BAGAIMANA MENGURUS JENAZAH JIKA ANDA ORANG YANG BERADA DI SISI SI MATI?

 Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

 SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:
1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat
2. Tutup jenazah dgn sehelai kain dan bakar setanggi utk hilangkan bau jenazah ( hukumnya sunat )
3. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian
4. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem

SEBELUM TETAMU DATANG:

PERSEDIAAN PEMBARINGAN
1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja ( jika jenazah tiada apa masalh yg mudarat, tudak perlu guna plastik, memadai tilam sahaja )
2. Letakkan bantal di atas tilam
3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah atau boleh bakar setanggi

PERSEDIAAN JENAZAH
1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja
2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*
3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut
4. Ambil minyak zaitun ( boleh minyak urut yg lain ) urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras
5. Urut dahulu segala sendi sebelum di letakkan minyak pada tempat sendi yg keras sahaja.
6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka
7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi
8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)
9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat
10. Letakkan jenazah di pembaringan sebelum dimandikan ke tempat yg tertutup.
11. Jika terdapat najis, bersihkan ( dilakukan sebelum dimandikan, sunat dibacakan doa istinjak )
12. Tutup dengan kain batik lepas dari muka hingga ke hujung kaki

*Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.

BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA
1. Sunat 5 helai kain kafan atau berwarna putih untuk jenazah wanita dan sunat 3 helai utk jenazah lelaki / kain pelikat untuk jenazah lelaki dan kain batik utk perempuan sebagai kain lapisan mandi
2. tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi) sekurang kurangnya.
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita, jika boleh mendatangkan fitnah tidak perlu )
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita, jika tiada tiada mengapa )
8. Minyak attar atau air mawar
9. Serbuk kayu cendana utk ditaburkan pada kain kapan jenazah, dan diatas tisu gulung yg dipotong kpd 9 bahagian sebelum diletak kepada tubuh jenazah.
10. Kapas gulung 3, sekurang kurangnya segulung.
11. Sarung tangan plastik
12. Putik kapas

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain.

Dlaila Cafe & Bakery, Kelang Lama, Kulim Kedah

 Kalau korang nak cari kuih raya, kuih-kuih moden, korang boleh datang ke Dlaila Cafe & Bakery. Di sini ada pelbagai jenis kuih raya yang dijual sepanjang tahun. Kot-kot korang rasa cam nak makan kuih raya tapi bukan time raya, datang je ke sini. Di sini juga ada jual roti banggali dan kek yang diorang buat sendiri.

antara kuih raya yang ada di Dlaila Cafe & Bakery
antara kuih raya yang ada di Dlaila Cafe & Bakery

Dlaila Cafe & Bakery
Dlaila Cafe & Bakery
Selain jual kuih raya, korang juga try makanan lain yang ada di sini. Ada makanan goreng-goreng, ada roti bakar, ada koay teow thing, mee kari, sup-sup, dan ada juga set nasi putih.

Dlaila Cafe & Bakery ni kiranya dua dalam satu la... selain jual kuih, ada juga makanan lain. Kuih raya ni waktu-waktu perayaan memang production luar biasa compare dengan hari-hari biasa.

koay teow kungfu
koay teow kungfu

nasi goreng ayam
nasi goreng ayam
Kepada yang nak mencari Dlaila Cafe & Bakery ni, boleh la datang ke Kelang Lama, Kulim Kedah. Kepada yang tak biasa dengan tempat ni, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 5°23'25.6"N 100°33'51.1"E atau 5.390454, 100.564198

Food court Pusat Penjaja mini Stadium Keladi, Kulim Kedah

 

Pusat Penjaja mini Stadium Keladi, Kulim Kedah
 Pusat Penjaja mini Stadium Keladi, Kulim Kedah

