|
Muzium Perang (war museum) Batu Maung |
Muzium Perang (WAR Museum) ni adalah tempat asal kubu tentera British yang dibina oleh British pada tahun 1930. Tujuan ia dibina adalah untuk melindungi Pulau ini dari serangan musuh terutama dari Selat Melaka. Kubu ini dibina oleh banduan-banduan yang mengambil masa 7 tahun untuk disiapkan. Bagi mengelakkan rahsia pertahanan dikubu ini terbongkar, banduan-banduan tersebut pada akhirnya dibunuh agar kerahsiaan kubu dikekalkan.
Pada tahun 1942, kubu ini jatuh ke tangan tentera Jepun selepas pemtempuran yang sengit. Tentera Jepun menjadikan kubu ini sebagai pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih kurang 2 tahun sebelum menyerah kalah kepada tentera Berikat pada tahun 1945 yang menandakan tamatnya perang dunia kedua.
|
pedang dan senjata lama |
|
senjata lama dan topi tentera |
|
laluan utama masuk ke muzium |
Muzium ni kalau dilihat agak menyeramkan. Mungkin kerana struktur bangunan adalah bangunan asal yang sebenar. Mengikut kisah kubu ini, pada zaman tersebut, banyak pembunuhan berlaku di sini. Maka tidak hairan la seringkali ada penampakkan mahkluk lain berkeliarkan di sini. Muzium ini juga dikatakan muzium paling berhantu di Asia. National Geographic pula menyatakan muzium ini antara 10 tempat muzium paling berhantu.
|
tempat hukuman pancung kepala |
|
tempat hukuman gantung sampai mati |
kubu ini berkeluasan kira-kira lapan hektar termasuk membina terowong bawah tanah, pejabat perisikan, pusat logistik, stor peluru, dewan, pejabat, saluran angin, ruang meriam, tempat tidur, tempat memasak, penjara dan dispensari.
Setiap laluan melintasi bangunan-bangunan di sini agak menyeramkan. Di tambah pula kawasan hutan yang sunyi. Jika berseorangan lagi menambahkan keseraman.
|
bangunan pejabat tentera |
|
gambar yang menunjukkan keadaan sebenar suatu masa dahulu |
|
bangunan penjara |
Ada banyak lagi bangunan-bangunan lain yang menyeramkan.
|
senjata untuk tembak kapal terbang musuh |
|
'6-inch breech loading gun' dipasang pada tahun 1941 |
Ada bangunan yang di bina di bawah tanah sebagai kubu perlindnugan. Gambar di bawah ni salah satu kubu bawah tanah tersebut.
|
pintu masuk ke kubu bawah tanah |
|
laluan sempit kubu bawah tanah |
|
ruangan dalam kubu bawah tanah |
|
kena merangkak sejauh 7 meter |
|
kena panjat setinggi 9 meter untuk keluar |
Selain tu, pengunjung juga dapat melihat perbagai jenis bom jangka yang digunakan pada masa dahulu.
|
bom jangka |
|
bom untuk pejuang berani mati |
|
replika bom |
Kesan kekejaman tentera Jepun yang menjadikan kubu ini sebagai pusat tahanan juga masih ada menyebabkan ada pengunjung yang lemah semangat akan menjadi terlalu takut.
Kepada yang nak datang ke sini, lokasinya adalah di Batu Maung, Pulau Pinang. Disertakan di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini.
GPS koordinat : 5°16'53.3"N 100°17'19.5"E atau 5.281459, 100.288756
No comments:
Post a Comment