Makan burger di Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

nak order ala-ala restoran makanan fast food yang lain
Restoran 21 grilled yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak adalah salah satu restoran fast food yang ada di Ipoh. Restoran 21 Grilled ni menyediakan makanan burger sebagai menu utama di sini. Cara nak order makanan pun macam restoran fast food yang lain. Antara menu-menu yang ada di Restoran 21 Grilled ni, boleh rujuk dalam gambar-gambar di bawah:
menu 1, 21 grilled

menu 2, 21 grilled

menu 3, 21 grilled
Restoran ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3). Sebagai bukti JJCMTV3 pernah hadir dan reviewed restoran 21 grilled, ada tergantung plate JJCMTV3 disebelah dengan kaunter restoran 21 grilled.
Plate Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Di Restoran 21 Grilled ni, aku try makan beef burger dan fries cheezy. Tinggi dan sedap pulak burger yang aku order tu. Sedap pun sedap.
beef burger

fries cheezy
Air di restoran ni adalah air bergas seperti pepsi, coca-cola yang sebagainya. Tapi kalau korang nak minum cuppacino ke, mocha ke, betul-betul kat depan restoran ni ada kiosk yang jual kopi tersebut dan boleh minum dalam restoran 21 grilled.
kiosk coffee & cocoa Original Taste (21 CO)

mocha
Kepada yang nak datang ke Restoran 21 Grilled, boleh lah cari di Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°35'41.1"N 101°07'37.9"E atau 4.594752, 101.127195

Lan's Corner Ikan Bakar, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Kalau korang ada di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah di Lan's Corner Ikan Bakar. Mula beroperasi seawal jam 5 petang, Setiap hari kecuali hari Selasa cuti. Tapi kalau cuti umun dan cuti sekolah, Selasa pun diorang buka.
Lan's Corner Ikan Bakar, Tanjung Bungah

Lan's Corner Ikan Bakar, Tanjung Bungah
Aku pun google je nak cari kedai makan yang sedap-sedap area Tanjung Bungah. Aku check in di Rainbow hotel Tanjung Bungah, malas nak jalan jauh-jauh untuk makan malam. Ramai juga orang datang ke Lan's Corner Ikan Bakar ni. Parking agak terhad jugak la. Boleh parking je ditepi-tepi jalan or kalau nasib baik, boleh la parking depan kedai (ada lorong masuk ke dalam, macam bukit sikit).
Menu yang aku pilih adalah menu set A iaitu siakap sederhana, lala, sotong goreng tepung, kailan ikan masin.... Set A ni untuk hidang 2 orang makan. Kalau korang datang ramai, pilih la set yang besar sikit.
siakap tiga rasa

sotong goreng tepung

lala masak sambal

kailan ikan masin

telur dadar
Makan malam aku kat Lan's Corner Ikan Bakar ni, pada aku memang sedap la... terbaik. tambahan pula masa aku datang tu hujan, perut pun lapar, lagi lah bertambah nikmat makan. Layan pulak dengan nescafe tarik dan nescafe ais.....
nescafe tarik dan nescafe ais
Antara menu-menu lain yang ada, boleh rujuk dalam buku menu seperti dibawah:
set-set makanan

menu lan's corner ikan bakar

menu lan's corner ikan bakar

menu lan's corner ikan bakar
Kepada yang nak datang ke Lan's Corner Ikan Bakar Tanjung Bungah ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dah google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°27'54.3"N 100°16'54.5"E atau 5.465088, 100.281803

Makan Laksa di De Licious Laksa, Bertam, Kepala Batas

De Licious Laksa, Bertam Kepala Batas

De Licious Laksa, Bertam Kepala Batas
Restoran De Licious Laksa ni terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Bersebelahan dengan De Licious Laksa ni adalah restoran steambot. Antara menu laksa di De Licious Laksa ni adalah laksa asam, laksa asam special dan asam fishball.
menu De Licious Laksa
Nak beli bungkus boleh, nak makan di situ pun boleh.
laksa asam bungkus
Lokasi restoran De Licious Laksa ni adalah, korang boleh rujuk gps koordinat dan juga google map seperti dibawah:
gps koordinat : 5°30'54.7"N 100°26'54.5"E atau 5.515203, 100.448457

Warung roti canai dan kuih muih sarapan pagi, Permatang Saga, Kepala Batas

Warung roti canai dan kuih muih, Permatang Saga

pelbagai kuih muih
Warung ni terletak di Permatang Saga, Kepala Batas. Nampak macam warung ni sentiasa dikunjungi oleh orang ramai yang tercari-cari sarapan pagi di kawasan sekitar Permatang Saga ni. Banyak kuih muih yang ada disini. Nasi lemak pun ada jugak.
roti canai banjir

Telur separuh masak
Kalau taknak makan kuih, boleh layan roti canai. Roti canai pun ok gak la. Tapi yang macam best sikit, telur separuh masak diorang. Diletakan dalam cawan kaca. Telur yg cun-cun separuh masak...memang padu.
Lokasi warung ni adalah seperti dibawah:
5°33'18.1"N 100°30'09.7"E atau 5.555030, 100.502680

