Jarang kita dapat tengok kaktus gergasi kan. Kebanyak yang kita tengok yang kecil-kecil, comel-comel jer. Tapi kalau korang singgah di Cactus Point Cameron Highlands, korang akan berpeluang untuk tengok kaktus yang bersaiz gergasi.
|
Cactus Point, Cameron Highlands |
Masuk ke Cactus Point ni percuma je. Takde bayaran tiket dikenakan. Parking pun luas, jika weekend ramai la orang datang. Parking pun jadi terhad.
Ada macam-macam jenis kaktus di sini. Dari yang kecil comel hingga la yang bersaiz gergasi. yang kecil tu korang boleh beli siap dengan pasu kecil. Harga pun takde la mahal sangat. kalau nak beli kaktus gergasi pun boleh jugak. Tapi kaktus gergasi ni mahal la. Kalau korang mampu ok lah.
|
kaktus gergasi |
|
kaktus gergasi |
|
kaktus gergasi |
Kalau tak mampu beli kaktus gergasi, dapat beli yang kecil comel-comel pun dah ok. Boleh pilih sendiri dan bayar di kaunter.
|
antara kaktus kecil yang sedia untuk dipilih (beli) |
Kat sini bukan takat kaktus je ada...
Pokok-pokok bunga renek pun banyak. Ada dua bahagian..sebelah untuk kaktus sahaja, sebelah lagi untuk pokok-poko bunga renek dan sayur-sayur kecil.
|
pokok-pokok lain selain dari pokok kaktus |
Best la kan datang sini. Bukan senang nak tengok pokok kaktus gergasi. Jadi korang boleh singgah sini. Aku sertakan GPS koordinat dah google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 4°30'07.2"N 101°24'23.3"E atau 4.501999, 101.406478
No comments:
Post a Comment