Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ 

 Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu  yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya).

 (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

2.  Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral.

3.  Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika membawa kepada dosa dan maksiat.  Ia merupakan pertanda kelemahan iman.

4.  Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di kedai kopi, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau suka menjaga tepi kain orang kemudian memberi komen yang negatif.

5.  Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

6.  Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Petua kekal cantik dan awet muda ikut cara Islam

ANDA mahu kekal tampak muda? Jangan bergantung kepada produk kecantikan semata-mata sebaliknya, cubalah petua yang diajarkan Islam ini. Petua ini paling mudah dipraktikkan, jika tidak sekarang, kesannya akan kelihatan apabila anda menginjak ke usia emas.

1) Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun tidur pada waktu pagi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara membiarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat tiga kali, kemudian baru telan.
Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Nabi Muhammad SAW, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

2) Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.
Urutan perlu dimulakan daripada bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas ke bawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut.

3) Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.
Dianjurkan membaca surah itu ketika curahan air yang pertama, ia perlu bermula pada kepala. Jika mandi menggunakan shower, bacalah ketika air menyentuh kepala.

4) Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk sahaja.
Amalan ini perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Insya-Allah, wajah anda akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

5) Setiap kali anda berhias di hadapan cermin, bacalah doa dan selawat di kedua tapak tangan kemudian sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Ia perlu diamalkan setiap pagi. Doanya begini:
'Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah menantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka'

6) Paling penting jangan tinggal solat.
Solat perkara yang diwajibkan dalam Islam, air wuduk yang disapu pada wajah lima kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH BERKATA SUDAH SAMPAI WAKTUNYA UNTUK PULANG

Ketika ada kesempatan, pergilah bersama teman2 lama. Berkumpul bukan sekadar makan, minum dan bersenang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah Persaudaraan
Mungkin lain waktu kita Tidak akan bertemu lagi.
Mungkin lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.
Umur itu Seperti air batu, Dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.
Begitu juga dengan umur kita. Digunakan atau Tidak Digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan Akhirnya kembali kehadrat ILLAHI.
Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal.. Jalani hidup ini dengan ceria,  sabar dan santai.
Jangan suka mau menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.
Jangan buang sahabat cuma kerana tak sepakat
Satu keburukan teman, bukan bererti hilang sembilan kebaikannya.
Perbanyakkanlah waktu untuk berkumpul dengan teman2 dan saudara mara kita.
Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.
Buanglah jauh2 sifat ego dan iri hati
Terimalah kekurangan dan kelebihan dari sahabat.
Bertemanlah dengan apa seadanya, bukan kerana ada apa2 muslihat dan kepentingan.
Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbezaan. Percayakan kemampuan teman kita.
Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, Sediakan bahu ketika dia menangis.
Tepuk tangan dan gembira ketika dia berjaya. Sebut namanya dalam doa kita.
Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Allah juga akan selalu bersama mu.
Teruslah  bersahabat sampai Allah berkata.. sudah sampai waktunya untuk kamu pulang.

Sekali lagi makan di Nurul Ikan bakar Special di Sungai Petani

 Ni kali kedua aku terjah makan di restoran Nurul Ikkan Bakar Special di Sungai Petani, Kedah. Kali pertama boleh tengok posting aku yang lepas pasal Nurul Ikan Bakar Special Sungai Petani ni.

Restoran Nurul Ikan Bakar Special, Sungai Petani
Restoran Nurul Ikan Bakar Special, Sungai Petani 

Memang tidak mengecewakan makan di sini. Ada satu lagi Restoran Nurul Ikan Bakar Special yang terletak di Kulim Kedah yang belum pernah aku terjah.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

sayur cendawan tiram
sayur cendawan tiram

telur bistik
telur bistik

Ikan Jenahak Bakar
Ikan Jenahak Bakar

tomyam campur
tomyam campur

air orange satu jug
air orange satu jug
Lokasi Nurul Ikan bakar Sungai Petani adalah seperti berikut:

GPS Koordinat : 5°39'21.7"N 100°27'55.9"E atau 5.656013, 100.465529

Restoran makan tengahari Sila O Sila, Kulim Kedah

 Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar yang terletak di Jalan Serdang, Kampung Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah boleh korang jadikan salah satu tempat makan tengahari di Kulim. Walaupun nama restoran Sila, tapi takde plak aku nampak orang makan bersila..hihihi

Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim
 Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim

Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim
 Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim

