Restoran Mamak Hidayat RHM, Sungai Besar, Selangor

 

Restoran Hidayat RHM
Restoran Hidayat RHM

Restoran Hidayat RHM
Restoran Hidayat RHM

Peminat-peminat restoran mamak, sila la try makan di restoran Hidayat RHM yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Standard restoran mamak, semua menu sama saja kalau korang pergi mana-mana restoran mamak yang style macam ni. Ada roti canai, nasi lemak, makanan goreng-goreng dan juga nasi kandar. Cumanya kalau korang nak makan nasi kandar yang asli dan padu, korang kena datang ke Pulau Pinang la. Klik SINI.

senarai menu restoran Hidayat RHM
senarai menu restoran Hidayat RHM

roti canai

nasi kandar
nasi kandar
Restoran Hidayat RHM ni korang boleh cari dalam pekan Sungai Besar. Korang pusing-pusing je dalam tu, nanti korang akan jumpa gak restoran ni.
gps koordinat dan google map restoran ni boleh rujuk seperti di bawah.
GPS Koordinat : 3°40'24.2"N 100°59'23.1"E atau 3.673377, 100.989756

Gerai Simpang Maklom, Butterworth

 

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom ni terletak betul-betul di simpang traffic light Kampung Sungai Puyu, Butterworth Pulau Pinang. Sebenarnya ada banyak stall di bawah satu bumbung ni. Semuanya sedap-sedap belaka. Yang paling power dari review blog yang aku baca adalah cendol maklom. Tapi sayang masa aku datang stall cendol tak buka plak.
Selain cendol, ada banyak lagi yang viral sedap di sini. Antaranya cucur udang, bihun sup dan apam balik pun sedap.
cucur udang
cucur udang

bihun sup perut
bihun sup perut
Parking susah sikit la di sini. Sukar nak dapatkan parking kat tepi-tepi jalan. Tambahan pulak gerai maklom ni betul-beul disimpang jalan. Alternatif korang boleh parking dekat lot parking kedai di seberang jalan. Tapi kena lintas jalan sikit la. Hati-hati bagi yang bawa anak kecil masa nak lintas jalan.
gerai cucur udang
gerai cucur udang

gerai apam balik
gerai apam balik
Kepada yang nak mencari Gerai Simpang Maklom, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

gps koordinat : 5°27'04.2"N 100°24'06.9"E atau 5.451163, 100.401922


Restoran Top D' Gurun di Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Top D' Gurun di Kepala Batas
Restoran Top D' Gurun di Kepala Batas
Restoran Top D' Gurun kini boleh dikunjungi di Kepala Batas Pulau Pinang. Restoran tepi jalan jer... Boleh nampak billboard yang besar dari jauh untuk cam restoran ni.

Special menu di sini adalah sotong bakar yang diorang panggil sotong bakar ni sotong buncit jahat. Sebab apa nama macam tu? aku pun tak tau. Tapi kalau korang nak ambil sotong buncit jahat ni, pastikan korang tanya dulu harga untuk seekor. Kalau korang main bedal jer ambil, takut tak terbayar la korang. harga seekor sotong tu mencecah RM40++.

sotong buncit jahat
sotong buncit jahat

Selain sotong buncit jahat yang menjadi buruan, terdapat juga menu-menu lain yang banyak di sini. Ada juga bawal yang di goreng panas-panas.
antara menu maskan yang ada di Top D'Gurun
antara menu maskan yang ada di Top D'Gurun

Kepada yang nak makan di sini, dipersilakan untuk makan. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 5°31'31.7"N 100°25'50.0"E atau 5.525474, 100.430565


Santai-santai makan tepi sungai Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling Kedah

santai-santai makan tepi sungai
santai-santai makan tepi sungai

Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling Kedah
 Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling Kedah

Kedai makan Ikan Bakar Lubuk Pedati ni terletak di Kampung Lubuk Pedati, Kampung Pantai Pulai, Baling, Kedah. Bagi yang tak biasa dengan tempat ni atau first time datang ke Baling, mungkin agar sukar untuk cari Ikan Bakar Lubuk Pedati ni. Kedai makan ni agak ke dalam sikit dari jalan utama. Walaupun begitu, Ikan Bakar Lubuk Pedati ni tetap menjadi tumpuan orang ramai yang tahu akan kewujudan kedai makan tepi sungai ni
sotong bakar
sotong bakar

ikan bakar
ikan bakar

layan makan nasi campur dengan ikan bakar tepi sungai
layan makan nasi campur dengan ikan bakar tepi sungai

