|
Restoran Nasi Arab Damsyik, Taman Melati Indah, Seremban |
|
Restoran Nasi Arab Damsyik, Taman Melati Indah, Seremban |
Restoran Nasi Arab Damsyik ni buka dari jam 11 pagi hingga ke jam 11 malam setiap hari kecuali pada hari Selasa. Selasa tutup (diorang cuti). Cuma hari Jumaat restoran ni buka lewat sikit iaitu pada jam 2 petang hingga ke 11 malam.
Ada banyak menu yang korang boleh pilih untuk makan. Di antaranya adalah wahid set, thaslasa set, khamsa set, ashara set, mashwi (grilled) dan pelbagai jenis kebab. Semua set-set tersebut berdasarkan bilangan orang untuk satu hidangan. Korang boleh pilih sama ada ayam atau kambing ataupun boleh ambil kedua-duanya sekali dalam satu hidangan (ayam dan kambing).
Untuk makan malam aku, aku pilih Thaslasa set kambing dan ayam macam dalam gambar dibawah ni.
|
nasi arab damsyik - thaslasa set (ayam dan kambing) |
Nampak sedapkan? korang tak try lagi, dah try makan baru tahu sedapnya macam mana. Daging ayam yang lembut, daging kambing juga lembut. Makan memang feeling macam duduk kat arab lah rasanya.
Gambar kat bawah ni pulak adalah menu r
estoran nasi arab damsyik yang sempat aku snap.
|
menu makanan Nasi Arab Damsyik |
|
menu minuman Nasi Arab Damsyik |
Restoran Nasi Arab Damsyik ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3).
|
Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3) di restoran Nasi Arab Damsyik |
Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari
restoran Nasi Arab Damsyik ni di alamat Jalan Paroi - Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Kalau masih blur-blur, boleh je guna gps koordiant dan google map seperti di bawah ni.
gps koordinat : 2°43'01.7"N 101°58'47.1"E atau 2.717146, 101.979738
Untuk makluman admin dan pembaca, pemilik restoran ini telah bertukar. Pemilik asal telah membuka restoran di lokasi baharu yang berdekatan di https://goo.gl/maps/vumtbCSW293wuRLKA.
ReplyDeleteSaya tiada kaitan atau hubungan dengan pemilik restoran asal, cuma saya ingin memberi maklum sahaja tentang perubahan pemilik dan juga mungkin citarasa makanan yang dihidangkan di restoran ini. Terima kasih
Terima kasih atas makluman
Delete