Restoran Bafana, Bertam, Kepala Batas

Restoran Bafana di Bertam Kepala Batas. Buka dari pagi hingga petang. Pagi boleh sarapan. Ada dua lauk lauk kalau nak makan nasi. Tapi tak banyak lagi la. Kalau datang tengahari, banyak la makanan tengahari diorang. Ada gak iakan bakar, ayam bakar.
makanan-makanan breakfast

lauk-lauk nak makan tenghari pun ada

Restoran Bafana
Oleh sebab aku datang ni untuk sarapan pagi, jadi aku pilih untuk makan soto. Soto pun sodappp.
soto ayam
Singgahlah kalau ke sini...dengan denga klinik harmoni dan bank rakyat.
GPS koordinat : 5°31'00.8"N 100°26'50.7"E atau 5.516878, 100.447419

D'Seribu Citarasa Nasi Daging Dan Nasi Ayam, Pongsu Seribu, Kepala Batas

D'Seribu Citarasa Nasi Daging dan Nasi Ayam
Terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas Pulau Pinang. Berdekatan dengan Matrikulasi Pulau Pinang. Buka setiap hari kecuali hari Ahad. Ahad tutup. Waktu operasi bermula dari pukul 10.30 hingga pukul 4 petang. Boleh pilih nak makan nasi ayam atau pun nasi daging. Ada yang biasa, ada juga yang special. Kalau ambil set yang tambah air, jimat sikit. Tambah rm1 jer. Air boleh refill. Air yang boleh refill ni tak banyak. Ada 2-3 jenis jer...
antara menu D'Seribu Citarasa Nasi Daging dan Nasi Ayam

nasi daging
Selain nsi daging dan nasi ayam, ada juga makanan sup-sup, seperti bihun sup, koay teow sup.. Boleh la datang mencuba. Aku sertakan gps koordinat dan googpe map sebagai rujukan.
gps koordinat : 5°29'50.9"N 100°26'24.7"E atau 5.497473, 100.440181

Makan tengahari di Hawa Nasi Campur, Jalan Dato Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas

Hawa Nasi Campur
Hawa Nasi Campur terletak di Jalan Dato Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas Pulau Pinang. Besebelahan dengan Hawa Nasi Campur ni, ada bengkel kereta dan berekatan juga dengan stesen petronas (seberang jalan). Kat sini port makan tengahari tumpuan ramai. Waktu tengahari hari orang akan datang berpusu-pusu kat sini. Mungkin pilihan lauk yang disediakan sangat banyak.
antara lauk-lauk yang ada

hawa nasi campur
Boleh la kalau nak cuba makan di sini. Boleh guna gps koordiant dan google map seperti di bawah:
gps koordinat : 5°30'09.1"N 100°25'45.6"E atau 5.502515, 100.429319

Restoran Aroma House Cafe, Bertam Kepala Batas

Jalan-jalan di Bertam, Kepala Batas, saja nak cari port makan yang baru nak buka di area-area sini. Banyak bangunan atau lot-lot kedai baru. Ada juga yang buka kedai makan. Ada banyak jugak la. InsyaAllah akan try semuanya. Tapi untuk posting kali ni, aku singgah di restoran Aroma House Cafe, antara kedai-kedai makan yang ada di situ.
Aroma House Cafe

Aroma House Cafe
Di Aroma House ni, yang aku perati dari buku menu, banner-banner yang ada di restoran ni, menu macam biasa, ada yang makanan goreng-goreng semua tu. Cuma lain sikit diorang ada shellout dan juga ada sate. Dipendekkan cerita, aku pun order la shellout, nasi goreng paprik ayam dan daging, dan juga sayur ikan masin...
shellout

nasi goreng paprik daging

nasi goreng paprik ayam

sayur ikan masin
Begitu la cerita aku di restoran Aroma House Cafe nih..... Harap korang terhibur... Macam biasa, aku sediakan lokasi Aroma House ni untuk korang.
gps koordinat : 5°30'53.5"N 100°26'56.0"E atau 5.514849, 100.448882

Along Char Koay Teow Parit Buntar, Perak.