Food court Pusat Penjaja Mini Stadium Keladi ni terletak di Kulim Kedah. Bersebelahan dengan food court ni, terdapat sebuah mini stadium yang cantik. Jadi tak susah sangat la nak cari food court ni. Di food court ni terdapat banyak makanan yang korang boleh pilih. Aku takde la sempat nak makan semua jenis makanan di sini, cuma daripada cakap-cakap orang, diorang claim puas hati la makan di sini.
gerai-gerai di pusat penjaja Mini Stadium Keladi
gerai-gerai di pusat penjaja Mini Stadium Keladi
Aku maka mee goreng, megi goreng, roti sardin dan minum air teh ais buih ( kalau di pantai timur, diorang panggil teh ais madu). mee goreng memang padu. Teh ais buih pun terbaik.
roti canai sardin
roti canai sardin

mee goreng
mee goreng

teh ais buih/teh ais madu
teh ais buih/teh ais madu
megi goreng
megi goreng
Kepada yang nak cuba makan di food court ni, korang boleh cari di Kulim, Kedah. Untuk memudahkan pencarian korang, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat : 5°23'06.5"N 100°33'26.7"E atau 5.385138, 100.557402

Sarapan pagi di Warung Buluh Sungai Ular, Kulim Kedah

 Warung Buluh di Sungai Ular, Kulim Kedah ni sempoi gak la buat port pagi-pagi nak breakfast di Kulim ni. Di warung ni ada banyak makanan yang korang boleh pilih untuk makan breakfast. Tempat pun betul-betul tepi jalan dan tak susah sangat nak parking.

Warung Buluh Sungai Ular, Kulim
Warung Buluh Sungai Ular, Kulim
Standard tekak orang melayu, pagi-pagi kebanyakkannya mesti cari roti canai untuk sarapan, pun boleh cari di warung buluh ni. Selain roti canai, ada juga nasi lemak, kuih dan yang rare sikit makanan untuk breakfast ni, di warung buluh juga ada nasi kerabu dan nasi dagang.

Selain tu ada juga, mee kuah, nasi ayam. Macam-macam adaaaaa..... sebab tu la sering kali menjadi tumpuan orang ramai waktu pagi.

roti canai
roti canai
nasi kerabu
nasi kerabu

mee kuah daging
mee kuah daging
Kepada yang nak bersarapan di sini, korang boleh cari Warung Buluh ni di Sungai Ular, Kulim atau pun korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat : 5°22'29.0"N 100°34'48.9"E atau 5.374717, 100.580252

Khasiat sebiji buah betik

Buah betik sangat kaya dengan Vitamin A, C dan mempunyai pelbagai manfaat. Ini menjadikannya antara pilihan buah yang terbaik untuk kita masukkan ke dalam diet.

Antara khasiat buah betik adalah seperti berikut :-

👉 kurangkan kolesterol

👉 bantu turunkan berat badan

👉 bantu kurangkan tekanan

👉 bantu melegakan kesakitan haid

👉 tingkatkan imuniti badan

👉 Baik untuk pesakit kencing manis

👉 Baik untuk mata

👉 Melindungi dari artritis

👉 baiki sistem pencernaan

👉 cegah batu karang.

👉 elakkan tanda-tanda penuaan

👉 cegah kanser

👉 cegah sembelit dan buasir.

👉 Sesuai untuk merawat Hemoroid.

👉 Sebagai tonik tambahan.

👉 Mengubati sakit-sakit otot.

Semoga bermanfaat 😀

Khasiat dan kebaikan sayur kobis

Kelebihan jika kita makan kobis adalah seperti berikut:

1- Pembunuh kuman

Dulu kobis terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika tu, kobis yang dibakar dijadikan bahan untuk bunuh kuman pada luka. 

Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis.

Ada kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. 

Begitu jugak dengan kadar barah payudara di kalangan wanita.

Antara manfaat kesihatan kobis adalah bantu merawat sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Sayuran ini juga banyak manfaat bagi mereka yang ingin turunkan berat badan. Secawan kobis hanya mengandungi 15 kalori.


2. Hilangkan sembelit

Kobis kaya dengan serat yang bantu kekalkan air dalam badan. Jadinya kobis ni memang baik untuk tangani sembelit dan masalah pembuangan.


3. Kaya Vitamin

Kobis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.

VITAMIN A - Bantu melindungi mata dan kulit 

VITAMIN C - Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. 