'Kami menyediakan menu ikan bakar, sotong bakar viral, daging salai tokmat dan asam pedas tetel. Sambil makan sambil layan angin dan suasana tepi sungai dibawah gunung yang nyaman' - pemilik Ikan Bakar Lubuk Pedati.
Tempat makan yang sesuai untuk makan seisi keluarga. Jangan lupa cari Ikan Bakar Lubuk Pedati ni jika korang sampai ke daerah Baling, Kedah.
Untuk yang first time nak terjah ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke Ikan Bakar Lubuk Pedati.
GPS koordinat : 5°40'20.0"N 100°54'38.8"E atau 5.672230, 100.910786

Restoran Potlepak, Bandar Laguna Merbok, Sungai petani

 

restoran Potlepak, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
restoran Potlepak, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani

Satu tempat pot lepak yang sempoi, korang boleh try di restoran Potlepak yang terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Nama restoran pun pot lepak kan..hihihi... Jadi jom kita lepak ramai-ramai di sini sambil makan-makan. Dengar kata menu pun sempoi-sempoi jugak.
Restoran yang agak luas dan selesa dengan dekorasi yang cantik menambahkan lagi rasa keselesaan ketika berada di dalam restoran Potlepak tersebut.
Senarai menu Potlepak korang boleh tengok dalam buku menu seperti di bawah. (abaikan page sample PDF file tu)

Aku pilih beberapa menu sebagai menu makan malam aku di sini. Semua menu sedap-sedap belaka. Antara menu yang aku makan adalah seperti berikut.
herb beef grill
herb beef grill

Chinese Fried Rice with Butter Chicken
Chinese Fried Rice with Butter Chicken

beef creamy bolognese
beef creamy bolognese

chicken parmigiana
chicken parmigiana

chocolate smoothies - dark chocolate
chocolate smoothies - dark chocolate

premiun tea in pot
premiun tea in pot

Tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga. Jadi, sila la datang ke restoran Potlepak ni yang terletak di Bandar Laguna merbok, Sungai Petani Kedah.
Aku sertakan di sini, gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang jika nak datang ke potlepak ni.
GPS koordinat : 5°40'56.2"N 100°29'45.4"E atau 5.682267, 100.495934
 

Jom pekena Ais Tingkap di Lebuh Tamil, George Town Pulau Pinang

 Ais Tingkap hanya boleh dapat di Pulau Pinang sahaja. Terletak di Lebuh Tamil, George Town, sering menjadi tumpuan dan kunjungan orang ramai terutamanya orang luar dari Pulau Pinang. Ais Tingkap ni adalah air sirap yang ditambah dengan selasih, ais kepal, isi kelapa dan sedikit semburan ( semburan ni aku taktau padia... kot-kot korang singgah sini tolong tanya sat depa ni). Ais Tingkap ni aku pernah dah review dalam posting yang lepas. Boleh klik SINI untuk tengok.

Ais Tingkap
Ais Tingkap
Ais Tingkap ni kedai tepi jalan je. Tempat yang tak proper sangat, namun tetap menjadi tumpuan ramai. 
kedai Ais Tingkap
kedai Ais Tingkap

kedai Ais Tingkap
kedai Ais Tingkap
Selain Ais Tingkap yang menjadi menu killer di sini, terdapat juga menu lain yang tak kurang juga sedapnya. Di Ais Tingkap ni juga, ada cendol dan nasi lemak. Cendol ada macam-macam jenis dan sedap, juga nasi lemak pun sedap.
cendol jagung
cendol jagung

cendol pulut
cendol pulut

nasi lemak pun sedap
nasi lemak pun sedap
kepada yang nak cari lokasi Ais Tingkap ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat : 5°25'04.2"N 100°19'53.1"E atau 5.417830, 100.331403


Makan tengahari di Restoran Daun Kunyit, Kulim Kedah

 

Restoran Daun Kunyit, Kulim
Restoran Daun Kunyit, Kulim 

Restoran Daun Kunyit, Kulim
Restoran Daun Kunyit, Kulim 
Restoran Daun Kunyit ni boleh la korang jadikan destinasi tempat makan tengahari jika korang datang ke Kulim Kedah. Makanan tengahari di sini pun banyak juga. Ada pelbagai jenis lauk pauk. Selain tu, ikan bakar pun ada dengan kombinasi sosnya yang mantap dan padu.

ikan pari bakar
ikan pari bakar
pelbagai jenis lauk makanan tengahari
pelbagai jenis lauk makanan tengahari


pelbagai jenis ikan dan ayam bakar
pelbagai jenis ikan dan ayam bakar

Walaupun restoran ni dalam deretan bangunan kedai, tapi parking takda la masalah sangat di tambah dengan kedudukan restoran ni diposisi corner lot.

Gulai kawah pun ada. Gulai yang dimasak cara utara menang jarang tak padu.

