Restoran Butter Orange ni terletak berdekatan dengan AEON Mall Klebang. So senang la sebenarnya nak cari lokasi Restoran Butter Orange ni. Kalau bosan-bosan jalan-jalan dalam AEON Mall tu, rasa lapar dan taknak makan dalam AEON Mall (restoran fast food), boleh la makan di Butter Orange.
|
Restoran Butter Orange, Klebang, Ipoh |
Dekat sini, korang boleh nak sarapan, nak makan tengahari, nak makan petang dan juga makan malam. Buka setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin tutup.
Aku datang waktu malam, jadi menu aku menu makan malam lah. Ada makanan goreng-goreng, makanan ala thai dan ada juga western food.
Makan malan aku di sini, aku order nasi goreng daging merah dan air carrot susu.
|
carrot susu |
|
nasi goreng daging merah |
Jika korang nak datang ke restoran butter orange ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 4°40'46.4"N 101°07'17.8"E atau 4.679553, 101.121609