Khasiat dan kebaikan sayur kobis

Kelebihan jika kita makan kobis adalah seperti berikut:

1- Pembunuh kuman

Dulu kobis terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika tu, kobis yang dibakar dijadikan bahan untuk bunuh kuman pada luka. 

Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis.

Ada kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. 

Begitu jugak dengan kadar barah payudara di kalangan wanita.

Antara manfaat kesihatan kobis adalah bantu merawat sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Sayuran ini juga banyak manfaat bagi mereka yang ingin turunkan berat badan. Secawan kobis hanya mengandungi 15 kalori.


2. Hilangkan sembelit

Kobis kaya dengan serat yang bantu kekalkan air dalam badan. Jadinya kobis ni memang baik untuk tangani sembelit dan masalah pembuangan.


3. Kaya Vitamin

Kobis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.

VITAMIN A - Bantu melindungi mata dan kulit 

VITAMIN C - Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. 

Vitamin C - salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.

vitamin C -  antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.


4. Halang jangkitan penyakit

Sains moden menunjukkan kobis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.

Ekstrak kobis juga terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.


5. Detox / bersihkan darah dan singkir toksin

Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. 

Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga buatkan kobis baik sebagai bahan untuk menyah toksin dari badan. Ia membantu bersihkan darah dan singkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.


Antara petua guna kobis :

1 - Jika dimakan oleh perempuan yang bersalin, ia dapat menyucikan peranakan wanita selepas bersalin.

2. Letak kelopak kobis pada tempat yang terkena sengatan, akan menghisap bisa keluar.

3. Minum rebusan kobis dapat merawat masalah  suara.


Sekian, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment