Restoran Mamak Azhar's Maju, Bandar Perda, Pulau Pinang


Restoran Azhar's Maju
Salah satu pilihan untuk korang la yang mana peminat-peminat tegar yang suka lepak di restoran mamak, ada satu restoran mamak yang baru bukak di Bandar Perda Pulau Pinang. Korang boleh makan nasi kandar atau pun nak makan relax-relax megi goreng ke apa....
lauk/makanan nasi kandar

standard minuman...mana saja kedai mamak musti mau order ni teh tarik
Kalau nak tahu location restoran Azhar's Maju ni dekat mana, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.
gps koordinat : 5°21'56.0"N 100°25'40.8"E atau 5.365561, 100.428002

Restoran Nasi Arab Al Haura (Al HAura Arabic Kopitiam), Bertam Kepala Batas

Restoran Nasi Arab Al Haura (Al HAura Arabic Kopitiam)
menu dekat screen kanuter Al Haura


Restoran Nasi Arab Al Haura ataupun Al Haura Arabic Kopitiam ni terletak di Bertam Kepala Batas. Restoran asal tempat restoran nasi arab ni adalah restoran BertamLicious. Al Haura Nasi Arab ni beroperasi 24 jam. Cara nak order plak ala-ala macam korang nak beli fast food, KFC, Mac Donald dan sebagainya. Antara menu menarik yang ada di Al Haura ni adalah seperti gambar sebelah dan dibawah.
senarai menu Restoran Nasi Arab Al Haura
Cara-cara nak order, korang pergi je kat kaunter, tengok menu dulu... Ada macam-macam set makanan yang boleh korang pilih. Lepas tu korang kena tunggu giliran korang la... Ada nombor giliran. Bila nombor korang dah naik, terus pergi ambil. Lepas tu korang kena ambil sendiri la pinggan, sudu jika korang nak makan di situ. Kalau take away, tak payah la nak ambil pinggan tu.
Jadi, menu yang aku pilih untuk makan di Al Haura ni adalah Nasi Arab Mix Grill + ice lemonade (combo family). Mix grill ni ayam campur dengan kambing
Nasi Arab Mix Grill + ice lemonade (combo family)

 ice lemonade 

habis licin kami bedal...sedapppppp
Kepada yang nak makan nasi arab ni, bolehlah berkunjung ke Restoran Nasi Arab Al Haura di Bertam Kepala Batas. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.
GPS koordinat : 5°31'03.3"N 100°26'56.8"E atau 5.517587, 100.449103


UPDATE TERKINI: restoran nasi Arab Al-Haura ni dah tak beroperasi (tutup) dan digantikan dengan Restoran Brader's Cafe - 'Chicken Chop Terbesaq'

Western Meat Cafe di Bertam Kepala Batas

Western Meat Cafe di Bertam Kepala Batas

Western Meat Cafe di Bertam Kepala Batas
Western Meat Cafe yang terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang ni merupakan salah satu restoran western food yang terdapat di sini. Ada banyak lagi restoran western food area-area Bertam ni.
Di sini segala macam kebanyakan menu western ada disediakan. Kalau nak makan yang mix macam-macam korang boleh try macam menu yang aku makan cam dalam gambar dibawah ni.
ni menu yang aku makan (nama menu tak ingat...hihiihi)
Menu-menu lain boleh tengok dalam gambar-gambar menu dibawah yang aku sempat snap.
menu 1 - western meat cafe

menu 2 - western meat cafe

menu 3 - western meat cafe

air minuman (ni yang aku order)
Nak pergi Western Meat Cafe ni, boleh follow direction sperti di bawah.
gps koordinat : 5°30'59.0"N 100°27'06.0"E atau 5.516374, 100.451674

