Makan makanan Arab di Restoran Halab, Pulau Pinang

Restoran Halab, Pulau Pinang
Restoran Halab, Pulau Pinang

Restoran Halab ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Jalan Chulia, George Town, Pulau Pinang. Restoran Halab ni juga adalah original dari Arab-Syria. 80% adalah pelayan berbangsa arab. Kalau tak silap chef juga memang orang Arab. Jadi tak hairanlah kalau korang nak merasai rasa makanan arab sebenar di restoran Halab ni.
Restoran Halab beroperasi dalam bangunannya sendiri yang berkonsepkan Arab-Syria.
Parking bukan masalah jika korang nak datang makan ke restoran Halab kerana pihak restoran halab menyediakan parking yang luas dibahagian belakang bangunan. Jika parking tak disediakan, boleh terbantut juga la nak makan nasi arab di sini. Mana taknya, kawasan ni memang agak padat dan sangat mencabar untuk nak dapatkan parking.
restoran halab
restoran halab
restoran halab
restoran halab

kawasan parking restoran halab
kawasan parking restoran halab
Ada banyak menu yang menarik untuk dicuba. Semuanya sedap-sedap belaka. Makan pun dalam suasana restoran esklusif, terasa seolah-olah berada di Syria. Puas selak-selak buku menu, akhirnya aku pilih untuk makan chicken mandi, lamb kebab manakala minum pulak aku pilih untuk try adani tea teapot. Menu di bawah ni antara menu yang ada di restoran halab. Ada banyak lagi sebenarnya menu, yang ni je yang sempat snap.
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab

Chicken mandi harga satu hidangan RM25. Konon-konon nak order satu set jer... bila sampai atas meja, tengok-tengok sikit jer nasinya. So, terpaksa order nasi tambah dua pinggan. Lamb Kebab pulak satu set RM30, makan satu set rasa sedap pulak, then order lagi satu set. So total lamb kebab saja RM60.
lamb kebab
lamb kebab

roti kebab
roti kebab
chicken mandi
chicken mandi
nasi tambah (plain)
nasi tambah (plain)
Adani Tea Teapot pulak memang terbaik. Aku pilih saiz kecil, harga RM15. satu teko air ni. First air, pelayan arab tu akan tarik depan kita. Yang lain tu kena tuang sendiri la.. boleh la nak try.. rasanya lain macam sikit..menang padu..
Adani Tea Teapot
Adani Tea Teapot
Itu saja la menu yang aku makan di restoran Halab ni. Rasa macam nak repeat lagi ke sini untuk cuba menu-menu yang lain pulak. Ok gais, yang mana dok area Penang ni yang nak rasa nasi arab sebenar, bolehlah terjah ke restoran halab yang terletak di Chulia St, George Town.
Boleh rujuk google map dan gps koordinat lokasi restoran halab seperti dibawah.

gps koordinat : 5°25'06.6"N 100°20'08.3"E atau 5.418503, 100.335644


No comments:

Post a Comment