Jom try Mee Udang Nur Zetty, di Changkat Jering, Taiping, Perak

 Landmark restoran Mee Udang Nur Zetty senang jer. Mee Udang Nur Zetty ni dekat dengan EXIT tol PLUS Changkat Jering, Taiping. Walaupun dekat dengan EXIT tol Changkat Jering, tapi restoran Mee Udang Nur Zetty ni bukan betul-betul tepi jalan. Agak ke dalam sikit dari jalan utama. Dari jalan utama takan nampak. Cuma korang boleh cari signboard tujuk arah restoran ni je kat tepi jalan tu.

restoran Mee Udang Nur Zetty
Restoran Mee Udang Nur Zetty

restoran Mee Udang Nur Zetty
restoran Mee Udang Nur Zetty
Aku terjumpa restoran ni pun bila terbaca satu blog yang peminat setia mee udang Nur Zetty ni. Dia memang rekomen makan mee udang di sini. Katanya sangat sedap dan selalu repeat untuk makan mee udang di sini.

So, atas recommendation tersebut, maka aku pun mulakan misi mencari restoran mee udang nur zetty ni. Menu yang padu korang boleh try Mee Udang Bandung atau Mee Udang Special. Dua-dua sedap dan tak pernah rasa kecewa. Selain tu ada macam-macam lagi menu antaranya mee sup, nasi goreng puyuh, nasi goreng udang...

Mee Udang
Mee Udang

nasi goreng udang
nasi goreng udang

Sekiranya korang nak datang ke sini, boleh rujuk alamat, gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

Restoran Nur Zetty Mee Udang

No 19, Batu 7, Jalan Trong,

34850 Changkat Jering, Perak

11.00 AM - 12.00 AM

ISNIN TUTUP

GPS koordinat Restoran Mee Udang Nur Zetty : 4°46'57.1"N 100°43'19.6"E atau 4.782540, 100.722110

No comments:

Post a Comment