makan tengahari di restoran Saffani, Simpang Pulai

Restoran Saffani, Simpang Pulai
Alamat lengkap Restoran Saffani ni adalah no 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Negeri Perak. Walau pun restoran ni agak tersorok sikit tapi tetap menjadi pilihan untuk orang ramai menjamu selera di sini. Restoran ni buka seawal 6.30 hingga ke 4 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
restoran Saffani

nasi campur dengan ikan keli dan ikan kembung bakar.
Ikan bakar keli yang dicicah dengan air asam sangat sedap. Lagi satu yang aku cuba, masak lemak pun sedap jugak. Masa aku datang ni pun dah dekat pukul 3 petang, jadi banyak makanan yang dah nak habis.
Untuk ke sini, boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 4°31'37.4"N 101°07'24.8"E atau 4.527050, 101.123542

2 comments:

  1. Lokasi restoran ni tak jauh pun dari rumah family. Kekadang tu kalau tak tau nak masak apa kat rumah mak, beli je kat sini haha. Pilihan lauk banyak. Paling best ayam bakar dengan air asam dia. Perghhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....yang bakar2 memang sedap...cicah air asam...terbaikkk

      Delete