Jalan-jalan melawat muzium kapal selam di Klebang, Melaka

Muzium Kapal Selam, Klebang Melaka
Secara ringkasnya, Kapal Selam SMD Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan untuk krew-krew kelas Perdana Menteri Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 milik bekas tentera laut Perancis adalah tremasuk dalam kontrak pembelian kapal selam kelas Perdana Mentari bernilai RM3.4 billion. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakanpada 7 oktober 2011 dan tiba di peraiiran Melaka pada 12 Novemver 2011.
kapal selam pandangan depan

kapal selam pandangan belakang
Fokus utama Pameran dan peragaan muzium kapal selam iniialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita. 
Para pengunjung boleh menaiki kapal selam tersebut dan merasai sendiri suasana sebenar berada di dalam kapal selam.
ruang pelancar torpedo
katil tidur krew betul-betul atas tempat simpanan torpedo
lorong laluan dalam kapal selam
dapur kapal selam
ruang makan kapal selam
bilik kawalan
Banyak lagi lah benda-benda menarik yang korang boleh explore dalam kapal selam ni. Selain tu ada juga dua jet pejuang jenis F5E tiger II dan Skyhawk dipamerkan berdekatan dengan kapal selam ni.
jet pejuang jenis F5E tiger II dan Skyhawk 
Kalau nak naik kereta kuda pun ada disediakan di sini, tapi kena bayar la.
kereta kuda
Boleh tengok video dibawah ni yang menunjukkan keadaan sekeliling kapal selam.

Kepada yang nak datang berkunjung ke muzium kapal selam ni, boleh datang ke Klebang, Melaka. Aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 2°12'40.6"N 102°11'48.0"E atau 2.211266, 102.196667

Makan roti canai kayu arang famous di Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka

roti canai dimasak menggunakan kayu arang
Sarapan pagi di Warung roti canai kayu arang yang terletak di Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka memang rare dari yang lain. Apatahnya, cara diorang masak roti canai mengunakan dapur arang bukan dapur gas pada kebiasaanya. Dengar nama pun dah unik 'roti canai kayu arang', so berdoyon-doyon la manusia nak mencuba makan roti canai ni, tambah-tambah pulak kalau cuti sekolah atau cuti umum yang panjang. Penuh kedai beb.
ramai orang di warung roti canai kayu arang
roti yang selalu orang order adalah roti canai dol. Kenapa dol? aku pun tak tahu..hahaha.. roti canai dol ni atas roti canai diletak dua biji telur goyang yang ohsem. Tengok gambar dibawah ni camna rupanya roti canai dol.
roti canai dol
Selain roti canai, ada juga makanan-makanan lain yang dijual disekeliling warung roti canai kayu arang ni. Sambil tunggu roti canai sampai, makan yang lain dulu. Datang sini mestilah makan roti canai la kan....
Kalau ramai orang yang tak best tu, orang akan tunggu sebelah meja kita untuk tunggu giliran nak duduk. So, kalau korang dah habis makan, jangan dok lepak lama sangat kat meja tu, kasi orang lain pulak nak makan.
Boleh tengok video dibawah ni keadaan warung roti canai kayu arang waktu ramai orang datang.

roti canai biasa

lotong sambal

otak-otak

pelbagai jenis kuih
Ok lah, kolau korang nak datang sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang. Korang boleh parking tepi jalan je atau korang kena masuk kampung sikit. Ada kawasan parking disediakan khas untuk pelanggan-pelanggan roti canai kayu arang ni.
arah parking roti canai kayu arang

kawasan parking roti canai kayu arang
gps koordinat warung roti canai kayu arang, Melaka : 2°13'16.5"N 102°14'21.9"E atau 
2.221253, 102.239418

Restoran masakan ala-thai di Mama Seafood, Melaka

Restoran Mama Seafood, Jalan Tun Mamat, Kampung Morten, Melaka

Restoran Mama Seafood, Jalan Tun Mamat, Kampung Morten, Melaka
Kalau nak makan malam masakan ala thai di tengah-tengah bandar Melaka, korang boleh la cari restoran Mama Seafood yang terletak di Jalan Tun Mamat, Kampung Morten, Melaka. Masakan di sini memang style masakan ala thai la... korang nak makan siakap tiga rasa ke, apa ke boleh la try di sini. Tapi aku makan yang biasa-biasa saja... al maklum la tak cukup bajet..hihihii
nasi goreng ayam

sotong masak halia

sup ayam
itu je yang aku makan.... tapi yang tu pun terbaik sedap.. terutamanya sup ayam tu.. rare la sikit sebab ada taugeh dalam sup... kalau waktu cuti sekolah ke, cuti umum, penuh jugak la orang dalam restoran ni.
Kalau korang nak datang ke restoran Mama Seafood ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
gps koordinat : 2°12'13.7"N 102°14'57.7"E atau 2.203793, 102.249365

Nasi Ayam Corner, Arowana, Permatang Pauh

Nasi Ayam Corner, Arowana, Permatang Pauh

Nasi Ayam Corner, Arowana, Permatang Pauh
Satu lagi tempah di Permatang Pauh, berdekatan Taman Arowana berhampiran dengan exit highway Permatang Pauh, ada satu kedai Nasi Ayam Corner. Dekat sikit, korang boleh makan nasi ayam yang sempoi. Selain tu ada juga makanan lain yang berasakan sup-sup seperti bihun sup, mee sup, koay teow sup dan sebagainya. Nak makan sup saja pun boleh.... sup kaki ayam pun ada.
Ayam 'nasi ayam'

nasi 'nasi ayam'
Nampak sedapkan? meh la datang ke sini. Cuma rasa sendiri.
sup kaki ayam
berani makan sup kaki ayam???? hahahaha.... setengah orang geli nak makan. Tapi bagi setengah yang lain sup kaki ayam ni memang feveret laaa....
Disertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°24'37.6"N 100°24'40.9"E atau 5.410442, 100.411351

