Taman Burung, Ayer Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)

 Salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Melaka adalah Taman Burung yang terletak di area Ayer Keroh. Memiliki keluasan yang agak besar disamping burung-burung yang bebas terbang ke sana ke mari melewati pengunjung menambahkan lagi keseronokan dan kecerian kepada para pengunjung. Di katakan di Taman Burung Melaka ni terdapat lebih dari 400 spesis burung. Namun, jumlah tersebut semankin berkurangan pada masa kini.

replika burung Bird Park Melaka
replika burung Bird Park Melaka

Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)

Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung ni tersorok sikit dari kawasan penempatan padat Ayer Keroh. Kedudukannya agak kedalam sikit. Bagi yang first time nak datang, disarankan untuk guna gps untuk sampai ke sini. Tiket masuk tidak la mahal sangat, RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak manakala makanan burung berharga RM5.
pintu masuk dan senarai harga tiket
pintu masuk dan senarai harga tiket

tiket taman burung
tiket taman burung
Burung-burung dalam Taman Burung ni semuanya jinak-jinak. Nak bagi makan pun senang. Kadang-kadang burung tu bertenggek atas tangan kita sambil makan. Burung merak lagi la, asyik nak tunjuk dia cantik jer..
bagi makan burung
bagi makan burung

burung merak
burung merak

burung merak tengah kembangkan bulunya yang cantik
burung merak tengah kembangkan bulunya yang cantik
Di Taman Burung ni juga sebenarnya kita boleh menikmati permandangan burung-burung dari atas, namum tempat tersebut ditutup. tak pasti kenapa ditutup. Mungkin atas faktor keselamatan kot.
laluan yang tinggi untuk lihat burung
laluan yang tinggi untuk lihat burung

laluan yang tinggi untuk lihat burung
laluan yang tinggi untuk lihat burung
Selain tengok burung, terdapat juga replika dinosaur yang terletak di kawasan lapang depan kaunter tiket. Dinosaur tersebut boleh ditunggang untuk keseronokan kanak-kanak.
dinosaur - Trek
dinosaur - Trek 

pelbagai jenis dinosaur
pelbagai jenis dinosaur
Ok lah......kepada yang berhajat untuk datang ke Taman Burung Melaka ni, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini. Alamat secara terperinci adalah di 75450 Durian Tunggal, Malacca

GPS koordinat : 2°17'05.5"N 102°17'40.8"E atau 2.284863, 102.294670

\

OldTown White Coffee, Stesen Minyak BHP rnr Tapah

 Peminat Oldtown white coffee kalau singgah di rnr Tapah menghala ke KL, korang boleh la terjah restoran ni di stesen minyak BHP. Jangan cari dalam gerai dalam rnr tu..Oldtown white coffee ni terasing sikit dari gerai-gerai tu.

OldTown White Coffee, Stesen Minyak BHP rnr Tapah
OldTown White Coffee, Stesen Minyak BHP rnr Tapah

OldTown White Coffee
OldTown White Coffee
bagi peminat Oldtown white coffee ni, korang mesti dah  boleh bayangkan menu-menu di sini kan... menu sama saja dengan oldtown white coffee di tempat-tempat lain. Cuma aku nak share je la apa yang aku makan di oldtown white coffee yang ada di hentian rehat RNR Tapah ni.
air minum oldtown white coffee
air minum oldtown white coffee

gravy hor fun bowl
gravy hor fun bowl

soft boiled omega eggs on toast
soft boiled omega eggs on toast

chicken bites rice bowl
chicken bites rice bowl
makanan semua sedap-sedap. Restoran di sini kecil sikit la saiznya. Tak sesuai kalau untuk cater ramai customer. Tapi masa aku datang tu, takde orang... so selesa la nak makan.

Di mana OldTown White Coffee ni???? Cari ler di RNR Tapah menghala ke KL. Kot-kot korang terlajak masa kat highway nanti, aku kasi gps koordinat dan google map rnr Tapah ni.

