Makan di Hotel UiTM Dungun, Terengganu

Hotel UiTM Dungun, Terengganu
Jalan-jalan terengganu, jika sampai di Dungun, boleh la makan-makan di Hotel UiTM Dungun. Tapi biasalah kan....harga pun harga hotel la juga. Memang mahal dari warung-warung biasa. Tapi dari segi rasa makanan di sini, menang sedap dan berbaloi.
lamb chop

deep fried ice cream

chicken fried rice

beef black pepper fried rice

D'molek club sandwich

mushroom soup with garlic bread

mocha
Boleh la kalau nak cuba makan di hotel ni. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagia rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°42'28.3"N 103°26'27.8"E atau 4.707851, 103.441051

Makan tengahari di Restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu

restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu

restoran Singgang Budu, Kuala Terengganu
Masakan kampung sangat menyelerakan. Di Terengganu makanan tradisi seperti ikan singgang biasanya di makan bersama budu. acam pelik sikit kan, tapi itu la yang orang terengganu suka. Restoran Singgang Budu merupakan salah satu tempat makan yang menyajikan masakan ala kampung citarasa pantai timur dan merpakan tempat makan menarik di Kuala  Terengganu.
Perniagaan yang diusahakan secara perkongsian antara Zulkalmul dan Mohd Luqman ini memilih juadah masakan tradisional Terengganu sebagai menu utama restoran mereka. Anda pasti akan terpikat dengan masakan tradisiinal Terengganu ini. Walaupun ringkas tetapi ianya dapat membuka selera sesiapa sahaja yang meminati masakan ala kampung.
Ikan atau sotong masak singgang dengan gulai jernih dan aroma dicampur rebusan air bersama beberapa ramuan wajib, iaitu kunyit hidup, halia, bawang putih dan lengkuas ternyata membangkitkan selera.
ikan singgang
Hidangan singgang ni akan lebih menarik jika di hidangkan dengan hidangan/lauk lain seperti dengan ikan rebus ke, atau hidangan-hidangan yang lain. Jangan dilupa BUDU.
pelbagai hidangan/lauk yang ada

ulam-ulam, budu, sambal
Oklah....jika korang datang ke Kuala Terengganu, singgah-singgah la ke Restoran Singgang Budu ni. Sebagai rujukan untuk korang, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°19'42.5"N 103°08'10.5"E atau 5.328458, 103.136253

Pasar Kedai Payang baru 2019, Kuala Terengganu

Pasar Payang, Kuala Terengganu

Pintu masuk Pasar Payang
Pasar Kedai Payang @ Pasar Payang di Kuala Terengganu sememangnya popular bukan saja dikalangan penduduk tempatan malahan menjadi destinasi persinggahan orang luar yang berkunjung ke Kuala Terengganu. Namun nostalgia Pasar Payang yang lama mungkin agak terencat sikit sebabnya Pasar Payang yang lama telah pun dirobohkan dan diganti dengan Pasar Payang yang baru pada tahun 2019. So, start dari 2019, Pasar Payang adalah di bangunan baru seperti gambar di atas. Kalau korang nak tengok bagaimana Pasar Payang bangunan lama boleh ke link ni.
barang makanan kering (keropok, kacang dan lain-lain)

barangan kain baju....
Barangan peralatan dapur

telur penyu
Pasar Payang yang baru ni nampak lebih tersusun dan cantik sikit la dari yang lama tu. Ada banyak barang jual sebenarnya di sini, dari barang kering hingga ke barangan basah. Yang rare di Pasar Payang ni yang mungkin tiada di tempat lain adalah telu penyu. Di sini ada jual telur penyu.
Kalau dah penat berjalan, shopping, boleh singgah dekat food court dalam Pasar Payang ni. Macam-macam ada....
antara kedai makan dalam Pasar Payang
Kepada yang datang ke Pasar Payang ni, bagi yang dah biasa datang Pasar Payang bangunan lama, korang datang je ikut arah yang korang dah tahu tu, sebab Pasar Payang baru ni bersebelahan je dengan Pasar Payang yang lama. Bagi yang tak biasa sampai, disertakan di sini gps koordinat dan google map Pasar Payang Kuala Terengganu.
Gps Koordiant : 5°20'14.8"N 103°08'09.6"E atau 5.337435, 103.136009

Pak Su Keropok Losong, Kuala Terengganu

Pak SU Keropok Losong, Kuala Terengganu
Nak cari keropok losong di Kuala Terengganu, boleh la cari Pak Su Keropok Losong. Ada banyak sebenarnya Pak Su Keropok Losong di Kuala Terengganu ni. Gambar kat atas tu adalah salah satu kedai Pak Su Keropok Losong di Kuala Terengganu ni.
pekerja-pekerja sedang buat keropok
Ada banyak pilihan keropok di sini. Boleh la korang membeli belah keropok-keropok.......



Sarapan di Warung Nasi Bajet, Kuala Terengganu

Warung Nasi Bajet, Kuala Terengganu
Saja je aku nak up Warung Nasi Bajet Kak ni. Warung ni taklah se femes kedai-kedai makan yang viral ke apa ke... Cuma aku nak cakap sarapan di sini memang sedap dan juga murah sesuai dengan nama warung pi Nasi Bajet.
Selain lauk pauk ataupun masakan yang banyak (sesuai la dengan warung), korang diberi pilihan sama ada nak makan nasi putih (biasa), nasi lemak ataupun nasi minyak. Aku pilih nasi minyak sebab agak rare la aku rasa untuk makan nasi minyak waktu sarapan pagi. Mungkin orang terengganu dah biasa kot.
3 jenis nasi bersama pelbagai pilihan lauk/masakan

nasi minyak bersama lauk paru sambal, telur mata, sambal dan sedikit budu
Ok lah, kalau korang nak singgah ke warung kak ni, Warung Nasi Bajet, aku sertakan disini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat: 5°24'04.1"N 103°05'30.5"E atau 5.401135, 103.091810

DAPO PATA tempat makan Kontena di Kuala Terengganu

Dapo Pata Kontena

banyak kedai makan di Dapo Pata

Dapo Pata Kontena Tok Jembal di Kuala Terengganu ni boleh lah nak jadikan lokasi pesinggahan korang jika ke Kuala Terengganu. Di sini banyak kedai makan yang menggunakan 100% kontena sebagai tempat makan. Kontena yang di ubahsuai menjadi gerai-gerai makanan. Tempatnya cantik dengan lampu-lampu mentol pada waktu malam. Tapi masa aku datang ni hujan daaaaa.....jadi pergerakkan aku agak terbatas la sikit. Lagi pun bila hujan ruang-ruang yang berbumbung agak terhad sikit. Kebanyakkannya 'open air'..
Gerai Aroy Kitchen - original thai food
Disebabkan hujan masih tak berhenti, jadi aku terjah je ke gerai Aroy Kitchen yang menyediakan masakan original thai food. Ada la sikit bumbung tempat berteduh sambil makan-makan.
nasi sriracha ayam

nasi padkrapav ayam

nasi buttermilk
Itu adalah antara menu yang aku try malam tu. Memang lain macam sikit menu. Gerai-gerai lain di Dapo Pata ada juga yang menarik dan best2. Jika korang datang boleh la explore makanan di sini.
antara gerai-gerai kontena
Jika korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°23'55.2"N 103°06'13.0"E atau 5.398673, 103.103601

Makan Ikan/Sotong/Udang Celup Tepung di Warung Pok Nong, Kuala Terengganu

Warung Pok Nong, Kuala Terengganu


Warung Pok Nong di Kuala Terengganu memang selalu menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung terutamanya dari luar Kuala Terengganu untuk menikmati makanan laut celup tepung seperti sotong celup tepung, udang celup tepung dan ikan celup tepung.
Kedudukan Warung Pok Nong yang strategik dan berhadapan dengan laut menjadi nilai tambah kepada ramainya pengunjung ke sini, di samping tempat parking juga disediakan.
Alamat lengkap Warung Pok Nong adalah seperti berikut : 
Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Warung Pok Nong Bertentangan dengan laut
Buka setiap hari kecuali hari Selasa, bermula dari pukul 3.30 petang hingga ke 8 malam. Manusia sentiasa penuh dalam warung Pok Nong ni, lagi-lagi waktu cuti hujung minggu atau cuti umum. Dah sampai tu, cepat-cepat beratur. Sebabnya nak ambil seafood celup tepung layan diri. Lambat beratur nanti habis...kena tunggu next batch plak (tengah goreng).
Sotong celup tepung

udang celup tepung

ikan celup tepung
Perghhhhh!!! memang padu! jarang tak padu, terutamanya sotong celup tepung. Sotong yang besar, ranggup dan menyelerakan... Begitu juga dengan ikan dan udang...rasa fresh dari laut. Kalau datang ke Kuala Terengganu, korang wajib datang sini. Recommended.
Beratur, layan diri untuk ambil seafood celup tepung

pandangan dari sudut dalam Warung Pok Nong
Kepada yang nak datang ke Warung Pok Nong ni, aku memang rekomen. Sedap. Padu. Terbaik. Aku sertakan untuk korang gps koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°25'40.4"N 103°04'22.6"E atau 5.427897, 103.072930

Singgah makan di Hentian Rehat Titiwangsa, Gerik-Jeli (Timur-Barat Highway, Gerik, Perak)

