Restoran Dapoq Pandan, Bertam Kepala Batas

 

Restoran Dapoq Pandan, Bertam Kepala Batas
Restoran Dapoq Pandan, Bertam Kepala Batas
Dapoq Pandan yang terletak di Bertam Kepala Batas, port sempoi untuk korang breakfast/sarapan dan juga lunch/makan tengahari. Breakfast korang boleh cuba roti benggali bakar, roti yang dibuat sendiri beserta telur separuh masak yang perfect.
Waktu lunch pulak, ada pelbagai set nasi dan mee. Antara set nasi adalah nasi itik penyet, nasi burung penyet, nasi ayam penyet, nasi ayam geprek, nasi ayam bawang, nasi goreng penyet dan nasi pecel lele manakala set mee adalah indomee penyet dan indomee geprek. Kebanyakannya makanan berasakan makanan Indonesia.

menu kuih dan minuman
menu kuih dan minuman
menu makanan
menu makanan




Untuk makan tengahari aku kali ni, aku try makan nasi ayam penyet, nasi ayam geprek, nasi ayam bawang dan nasi pecel lele.
nasi ayam geprek
nasi ayam geprek

nasi ayam bawang
nasi ayam bawang

nasi pecel lele
nasi pecel lele

nasi ayam penyet
nasi ayam penyet
Kepada yang nak cuba makan di restoran Dapoq Pandan, boleh la ke Bertam, Kepala batas Pulau Pinang. Disertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan pencarian korang.
GPS koordinat : 5°31'01.6"N 100°26'51.8"E atau 5.517120, 100.447721

Makan tengahari di Restoran Nolina Food, Cameron Highlands

 Restoran Nolina Food tak jauh dari Kea Farm. Kalau naik Cameron Highlands dari Simpang Pulai, akan jumpa Restoran Nolina Food ni dulu sebelum Kea Farm. Agak bahaya sikit nak parking sebab Restoran ni betul-betul di selekoh tajam.

Restoran Nolina Food
Restoran Nolina Food
Restoran Nolina Food
Restoran Nolina Food

Aku singgah makan tengahari di Restoran Nolina ni masa nak balik. Dari lepas hadap jem sebelum Kea Farm, memang takan patah balik la nak cari makan dekat pekan Brinchang or Tanah Rata. Pilihan paling tepat adalah di Restoran Nolina Food ni.
pilihan lauk
pilihan lauk
pilihan lauk
pilihan lauk
pilihan lauk
pilihan lauk

Bagus juga la ada restoran nolina ni. Boleh la juga jadi alternatif untuk makan tengahari. Rasanya susah dah nak jumpa kedai makan melayu kat belah bawah tu.
nasi campur keli sambal dan sayur
nasi campur keli sambal dan sayur

nasi campur ayam goreng dan sayur
nasi campur ayam goreng dan sayur

Lokasi secara terperinci, korang boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah.
GPS koordinat : 4°30'37.3"N 101°24'37.0"E atau 4.510348, 101.410274

Makan masakan thai di restoran Idaman Aikae, Brinchang, Cameron Highlands

Malam yang penuh dengan dramatik. Dalam keadaan hujan lebat di Brinchang, aku pilih untuk jalan kaki sahaja dalam hujan lebat. Semata-mata nak cari restoran untuk makan malam kami sekeluarga. Boleh je nak naik kereta, tapi malas nak cari parking balik kalau dah keluar parking hotel. Full parking malam tu.
restoran Idaman Aikae, Brinchang
restoran Idaman Aikae, Brinchang

restoran Idaman Aikae, Brinchang
restoran Idaman Aikae, Brinchang









Jalan punya jalan, akhirnya terjumpa dengan restoran Idaman Aikae. Malas nak fikir panjang, terus terjah masuk ke dalam restoran Idaman Aikae. Masakan di sini style masakan ala thai secara set sahaja. Makanan yang goreng-goreng takde. Senarai menu seperti di bawah.