GPS koordinat : 4°10'48.0"N 101°17'26.0"E atau 4.180002, 101.290550

Makan Bakso di restoran Bakso Idaman, Kilang Lama, Kulim

 Peminat bakso yang ada di area Kulim, Kedah, boleh la nak cari bakso di restoran Bakso Idaman yang terletak di Kilang lama. Restoran ni agak suram la sikit...hihihihi. Tapi diorang cakap bakso sini sedap. Jadi aku pun nak cuba le jugak walaupun bakso ni bukan la preveret aku.

bakso
bakso
Selain bakso, ada juga makanan indon yang lain seperti nasi ayam penyet, keli penyet. Aku pun try la jugak set keli penyet.
set keli penyet
set keli penyet
Menu-menu lain yang ada di restoran Bakso Idaman ni, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
senarai menu bakso idaman
senarai menu bakso idaman
Jika korang teringin nak makan bakso, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

gps koordinat : 5°23'23.7"N 100°33'53.2"E atau 5.389906, 100.564769


Warung roti canai Pak Lang, Pokok Tampang, Tasek Gelugor

 Jalan-jalan pagi-pagi di Tasek Gelugor, then terjumpa warung roti canai Pak Lang di Pokok Tampang. Jadi, tersinggah la pulak di warung tu.. maka terorder la roti canai banjir.

Warung roti canai Pak Lang
Warung roti canai Pak Lang
Tapi yang bestnya roti canai di warung ni memang betul-betul banjir daaaaaa..... hahahahaha... Banyak betul kuah dal..
roti canai terlebih banjir
roti canai terlebih banjir
Lokasi Warung roti canai Pak Lang adalah seperti berikut,

gps koordinat : 5°28'37.4"N 100°29'02.7"E atau 5.477047, 100.484071


Kapitan Tanjung Tokong berdekatan dengan TESCO

Kapitan Tanjung Tokong
Kapitan Tanjung Tokong 

Cawangan Kapitan Tanjong Tokong ni bertentangan dengan pasaranya TESCO. Kapitan ni, macam-macam makan ada. Nasi makan nasi kandar ada, nak makan roti nan pun ada. nasi briyani dan sebagainya.
Kapitan ni buka 24 jam. Masa aku datang ni pun dalam malam. Jadi aku just makan roti cheese naan dan set tandoori ayam saja.
set tandoori ayam
set tandoori ayam

cheese naan
cheese naan

cheese naan
cheese naan
Roti naan kapitan ni sedap arr... korang boleh try la kalau datang Kapitan ni. Selain tu korang boleh try menu-menu lain yang ada di sini seperti dalam menu di bawah.
menu kapitan
menu kapitan

menu kapitan
menu kapitan
Jika nak datang ke sini, cari saja tesco Tanjong Tokong. Kapitan ni ada di area Tesco. Bukan dalam Tesco tau.. tapi bertentangan dengan Tesco. Juga boleh je guna terus gps koordinat dan google map.
GPS koordinat : 5°27'29.4"N 100°18'35.8"E atau 5.458167, 100.309955


Makan nasi kandar di restoran NS Nasi Kandar, Jalan Burma, George Town

 Restoran NS Nasi Kandar yang terletak di Jalan Burma, George Town Pulau Pinang merupakan antara restoran nasi kandar yang diwarisi secara turun temurun. Restoran ni takde besar sangat. Kecil je dan bersebelahan dengan restoran cina.

restoran NS Nasi Kandar, Jalan Burma, George Town
restoran NS Nasi Kandar, Jalan Burma, George Town

restoran NS Nasi Kandar, Jalan Burma, George Town
restoran NS Nasi Kandar, Jalan Burma, George Town
Kedudukan bangunan tu menyebabkan korang agak mencabar sikit nak cari parking. Depa kat ayam goreng diorang sempoi. Tu yang nak try gak tu.
pelbagai lauk nasi kandar untuk korang pilih
pelbagai lauk nasi kandar untuk korang pilih

nasi kandar kuah campur, bendi rebus, ayam goreng
nasi kandar kuah campur, bendi rebus, ayam goreng
Bagi yang nak cuba makan NS nasi kandar, boleh la datang ke Jalan Burma George Town atau boleh saja follow gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat : 5°25'24.6"N 100°19'18.3"E atau 5.423497, 100.321738


Makan malam di Dsampan Restoran, Batu Uban Pulau Pinang

 Nak makan malam jenis masakan thai, yang goreng-goreng, ada tom yam di Pulau Pinang  terutama di sebelah pulau, salah satu restoran yang menyediakan makanan tersebut, korang boleh datang ke Restoran Dsampan yang terletak di Batu Uban. Di sini ada juga restoran lain yang korang boleh juga try. Antaranya Nurul Ikan Bakar, Idrus Ikan Bakar.

