Warung roti canai Halim Paya Keladi, Kepala Batas

Warung roti canai Halim di Paya Keladi Kepala Batas
Warung roti canai Halim ni terletak di Paya Keladi, Kepala Batas. Alamat lengkap adalah 1644 Jalan Paya Keladi, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang. Roti canai di warung ni style roti canai bulat. Roti telur pun sempoi punya di warung ni. Tiap-tiap pagi memang ramai orang datang beli roti canai. Yang order style whatsapps(tempah) malam sebelum tu pun ada gak.
Warung roti canai Halim Paya Keladi Kepala Batas
Lokasi warung roti canai Halim ni, seperti yang aku dah bagitau di Paya Keladi, tepi jalan jer...korang juga boleh cari guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat : 5°32'17.6"N 100°26'35.9"E atau 5.538213, 100.443295

Restoran Rimbun Ikan Bakar-Mat Top, Sungai Petani Kedah

Restoran Rimbun Ikan Bakar-Mat Top

Restoran Rimbun Ikan Bakar-Mat Top
Restotan Rimbun Ikan Bakar-Mat Top ni beralamat di Lot 8041, Kg Telok, Jalan sg Jagung, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Restoran ni buka dari 10 pagi hingga 7 malam pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Jumaat tutup.
Restoran ni agak klasik la jugak. Mengaplikasikan suasana kampung yang mendamaikan. Restoran yang agak luas dan selesa, Juga disediakan tempat parking yang luas bersebelahan dengan restoran. Tak hairanlah jika restoran rimbun ikan bakar-mat top ni menjadi salah satu tempat feveret orang ramai sebagai destinasi makan tengahari.
Banyak menu yang best ada di restoran ni. Semua menu-menu tersebut aku dan snapkan untuk korang. Boleh tengok semuanya dibawah ni. Terjahan aku ke sini nak makan santai-santai jer. Aku cuma makan daging bakar danok, pulut durian, cendol durian dan cendol pulut jer. Kalau korang datang makan untuk makan tengahari jangan lupa makan ikan bakar diorang, atau apa saja yang bakar-bakar.
daging bakar danok

pulut durian

cendol durian

cendol pulut
Senarai menu restoran rimbun ikan bakar-mat top ni boleh tengok dalam gambar-gambar dibawah ni. Klik untuk besarkan menu.
       


 Gambar kat bawah ni pulak adalah antara menu-menu yang sempat aku snap. Ada banyak, tapi tu je yang aku berjaya snap gambar.
seafood/ikan bakar

sotong bakar

pilihan lauk tengahari

pilihan lauk tengahari
Oklah gais..... boleh la jadikan destinasi makan korang jika berkunjung di Sungai Petani. Bagi orang luar yang tak biasa dengan area Sungai Petani, aku sertakan gps koordinat dan google map untuk korang sebagai panduan.
gps koordinat : 5°38'55.2"N 100°28'08.7"E atau 5.648653, 100.469077

Macam-macam ada di Medan Selera Pokok Sena, Kepala Batas

Medan Selera Pokok Sena, Kepala Batas

Medan Selera Pokok Sena, Kepala Batas
Medan Selera Pokok Sena ni terletak di Pokok Sena, Kepala Batas Pulau Pinang. Medan Selera Pokok Sena ni buka dari pukul 3 petang hingga ke 11 malam. Hari Rabu tutup. Banyak makanan yang best-best ada di Medan Selera Pokok Sena ni. Sentiasa ada pengunjung datang ke sini untuk menjamu selera. Kiranya memang tempat tumpuan gak la untuk orang nak makan petang or makan malam. Di sekeliling medan selera ni, ada banyak gerai yang menyediakan pelbagai menu untuk korang pilih. Daripada banyak-banyak menu dari gerai yang berlainan tu, aku pilih untuk makan koay teow kerang, roti telur bakar, satay (sate), coconut shake dan juga apam balik yang boleh pilih flavour yang korang suka. Disebabkan anak aku suka makan coklat, so aku terpaksa la order ikut citarasa dia iaitu apam balik perisa coklat.
koay teow kerang