Vitamin C - salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.

vitamin C -  antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.


4. Halang jangkitan penyakit

Sains moden menunjukkan kobis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.

Ekstrak kobis juga terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.


5. Detox / bersihkan darah dan singkir toksin

Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. 

Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga buatkan kobis baik sebagai bahan untuk menyah toksin dari badan. Ia membantu bersihkan darah dan singkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.


Antara petua guna kobis :

1 - Jika dimakan oleh perempuan yang bersalin, ia dapat menyucikan peranakan wanita selepas bersalin.

2. Letak kelopak kobis pada tempat yang terkena sengatan, akan menghisap bisa keluar.

3. Minum rebusan kobis dapat merawat masalah  suara.


Sekian, semoga bermanfaat.

Petua Segarkan Mata Gatal dan Letih

PETUA 1 - Daun sireh muda
- Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. 
- Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. 
- Selepas itu, tapis airnya, dituang dalam bekas yang muat kita celupkan muka dan kerdip kelopak mata. - Lakukan berulang kali. 

Amalkan selalu dan inshaAllah akan ada perubahan.

PETUA 2 - guna buah timun
- Ambil timun yang dah dihiris.
- Pejamkan mata dan lekapkan pada kelopak mata berapa ketika. 

Kita akan berasa kesegarannya selepas itu.

PETUA 3 - guna uncang teh
Caranya:
- Teh uncang yang dah diguna tu, jangan dibuang. Masukkan dalam peti ais 3 - 5 minit.
- Lekap pada mata dan biarkan semalaman.

Amalkan 3 kali seminggu bila nak masuk tidur.

PETUA 4 - guna sudu
Caranya :
- Rendam sudu dalam ais selama 20 minit. 
@ Paling senang, biar sudu sekejap sudu kat tempat beku. 
- Agak agak dah sejuk boleh tekap ke mata. 
- Gosok-gosok lembut pada kawasan mata sehingga rasa sejuknya hilang.

Rasa sejuk kat sudu ni akan buat kulit mata relaks. Kalau rajin boleh buat awal pagi, kalau tak pun, buat sebelum tidur.

Okey, selamat beramal 😀.

Cara simpan kentang untuk kekalkan kesegaran dan tahan lama

Biasanya, kentang tak lah rosak macam buah yang membusuk. Tapi, kadar kelembapan dalam kentang akan mula merosot kalau tak disimpan dengan cara yang betul. 
Ini lah yang menyebabkan permukaan kentang menggerutu, berkedut dan jadi sedikit lembik.
Nak pastikan kentang disimpan tahan lama, ada cara sebenarnya. 

Tips cara-cara nak simpan kentang 👇👇

1- Jauhkan kentang dengan buah-buahan dan jugak bawang. Sebab bahan kimia yang terhasil boleh sebabkan kentang rosak lebih cepat.

2- Simpan dalam bakul bertapis
Lapik bakul atau tapis yang kita gunakan untuk simpan kentang tu dengan kertas surat khabar.

Kentang harus disimpan di tempat yang kering. Jadi penggunaan tapis ni untuk pastikan sistem pengudaraan dalam bakul, secara tak langsung mengeringkan ruang menyimpan.

3- Bersihkan kulit kentang
Bersihkan kentang dari sebarang kotoran yang menempel sebelum kita simpan. 

Tak perlu gunakan air, cukup sekadar berus dengan lembut untuk singkirkan tanah yang masih tersisa 

4- Simpan dalam ruang gelap
Kentang lebih cepat rosak bila terdedah pada cahaya matahari. 
Sebaiknya simpan dalam kabinet.

5- Selalu periksa keadaan kentang
Walaupun dah ikut cara simpanan yang betul, sekali sekala perlu juga diperiksa. 
Kalau ada kentang yang dah mula rosak, keluarkan segera untuk elakkan ia merebak pada kentang yang lain pulak.

Sekian, semoga bermanfaat.