menu Idaman Aikae
menu Idaman Aikae
menu Idaman Aikae
menu Idaman Aikae














So, aku pilih set A yang ada tomyam campur, kailan ikan masin, daging kunyit, telor dadar dan sambal belacan. Talapia tiga rasa sebagai menu tambahan.
Talapia tiga rasa
Talapia tiga rasa
sambal belacan
sambal belacan
kailan ikan masin
kailan ikan masin
daging goreng kunyit
daging goreng kunyit

telur dadar
telur dadar
tomyam campur
tomyam campur

Sedap juga maakan di sini. Jika korang nak cuba boleh cari di Brinchang atau guna saja gps koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat : 4°29'28.0"N 101°23'20.6"E atau 4.491100, 101.389056

Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands

Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands
Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands

 Menikmati rasa strawberi coklat, scones, jagung mutiara dan nasi lemak strawberi adalah antara menu wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands.

 Selain itu, ada satu lagi menu yang perlu dimasukkan dalam senarai menu wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands iaitu mencuba piza kayu api di Tiny Boutique Cafe di Kampung Taman Sedia. 

Apa yang menariknya? piza berkenaan dibakar secara tradisional menggunakan ketuhar kayu api. Hanya terdapat di Cameron Highlands sahaja.

Konsep ini sangat authentic di mana ianya mengikut penyediaan asal piza di Itali di mana asas untuk membuat piza secara tradisional iaitu kayu, api dan piza.

Pemilik Tiny Boutique Cafe menggunakan kayu berkualiti iaitu daripada kayu pokok pine yang sudah kering. Kayu ini menghasilkan bau asap yang berbeza dan membuatkan rasa piza lebih sedap.

menyediakan piza sebelum dibakar menggunakan dapur kayu api
menyediakan piza sebelum dibakar menggunakan dapur kayu api

Dapur kayu api untuk bakar piza seperti restoran piza di Itali
Dapur kayu api untuk bakar piza seperti restoran piza di Itali

 Perbezaan bakar piza antara dapur kayu dengan ketuhar biasa adalah ketuhar tidak dapat mencapai suhu yang tinggi menyebabkan ia terpaksa mengambil masa yang lama untuk masak menyebabkan piza kering dan rasanya hilang.

Manakal dapur kayu api dengan suhu antara 400 hingga 500 darjah Celsius, piza akan masak kurang dua minit tanpa merosakkan rasa piza tersebut. Cabaran  dapur kayu api adalah kayu terpaksa dibakar 2 jam awal untuk dapatkan suhu yang sesuai sebelum memulakan operasi.

ruang dalam Tiny Boutique Cafe
ruang dalam Tiny Boutique Cafe




    Ada beberapa jenis perisa piza yang          boleh dipilih. Juga terdapat pilihan            menu dessert sebagai menu tambahan      selain piza. Boleh rujuk dalam menu        seperti di bawah.
Tiny Boutique Cafe, menu 2
Tiny Boutique Cafe, menu 2
Tiny Boutique Cafe, menu 1
Tiny Boutique Cafe, menu 1












Untuk menu pilhan yang aku nak makan di Tiny Boutque Cafe ni, aku pilih untuk makan piza beef pepperoni, kopi panas dan strawberry smoothie milkshake.

piza beef pepperoni
piza beef pepperoni

satu slide piza beef pepperoni
satu slide piza beef pepperoni

piza beef pepperoni
piza beef pepperoni

kopi panas
kopi panas

strawberry smoothie milkshake
strawberry smoothie milkshake
Bagi yang nak merasai piza kayu api pertama di Malaysia, boleh la datang ke Tiny Boutique Cafe yang terletak di Taman Sedia, Cameron Highlands, Pahang. Rasai sendiri keenakan rasa piza dari dapur kayu api persis original piza dari Itali.

Sebagai panduan lokasi Tiny Boutique Cafe, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan ke sini.

GPS koordinat : 4°28'45.6"N 101°22'50.8"E atau 4.479325, 101.380790

Santai-santai makan di food court Kea Farm, Cameron Highlands

Kalau dulu-dulu ke Kea Farm, Cameron Highlands ni, kita just nak beli sayur-sayur segar yang di tanam di Cameron Highlands ni. Sekarang pun sama saja, Kea Farm sering kali menjadi persinggahan orang ramai untuk membeli sayur-sayuran.

