Best naik Kereta Kabel Langkawi - Langkawi SkyCab

Kaunter masuk dan tiket SkyCab

menuju puncak gunung Mat Chincang
Percutian aku kali ni ke Langkawi aku pilih bukan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum. Tujuannya nak juga nak kereta kabel @ skycab di Langkawi ni. Kalau musim cuti sekolah memang kebarangkalian untuk naik agak tipis disebabkan ramainya orang berpusu-pusu dan bersesak sesak nak naik kereta kabel ni. Korang boleh tengok posting aku yang lepas masa aku pergi waktu cuti sekolah.
Tapi kali ni harga tiket dah berubah. Kali ni penguruasan skycab buat kaedah lain untuk beli tiket. Dulu-dulu boleh beli tiket kereta kabel saja kalau datang nak semata-mata naik kereta kebal. Tapi sekarang tiket secara pakej. Boleh rujuk gambar di bawah berkenaan pakej-pakej yang di offer.
SkyCab tiket secara pakej/combo
Ada empat jenis kategori tiket iaitu, skycab admission, combo A, combo B dan combo C. Aku pilih yang skycab admission la sebab murah sikit dari yang lain. Untuk pakej ni, selain dapat naik cable car, korang boleh juga masuk ke skydome, skyrex dan 3D art langkawi. Pendek kata, korang memang wajib juga la melawat tempat-tempat lain selain nak naik cable car.
tempat beratur untuk nak cable car 
Disebabkan aku datang bukan pada waktu cuti sekolah, korang tengok la tempat beratur seperti gambar di atas. Takde orang sgt! bertapa bahagianya beli tiket, lepas tu terus boleh naik cable car. Tak perlu beratur panjang berjam-jam!
stesen pertama cable car
Sebelum sampai ke puncak gunung Mat Chinchang, korang boleh turun di stesen yang pertama. Ada menara peninjau untuk korang nak selfie ke, ambil gambar pemandangan ke...ikut suka korang lah.. Dah selesai, korang sambung balik nak cable ke untuk ke puncak gunung. Dari Stesen pertama ke puncak agak gayat sikit la...
ada kafe diatas ni, boleh makan-makan dan minum-minum santai

ada burger di kafe ni
Dah sampai puncak, rasa lapar pulak. Nasib ada kafe. Bekalan makan tak boleh bawa naik. Jadi terpaksa la beli di kafe tu. Aku try burger. Sedap gak la makan sambil tengok permandangan cantik dari atas. Dah makan, korang boleh explore la di atas ni, Ada dua menara yang boleh korang naik. Angin agak kuat juga la di atas ni.
salah satu menara di Puncak Gunung Mat Chincang

boleh juga jalan-jalan di Skybridge
Alang-alang dan sampai di puncak gunung, try la seklai untuk naik skybridge. Korang boleh pilih nak turun dengan SkyGlide atau nature walk. Kalau dengan SkyGlide, kena beli tiket sikit la.. Tapi kalau nak selesa baik nak SkyGlide. Nature walk penat sikit la. Video kat bawah ni korang boleh tengok track SkyGilde.

Video kat bawah ni pulak gambaran naik kereta kabel (cable car)

Ayam Tempayan Abang Laris, Langkawi

Ayam Tempayan Abang Laris, Langkawi

Ayam yang dimasak dalam tempayan
Salah satu kedai makan yang agak rare di Langkawi yang korang patut cuba adalah Ayam Tempayan Abang Laris bukan Abang Terlajak Laris ke....... Kedai makan ni start boleh makan ayam tempayan ni waktu tengahari la.. Kira korang makan tengahari la di sini. Kedai Ayam Tempayan Abang Laris ni terletak betul-betul disebelah jalan besar Kuah-Airport. Dekat-dekat dengan masjid Aisyah. Area-area situ laaa.
Oleh sebab ke'rare'an kedai ni, jadi aku pun terjebak untuk singgah.....
Selain ayam tempayan, adalah juga lauk lain sikit