Khasiat terung untuk kesihatan

Orang putih panggil eggplant. Ada yang berbuah panjang, ada yang berbentuk bujur dan berwarna ungu gelap. Juga boleh didapati dalam pelbagai jenis warna, bentuk dan saiz.
Walaupun mungkin bukan sayur popular, tapi terung adalah antara sayuran yang sering jadi pilihan masakan Melayu. 
Terung boleh dimakan secara mentah, ia tak beracun. Tapi, daun dan bunga tumbuhan ni mungkin boleh jadi toksik.
Sebab tumbuhan yang berasal daripada keluarga nightshade, seperti terung, ubi kentang, lada benggala dan tomato ini mengandungi alkaloid yang dipanggil solanine.
Dalam dos yang sangat tinggi, solanine boleh menyebabkan keracunan. 

Nak tau apa khasiat terung tak? 

Okey, jom tengok 👇👇

1. Pencegah Diabetes.
- terung merupakan makanan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah diabetes.

2. Pencernaan Yang Lebih Baik.
- Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat bantu sihatkan saluran pencernaan dan dapat hindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar kita. 

3. Elok Untuk Jantung.
- Terung dapat bantu turunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung. 

4. Mengawal tekanan darah tinggi
- Kandungan bioflavonoid berperanan besar untuk bantu turunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam kualiti kesihatan tubuh kita. 

5. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat.
- Kandungan kalsium dalam terung dapat kuatkan sendi dan tulang.

6. Cegah Anemia.
- Kandungan zat besi dalam terung dapat bantu cegah anemia atau masalah kurang darah.

7. Untuk otak
- Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat di perlukan otak. Ia dapat memberikan manfaat kesihatan mental secara keseluruhan.

Kesimpulannya terung mempunyai banyak khasiat yang diperlu oleh badan. Jadi tak salah kalau terung dijadikan sayuran kegemaran semua. 

Sekian, semoga bermanfaat.

Khasiat buah tomato untuk kesihatan

 
Kebiasaannya kita di saran makan tomato untuk dapatkan kulit yang cantik. Tapi kan, tomato ni secara umumnya memang ada lebih banyak khasiat yang bagus. 

Jom baca 👇👇

1. Untuk Kencing Manis 
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes. 

2. Baik Untuk Mata 
kerana kaya dengan vitamin A. Malah tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khususnya rabun malam,  rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. 

3. Untuk Obesiti 
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan.
Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol, menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. 
Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti, masak menu berlainan supaya tak bosan. 
Jika korang sedang dalam pelan kuruskan badan, ambil lah tomato sebagai snack bila terasa lapar.
Ini lah kaedah selamat untuk mengurangkan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk kekal sihat.

4. Untuk Gangguan Usus dan Hati 
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. 
Minum pada awal pagi. 
Ini petua berkesan untuk kurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu, hati dan jaundis. 
Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit. 

5.  Untuk Gangguan Pernafasan Sebelum tidur. 
Makan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar yang telah dicampurkan madu dan secubit serbuk pelaga. 
Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. 
Bagi pesakit lelah, rawatan ini mampu melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang. 

6. Ibu yang menyusukan bayi 
digalakkan makan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak). 
Ini boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Sekaligus sangat baik untuk kesihatan bayi.

👉 Tip Memilih TOMATO

i) - untuk yang paling berkhasiat  - kena pilih tomato yang paling merah ranum. 

ii) Untuk yang lebih sedap - rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung, sebab yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula. 

Okey, semoga bermanfaat.

Air suam adalah 100% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan

SILA KONGSI ARTIKEL  INI DENGAN KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN, INI SANGAT PENTING DAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA ORANG.

Sekumpulan doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 100% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan. Seperti:

1 Migrain
2 Tekanan darah tinggi
3 Tekanan darah rendah
4 Sakit sendi
5 Peningkatan dan penurunan degupan jantung yang mendadak
6 Epilepsi
7 Meningkatkan tahap kolesterol
8 Batuk
9 Badan tidak selesa
10 Golu sakit
11 asma
12 batuk kokol
13 urat tersumbat
14 Penyakit yang berkaitan dengan Uterus & saluran air kencing
15 Masalah perut
16 Kurang selera makan
17 Juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.
18 Sakit kepala

BAGAIMANA  MENGGUNAKAN AIR SUAM

Bangun pada waktu pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam apabila perut kosong. Anda mungkin tidak boleh minum 4 gelas sekali gus pada mulanya tetapi perlahan-lahan anda akan terbiasa.

