Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands

Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands
Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands

 Menikmati rasa strawberi coklat, scones, jagung mutiara dan nasi lemak strawberi adalah antara menu wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands.

 Selain itu, ada satu lagi menu yang perlu dimasukkan dalam senarai menu wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands iaitu mencuba piza kayu api di Tiny Boutique Cafe di Kampung Taman Sedia. 

Apa yang menariknya? piza berkenaan dibakar secara tradisional menggunakan ketuhar kayu api. Hanya terdapat di Cameron Highlands sahaja.

Konsep ini sangat authentic di mana ianya mengikut penyediaan asal piza di Itali di mana asas untuk membuat piza secara tradisional iaitu kayu, api dan piza.

Pemilik Tiny Boutique Cafe menggunakan kayu berkualiti iaitu daripada kayu pokok pine yang sudah kering. Kayu ini menghasilkan bau asap yang berbeza dan membuatkan rasa piza lebih sedap.

menyediakan piza sebelum dibakar menggunakan dapur kayu api
menyediakan piza sebelum dibakar menggunakan dapur kayu api

Dapur kayu api untuk bakar piza seperti restoran piza di Itali
Dapur kayu api untuk bakar piza seperti restoran piza di Itali

 Perbezaan bakar piza antara dapur kayu dengan ketuhar biasa adalah ketuhar tidak dapat mencapai suhu yang tinggi menyebabkan ia terpaksa mengambil masa yang lama untuk masak menyebabkan piza kering dan rasanya hilang.

Manakal dapur kayu api dengan suhu antara 400 hingga 500 darjah Celsius, piza akan masak kurang dua minit tanpa merosakkan rasa piza tersebut. Cabaran  dapur kayu api adalah kayu terpaksa dibakar 2 jam awal untuk dapatkan suhu yang sesuai sebelum memulakan operasi.

ruang dalam Tiny Boutique Cafe
ruang dalam Tiny Boutique Cafe




    Ada beberapa jenis perisa piza yang          boleh dipilih. Juga terdapat pilihan            menu dessert sebagai menu tambahan      selain piza. Boleh rujuk dalam menu        seperti di bawah.
Tiny Boutique Cafe, menu 2
Tiny Boutique Cafe, menu 2
Tiny Boutique Cafe, menu 1
Tiny Boutique Cafe, menu 1












Untuk menu pilhan yang aku nak makan di Tiny Boutque Cafe ni, aku pilih untuk makan piza beef pepperoni, kopi panas dan strawberry smoothie milkshake.

piza beef pepperoni
piza beef pepperoni

satu slide piza beef pepperoni
satu slide piza beef pepperoni

piza beef pepperoni
piza beef pepperoni

kopi panas
kopi panas

strawberry smoothie milkshake
strawberry smoothie milkshake
Bagi yang nak merasai piza kayu api pertama di Malaysia, boleh la datang ke Tiny Boutique Cafe yang terletak di Taman Sedia, Cameron Highlands, Pahang. Rasai sendiri keenakan rasa piza dari dapur kayu api persis original piza dari Itali.

Sebagai panduan lokasi Tiny Boutique Cafe, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan ke sini.

GPS koordinat : 4°28'45.6"N 101°22'50.8"E atau 4.479325, 101.380790

1 comment:

  1. Pembetulan fakta.... pizza dimasak dengan brick oven dan kayu api dah lama ada di Msia dan lagi awal sebelum Tiny Cafe ni operate... dan bukan hanya di situ saja yg serve, di Malaysia..

    ReplyDelete