nasi ayam dengan ayam tempayan
So, aku pun order la nasi ayam berlaukkan ayam tempayan. Asalnya aku minta ayam separuh, tapi tokey kedai tu tersilap...boleh la tu makan ayam tempayan tu. Rasanya unik sikit la...dengan sambal pun sedap yang membangkitkan selera.
Nanti-nanti kalau korang datang Langkawi singgah la sini. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 6°19'27.8"N 99°48'59.7"E atau 6.324398, 99.816584

makan petang Laksa tepi Airport Langkawi

Laksa, warung tepi airport Langkawi
Kalau ke Langkawi, mesti korang akan cari laksa tepi airport langkawi. Ya, memang warung ni tepi airport Langkawi. Sambil makan, sambil tengok kapal terbang take off dan landing...betul-betul atas kepala kita.
warung-warung disepanjang jalan sebelah landasan airport

warung-warung disepanjang jalan sebelah landasan airport
Untuk pengetahuan korang, landasan airport ni, ada jalan mengelilingi airport Langkawi tersebut. Disebelah jalan pantai, terdapat banyak warung-warung yang kebanyakannya menjual laksa ada disepanjang jalan tersebut. Petang-petang ramai la orang yang menginggah di sini.
ada khemah dibahagian bawah dekat pantai

cucur udang pon adooo
Nanti-nanti kalau datang Langkawi, boleh la korang singgah sini. Cari je airport Langkawi.
gps koordinat : 6°19'21.9"N 99°43'19.1"E atau 6.322747, 99.721984

Travellers Cafe di Pekan Kuah, Langkawi - mat salleh suka datang sini.....

Travellers Cafe di Pekan Kuah, Langkawi
The Traveller Cafe yang terletak di Pekan Kuah Langkawi ni ada rare sikit la dari kedai makan yang biasa. The Traveller ni menu diorang lebih kepada breakfast mat salleh punya style. Jadi tak hairanlah kalau nampak geng-geng tourist selalu lepak sini. Cara deko pun lebih kepada cara mat salleh, so boleh dikatakan matsalleh freindly la.. Biasanya yang geng backpacker la yang bercuti secara bajet. So cari breakfast pun yang bajet-bajet gak.
Berikut adalah senarai menu di The Traveller Cafe ni...
senarai menu makanan

senarai menu minuman
Ok la kan menu tu. So, kat sini aku try la makan roti leleh - toast with egg, mayo and chilli source dan roti canai. Tapi roti canai frozen la....
toast with egg, mayo and chilli source

roti canai frozen
So, jika korang nak datang ke The Travellers Cafe ni, korang boleh cari di Pekan Kuah, Langkawi atau korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 6°19'05.8"N 99°51'01.6"E atau 6.318275, 99.850455

Santai-santai di atas bukit 'Permandangan Indah Langkawi' - Jalan Kuah-Airport Langkawi

Permandangan SUNSET waktu senja di atas bukit 'Permandangan Indah Langkawi'
Tempat ni memang namanya 'Permandangan Indah Langkawi'. Itu lah nama tempat ni. Kawasan yang berbukit, tapi bukan bukit yang besar. Bukit kecil jer. Ada tangga yang selesa disediakan untuk ke atas. Tak sampat 5 min, dah sampai kat atas. Ni bukan bukit untuk geng-geng hiking ek. Budak 5tahun pun boleh naik.
Dah sampai atas tu, korang akan di sajikan dengan permandangan kapal terbang take off dan landing. Sangat cantik. Apatah lagi jika naik waktu senja, boleh lihat permandangan sunset yang cantik.
ambil gambar pun nampak cantik

Permandangan kapal terbang take off di Airport Langkawi waktu sunset


suasana di Permandngan Indah, Langkawi waktu sunset
Permandangan Indah Langkawi ni terletak berdekatan dengan Jalan Kuah-Airport Langkawi.
gps lokasi : 6°20'10.1"N 99°44'29.6"E atau 6.336141, 99.741552