NOTA: Jangan makan apa-apa selepas 45min mengambil air.

Terapi air suam akan menyelesaikan masalah kesihatan dalam tempoh yang munasabah seperti: 
✅ Diabetes dalam 30 hari
✅ Tekanan darah dalam 30 hari
✅ Masalah perut dalam 10 hari
✅ Semua jenis Kanser dalam tempoh 9 bulan
✅ Urat tersumbat  dalam tempoh 6 bulan
✅ Kurang selera makan dalam 10 hari
✅ Uterus dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari
✅ Masalah Hidung, Telinga, dan Tekak dalam 10 hari
✅ Masalah wanita dalam 15 hari
✅ Penyakit jantung dalam tempoh 30 hari
✅ Sakit kepala / migrain dalam masa 3 hari
✅ Kolesterol dalam 4 bulan
✅ Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan
✅ Asma dalam 4 bulan

AIR SEJUK TIDAK BAIK UNTUK ANDA

Jika air sejuk tidak menjejaskan anda pada usia muda, ia akan merosakkan anda pada usia tua.

* Air sejuk menutup 4 urat jantung dan menyebabkan serangan jantung. Minuman sejuk adalah sebab utama serangan jantung.

* Ia juga menimbulkan masalah di hati. Ia membuatkan lemak terperangkap dengan hati. Kebanyakan orang yang menunggu pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.

* Air sejuk mempengaruhi dinding dalaman perut. Ia menjejaskan usus besar dan menyebabkan kanser.

TOLONG JANGAN SIMPAN MAKLUMAT INI TANPA DISEBARKAN

Beritahu seseorang untuk memberitahu seseorang, MUNGKIN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SESEORANG

Dari:

Dr. D. Mensah-Asare

Streeto Pizza ni nak lawan Pizza Huts ke?? Jom try Streeto Pizza pulak!

 Pizza Huts branding diorang dah memang mantap. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu dan kenal pizza hut. Posting ni aku nak bagitau korang ada lagi restoran yang seakan-akan pizza huts yang boleh korang try plak iaitu Streeto Pizza.

Restoran Streeto Pizza yang aku terjah ni dekat dengan Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh. Kebetulan pulak restoran Streeto Pizza ni dekat-dekat je dengan restoran pizza huts. Jadi korang try la masuk makan dua-dua sekali, senang nak compare mana yang lagi power..hahaha

Restoran Streeto Pizza
Restoran Streeto Pizza

Restoran Streeto Pizza
Restoran Streeto Pizza
Ada banyak jenis pizza yang korang boleh try makan di streeto pizza ni. Selain menu pizza yang osem, streeto pizza ni ada juga menu western yang lain. Jadi takde la korang makan pizza jer kan. Ada juga menu yang style set, ala-ala macam pizza hut tu.

Aku pilih menu set, Family Combo. Dalam Family Combo ni, ada pizza hawaiian chicken large, pepperoni beef large, 2 fries, mushroom soup dan sebotol besar air coke. Aku tambahan spaghetti chicken grill satu.

pepperoni beef large
pepperoni beef large

spaghetti chicken grill
spaghetti chicken grill

2 fries
2 fries

hawaiian chicken large
hawaiian chicken large

mushroom soup
mushroom soup
Manakala air selain dari sebotol besar air coke, aku order gak arrr air lain. Banyak gak la menu air yang sempoi-sempoi. Tapi aku pilih yang biashe-biashe jer.
air tambahan selain sebotol besar air coke
air tambahan selain sebotol besar air coke
Kalau nak tau jenis pizza yang ada di streeto pizza ni, boleh tengok dalam gambar dibawah ni. Pizza cheicken chop pun ada ooooo....
jenis-jenis pizza yang ada di streeto pizza
nis-jenis pizza yang ada di streeto pizza

pizza chicken chop
pizza chicken chop
Korang boleh la cuma makan pizza ni plak. Restoran streeto pizza ada ada cawangan-cawangan diorang. Yang aku datang ni terletak di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh Pulau Pinang. Alamat lengkap adalah no 19, Lorong Pauh Jaya 1/2, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.

