Restoran Ayahman terletak di Kea Farm, Cameron Highlands. Bersebelahan dengan Ayahman adalah tempat famous tumpuan ramai iaitu The Sheep Sanctuary. Lepas melayan kambing biri-biri, boleh la makan pula di restoran Ayahman.
|
Restoran Ayahman, Ikan Patin Pahang |
Jika korang masuk restoran ni jer, menu wajib yang korang kena makan adalah patin pahang tempoyak dan pais patin tempoyak. Pais patin tempoyak ni adalah menu ikan patin yang dibakar bersama-sama dengan perapan sambal tempoyak.
|
patin pahang tempoyak ( dah tinggal kuah ja) |
|
Pais patin tempoyak (patin bakar) |
Sangat sedap dan korang mesti cuba. Isi yang lembut ditambah pula dengan patin yang disaluti sambal tempoyak...memang terbaik!
|
pais patin tempoyak in progress |
|
selain patin, ada juga talapia dan keli bakar |
Itu menu special di Ayahman. Selain patin, ada juga menu-menu sampingan masakan lain yang di sediakan oleh Ayahman.
|
menu-menu lain yang ada di Ayahman |
Memang berbaloi la makan tengahari di sini. Lagi-lagi bila dah dapat parking di Kea Farm ni. Mencari parking adalah cabaran besar di Kea Farm. Dah dapat parking tu, jom la kita menikmati ikan patin sedap dan sempoi ni.
|
nasi dan daging goreng sayur |
|
nasi, sambal belacan dan rebung masak lemak (sedap rebung ni) |
|
air asam pelengkap menu |
Jadi, sila la datang ke restoran Ayahman ni. Salah satu tempat makan tengahari yang sedap di Cameron Highlands ni.
Walaupun korang dah tahu Kea Farm ni kat mana, aku nak juga sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke Ayahman ni.
GPS koordinat : 4°30'14.5"N 101°24'26.4"E atau 4.504017, 101.407337
No comments:
Post a Comment