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Taman Desa Permata, Kuah Langkawi

Jika korang ada di Pulau Langkawi, Kedah, aku rekomen korang untuk makan di Restoran Desa Permata Ikan Bakar yang terletak di Pekan Kuah, Langkawi. Restoran Desa Permata ni korang kena masuk ke area perumahan sikit. Kawasan perumahan tu adalah Taman Desa Permata. Senang korang ikut je gps koordinat dan google map seperti kat bawah posting ni.
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Taman Desa Permata, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Taman Desa Permata, Kuah Langkawi
Ada banyak restoran ikan bakar di sini, tapi yang aku tengok kat pakcik google, ramai yang review Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni dan kebanyakannya menyatakan restoran ni sangat sedap masakannya. So, berbekalkan kata-kata netizen, aku pun mengorak langkah untuk ke restoran Desa Permata Ikan Bakar ni.
Bila aku dah sampai, dah makan, ternyata kata-kata netizen benar belaka. Memang kena dengan tekak dan citarasa aku. Masakan memang sedap dan berbaloi. Tapi kalau korang rasa tak sedap terpulang la kan... tekak masing-masing. Korang boleh cuba restoran ikan bakar yang kat sebelah restoran desa permata ni,
boleh pilih sendiri ikan, udang ketam, sotong dan lain-lain untuk dimasak
Kalau datang sini, mesti la nak makan ikan bakar la kan. Jadi Korang boleh pilih sendiri ikan yang korang rasa nak makan, tapi ikut bajet korang la.. kalau bajet besar, boleh la ambil yang ikan mahal sikit. Ikan dan lain-lain aku tengok semua fresh-fresh. Rasa macam nak try semua jenis ikan. Tapi apakan daya, bajet tak mengizinkan. Apa yang aku makan, boleh tengok gambar kat bawah. Tu pun dah cukup menyelerakan bagi aku.
ikan bakar dan sambal yang sedap....makan sampai tinggal tulang beb

siput buluh masak sambal....sedapppp

sotong goreng tepung yang ranggup

penambah selera, petai bakar

ulam dan sambal belacan

menyejuk tekak aku, teh ais dan nescafe ais
Nampak sedapkan??? tu belum korang rasa lagi. Fuh terbaik. Kalau datang langkawi lagi, boleh repeat nih. Harap nanti owner restoran boleh la kasi discount sikit kat aku. Aku dah promote ikhlas dari hati ni...memang osem!!
Nak datang ke Restoran Desa Permata Ikan Bakar? Follow gps koordiant dan google map seprti dibawah:
gps koordinat : 6°19'44.4"N 99°51'43.0"E atau 6.329003, 99.861942

Makan Laksa Kuala Perlis Restoran Haji Abdul Ghani, Kuala Perlis

Restoran Haji Abdul Ghani, Kuala Perlis
Restoran Haji Abdul Ghani ni terletak betul-betul di hadapan Jeti Kuala Perlis, Jeti untuk ke Pulau Langkawi. Disebabkan tempatnya strategik, jadi restoran Jahi Abdul Ghani ni menjadi tempat persinggahan untuk penumpang-penumpang feri yang menunggu feri tiba. Jadi diorang layan makan dulu di sini.
terminal feri Kuala Perlis
Dekat restoran haji abdul ghani ni, bukan saja ada laksa kuala perlis, malahan ada banyak juga makanan lain. Antaranya ada nasi campur selera kampung, ada makanan petang, ada sarapan....
Laksa Kuala Perlis, Restoran Haji Abdul Ghani
Disebabkan makanan special di Perlis ni Laksa Kuala Perlis, jadi aku secara tak sengaja pun makan laksa kuala perlis di restoran ni. Rasanya sedap jugak. Recomended.
gps koordinat restoran haji abdul ghani : 6°23'54.4"N 100°07'41.9"E atau 6.398449, 100.128303