Kalau nak datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordiant dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat : 5°22'15.3"N 100°24'54.6"E atau 5.370914, 100.415169


Cara-cara untuk baiki kipas siling yang slow dan bunyi bising

kipas siling jenis KDK
kipas siling jenis KDK


 Posting kali ni aku nak share cara-cara nak repair kipas siling yang perlahan @ slow dan berbunyi bising. Biasanya kipas yang lama yang 4-5 tahun pakai akan jadi masalah ni. Kalau korang taknak repair sendiri, ada je perkhidmatan repair kipas yang boleh korang upah. Tapi kalau korang boleh repair sendiri, lagi jimat. Tak susah pun nak repair. 

Tutorial kali ni aku nak share bagaimana nak repair kipas siling dengan mudah. Kipas yang aku nak share ni jenis KDK. Kalau kipas korang brand lain pun takda masalah. Basic nak repair sama saja. Cuma beza sikit papan litar setiap kipas.




Step pertama korang kena buka dulu penutup depan kipas. Buka ikut penutup/cover tersebut ikut arah lawan jam. Cover ni takde apa-apa skru. Bila dah tanggalkan cover tersebut, korang akan nampak seperti dalam gambar di bawah.

cover depan dah ditanggalkan
cover depan dah ditanggalkan
Step berikutnya korang kena buka cover seterusnya dengan menggunakan skru driver. Ada 3 skru semuanya. Disebalik cover yang kedua ni pulak, terdapat papan litar (circuit board) kipas yang perlu kita check untuk pastikan punca masalah kipas pusing tak laju dan berbunyi bisang.
papan litar kipas siling KDK
papan litar kipas siling KDK
Bila dan nampak papan litar tersebut, keluarkan dari kipas. Sebelum tarik keluar, pastikan cable yang menyambungkan litar di cabut terlebih dahulu. Ada 2 soket cable yang korang perlu tanggalkan dulu.
selepas papan litar di tanggalkan
selepas papan litar di tanggalkan
Mudah la sikit nak repair kalau kita cabut papan litar tersebut. Litar ni untuk kipas KDK. Lain brand kipas, lain bentuk papan litar. Basicnya sama saja.
papan litar kipas siling KDK
papan litar kipas siling KDK
Biasanya untuk masalah kipas pusing tak laju/slow dan bunyi bising, puncanya adalah dari komponen capacitor yang terdapat pada papan litar tersebut. Nilai capacitor tersebut drop dari value asal capacitor berkenaan. Boleh check dengan menggunakan multimeter. Jika ini terjadi, bermaksud capacitor berkenaan perlu di tukar.

Capacitor yang berbentuk petak besar berwarna hitam value nya adalah 0.82uF. Fungsi capacitor ni adalah berkait dengan kelajuan kipas berpusing. Untuk kembalikan kelajuan kipas seperti kipas baru beli, makan capacitor ini perlu ditukar.

Manakala 3 capacitor berwarna merah dengan value 2.4uF, 5 uF dan 1.8uF perlu ditukar jika kipas berbunyi bising.

set capacitor yang perlu ditukar untuk satu papan litar
set capacitor yang perlu ditukar untuk satu papan litar

