burung puyuh, beriani gam kambing masak merah, beriani gam rusa, beriani gam udang, beriani gam ikan dan beriani gam telur.
GPS koordinat : 1°29'59.5"N 103°42'30.0"E atau 1.499870, 103.708340
No comments:
Post a Comment