Mudahnya nak buat pembayaran dengan menggunakan eWallet

Zaman sekarang ni, eWallet dah mula mendapat tempat dihati para pengguna. Cuma tidak secara menyeluruh lagi... Kedai-kedai sekarang pun dan mula terima pembayaran melalui kaedah eWallet ni. Ada dua apps yang famous sekarang ni yang orang selalu pakai iaitu Touch n Go eWallet dan Boost. Aku guna Touch n Go eWallet, so kat sini aku nak tunjuk la cara-cara nak bayar guna Touch n Go eWallet. Guna Boost pun lebih kurang jugak la caranya.
Touch n Go eWallet
Mula-mula sekali, korang kena ada akaun eWallet lah. Korang cari je dalam apps store sama ada android atau apple. Pasti ada. Kemudian, korang download apps tersebut. Ikut step-step untuk register. Touch n Go eWallet ni biasanya orang download sebab senang nak bayar tol.
kedai yang terima cara pembayaran eWallet
Then, kalau nak pakai eWallet, kena la cari kedai yang terima kaedah pembayaran ni. Tanya diorang ada ke tidak kaedah eWallet ni, ataupun korang tengok stiker macam gambarkat atas tu. 
Cara nak bayar guna eWallet mudah jer.
1. Klik icon Touch N Go EWallet dalam henset android/apple korang.
klik icon Touch n go eWallet
2, Klik pada 'pay' ataupun 'scan'.
klik pay (dalam bulatan merah)
3. Tunjuk QR code dekat cashier. Nanti cashier akan scan menggunakan mesin khas diorang. COntohnya macam gambar di bawah ni.
scan QR code eWallet
3. Bila dah settle pembayaran. Cahsier akan keluarkan resit dan dalam akaun eWallet korang, korang akan dapat notification macam gambar di bawah ni yang menandakan pembayaran korang telah pun selesai.
pembayaran selesai
Senangkan??? So apa lagi, top up ler eWallet korang...hahahahahhahaha 

Makan malam di Nurul Ikan Bakar Special, Sungai Petani

Restoran Nurul Ikan Bakar Special, Sungai Petani
Restoran Nurul Ikan Bakar Special yang pertama aku pergi ada di Pulau Pinang. Nurul Ikan Bakar di  Pulau Pinang dekat je dengan jabatan pertama Pulau Pinang. Tapi kali ni aku singgah lagi di Nurul Ikan Bakar Special, tapi bukan di Pulau Pinang, tapi di Sungai Jagung, Sungai Petani, Kedah. Maknanya yang ni adalah cawangannya la. Makanan di sini lebih kurang sama je dengan yang terlatak di Pulau Pinang.
Nurul Ikan Bakar Special, Sungai Petani
Banyak makanan laut yang fresh yang korang boleh pilih sendiri. Ada juga yang masih hidup seperti ketam-ketam yang dibiarkan berenang-renang dalam akuarium. Bila ada order dari customer baru di tangkap untuk dimasak.
ikan-ikan, sotong dan sebagainya yang fresh

kerang, kepah pun nampak sempoi
Selain dari makanan set seperti siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, sayur-sayur, dan lain-lain lagi, di Nurul Ikan Bakar juga ada menu goreng-goreng. Tapi kebiasanya kalau orang datang ke sini, semuanya nak makan masakan seafood yang fresh. 
Tapi terjahan aku kali ni takde la aku nak order yang set...tak cukup bajet..hihihihi
nasi goreng USA

sotong masak halia

sotong goreng tepung

sup ayam

tak lupa jugak, sambal belacan
Kepada warga Sungai Petani, tak perlu bersusah payah untuk makan di Restoran Nurul Ikan Bakar Special yang di Pulau Pinang. Di Sungai Petani pun ada. Ada di Sungai Jagung. Boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.
gps koordinat : 5°39'21.7"N 100°27'56.0"E dan 5.656019, 100.465545

Makan tengahari di Kedai Kopi Pak Chin, Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh

Kedai Kopi Pak Chin

Kedai Kopi Pak Chin
Kedai Kopi Pak Chin, boleh la korang set salah satu destinasi makan tengahari korang di Permatang Pauh. Kedai Kopi Pak Chin terletak di Kampung Bagan Serai, nak dekat-dekat Simpang Arowana. Lauk-lauk makan tengahari pun sedap-sedap. Di tempat yang sama juga, waktu malam, biasanya buka jam 6 petang, ada kedai char koay teow pulak kat sini. Nama kedai char koay teow tu adalah Tok Hery Char Koay Teow. Nanti lain masa aku review plak Tok Hery Char Koay Teow ni.
antara lauk-lauk Kedai Kopi Pak Chin

nasi campur

nasi campur
Lokasi Kedai Kopi Pak Chin ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.
gps koordinat : 5°24'24.6"N 100°24'52.8"E atau 5.406841, 100.414656