Along Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Along Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Along Char koay Teow ni terletak di Kampung Kedah, Parit Buntar Perak. Walaupun nama Kampung Kedah, bukan di Kedah ek... Along Char Koay Teow ni memang famous la di sini. Ramai yang datang ke sini untuk nak cuba makan Along Char Koay Teow nih. Sampai nak kena tunggu meja kosang dulu, baru boleh dapat duduk.
Sebenarnya di sini yang aku perati, macam food court la... bukan char koay teow saja yang di jual...ada juga kiosk-kiosk lain. Tapi biasanya orang datang nak cari char koay teow laaaa...
Along Char Koay Teow

Along Char Koay Teow
Rasanya sedap... kuah pun sedap. Aku siap hirup kuah char koay teow tu... Nak habaq sedap! Selain tu, sementara nak tunggu char koay teow siap, layan dulu otak-otak dengan nasi lemak.
otak -otak
Oklah.... kepada yang nak datang ke sini, cari Kampung Kedah di Parit Buntar, Perak. Gerai agak ke dalam sikit dari jalan besar. Jika masih tak jumpa, aku sertakan di sini gps koordinat dah google map sebagai rujukan dan panduan korang.
Gps koordinat : 5°06'53.1"N 100°28'51.9"E atau 5.114748, 100.481069

Western food di Deif Kaffee, Manjung Perak

restoran Deif Kaffee, Manjung Perak

keadaan dalam restoran Deif Kaffee yang cantik 
Restoran Deif Kaffee atau Deif Kaffee Kafeteria adalah restoran untuk para pengemar makanan barat a.k.a western food. Ala-ala eksklusif la jugak tempat ni. Boleh feeling2 romantika. Makanan pun sedap-sedap juga. Banyak menu western yang ada. Ada juga menu western yang di campur dengan menu tempatan. Macam nasi goreng ayam (fried rice chicken) yang aku order. Minum kena la ambil yang sempoi-sempoi sikit, macam cappuccino ke, mocha ke....
fried rice chicken

bolognese chicken

carbonara

cappuccino

mocha
nampak sedap kan??? haa... ni yang menu aku makan jer..kalau nak tengok lagi menu apa yang ada, tengok gambar-gambar di bawah. Sempat aku snap buku menu diorang....
menu Deif Kaffee

menu Deif Kaffee

menu Deif Kaffee

menu Deif Kaffee
Begitu lah ceritanya di Restoran Deif Kaffee yang terletak di Manjung, Perak nih... Pengemar-pengemar western food, boleh take note restoran ni. Bagi memudahkan pencarian lokasi restoran ni (yang yang nak datang), aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 4°12'59.8"N 100°40'06.0"E atau 4.216620, 100.668340

Restoran Putra ( Gear box, satay), Manjung Perak

Restoran Putra Manjung Perak
Kali ini aku singgah pulak di restoran Putra yang terletak di Manjung, Perak. Dari kejauhan nampak macam ramai orang datang, jadi aku assume mesti tempat ni tempat famous dan patut aku try makan di sini.
Aku pun tak pasti apa yang special di restoran putra ni... tengok macam sup gear box yang special... tapi kadang-kadang macam satay diorang plak yang special. Nak kata masakan thai, tak banyak sangat menu goreng-goreng. Menu diorang lebih kurang macam kat bawah ni.
menu restoran Putra, Manjung
Sup gear box aku tak order pun. Tapi ada jer aku tengok orang makan sup gear box di sini. So, di restoran Putra ni, aku just nak cuba makan satay diorang disamping nasi goreng ikan masin dan nasi goreng putra (maybe ni signature dish diorang kot). 
satay ayam....daging tak sempat order, dah habis

nasi goreng ikan masin

nasi goreng putra
Bagi aku biasa-biasa je kot rasanya. Tekak aku la, tekak korang mungkin sedap...kalau tak takde la ramai orang datang ke restoran ni. Cuma diorang kena tambah baik sikit dari segi service. Agak lambat juga la...sampai ada customer marah-marah sebab duduk dah lama sangat, tapi makanan masih tak sampai-sampai.
Ok lah...kepada yang nak datang sini, nak makan gear box ke, satay ke, boleh la datang ke Manjung ni. Lokasi secara spesifik seperti dalam google map dan gps koordinat seperti di bawah:
gps koordinat : 4°11'53.3"N 100°40'04.1"E atau 4.198150, 100.667798