Untuk ke Restoran Daun Kunyit ni boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni. Boleh cari di Taman Cengal Indah, Kulim Kedah

GPS koordinat : 5°21'07.0"N 100°31'45.7"E atau 5.351955, 100.529347


Naim Gulai Sembilang, Sungai Petani Kedah

 

Naim Gulai Sembilang, Sungai Petani
Naim Gulai Sembilang, Sungai Petani
Naim Gulai Sembilang ni terletak di Kampung Sungai Layar Tengah, 08000 Sungai Petani, Kedah. Naim Gulai Sembilang Sungai Petani ni sebenarnya cawangan diaorang. restoran yang first terletak di Kampung sungai Pial. Boleh rujuk SINI

Restoran buka dari jam 8 pagi hingga ke 12 malam dengan menu yang panas-panas dimasak selepas di order. Tapi killer menu di sini, tentulah gulai sembilang. Wajib kena order. Dah order baru tak padu ke tak.

Gulai Sembilang
Gulai Sembilang
menu sampingan yang aku makan sekali dengan gulai sembilang ni adalah sotong goreng tepung dan ikan kembong sambal sumbat.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

gulai sembilang, ikan kembong sambal sumbat, sambal belacan
gulai sembilang, ikan kembong sambal sumbat, sambal belacan
Lokasi Restoran Naim Gulai Sembilang Sungai Petani boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

gps koordinat : 5°39'39.1"N 100°27'55.6"E atau 5.660857, 100.465451


Jom try Mee Udang Nur Zetty, di Changkat Jering, Taiping, Perak

 Landmark restoran Mee Udang Nur Zetty senang jer. Mee Udang Nur Zetty ni dekat dengan EXIT tol PLUS Changkat Jering, Taiping. Walaupun dekat dengan EXIT tol Changkat Jering, tapi restoran Mee Udang Nur Zetty ni bukan betul-betul tepi jalan. Agak ke dalam sikit dari jalan utama. Dari jalan utama takan nampak. Cuma korang boleh cari signboard tujuk arah restoran ni je kat tepi jalan tu.

restoran Mee Udang Nur Zetty
Restoran Mee Udang Nur Zetty

restoran Mee Udang Nur Zetty
restoran Mee Udang Nur Zetty
Aku terjumpa restoran ni pun bila terbaca satu blog yang peminat setia mee udang Nur Zetty ni. Dia memang rekomen makan mee udang di sini. Katanya sangat sedap dan selalu repeat untuk makan mee udang di sini.

So, atas recommendation tersebut, maka aku pun mulakan misi mencari restoran mee udang nur zetty ni. Menu yang padu korang boleh try Mee Udang Bandung atau Mee Udang Special. Dua-dua sedap dan tak pernah rasa kecewa. Selain tu ada macam-macam lagi menu antaranya mee sup, nasi goreng puyuh, nasi goreng udang...

Mee Udang
Mee Udang

nasi goreng udang
nasi goreng udang

Sekiranya korang nak datang ke sini, boleh rujuk alamat, gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

Restoran Nur Zetty Mee Udang

No 19, Batu 7, Jalan Trong,

34850 Changkat Jering, Perak

11.00 AM - 12.00 AM

ISNIN TUTUP

GPS koordinat Restoran Mee Udang Nur Zetty : 4°46'57.1"N 100°43'19.6"E atau 4.782540, 100.722110

Char Kuey Teow dimakan bersama Harimau Menangis, Permatang Tok Kandu, Pulau Pinang

 

Char Kuey Teow Harimau Menangis
Char Kuey Teow Harimau Menangis

Char Kuey Teow rare... jarang-jarang jumpa char kuey teow dimakan bersama daging harimau menangis. Bukan itu saja, tambah lagi kot ataih telur mata yang menjadikan menu char kuey teow harimau menangis ni menu utama di restoran 'CHAR KUEY TEOW HARIMAU MENANGIS' yang terletak di Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis

Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Untuk sepinggan char kuey teow harimau menangis tu berharga RM18. Tapi kalau korang taknak daging harimau menangis tu, korang boleh je beli char kuey teow biasa sama ada bersaiz kecil atau besar. Untuk sepinggan char kuey teow yang kecil berharga RM5 manakala yang pinggan besar RM7.
Char Kuey Teow besar
Char Kuey Teow besar

Char Kuey Teow kecil
Char Kuey Teow kecil
Selain char kuey teow, ada juga menu-menu lain yang terdapat di restoran char kuey teow harimau menangis ni. Bukan semata-mata char kuey teow saja. Boleh rujuk dalam menu seperti di bawah ni.
menu 1 restoran char kuey teow harimau
menu 1 restoran char kuey teow harimau 

menu 2 restoran char kuey teow harimau
menu 2 restoran char kuey teow harimau 
Kepada peminat-peminat char kuey teow yang nak cuba makan di sini, boleh cari di Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh berdekatan dengan simpang highway BKE. Korang juga boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah.
GPS koordinat : 5°23'43.3"N 100°25'03.7"E atau 5.395349, 100.417699