ATV & Safari di Cameron Valley Tea, Kuala Terla, Cameron Highlands

 Percutian ke Cameron Highlands jika nak advanture sikit, boleh la cuba ATV & Safari di Cameron Valley Tea yang terletak di Kuala Terla, Cameron Highlands. Cameron Valley Tea antara tempat yang terawal korang akan jumpa jika korang naik ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai.

stesen ATV & Safari di Cameron Valley Tea
stesen ATV & Safari di Cameron Valley Tea

harga tiket untuk ATV & Safari
harga tiket untuk ATV & Safari
Aku pilih tiket untuk safari combo di mana kami akan naik safari 4 X 4 dan seterusnya dibawa ke tempat animal feeding. Safari Combo ni murah la sikit dan mampu milik. Kalau tengok harga tiket ATV, yang paling rendah pun RM50.
4 X 4 Safari
4 X 4 Safari

ATV bersiap sedia untuk dinaiki
ATV bersiap sedia untuk dinaiki
Laluan ATV dengan 4 X 4 Safari adalah laluan yang sama yang mengelilingi ladang teh. Di puncak bukit ada disediakan hentian untuk kita nak ambil gambar.
laluan yang akan kita lalui
laluan yang akan kita lalui

boleh lihat permandangan ladang teh dari dekat
boleh lihat permandangan ladang teh dari dekat
Yang best naik 4 X 4 Safari ni, korang boleh naik satu family, dari kecil hingga dewasa dan tak campur dengan orang lain.
Kawasan hentian di puncak bukit sebelum turun semula
Kawasan hentian di puncak bukit sebelum turun semula

tulisan ni pun dekat dengan hentian di puncak bukit
tulisan ni pun dekat dengan hentian di puncak bukit
Selesai ambil gambar di hentian tersebut, kemudian kita naik semula 4 X 4 untuk turun semula dan terus ke tempat animal feeding untuk bagi makan kepada haiwan tertentu.
tempat animal feeding
tempat animal feeding
Dalam Animal Feeding ni pula, haiwan yang nak diberi makan tu bukanlah haiwan yang rare. Semuanya kita biasa nampak. Antaranya adalah ayam, itik, burung, kambing, ikan, arnab dan kura-kura.
kawasan dalam Animal Feeding
kawasan dalam Animal Feeding

kambing
kambing

arnab
arnab
Dah settle semua tu, perut pun rasa lapar. Nasib ada cafe di sini, boleh la nak basahkan tekak sikit selepas penat berjalan.
Cafe Cameron Valley Tea
Cafe Cameron Valley Tea
Banyak juga makanan yang ada di cafe ni. yang wajib korang kena try adalah air teh. Rasa macam fresh minum air teh. Lepas makan boleh bergambar pula dalam ladang teh. Tapi nak masuk ladang kena bayar ek.
set burger
set burger

air strawberry
air strawberry

kek carrot
kek carrot

donut aiskrim
donut aiskrim

teh tarik panas-panas
teh tarik panas-panas

kuih (macam karipap)
kuih (macam karipap)
Sebelum korang nak gerak ke tempat lain, jangan lupa solat dulu di surau yang telah disediakan di Cameron Valley Tea ni.

Jika korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 4°32'42.8"N 101°25'16.4"E atau 4.545211, 101.421209

No comments:

Post a Comment