|
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak |
|
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak |
Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina oleh Willian Kellie Smith. Pembinaannya banyak di pengaruhi oleh Rom, Moor dan Indo-Sarasenik. Rekaan ini seakan-akan sama dengan senibina Banganan Sultan Abdul Samad yang terletak di Kuala Lumpur.
Yang menariknya, bangunan ini tidak menggunakan simen kerana simen masih belum ada pada ketika itu. Jadi, untuk melekatkan batu-bata, campuran putih telur itik, kapur, pasir, gula merah dan madu. Rumah agam ini juga tidak menggunakan sebarang besi, mahupun paku dalam pembinaannya.
Willian juga memastikan penebatan yang baik dari sinaran panas matahari di mana terdapat lubang-lubang yang dibuat untuk pengudaraan yang sempurna. Dikatakan juga, pembinaan asal rumah agam ini menyediakan 14 buah bilik.
Kellie's Castle ini juga mempunya ruang untuk lift. Namun lift yang ditempah khas tidak dapat dipasang kerana William sudah meninggal dunia. Rumah agam ini sebenarnya tidak sempat disiapkan oleh William. Jika rumah agam ini siap, kemungkinan ianya menjadi rumah agam yang tercantik di Malaya pada ketika itu dan juga lift yang pertama di Malaya juga pada ketika itu.
Pada masa sekarang,
Kellie's Castle telah menjadi tempat tumpuan orang tempatan dan juga pelancong walaupun
Kellie's Castle ini dikatakan berhantu dan sering dilihat berkeliaran di sekitar rumah agam tersebut. Ianya menjadi semangkin popular selepas filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof menjalankan penggambaran di sini. Jika kita ke sini, terdapat juga signboard yang menyatakan kawasan-kawasan penampakan hantu. Contohnya signboard seperti di bawah.
|
Balkoni serambi berhantu |
|
Balkoni 2 serambi berhantu |
Sebenarnya sebelum
Kellie's Castle dibina, William telah pun membina sebuah rumah keluarganya yang dibina pada tahun 1905. Walau bagaimanapun, rumah ini runtuh semasa perang dunia ke-2. Rumah ni sisa binaannya masih boleh dilihat dibelakang
Kellie's Castle ini.
|
runtuhan rumah keluarga William yang pertama |
Pengunjung juga boleh naik hingga ke bumbung rumah agam ini, tetapi pengawasan ibupada terhadap anak-anak kecil adalah sangat dititikberatkan kerana tiada safety pagar dipasang disekeliling bumbung tersebut.
|
Pengunjung boleh naik hingga ke bumbung |
Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat di snap untuk tatapan semua.
|
susun atur perabot diruang tamu |
|
salah satu bilik di Kellie's Castle |
|
koridor Kellie's Castle |
Kepada yang nak ke
Kellie's Castle ni, boleh la datang ke Batu Gajah, Perak. Lebih kurang 2-3km dah boleh nampak
Kellie's Castle ni sebab kedudukannya di atas kawasan yang tinggi. Nak masuk ke dalam Kellie's Castle ni ada dikenakan tiket. Untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM8. Jika tunjuk mykad dan mykid, boleh dapat harga diskaun dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3.
Di sini juga, aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°28'27.8"N 101°05'16.0"E atau 4.474379, 101.087787