Dsampan Restoran, Batu Uban
Dsampan Restoran, Batu Uban
Korang boleh pilih makanan secara set yang ada ikan tiga rasa, sayur, sotong goreng tepung, tomyam dan lain-lain. Atau korang boleh jer pilih secara ala cart. Berikut adalah menu-menu yang terdapat di restoran Dsampan.
menu restoran Dsampan
menu restoran Dsampan

menu set Dsampan
menu set Dsampan
Aku try Set A. Menu set A ni yang aku makan macam kat bawah ni.
siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

sayur
sayur

telur dadar
telur dadar

tomyam
tomyam

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Bagi yang nak memcuba makan di restoran Dsampan ni, bolehlah cari di Batu Uban, Pulau Pinang atau korang boleh ikut jer gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat : 5°21'16.8"N 100°18'44.5"E atau 5.354679, 100.312357


AIR LEMON PEMECAH LEMAK?

Adakah anda di antara mereka yang mengamalkan petua ini? Ada yang makan beriani, disulami air lemon, pemecah lemak katanya. Ada yang mengamalkan tiap hari, bagi kurus katanya.

Lemon sebenarnya bagus untuk kesihatan, tetapi bukan sebagai pemecah lemak. Lemon kaya dengan vitamin C iaitu antioksidan.

Antioksidan pula penting untuk mengekang radikal bebas dari bertindak merosakkan sel, DNA, lipid dan sebagainya.

Tapi, jangan pula makan lemon sebiji selepas ini, pelbagaikan sumber vitamin C anda, jambu batu sebenarnya mempunyai kandungan 3 kali ganda vitamin C dari lemon.

Jangan pandang rendah kepada buah buahan tempatan ya.

Moral - boleh nak amalkan air lemon, bukan lah untuk pemecah lemak, ianya bagus sebab kalori kosong, jadi bagus untuk hidrasi dan sumber vitamin C. Jangan pula beri alasan begini, aku nak makan beriani kambing, air lemon ni ada boleh pecahkan lemak. Ha ni tak boleh.

Nasi Ayam Periuk Besar, Lunas Kedah

Nasi Ayam Periuk Besar, Lunas
Nasi Ayam Periuk Besar, Lunas
Nasi Ayam Periuk Besar ni terletak di Lunas, Kedah.Di sini main menu diorang adalah nasi ayam. Depa kata nasi ayam sini sedap. Jadi aku pun nak try la...

Tapi malangnya nasi ayam dah habis😭😭😭😭😭.

Tapi masih ada nasi ayam dengan daging kambing grill (ayam takde). Menu ni je yang ada. Jadi aku belasah jer. Tapi sedap jugak nasi dengan daging kambing gill ni.

nasi ayam dengan daging kambing grill 

Kepada yang nak mecuba makan nasi ayam dengan kambing grill, boleh la datang ke sini dengan menggunakan panduan lokasi gps koordinat dan google map sebagai panduan seperti di bawah.
gps Koordinat : 5°25'09.4"N 100°32'17.5"E atau 5.419265, 100.538201

Makan malam di restoran Der' Village Kichen's, Bertam Kepala Batas

restoran Der' Village Kichen's, Bertam Kepala Batas
 restoran Der' Village Kichen's, Bertam Kepala Batas

Pusing-pusing Bertam, Kepala Batas, terjumpa dengan restoran Der' Village Kichen's. Jadi tanpa buang masa, terus aku terjah ke dalam restoran ni. Tengok menu macam banyak juga menu yang ada di sini. Ada western food, ada makanan goreng-goreng, ada juga makanan set seperti siakap 3 rasa, tomyam, kailan ikan masin dan sebagainya. Boleh rujuk dalam buku menu seperti di bawah ni.
menu restoran Der' Village Kichen's
menu restoran Der' Village Kichen's

menu restoran Der' Village Kichen's
menu restoran Der' Village Kichen's

menu restoran Der' Village Kichen's
menu restoran Der' Village Kichen's
Menu dah macam ok dah, cuma harapnya owner dapat improve service bagi cepat sikit, baru la best sikit nak order. Aku order untuk makan malam aku nasi ayam, nasi goreng cina dan daging masak halia. Hari lain kita try menu lain plak.
nasi goreng ayam
nasi goreng ayam

nasi goreng cina
nasi goreng cina

daging masak halia
daging masak halia
Kepada korang yang teringin nak makan di restoran Der' Village Kichen's ni, boleh la datang dengan merujuk kepada gps koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat :5°30'57.3"N 100°26'56.8"E atau 5.515920, 100.449100