Taman Burung, Ayer Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)

 Salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Melaka adalah Taman Burung yang terletak di area Ayer Keroh. Memiliki keluasan yang agak besar disamping burung-burung yang bebas terbang ke sana ke mari melewati pengunjung menambahkan lagi keseronokan dan kecerian kepada para pengunjung. Di katakan di Taman Burung Melaka ni terdapat lebih dari 400 spesis burung. Namun, jumlah tersebut semankin berkurangan pada masa kini.

replika burung Bird Park Melaka
replika burung Bird Park Melaka

Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)

Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung ni tersorok sikit dari kawasan penempatan padat Ayer Keroh. Kedudukannya agak kedalam sikit. Bagi yang first time nak datang, disarankan untuk guna gps untuk sampai ke sini. Tiket masuk tidak la mahal sangat, RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak manakala makanan burung berharga RM5.
pintu masuk dan senarai harga tiket
pintu masuk dan senarai harga tiket

tiket taman burung
tiket taman burung
Burung-burung dalam Taman Burung ni semuanya jinak-jinak. Nak bagi makan pun senang. Kadang-kadang burung tu bertenggek atas tangan kita sambil makan. Burung merak lagi la, asyik nak tunjuk dia cantik jer..
bagi makan burung
bagi makan burung

burung merak
burung merak

burung merak tengah kembangkan bulunya yang cantik
burung merak tengah kembangkan bulunya yang cantik
Di Taman Burung ni juga sebenarnya kita boleh menikmati permandangan burung-burung dari atas, namum tempat tersebut ditutup. tak pasti kenapa ditutup. Mungkin atas faktor keselamatan kot.
laluan yang tinggi untuk lihat burung
laluan yang tinggi untuk lihat burung

laluan yang tinggi untuk lihat burung
laluan yang tinggi untuk lihat burung
Selain tengok burung, terdapat juga replika dinosaur yang terletak di kawasan lapang depan kaunter tiket. Dinosaur tersebut boleh ditunggang untuk keseronokan kanak-kanak.
dinosaur - Trek
dinosaur - Trek 

pelbagai jenis dinosaur
pelbagai jenis dinosaur
Ok lah......kepada yang berhajat untuk datang ke Taman Burung Melaka ni, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini. Alamat secara terperinci adalah di 75450 Durian Tunggal, Malacca

GPS koordinat : 2°17'05.5"N 102°17'40.8"E atau 2.284863, 102.294670

\

No comments:

Post a Comment