satay daging dan ayam

apam balik ikut citarasa apa yang kita nak makan

roti bakar telur, sosej

coconut shake
Ada banyak lagi la selain yang aku order tu. Ada makanan goreng-goreng (nasi goreng dan lain-lain), sup-sup (bihun, koay toew, mee, moi dan lain-lain), burger, nasi ayam, western food dan banyak lain lagi lah.
Kalau korang nak datang ke Medan Selera ni, cari je pekan Pokok Sena, Kepala Batas. Medan Selera Pokok Sena ni betul-betul di Pekan Pokok Sena. Kalau tak jumpa jugak, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 5°29'11.6"N 100°27'26.2"E atau 5.486554, 100.457274

Makan tengahari di Pakleh Chicken Rice, Tanah Rata Cameron Highlands

Pakleh Chicken Rice, Tanah Rata Cameron Highlands
Pakleh Chicken Rice ni terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Aku pernah datang sini waktu trip aku ke Cameron Highlands yang lepas. Masa tu aku datang untuk makan malam di Pakleh Chicken Rice ni.
Sebenarnya nama je Chicken Rice, bukan setakat nasi ayam, macam-macam ada menu di Pakleh Chicken Rice ni. Waktu malam, masa aku datang dulu tu, menunya lebih kepada masakan ala-thai. Waktu tengahari pulak menu nasi campur. Banyak menu lauk-pauk di sini. Memang terbaik. Banyak pilihan makanan.
banyak pilihan makanan. Eh, abang yang pakai baju 'JUST DO IT" tengah bernasyid ke?? hihihi

antara lauk pauk yang sedap-sedap belaka
Sebenarnya abang yang pakai baju 'JUST DO IT' tu tengah tunggu ayam bakar. Ayam bakar di sini bagi aku memang terbaik lah.. Sangat sedap. Aku pun terjebak jugak tunggu ayam bakar tu.
ayam bakar yang terlajak sedap

dapat gak ayam bakar setelah sekian lama menunggu
Lepas habis makan boleh shopping souvenir betul-betul disebelah Pakleh Chicken Rice ni. Kepada yang nak makan tengahari di Pakleh Chicken Rice, boleh datang ke Tanah Rata. Aku sertakan juga disini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 4°28'24.1"N 101°22'48.5"E atau 4.473369, 101.380124

Roti Canai Tanah Rata Cameron Highlands

roti canai Tanah Rata
Nak cari gerai roti canai di Cameron Highland ni agak mencabar jugak la. Mana ada gerai or warung roti canai macam kat tempat kita. Berlambak kita jumpa. Jalan sikit ada kedai roti canai, jalan depan lagi ada lagi...dan lagi..dan lagi... Tekak dan biasa pagi-pagi roti canai, so kat Cameron Higlands pun dok cari gak la..
Kat Tanah Rata, ada la aku jumpa tiga kedai roti canai ni...roti canai melayu ek, mamak tak masuk senarai...sebab mamak ni, di mana ada restoran mamak, di situ ada roti canai. Tiga-tiga kedai roti canai yang aku jumpa di Tanah Rata, semuanya di tiga food court yang berlainan. Boleh tengok di posting aku yang lepas.
ni diaaa gerai roti canai tu

Food court yang ada roti canai tu dari pandangan belakang

dari pandangan dalam food court, harap-harap korang boleh la cam landmark yang berdekatan dengan food court nih...
Kalau nak makan roti canai di food court ni, aku tempek gps koordinat dan google map di sini sebagai panduan untuk korang.
gps koordinat : 4°28'12.9"N 101°22'37.2"E atau 4.470243, 101.376998

