Salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Melaka adalah Taman Burung yang terletak di area Ayer Keroh. Memiliki keluasan yang agak besar disamping burung-burung yang bebas terbang ke sana ke mari melewati pengunjung menambahkan lagi keseronokan dan kecerian kepada para pengunjung. Di katakan di Taman Burung Melaka ni terdapat lebih dari 400 spesis burung. Namun, jumlah tersebut semankin berkurangan pada masa kini.
|
replika burung Bird Park Melaka |
|
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park) |
|
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park) |
Taman Burung ni tersorok sikit dari kawasan penempatan padat Ayer Keroh. Kedudukannya agak kedalam sikit. Bagi yang first time nak datang, disarankan untuk guna gps untuk sampai ke sini. Tiket masuk tidak la mahal sangat, RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak manakala makanan burung berharga RM5.
|
pintu masuk dan senarai harga tiket |
|
tiket taman burung |
Burung-burung dalam Taman Burung ni semuanya jinak-jinak. Nak bagi makan pun senang. Kadang-kadang burung tu bertenggek atas tangan kita sambil makan. Burung merak lagi la, asyik nak tunjuk dia cantik jer..
|
bagi makan burung |
|
burung merak |
|
burung merak tengah kembangkan bulunya yang cantik |
Di Taman Burung ni juga sebenarnya kita boleh menikmati permandangan burung-burung dari atas, namum tempat tersebut ditutup. tak pasti kenapa ditutup. Mungkin atas faktor keselamatan kot.
|
laluan yang tinggi untuk lihat burung |
|
laluan yang tinggi untuk lihat burung |
Selain tengok burung, terdapat juga replika dinosaur yang terletak di kawasan lapang depan kaunter tiket. Dinosaur tersebut boleh ditunggang untuk keseronokan kanak-kanak.
|
dinosaur - Trek |
|
pelbagai jenis dinosaur |
Ok lah......kepada yang berhajat untuk datang ke Taman Burung Melaka ni, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini. Alamat secara terperinci adalah di
75450 Durian Tunggal, MalaccaGPS koordinat : 2°17'05.5"N 102°17'40.8"E atau 2.284863, 102.294670
\
No comments:
Post a Comment