Shopping dan makan-makan di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan

gerai-gerai jualan di Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan
Bukit Bunga di daerah Tanah Merah, Kelantan ni, Kalau kita dari negeri-negeri sebelah utara, tempat ni adalah persinggahan terakhir untuk shopping sebelum naik bukit membelah banjaran titiwangsa menuju ke Gerik, Perak. Kebiasaannya, apabila tiba waktu cuit sekolah ataupun cuti-cuti umum yang lain, Bukit Bunga akan dibanjiri oleh ramai orang dan kebanyakannya orang luar dari Kelantan.
Disebabkan Bukit Bunga ini juga berdekatan dengan Thailand, banyak juga produk-produk jualan barangan thailand ada di Bukit Bunga.
antara produk-produk jualan di gerai di Bukit Bunga
Kalau nak makan, ada juga warung-warung berdekatan yang boleh korang cuba makan. Kebanyakan makanan ala-thai la. Aku singgah juga la disalahsatu warung yang ada di Bukit Bunga ni. Warung tu ada sup-sup dan sup yang rare disini adalah sup belut. Mesti mau try!
sup belut

megi sup daging

paprik

nasi goreng kampung
Kepada yang berkunjung ke Kelantan melalui leburaya utama timur barat yang menghubungkan Kelantan dengan Perak, korang wajib singgah di Bukit Bunga. Destinasi persinggahan shopping terakhir sebelum pulang ke tempat masing-masing. Lokasi Bukit Bunga adalah seperti berikut:
gps koordinat : 5°50'07.7"N 101°54'06.9"E atau 5.835464, 101.901914

Makan di Hotel UiTM Dungun, Terengganu

Hotel UiTM Dungun, Terengganu
Jalan-jalan terengganu, jika sampai di Dungun, boleh la makan-makan di Hotel UiTM Dungun. Tapi biasalah kan....harga pun harga hotel la juga. Memang mahal dari warung-warung biasa. Tapi dari segi rasa makanan di sini, menang sedap dan berbaloi.
lamb chop

deep fried ice cream

chicken fried rice

beef black pepper fried rice

D'molek club sandwich

mushroom soup with garlic bread

mocha
Boleh la kalau nak cuba makan di hotel ni. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagia rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°42'28.3"N 103°26'27.8"E atau 4.707851, 103.441051

Makan tengahari di Restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu

restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu

restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu
Masakan kampung sangat menyelerakan. Di Terengganu makanan tradisi seperti ikan singgang biasanya di makan bersama budu. acam pelik sikit kan, tapi itu la yang orang terengganu suka. Restoran Singgang Budu merupakan salah satu tempat makan yang menyajikan masakan ala kampung citarasa pantai timur dan merpakan tempat makan menarik di Kuala  Terengganu.
Perniagaan yang diusahakan secara perkongsian antara Zulkalmul dan Mohd Luqman ini memilih juadah masakan tradisional Terengganu sebagai menu utama restoran mereka. Anda pasti akan terpikat dengan masakan tradisiinal Terengganu ini. Walaupun ringkas tetapi ianya dapat membuka selera sesiapa sahaja yang meminati masakan ala kampung.
Ikan atau sotong masak singgang dengan gulai jernih dan aroma dicampur rebusan air bersama beberapa ramuan wajib, iaitu kunyit hidup, halia, bawang putih dan lengkuas ternyata membangkitkan selera.
ikan singgang
Hidangan singgang ni akan lebih menarik jika di hidangkan dengan hidangan/lauk lain seperti dengan ikan rebus ke, atau hidangan-hidangan yang lain. Jangan dilupa BUDU.
pelbagai hidangan/lauk yang ada

ulam-ulam, budu, sambal
Oklah....jika korang datang ke Kuala Terengganu, singgah-singgah la ke Restoran Singgang Budu ni. Sebagai rujukan untuk korang, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°19'42.5"N 103°08'10.5"E atau 5.328458, 103.136253

Pasar Kedai Payang baru 2019, Kuala Terengganu

Pasar Payang, Kuala Terengganu

Pintu masuk Pasar Payang
Pasar Kedai Payang @ Pasar Payang di Kuala Terengganu sememangnya popular bukan saja dikalangan penduduk tempatan malahan menjadi destinasi persinggahan orang luar yang berkunjung ke Kuala Terengganu. Namun nostalgia Pasar Payang yang lama mungkin agak terencat sikit sebabnya Pasar Payang yang lama telah pun dirobohkan dan diganti dengan Pasar Payang yang baru pada tahun 2019. So, start dari 2019, Pasar Payang adalah di bangunan baru seperti gambar di atas. Kalau korang nak tengok bagaimana Pasar Payang bangunan lama boleh ke link ni.
barang makanan kering (keropok, kacang dan lain-lain)

barangan kain baju....
Barangan peralatan dapur

telur penyu
Pasar Payang yang baru ni nampak lebih tersusun dan cantik sikit la dari yang lama tu. Ada banyak barang jual sebenarnya di sini, dari barang kering hingga ke barangan basah. Yang rare di Pasar Payang ni yang mungkin tiada di tempat lain adalah telu penyu. Di sini ada jual telur penyu.
Kalau dah penat berjalan, shopping, boleh singgah dekat food court dalam Pasar Payang ni. Macam-macam ada....
antara kedai makan dalam Pasar Payang
Kepada yang datang ke Pasar Payang ni, bagi yang dah biasa datang Pasar Payang bangunan lama, korang datang je ikut arah yang korang dah tahu tu, sebab Pasar Payang baru ni bersebelahan je dengan Pasar Payang yang lama. Bagi yang tak biasa sampai, disertakan di sini gps koordinat dan google map Pasar Payang Kuala Terengganu.
Gps Koordiant : 5°20'14.8"N 103°08'09.6"E atau 5.337435, 103.136009