Tapi di Kea Farm sekarang ni bukan sekadar nak beli sayur saja, malahan dan ada banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Food court di Kea Farm ni antara tempat baru yang wujud di Kea Farm yang dulunya tak ada.

food court Kea Farm
food court Kea Farm

food court Kea Farm
food court Kea Farm
bagi orang Islam, status halal tidak diragui kenapa yang menjual tu adalah melayu Islam. Makanan di sini pun makanan santai-santai. sambil makan sambil menikmati permandangan bukit-bukit ladang sayur.
jagung bakar dan jagung susu
jagung bakar dan jagung susu

cendawan goreng
cendawan goreng
Ok la juga ada food court ni, lepas penat shopping beli sayur, boleh la singgah makan or minum-minum di food court ni.

GPS koordinat Kea Farm : 4°30'13.0"N 101°24'25.1"E atau 4.503601, 101.406969


Kaktus gergasi di Cactus Point, Cameron Highlands

 Jarang kita dapat tengok kaktus gergasi kan. Kebanyak yang kita tengok yang kecil-kecil, comel-comel jer. Tapi kalau korang singgah di Cactus Point Cameron Highlands, korang akan berpeluang untuk tengok kaktus yang bersaiz gergasi.

Cactus Point, Cameron Highlands
Cactus Point, Cameron Highlands
Masuk ke Cactus Point ni percuma je. Takde bayaran tiket dikenakan. Parking pun luas, jika weekend ramai la orang datang. Parking pun jadi terhad. 

Ada macam-macam jenis kaktus di sini. Dari yang kecil comel hingga la yang bersaiz gergasi. yang kecil tu korang boleh beli siap dengan pasu kecil. Harga pun takde la mahal sangat. kalau nak beli kaktus gergasi pun boleh jugak. Tapi kaktus gergasi ni mahal la. Kalau korang mampu ok lah.

kaktus gergasi
kaktus gergasi

kaktus gergasi
kaktus gergasi

kaktus gergasi
kaktus gergasi
Kalau tak mampu beli kaktus gergasi, dapat beli yang kecil comel-comel pun dah ok. Boleh pilih sendiri dan bayar di kaunter.
antara kaktus kecil yang sedia untuk dipilih
antara kaktus kecil yang sedia untuk dipilih (beli)

Kat sini bukan takat kaktus je ada...

Pokok-pokok bunga renek pun banyak. Ada dua bahagian..sebelah untuk kaktus sahaja, sebelah lagi untuk pokok-poko bunga renek dan sayur-sayur kecil.

pokok-pokok lain selain dari pokok kaktus
pokok-pokok lain selain dari pokok kaktus
Best la kan datang sini. Bukan senang nak tengok pokok kaktus gergasi. Jadi korang boleh singgah sini. Aku sertakan GPS koordinat dah google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 4°30'07.2"N 101°24'23.3"E atau 4.501999, 101.406478

Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands

 

Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands
Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands

Pak Tam Kek ni korang boleh cari di Kea Farm. Dekat deretan kedai yang banyak-banyak tu. Area parking berbayar RM3 per entry. Pelbagai jenis perisa kek ada di Pak Tam Kek ni. Ramai yang beli kek ni. Jadi aku pun terjebak juga nak cuba.
senarai jenis-jenis pak tam kek viral
senarai jenis-jenis pak tam kek viral

kek-kek di packing dalam bekas macam ni
kek-kek di packing dalam bekas macam ni

memang sedap dan gebu kek pak tam ni. Sedap pun sedap. Sesuai la diviralkan. Aku pilih untuk beli dua perisa iaitu parmesan cheese dan red velvet.
red velvet.
red velvet.

parmesan cheese
parmesan cheese
Yang aku beli ni di Kea Farm. Tak pasti kalau ada kat tempat lain. Dekat Kea Farm ni cabaran utama nak cari parking je.. Lepas dah dapat parking, banyak tempat korang boleh explore.
GPS Kea Farm : 4°30'13.0"N 101°24'25.1"E atau 4.503601, 101.406969