Makan tengahari di ZJ bahagia restoran permatang pauh

 ZJ bahagia restoran permatang pauh
Restoran ZJ Bahagia yang terletak Kampug Pertama, Permatang Pauh sering menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini. Senang je nak cam Restoran ZJ Bahagia ni sebab restoran makan tengahari ni terletak betul-betul sebelah kubur Masjid Batu. Keadaan waktu tengahari di sini agak pack sikit dengan kunjungan orang ramai, tambahan pulak restoran ZJ Bahagia ni dekat jalan utama.
banyak pilihan lauk makan tengahari

tempat makan agak terhad jugak la
Pilihan makanan sangat banyak di restoran ZJ Bahagia ni. Rasanya sebab tu la kot ianya sering menjadi tumpuan orang ramai biarpun sebenarnya agak panas jugak la kalau makan di dalam restoran ni. Selain juadah masakan yang pelbagai, restoran ZJ juga ada ikan bakar dan ayam bakar.
keli bakar

nasi campur
kalau korang rasa cam nak singgah ke restoran ZJ ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°23'26.0"N 100°25'04.1"E atau 5.390547, 100.417817

Gerai Hussin Lee Abdullah, hentian RNR Tapah arah utara

Gerai Hussin Lee Enterprise
Kalau singgah RNR Tapah arah utara, boleh la try makanan di gerai Hussin. Banyak makanan cina ada yang sedap-sedap ada di sini. Senarai menu yang ada di gerai Hussin Lee Abdullah boleh tengok gambar di bawah.
senarai menu gerai hussin Lee Abdullah

Din Mamu Nasi Kandar, Jalan Bani, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam

Din Manu Nasi Kandar, Kampung Jalan Kebun

Din Manu Nasi Kandar, Kampung Jalan Kebun
Din Mamu Nasi Kandar ni terletak di Jalan Bani, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Tapi aku pun konpius, Shah Alam ke Klang, hahahahha. Tapi dalam google map tulis Shah Alam, so aku pun Shah Alam la jugak. Sebenarnya Kampung Jalan Kebun ni sempadan je Shah Alam - Klang.
Bagi korang yang rindu nasi kandar penang yang duduk area sini, boleh la datang untuk mengubat rindu korang tu. Rasanya ok la dengan kuah campur yang bukan kita yang campur sendiri.
nasi kandar.......Din Mamu Nasi Kandar
Kepada korang yang nak makan di Din Mamu Nasi Kandar ni, boleh la ikut gps koordinat dan google map yang aku share kat bawah ni.
gps koordinat : 2°57'57.4"N 101°32'14.4"E atau 2.965944, 101.537337

Western food di QIDOT CAFE, Telok Panglima Garang

Qidot Cafe Telok Panglima Garang

ramai orang sedang makan di Qidot Cafe
Ramai yang ingat cafe nih hanya serve Western food jeh yelah nampak macam kedai mahal jeh kan haha so cliche! Sebenarnya bukan setakat Western Foods je, Korean food and Malay. Harga pun standard lah untuk jenis kedai macam nih, tak mahal tak murah gittewww

''Okay, dah sampai qidot cafe boleh terus masuk and duduk kat meja yang korang suka. Nak tepi tingkap ke kat tengah ke nak hadap tv ke nak hadap cashier eh suka hati hang lah kan haha Setiap meja dah ade disediakan menu. So sila belek belek menu and pilih makanan yang anda terliur. Then lepas dah decide nak makan apa nak minum apa, boleh straight pergi ke kaunter and order. Bawak duit sekali tau sebab cafe nih amalkan konsep order-bayar dan baru makanan akan di serve. Settle bayar, anda akan diberi nombor untuk dipacak kan di meja so nati senang lah nati waiter tuh nak hantar makanan, tengok jeh kat nombor yang terpacak atas meja tuhh''

Ayat kat atas tu aku cedok dari salah sorang blogger yang datang review ke Qidot Cafe ni. Masa tu tahun 2018, dah lama dah. Sekarang boleh makan dulu bayar kemudian. Masa aku datang la. Biasanya kalau orang datang ke sini, menu western la feveret. Banyak menu menu menarik yang korang boleh cuba di sini.
Pizza

cappuccino

nachos
Menu tu aku just order untuk makan santai-santai jer. Antara menu lain, korang boleh rujuk menu diorang.
Qidot's special burger

antara menu-menu di Qidot Cafe
Jika korang nak datang ke Qidot Cafe, boleh rujuk gps koordinat dan google map seprti di bawah.
gps koordinat : 2°55'45.0"N 101°28'22.8"E atau 2.929176, 101.472999