Layan Nasi Beriani di Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru

 Semestinya korang kena cari nasi beriani jika korang melancong ke Johor. Banyak je restoran yang sempoi-sempoi di Johor ni. Di sebabkan aku ada di Johor Bahru, jadi aku pilih untuk makan di Restoran Abah Beriani House yang beralamat di No.12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.

Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru
 Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru

Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru
 Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru
Ada banyak menu nasi beriani di Abah beriani House ni. Ada dua jenis nasi beriani iaitu nasi beriani gam dan nasi beriani gam JDT. Bezanya kalau ambil yang JDT, hidangan yang sampai dalam set bersama air dan papedom. Antara menu nasi beriani adalah beriani gam ayam, beriani gam ayam masak merah, beriani gam lembu, beriani gam kambing, beriani gam burung puyuh, beriani gam kambing masak merah, beriani gam rusa, beriani gam udang, beriani gam ikan dan beriani gam telur.
Dan menu-menu lain yang ada di Abah beriani House boleh rujuk gambar menu di bawah ni.
menu minuman Abah Beriani House
menu minuman Abah Beriani House

menu makanan Abah Beriani House
menu makanan Abah Beriani House

Aku pilih untuk makan nasi beriani ayam masak merah dan beriani lembu di Abah beriani House. Air pulak kalau nak padu, kena order air bandung soda. mantap beb!
complete set nasi beriani
complete set nasi beriani

nasi beriani lembu
nasi beriani lembu

nasi beriani ayam masak merah
nasi beriani ayam masak merah
Memang padu la nasi beriani di Abah Beriani House ni. Recommended untuk korang plak cuba. Jika berhajat nak datang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang cari restoran ni.
GPS koordinat : 1°29'59.5"N 103°42'30.0"E atau 1.499870, 103.708340


No comments:

Post a Comment