beli lebih sikit, sebab aku ada 5 kipas nak repair
beli lebih sikit, sebab aku ada 5 kipas nak repair
Capacitor yang color kuning tu value 0.85uF, kedai yang aku beli tu takda capacitor color hitam. Boleh saja guna asalkan value yang digunakan adalah value yang sama.
selain skru driver, kena ada 3 lagi tool tambahan untuk repair kipas
selain skru driver, kena ada 3 lagi tool tambahan untuk repair kipas
Keperluan untuk repair kipas, kena ada iron soldering, sucker dan timah soldering. Tanpa yang ni susah la sikit untuk kipas KDK ni. Ada jenis kipas yang tak perlu tool ni, sekadar sambungan wayar saja.
cabut capacitor lama dari papan litar
cabut capacitor lama dari papan litar
Cabut kesemua capacitor yang aku sebut tadi dari papan litar dengan menggunakan soldering iron dan sucker. Pastikan korang tanda dulu kaki capacitor sebelum cabut, takut nanti tersalah cabut komponen lain.
masukkan capacitor baru
masukkan capacitor baru
Masukkan capacitor baru ke papan litar. Untuk memudahkan soldering, aku ikat sementara dengan getah supaya tak tertanggal waktu nak solder nanti. Kemudian terbalikkan papan litar tersebut.
kaki capacitor yang panjang tu tempat korang kena solder
kaki capacitor yang panjang tu tempat korang kena solder
bila dah settle solder setiap kaki capacitor tersebut, kaki yang panjang-panjang to korang kena potong. Kalau dibiarkan, kemungkinan berlaku litar short circuit yang menyebabkan papan litar rosak terus. Jadi cari cutter ke, gunting ke...potong.
hasilnya papan litar dengan capacitor yang baru
hasilnya papan litar dengan capacitor yang baru
Korang masukkan balik papan litar ni ke tempat asal yang tadi. sambungkan wayar dan siap!!!!! Kipas korang dah laju dan tak berbunyi lagi.... jimat belanja bila buat sendiri.

Selamat mencuba.......!

Restoran Kapitan, Lunas Kedah

 Restoran mamak di Lunas, Kedah, korang boleh terjah di Restoran Kapitan. Biasanya kalau orang datang sini, selalunya akan order roti nan, tandoori atau yang seangkatan dengannya. Kapitan ni beralamat di no 28, Jalan Saujana 2, Taman Industri Saujana, 09600 Lunas, Kedah.

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas
kalau korang nak makan nasi kandar pun ada juga. makanan yang goreng-goreng pun ada. Cuma masalah di sini kalau kita datang duduk kat meja, nak tunggu diorang ambil order punya la lama. Pekerja ramai, tapi tak layan customer yang datang. Boleh naik angin oooo.... masa aku datang ni pun ada orang dah naik angin... pelayan asyik main henpon jer...
tandoori set
tandoori set

kari kambing boleh cicah dengan roti nan
kari kambing boleh cicah dengan roti nan

nak makan nasi kandar pun ada
nak makan nasi kandar pun ada
Kalau nak tengok menu-menu lain yang ada di kapitan ni, boleh rujuk senarai menu seperti di bawah ni.
senarai menu kapitan
senarai menu kapitan

senarai menu kapitan
senarai menu kapitan
Jika berhajat untuk makan di restoran kapitan ni, boleh cari di Lunas, Kedah atau pun korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°25'53.7"N 100°32'56.0"E atau 5.431582, 100.548875
 

Restoran Pak Mid Cafe, Batu Ferringhi


Restoran Pak Mid Cafe, Batu Ferringhi
Restoran Pak Mid Cafe, Batu Ferringhi

Restoran Pak Mid Cafe, Batu Ferringhi
Restoran Pak Mid Cafe, Batu Ferringhi
Pak Mid Cafe ni berada betul-betul dihadapan hotel Bay View dan Hard Rock di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Jadi kepada yang check in dua-dua hotel ni, kalau nak bajet makan malam yang murah dari cafe hotel, boleh la keluar, jalan kaki ke ke Pak Mid Cafe ni.
menu Pak Mid Cafe
menu Pak Mid Cafe

menu Pak Mid Cafe
menu Pak Mid Cafe
Boleh makan makanan yang goreng-goreng, ala-thai dan ada juga makanan yang disediakan dalam bentuk set. Jauh lebih murah dari hotel. So, gambar kat bawah ni adalah menu aku malam tu.
nasi goreng cina
nasi goreng cina

paprik
paprik

set burger
set burger
Sebenarnya ni kali kedua aku ke sini, dulu pernah dah datang sini. Boleh tengok posting yang lepas DISINI

GPS koordinat dan google map untuk ke sini adalah seperti berikut:

GPS koordinat : 5°28'00.2"N 100°14'31.6"E atau 5.466723, 100.242113