Waktu tengahari ramai juga orang yang datang. Lauk tengahari pun ada pelbagai jenis, dengan ikan bakar lagi. Boleh la untuk nak isi perut.
masakan makan tengahari
masakan makan tengahari

masakan makan tengahari
masakan makan tengahari

ni nasi campur yang aku makan di Restoran Sila O Sila....
nasi cmapur makan tengahariku
nasi cmapur makan tengahariku
Lokasi Restoran Sila O Sila adalah seperti berikut:

GPS Koordinat : 5°23'06.9"N 100°34'20.3"E atau 5.385238, 100.572298

Jalan-jalan Padang Waremart, Padang Besar, Perlis

 Kaki shopping mesti suka kalau pergi ke Padang Besar, Perlis terutamanya kaum wanita. Majoritinya macam tu la.. Orang laki kebanyakkannya tak suka shopping, jadi mangsa kena bawa beg shopping ja..hihihi 

Aku pernah datang sekali dulu, masa tu di bangunan lama. Boleh rujuk posting aku berkenaan Aked Niaga Padang Besar. Sekarang ni dah pindah tak jauh pun dari situ. Bangunan lama macam nak buat bangunan baru. Tempat shopping baru ni adalah Padang Waremart. Semua peniaga dalam tu.

Padang Waremart - tempat shopping
Padang Waremart - tempat shopping

Macam biasa la dalam Padang Waremart tu, kebanyakkannya adalah barang-barang Siam. Dalam tu terbahagi kepada dua bahagiaan. Satu bahagian jual barangan kain baju serta pinggan mangkuk dan satu lagi jual barangan makanan kering. Kalau makanan, orang biasanya akan cari pes tomyam. Pes tomyam yang pure Thailand punya. Pasti sedap.
barangan kain baju, pinggan mangkuk
barangan kain baju, pinggan mangkuk

barangan makanan kering
barangan makanan kering
Kalau nak cari makanan yang basah atau korang nak makan masakan thai, boleh tengok di depan Padang Waremart ni. Banyak gerai yang korang boleh cuba. Aku pun nak try juga makan masakan thai kat sini. Dalam banyak-banyak gerai tu, aku pilih Restoran Istimewa No.9 sebab nampak yang ni cam kayang sikit..hahaha.. yang lain berniaga buka khemah, yang Restoran Istimewa No. 9 ni duduk dalam bangunan.
Restoran Istimewa No.9
Restoran Istimewa No.9

Dalam Restoran Istimewa No.9
Dalam Restoran Istimewa No.9

Perut pun dah lapar, jadi terus je la order, aku try nasi goreng paprik ayam dan nasi goreng daging merah. Ada banyak lagi menu yang padu. Boleh rujuk senarai menu seperti di bawah.
menu1 - Restoran Istimewa No.9
menu1 - Restoran Istimewa No.9

menu2 - Restoran Istimewa No.9
menu2 - Restoran Istimewa No.9

nasi goreng daging merah
nasi goreng daging merah

nasi goreng paprik ayam
nasi goreng paprik ayam
Dah habis makan, boleh la sambung shopping. Banyak lagi tempat yang tak round kat sebelah luar Padang Waremart ni.
sebelah luar Padang Waremart pun banyak lagi gerai yang ada
sebelah luar Padang Waremart pun banyak lagi gerai yang ada
Kepada yang nak datang ke shopping ke Padang Besar ni, aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai panduan untuk ke sini.

GPS koordinat : 6°39'43.9"N 100°19'30.8"E atau 6.662189, 100.325209

Petua untuk bersihkan daki di kaki

 

Petua ni best tau, hanya guna bahan dapur je. Pastu bukan saja kaki boleh cantik dan lembut tapi bagus untuk buang toksik juga. 

Okey meh tengok sini 

Bahan-bahan :

2 biji limau nipis - dibelah empat
1 senduk beras
1 gayung air
besen / bekas untuk rendam kaki

Caranya :
1. Perahkan limau tu ke dalam bekas. Masukkan beras dan air. Gaulkan dan biar sebati.
2. Masukkan kaki dan rendam kat dalam bekas air limau tu selama 15 minit
3. Sambil-sambil tu gosokkan / sental limau tu pada kaki.
4. Lepas tu basuh dan lap kaki bersih dan pakai lah losyen.
Elok diamalkan seminggu sekali.