Makan malam di Restoran Nik Ikan Bakar, Brinchang, Cameron Highlands

Restoran Nik Ikan Bakar, Brinchang, Cameron Highland


Restoran Nik Ikan Bakar yang ni adalah Nik Ikan Bakar 1 iaitu restoran asal. Diorang juga bukan satu lagi restoran di Brinchang jugak. Restoran yang satu lagi tu adalah Restoran Nik Ikan Bakar 2. Restoran Nik Ikan Bakar 2 tu dalam bangunan yang moden sikit la berbanding dengan Restoran Nik Ikan Bakar 1 nih.
Restoran Nik Ikan Bakar 1 ni agak tersorok sikit walaupun dalam pekan Brinchang. Bagi yang tak biasa datang ke Cameron Highland or tak pernah makan di sini, better korang guna gps jer...sebab kalau terlepas, kena pusing balik satu pusingan. Kali pertama aku datang pun, aku tak jumpa cari yang Nik Ikan Bakar 1 ni. Aku jumpa yang Nik Ikan Bakar 2 jer. Jadi trip kali ni aku nak jugak makan di Restoran Nik Ikan Bakar 1....dan akhirnya ada jumpa jugak.
Alamat Restoran Nik Ikan Bakar 1 ni adalah No 1 Medan Selera Masjid Kayangan Brinchang, 39000 Cameron Highlands, Pahang. Parking???? Korang kena bertabahlah yer kalau datang Cameron Highlands ni.
Restoran Nik Ikan Bakar, Brinchang
Makanan di Nik Ikan Bakar ni, ala-ala masakan thai. Sedap pada aku. Susah sebenarnya nak cari restoran macam ni di Cameron Highlands. Makan malam aku kali ni aku nak yang makan best-best sikit tapi yang bajet-bajet la...duit poket tengah rabak..hihihi
boleh pilih sendiri ikan untuk dimasak
Ada banyak juga seefood yang korang boleh cuba. atas faktor tak cukup bajet, aku hanya pilih ikan siakap untuk dijadikan hidangan siakap tiga rasa, menu makan malam aku.
siakap tiga rasa
Menu sampingan lain yang aku order adalah, tomyam campur, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan tak lupa jugak sambal belacan. Memang terbaik..... makan waktu hujan-hujan plak, tengah lapar lagi......jalaaaaannnnnnnnn....
tomyam campur

sayur kailan ikan masin

telur dadar

sambal belacan + timun
Begitulah ceritanya aku di Restoran Nik Ikan Bakar, Brinchang Cameron Highlands ni... Puas hati la makan di sini, sedap dan kenyang. So, Kalau korang nak datang ke sini, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang cari.
gps koordinat : 4°29'33.3"N 101°23'18.4"E atau 4.492586, 101.388432

Sarapan pagi di pasar awam Seberang Jaya yang baru

Bahagian barangan kering, sayur-sayur dan sebagainya

barangan basah - ikan, udang, daging, ayam dan sebagainya

sebelah barang dapur, sebelah medan selera
Pasar Awam Seberang Jaya yang ni tak pasti la sama ada pasar ni akan kekal di situ selama-lamanya atau pun hanya sementara saja. Sebenarnya tempat asal pasar awam ni di lokasi yang lain. Lokasi lama pasar awam ni berdekatan dengan stesen petron. Pasar awam lama nampak macam nak buat renovation. Tak pasti la kalau akan dipindahkan balik ke lokasi lama.
Kalau nak compare antara dua lokasi pasar awam ni, yang baru lebih nampak tersusun dan sistematik. Dari segi keselesaan pula, pasar yang baru lebih luas dan selesa. Nak kepasar untuk beli barangan dapur pun selesa. Dah penat beli ikan sayur bagai.... boleh la sarapan di medan selera yang juga dalam bangunan yang sama.
medan selera pasar awam seberang jaya

pelbagai jenis makanan di medan selera seberang jaya
Di medan selera Pasar Awam Seberang Jaya ni, banyak jenis makanan yang ada yang korang boleh pilih. Banyak kiosk-kiosk makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Untuk pengunjung cina, atas kisok khas untuk diorang...makanan cina.
Antara makanan yang aku makan di sini adalah nasi goreng ayam, nasi goreng ikan masin, telur separuh masak....
nasi goreng ayam

nasi goreng ikan masin

telur separuh masak
Kepada yang mencari Pasar Awam Seberang Jaya (Baru) ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat: 5°23'43.3"N 100°23'46.1"E atau 5.395370, 100.396125