Kepada sesiapa saja yang pernah lalu di Jalan Gerik, Perak-Jeli, Kelantan (Timur-Barat Highway, 33300 Gerik, Perak) pasti akan bertemu dengan Hentian Rehat Titiwangsa. Itulah satu-satunya hentian rehat yang ada di jalan Gerik-Jeli tersebut. Tempat yang ada luas dan pastinya korang akan merasai angin sejuk kerana hentian ini berada di puncak banjaran titiwangsa. Singgah untuk ke tandas, untuk solat di surau dan aktiviti yang lainnya adalah mengisi perut dengan makanan-makanan yang dijual di restoran Amiza Titiwangsa di hentian rehat ni.
 restoran Amiza Titiwangsa

Restoran Amiza Titiwangsa satu-satunya restoran yang ada di Hentian Titiwangsa ni. Makanan yang paling disukai ramai adalah nasi lemak, nasi kerabu dan nasi ayam. Nasi lemak yang menyebabkan ianya sedap adalah kerana sambal diorang power. Nasi pun berlemak-lemak. Memang menyelerakanlah. 
Begitu juga nasi kerabu yang tak kedekut keropok. Sangat sedap, Nasi ayam pun begitu juga. Rasa ada lagi dua menu yang aku tak sempat nak order...dah kenyang..
 restoran Amiza Titiwangsa
Sambil makan, sambil menikmati permandangan hutan belantara dari puncak gunung dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang dingin..baru nikmat.
nasi lemak sambal sedap

nasi kerabu

nasi kerabu
Lepas makan boleh la kesatu sudut sebelah dengan restoran Amiza tu untuk lihat dengan lebih dekat flora dan fauna hutan hujan khatulistiwa.
Pandangan dari puncak titiwangsa
Best jugak la singgah sini, selain rehat sekejap, letih drive.... sebelum sambung kembali perjalanan korang.
gps koordinat hentian titiwangsa : 5°36'22.7"N 101°32'33.1"E atau 5.606313, 101.542519

Jalan-jalan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah


Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Muzium Akreologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah adalah tempat tinggalan sejarah yang banyak dipamerkan barang-barang purba terutamanya batu. 
Ianya juga adalah muzium arkeologi yang pertama yang dibina di Malaysia. Muzium ini telah dibuka secara rasmi oleh sultan Kedah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan BadliShah pada 23 Januari 1980.
 Lembah Bujang merupakan tapak arkeologi yang paling dikenali orang pengkaji proto sejarah semenanjung tanah melayu. Ia adalah kerana kerajaan yang wujud dilembah bujang dalam abad ke 2 dan 15 masihi banyak meninggalkan warisannya. Setakat ini sebanyak 87 tapak warisan kerajaan tersebut telah dijumpai di Lembah Bujang. Antara warisan tersebut ada yang dijumpai terkumpul dalam satu kawasan yang luas dan strategik. 
Barang-barang tinggalan sejarah
Kawasan yang terkenal dengan tinggalan arkeologi yang boleh ditakrif sebagai kompleks ialah Sungai Mas, Bukit Batu Pahat, Merbok, Bukit Pendiat, Bukit Choras, Sungai Batu dan kompleks pencandian pengkalan bujang.
Warisan lembah bujang diketahui wujud apabila Kolonel Lames Low, seorang residen british melaporkan jumpaan tersebut dalam tahun 1840-an. Penyelidik arkeologi di lembah bujang merupakan penyelidikan berterusan semenjak tahun 1960-an. Antara ahli arkeologi yang menghasilkan kajian tentang lembah bujang I.H.N Evans, QuaritchWales, Dorothy Wales, Alastair Lamb, P.A.V Peacock, Al-Rasyid, Adi Haji Taha, Nik Hassan Shuhaimi, Leong Sau Heng, Kamaruddin Zakaria, Supian Sabtu dan Zulkifli Jaafar.
Pameran-pameran dalam muzium
Selain pameran indoor, pengunjung juga boleh tengok tinggalan sejarah outdoor iaitu tapak sebenar tinggalan sejarah yang bersebelahan dengan bangunan muzium. Di situ ada tinggalan Candi Pendiat, Candi Bukit Pahat, Candi Pengkalan Bujang dan Candi Bendang Dalam.
Papan tanda arah empat Candi yang bersebelahan muzium

Pintu gerbang anak tangga yang menuju ke empat-empat candi tersebut

Candi Pendiat

Candi Bukit Batu Pahat
Penat juga la nak memanjat bukit tu. Bersebelahan dengan muzium ni juga ada air terjun yang agak unik sikit. Seolah-olah macam disimenkan batu-batu tu ataupun memang disimenkan itu tak pasti.
áir terjun
Jadi, kepada yang nak datang ke Muzium Lembah Bujang ni, datang la ke Merbok Kedah. Disertakan juga disini gps koordinat dan google map untuk ke muzium lembah bujang ini.
gps koordinat : 5°44'17.1"N 100°24'52.1"E atau 5.738083, 100.414464