Restoran makanan segera Harumi, Manjung Perak

Restoran makanan segera Harumi


Restoran Harumi ni adalah restoran makanan segera yang seakan-akan restoran KFC. Menu-menu utama di restoran Harumi ni ada ayam goreng. Ada pelbagai set menu yang boleh korang cuba. Ayam digoreng panas-panas. Mungkin tak se'famous' KFC tetapi cara kerjanya lebih kurang KFC la jugak. Senarai menu boleh tengok seperti di bawah ni.
senarai menu restoran Harumi
Tengok menu pun korang dah boleh imagine kan macam mana restoran Harumi ni.... Aku cuba ayam goreng diorang dan juga burger. Ayam goreng boleh pilih sama ada spicy atau non spicy. Rasa lain la sikit dari KFC, cuma burger yang aku try ni rasa macam seakan-akan burger Mac Donalds. Tu yang aku rasa la.... nak tau macam mana rasanya, korang kena cuba la sendiri.
set ayam goreng, coleslaw, mash potato

set ayam goreng, french fries

cheesy dip
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Harumi ni, nak tahu sama ke tak dengan KFC, korang boleh datang ke kawasan perniagaan di Manjung, Perak. Dekat-dekat je dengan Hospital Pantai Manjung. Nak lagi memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°13'02.8"N 100°40'10.1"E atau 4.217454, 100.669471

makan tengahari di Kampung Bakau Tua, Penaga

kedai makan tengahari Kampung Bakau Tua, Penaga
Saja nak bagitau, ada restoran makan tengahari yang korang boleh singgah kalau ke Penaga Pulau Pinang. Kedai makan ni terletak di Kampung Bakau Tua, laluan kalau nak ke Kuala Muda yang ada pasar bisik tu.....
antara lauk yang ada
Lokasi secara terperinci adalah seperti di bawah:
gps koordinat : 5°34'05.9"N 100°21'38.8"E atau 5.568302, 100.360764

Singgah sarapan roti canai kejap di Penaga, Pulau Pinang

warung sarapan roti canai di Penaga
Jalan-jalan pagi-pagi nak pergi Penaga, perut rasa lapar pulak. Terperasan warung roti canai di Kampung Permatang Tok Berim, Penaga. Layan je makan roti canai pagi-pagi sambil hirup udara kampung yang fresh.
roti canai banjir

santai-santai minum teh tarik
Ok dah makan, jom teruskan ke destinasi yang seterusnya.
gps warung ni = 5°32'46.4"N 100°22'41.1"E atau 5.546228, 100.378087

Western food, Big Tas' Tea, Pokok Sena Kepala Batas

Big Tas' Tea, Pokok Sena Kepala Batas

ruang makan big Tas' Tea
Big Tas' Tea, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Nak makan westren food yang ohsem dan sedap boleh datang sini. Restoran yang agak luas dan selesa. Masa aku datang nak makan, ramai orang ada dalam restoran. Pada firasat aku, kalau dah ramai orang datang tu, dah tentulah makanan pun sedap. Jadi setelah aku selak-selak buku menu, atas faktor bajet, sebab nak makan satu family, aku order Set Hidangan Jumbo (set A). Harga dalam RM39.80 dapat dua air percuma. Set ni boleh makan dalam 2-3 orang.
Set Hidangan Jumbo (set A)

dapat 2 air free untuk set hidangan jumbo....yang mocha tu kena bayar laaa
Tu set menu yang aku order la. Kalau korang takut suka set ni boleh order yang lain. Kalau nak menu lain, boleh rujuk dalam buku menu kat bawah ni. Banyak lagi adaaa.....
menu big tas' tea

menu big tas' tea

menu big tas' tea
Selain tu sebagai penutup menu aku malam tu, aku order mushroom soup with garlic bread.
mushroom soup with garlic bread
Jika korang nak datang ke Big Tas' Tea ni, diorang buka dari pukul 3 petang hingga 11 malam. Boleh cari di Pokok Sena Kepala Batas, Pulau Pinang. Kepada yang tak biasa dengan kawasan ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°29'17.2"N 100°27'27.7"E atau 5.488108, 100.457686