Antara kebaikan terapi kaki ni, 

- lembutkan tumit dan kulit kaki
- cerahkan kulit kaki
- pudarkan parut-parut dikaki
- hilangkan gatal and kuman
- hilangkan masalah bau pada kaki
- buang sisa-sisa toksik dalam badan

Warung makan tengahari Zabedah, Padang Besar, Perlis

 Aku sampai je Padang Besar, dah tengahari. Perut pun dah berdondang sayang. Macam-macam dah berbunyi. Jadi misi pertama sampai je Padang Besar, terus cari kedai makan. Dan akhirnya terjumpa Warung Zabedah ni. Sebab tengok ramai je orang datang makan tengahari, jadi terus je aku masuk. Kebanyakkan yang datang tu pekerja-pekerja sekitar kawasan tersebut yang keluar cari makan waktu lunch.

Warung Zabedah, Padang Besar
Warung Zabedah, Padang Besar
Nampak simple je kan warung ni. Takde deko-deko bombastik pun. Hanya tiang-tiang kayu yang beratapkan bumbung zink.

Menu pun simple je tapi padu. Paling aku suka ayam goreng. Goreng biasa je, tapi sedap plak aku bila aku makan. Gulai, sup dengan masak sambal pun sedap.

antara lauk makan tengahari di Warung Zabedah
antara lauk makan tengahari di Warung Zabedah

nidiaaaaa... sepinggan makan tengahari aku
nidiaaaaa... sepinggan makan tengahari aku
Lokasi Warung Zabedah Padang Besar adalah seperti google map di bawah.

GPS koordinat : 6°39'17.7"N 100°18'13.5"E atau 6.654909, 100.303740

Nasi Kandar Haji Ramli, Simpang Empat, Kedah


Nasi Kandar Haji Ramli, Simpang Empat
Nasi Kandar Haji Ramli, Simpang Empat

kawasan makan yang luas dan selesa
kawasan makan yang luas dan selesa

Nasi Kandar Haji Ramli yang terletak di Simpang Empat, Kedah merupakan nasi kandar melayu yang memang padu di Kedah ni. Semua makanan di Restoran Nasi Kandar Haji Ramli ni sedap-sedap belaka. Yang paling dicari dah digilai orang ramai bila datang ke sini adalah ayam kampung, kasi kisah lah ayam kampung goreng atau ayam kampung kari. Pasti kena tanya ayam kampung dulu.
Kunci utama keenakan menu-menu di sini ialah ianya menggunakan bahan mentah gred A. Ayam kampung goreng yang bersaiz besar ini cukup enak dan segar, ianya juga digoreng rangup. Sememangnya menyelerakan dikenakan bersama kuah campur!

pelbagai lauk pauk nasi kandar Haji Ramli
pelbagai lauk pauk nasi kandar Haji Ramli

pelbagai lauk pauk nasi kandar Haji Ramli
pelbagai lauk pauk nasi kandar Haji Ramli
Lagi satu yang rare sikit dari nasi kandar mamak, nasi kandar haji ramli ni nasi diorang warna kuning sikit. Tahap kepaduan semua lauk setaraf dengan nasi kandar mamak yang famous. Jarang la kita jumpa nasi kandar melayu kan. So jika datang Kedah, jangan lupa cari restoran ni.
nasi kandar ayam goreng, telur masin, kuah campoq, bendi rebus 3 biji dok tepi...surrrrrrr!
nasi kandar ayam goreng, telur masin, kuah campoq, bendi rebus 3 biji dok tepi...surrrrrrr!

Tudiaaaaaa.... nampak menyelerakan kan? Apa lagi hampa patut mai cuba la makan nasi kandar haji ramli di Simpang Empat, Kedah ni.
Aku sertakan di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke sini.

"Restoran Nasi Kandar Haji Ramli Kampung Kepala Parit Dalam, 06650 Simpang Empat, Kedah"

GPS koordinat : 6°01'32.3"N 100°22'53.7"E atau 6.025624, 100.381595

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun, Cerok To' Kun Bukit Mertajam

 Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun terletak di Cerok To' Kun, Bukit Mertajam betul-betul di simpang jalan masuk ke kaki Bukit Mertajam. Orang yang suka hiking Bukit Mertajam ni, mesti akan lalu depan Pak Man Mee Kuah Ketam.

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Dari apa yang tertulis di dalam kedai makan Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun ni, kedai makan ni telah wujud sejak tahun 1976. Dari bapak turun ke anak tradisi resepi turun temurun. Depa kat masa bapak diorang lagi padu. Depa kata laaaa...

Dah nama pun mee kuah ketam, jadi masuk je kedai makan ni, takpa buang masa terus aku order mee kuah ketam. Akhirnya sampai mee kuah ketam tu kat meja aku. Tapi takda ketam! rupannya kena bagitau letak ketam sekali. Kalau tak cakap kira diorang assume korang nak makan mee ketam biasa jer.

