|
The Table & Co Cafe |
Makan santai-santai western food di The Table & Co Cafe di Carnarvon Street, George Town, Pulau Pinang memang sangat ohsem dan sedap.
The Table Cafe ni takde la besar sangat. Diorang menggunakan sepenuhnya ruang dua tingkat bangunan tersebut untuk dijadikan cafe.
Walaupun kecil je ruang cafe ni, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk terus datang ke The Table & Co Cafe ni.
Seperti biasa, jika restoran dekat area macam ni di Goerge Town, parking memang agak mencabar sikit. Tapi bagi korang yang tak kedekut, ada parking berbayar dekat je dengan The Table & Co Cafe ni. Sekali entry RM5. tapi kalau yang jenis berkira sikit, korang berusaha la cari parking disekitar area tersebut.
|
bahagian tingkat bawah The Table & Co Cafe |
|
bahagian tingkat atas The Table & Co Cafe |
Dari segi menu pula, The Table & Co Cafe menyediakan pelbagai menu western yang menarik dah sedap. Menu yang simple je, menu santai-santai. Menu yang The Table & Co Cafe sediakan boleh rujuk seperti dalam senarai menu di bawah ni.
|
Senarai menu makanan The Table & Co Cafe |
|
Senarai menu minuman The Table & Co Cafe |
Dalam banyak menu tu, aku cuba menu The Table Platter, spaghetti carbonara, rainbow cake, classic chocolate ais, mocha ais dan Rasa Mango.
|
The Table Platter |
|
rainbow cake |
|
spaghetti carbonara |
|
classic chocolate ais dan Rasa Mango. |
Memang padu dan sedap. So, aku rekomen kat korang untuk singgah ke The Table & Co Cafe ni yang terletak di No 27, Lebuh Carnarvon, George Town, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan jalan di Goerge Town ni, boleh rujuk terus gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°25'01.9"N 100°20'09.8"E atau 5.417197, 100.336059
No comments:
Post a Comment