Restoran Kari Corner, Nibong Tebal, Pulau Pinang

kari kepala ikan

restoran Kari Corner, Nibong Tebal
Restoran Kari Corner yang beralamat di Kampung Permatang Keling, 14300, Nibong Tebal, Pulau Pinang, boleh la dijadikan destinasi makan tengahari korang jika berkunjung ke Nibong Tebal. Nibong Tebal ni adalah sempadan negeri Perak. Kalau korang ke depan sikit, dah masuk ke Parit Buntar, Perak. Jadi orang Perak pun boleh datang ke sini. Drekat jer...orang Perak Utara la dekat sikit.
Walaupun nama restoran ni Kari Corner, bukan la semua menunya kari semata-mata. Ada kari yang best kalau korang nak cuba iaitu kari kepala ikan dan kari ikan sembilang. Belah utara ni panggil kari tu gulai. Lebih sinonim dengan gulai kepala ikan dan gulai ikan sembilang.
ruang yang agak luas dan selesa

beratur untuk ambil nasi putih


Di Restoran Kari Corner ni, ruang makan agak luas dan selesa. Tak panas sangat(masa aku pergi). Kawasan parking untuk pelanggan pun agak luas dan memudahkan para pelanggan diorang.
Banyak juga menu lain selain kari, pelbagai masakan tengahari ada di sini. Selain tu, ikan bakar pun ada jugak di sini. Sedap juga semua masakan dan lauk pauk di Restoran Kari Corner ni. Sesuai di makan bersama keluarga.
antara masakan/ulam-ulaman yang ada

boleh pilih pelbagai jenis masakan/lauk pauk tengahari

ikan/ayam/daging/ bakar
Banyak kan menu di Restoran Kari Corner? Rambang mata nak pilih. Daripada banyak-banyak menu tu aku pilih untuk makan gulai/kari ikan sembilang dan juga talapia bakar. Memang sedap.
nasi, ulam dan kari sembilang

nasi, sayur, kuah kari

ikan talapia bakar
Kepada yang nak datang ke restoran Kari Corner ni, boleh la cari alamat seperti yang aku dah cakap tu. Untuk lebih memudahkan lagi korang nak cari restoran kari corner ni, aku sertakan disini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 5°08'02.5"N 100°28'11.0"E atau 5.134019, 100.469709

No comments:

Post a Comment