Cameron Lavender ni memang sentiasa menjadi tumpuan ramai bagi pengunjung-pengunjung ke Cameron Highlands. Cameron Lavender garden ni terletak di Tringkap, jika dari Simpang Pulai, ianya sebelum Kea Farm.
|
Lavender Garden, Cameron Highlands |
|
Lavender Garden, Cameron Highlands |
Sebenarnya ni kali pertama aku masuk ke dalam Lavender garden walaupun dah banyak kali datang ke Cameron Hgihlands. Kali ni aku nekad juga untuk masauk. Sebelum ni bila tengok orang terlalu ramai dan parking pun penuh, terus cancel nak masuk. Aku memang takan parking jauh-jauh arr.. penat ooo nak menapak. Tapi aku kagum la tengok famili yang parking jauh semata-mata nak masuk ke sini. Aku? aku akan usahakan jugak untuk parking dekat, walaupun terpaksa pusing 2-3 kali.
|
lautan bunga-bunga |
|
bunga-bunga yang terdapat di tingkat atas |
|
susunan bunga secara mengiring nampak cantik dan menjadi tempat orang ramai ambil gambar |
Selain bunga-bunga yang terdapat di sini, jangan lepaskan peluang korang untuk menikmati ais krim berperisa lavender sebagai kenang-kenangan korang. Rare la sikit rasa lavender tu...cam sabun pun ada...hihihi...
|
ais krim berperisa lavender |
Ada banyak tempat-tempat menarik yang cantik yang ada di Lavender Garden ni untuk korang mengabadikan sebagai gambar kenang-kenangan korang. Ada tempat yang viral yang selalu orang bergambar untuk upload di media sosial facebook dan sebagainya iaitu "pondok bendera". bagi orang pompuan, bunga la tempat diorang nak bergambar.
|
bangunan yang berbentuk istana berwarna ungu lavender |
|
ni port orang selalu bergambar, then upload ke facebook |
|
ada kolam ikan kap |
Bagi yang teringgin nak petik strawberry pula, ada juga di lavender garden tetapi korang akan dikenakan sedikit bayaran. Tapi awas kepada gadis-gadis yang pakai kain, strawberry ni dekat bumbung yang lantainya berlubang-lubang... nanti tak pasal-pasal ada orang sekodeng dari bawah.
|
boleh petik strawberry di sini |
Dah puas korang jalan-jalan di sini, laluan sebelah nak turun keluar, ada banyak gerai-gerai untuk korang nak beli sebagai cenderahati. Taknak beli pun takpe, jalan terus jer...cuci mata saja..
|
ada pelbagai gerai disebelah laluan nak keluar |
Boleh la nanti korang singgah ke sini jika datang ke Cameron Highlands. Ada tiket dikenakan untuk masuk ke sini. Jika korang ambil masa yang lama dalam Lavender Garden ni, jangan risau, ada surau disediakan untuk solat.
Aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 4°31'37.4"N 101°25'34.5"E atau 4.527064, 101.426260
lavender garden cameron ni mmg relaxing la ... haha
ReplyDelete