Mee Kuah Ketam
Mee Kuah Ketam
Taknak mengecewakan korang, aku letak la gak gambar mee kuah ketam ada ketam. Tapi gambar tu aku rembat dari blog orang lain. Kredit untuk blog hari3aku sebab aku guna gambar dia masuk blog aku.
kredit gambar untuk blog hari3aku
Selain tu ada juga mee kuah udang, mee goreng, pasembor pun ada. Kuah mee kuah memang padu. Dah habis mee, kuah pun aku hirup sampai licin.
ni kira kedai dalam kedai la kan
ni kira kedai dalam kedai la kan

gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai
gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai

tudiaaa...besaq gambar ketam tu
tudiaaa...besaq gambar ketam tu
Parking kalau tengok dari jalan besar tu, macam takde harap je nak dapat parking. Tapi kalau korang masuk sikit simpang tu, korang akan nampak parking sebelah kiri. Parking je dekat kawasan tu.

Lokasi mudah nak cari, iaitu simpang masuk ke kaki bukit mertajam. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map lokasi Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun.

GPS koordinat : 5°20'48.6"N 100°29'13.2"E atau 5.346843, 100.486990

30 SIFAT DAN TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
4. Tidak amanah dan mungkir janji.
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
11. Menyampaikan ilmu dengan riak.
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
17. Solat yang tidak khusyuk.
18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.
23. Suka bergosip dan menabur fitnah.
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.
26. Pendendam.
27. Penting diri dalam semua hal.
28. Berpura-pura dan suka membodek.
29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

Jom kita ke cafe BIGGY & THE AHLI KOPI, Sungai Petani

 Satu lagi cafe yang menyediakan makanan western yang sedap dan sempoi. Bukan sekadar sempoi tapi sempoi baq hang! hihihi. Semua tu korang boleh dapat di cafe Biggy & The Ahli Kopi yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

BIGGY & THE AHLI KOPI, Sungai Petani
BIGGY & THE AHLI KOPI, Sungai Petani

ruang dalam BIGGY & THE AHLI KOPI yang klasik
ruang dalam BIGGY & THE AHLI KOPI yang klasik
Di tambah pula dengan deko dalaman yang mengetengahkan suasana klasik bangunan lama serta dilengkapi dengan penyaman udara menambhakan lagi keselesaan kepada para pelanggan.

Cara order pun lain sikit dari kebiasaan. Korang kena pilih order atas kertas list menu yang disediakan atas meja. Kemudian bawa list ke kaunter bayaran, hantar list tersebut dan bayar terus. Nyatakan no meja, lepas tu tunggu je makanan sampai ke meja korang.


menu BIGGY & THE AHLI KOPI
menu BIGGY & THE AHLI KOPI


menu BIGGY & THE AHLI KOPI
menu BIGGY & THE AHLI KOPI

menu BIGGY & THE AHLI KOPI
menu-menu BIGGY & THE AHLI KOPI
Buku menu pun dah nampak rare kan. Banyk makanan yang best. Nanti korang boleh la nak cuba. Aku pilih untuk makan Nasi Goreng Ahli Kopi, Mamak Fried Mee, Fried Koay Teow Penang Style, Spaghetti Meatball Bolognese, Creamy Carbonara Linguini, Crispy Nachos, cheese tart dan RV tart. Minum pula aku try Kopi Jalan Patani dan Milo Cold.
cheese tart dan RV tart
cheese tart dan RV tart

Kopi Jalan Patani dan Milo Cold
Kopi Jalan Patani dan Milo Cold

Creamy Carbonara Linguini
Creamy Carbonara Linguini

Fried Koay Teow Penang Style
Fried Koay Teow Penang Style

Crispy Nachos
Crispy Nachos

Mamak Fried Mee
Mamak Fried Mee

Nasi Goreng Ahli Kopi
Nasi Goreng Ahli Kopi

Spaghetti Meatball Bolognese
Spaghetti Meatball Bolognese
Semua yang aku makan tu, semuanya sedap-sedap belaka. Sedap Baq Hang! Mai le singgah Biggy & The Ahli Kopi ni. Ruang dalam cafe ni nampak kecil kan, tapi korang jangan risau, ada banyak meja di luar disediakan.
Kepada yang nak datang ke Biggy & The Ahli Kopi ni, korang boleh cari di alamat  No 1, Jalan Patani, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. Atau korang just guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°38'28.2"N 100°29'14.5"E atau 5.641173, 100.487366