Restoran Debob Coffee - coffee and western food, Bandar Perda Pulau Pinang

Debob Coffee (abaikan jari tu)

dalam restoran Debob Coffee
Kepada pengemar minuman berasakan kopi dan makanan barat (western food), boleh la terjah ke DEBOB COFFEE yang terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang. DEBOB COFFEE ni bersebelahan dengan bank rakyat. Di Bandar Perda ni juga ada satu lagi restoran DEBOB berdekatan dengan pejabat tabung haji. DEBOB di  sebelah tabung haji ni berkonsepkan CAFE BUTIK.
Aku saja datang nak minum petang santai-santai di sini. So aku try la cappuccino dengan mocha dan juga mushroom soup with garlic bread.
cappuccino

mocha

mushroom soup with garlic bread
Kalau korang nak makan makanan western yang lain, order saja. Ada banyak menu lain yang ada di DEBOB COFFEE ni. Boleh tengok menu-menu seperti di bawah ni.
muka depan buku menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu
Setakat tu je aku sempat snap..sebenarnya ada lagi menu-menu lain. Boleh datang sendiri tengok apa yang ada.
Kepada yang nak datang ke DEBOB COFFEE ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°22'00.4"N 100°26'10.1"E atau 5.366787, 100.436132

Larangan memotong kuku dan rambut bagi yang ingin melakukan ibadah korban

Daripada Ummu Salamah R. Anha, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, jangan dia mengambil satu apa pn (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunyasehingga dia selesai berkorban"

Hikmah larangan tersebut adalah:

"Supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka"
                                                                                                                             -Imam Nawawi R.h

Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan:

"Apabila tiba 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehingga selesai melakukan ibadah korban tersebut. Ini adalah pendapat muktamad di dalam imam al-Syafi'e"

Western food di Barastar Cafe, Bandar Perda, Pulau Pinang

restoran Barastar, Bandar Perda, Pulau Pinang

restoran Barastar, Bandar Perda, Pulau Pinang
Barastar Cafe ni terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang yang beralamat lengkap seperti berikut:
No 32, Lorong Perda Utama 7, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Barastar beroperasi dari pukul 3 petang hingga ke 12 tengah malam.
Barastar menyajikan menu western and Asian Fusion seperti beef steak, chicken chop valcano, lamb roasted, chicken roasted, mee kari, nasi lemak pandan dan chicken chop with pilaf rice.
So ada banyak lagi menu-menu menarik. Korang boleh tengok dalam buku menu yang aku sempat snap kat bawah ni.
Konsep Barastar ni ala-ala moden restoran. Lain la sikit dari konsep restoran-restoran yang biasa.
Untuk menu aku kali ni di Barastar, aku order menu 'set meriah menimbun'. Dalam set ni, ada lamb, chicken chop, meatball, fries, coleslaw dan teh o ais. Sesuai untuk dimakan untuk dua orang.
set meriah menimbun

set meriah menimbun

air pun sedaaaaaaaaaaaaaapppppppppp
Menu-menu yang lain di Barastar ni, korang boleh rujuk dalam menu-menu seperti di bawah ni.
menu Barastar

menu Barastar

menu Barastar

menu Barastar

menu Barastar

menu Barastar
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang untuk ke Barastar.
GPS koordinat : 5°21'59.8"N 100°25'45.3"E atau 5.366602, 100.429254

Makan tengahari di restoran Kak Aya, Seberang Jaya

hasil pilihan makan tengahari aku.....
Restoran Kak Aya, Seberang Jaya

Restoran Kak Aya, Seberang Jaya
Restoran Kak Aya ni terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang, bersebelahan dengan dengan dewan terbuka masyarakat cina. Nampak macam gelangan bola keranjang dewan tu.
Sesuai untuk korang nak makan tengahari di area Seberang Jaya ni. Lauk-lauk pun banyak pilihan.
antara lauk-lauk yang ada di restoran kak aya

macam-macam jenis gulai

Kepada yang nak datang ke restoran Kak Aya ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°23'54.5"N 100°24'07.6"E atau 5.398459, 100.402116

kisah perbualan malaikat berkenaan jemaah haji yang tidak diterima hajinya

" Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah.."

Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini. 

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.

”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”

“Tiada satu pun”

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.

“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”

“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”

“Itu adalah kehendak Allah.”

“Siapakah orang tersebut?”

“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. 

Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.

“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. 

Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh. 

“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.

“Betul, siapakah tuan?”

“Saya Abdullah bin Mubarak.”

Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. 

“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”

“Wah! saya sendiri tidak tahu!”

“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”

Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu   melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. 

Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.” 

“Tetapi anda batalkan?”

“Benar.” 

“Apa yang berlaku?”

“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.” 

“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”

“Ya sayang.” 

“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”

“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. 

Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”

“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas. 

“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata. 

Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya. 

Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”

Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhil…

Muhasabah Diri.

Restoran Kapitan, Bayan Bays, Queensbay. Bayan Lepas Pulau Pinang

Nasi kandar restoran Kapitan
Penat berjalan-jalan dan Queenbays Mall, kalau nak makan nasi kandar, kena keluar sikit dari Queensbay Mall sebab restoran kapitan ni berada betul-betul bertentangan dengan Queensbay Mall ni. Dalam Mall tu takde la nasi kandar.. nak makan fastfood banyak la. Restoran Kapitan ni dibuka 24 jam dan sentiasa ramai orang. Biasanya orang akan order nasi briyani claypot. Depa kata sempoi....
lauk-lauk nasi kandar

Restoran Kapitan

Restoran Kapitan
Ada banyak juga menu-menu lain selain nasi kandar yang korang boleh cuba. Lagi satu yang sempoi, korang boleh try roti naan ayam tandoori. Sedap gak arrr... Kalau ambil roti naan cheese, lagi sempoi.
roti naan ayam tandoori
Kepada yang nak ke sini aku sertakan alamat diorang, gps diorang...kalau tak cukup juga, aku selit sekali google map sebagai panduan dan rujukan korang.
Restoran Kapitan
89-G Persiaran Bayan Indah
11900 Bayan Lepas, Penang
gps koordinat : 5°20'02.3"N 100°18'27.1"E atau 5.333965, 100.307530

Kamal Cendol Kepala Batas, mesti mau cuba!


Cendol jagung

cendol pulut
Kamal cendol yang terletak terletak di Kepala Batas, seharusnya korang kena cuba. Kat Kepala Batas, Pulau Pinang ni, kamal cendol memang famous la. Kamal cendol ni buka kedai tetap yang dalam bangunan, tapi kamal cendol ni, berniaga di tepi jalan je, bersebelahan dengan pagar padang sekolah. Bertentangan dengan kamal cendol ni, ada kuil hindu.
gerai kamal cendol bersebelahan dengan bus stop
Camtu la rupa gerai kamal cendol ni (gambar di atas). Bawah pokok, bersebelahan dengan bus stop, di belakang padang sekolah, di depan ada kuil hindu. selain tu, aku pekena jugak nasi lemak yang diorang letak atas meja tu..
nasi lemak bungkus

sedap jugak nasi lemak ni
Apa lagi..kalau dah ada di Kepala Batas ni, meh la singgah pekena cendol best in kepala batas nih. Tapi datang sebelum pukul 6 petang la..Pukul 6 dah nak tutup... Aku sertakan gps koordinat dan googpe map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°30'60.0"N 100°25'43.1"E atau 5.516656, 100.428625

Simple step by step to solve rubik's cube for beginner (awesome steps!)

rubik's cube
What do you feel if you are one of contestant in a game of rubik's cube challenge? You are seeing your competitor almost to get the job done while you are struggling to solve the rubik's cube. Believe that, if you know the technique of solving this rubik's cube, then you will get back in track to finish up the challenge.
To learn the awesome steps of this rubik's cube, you can do it by go to the link below. Please click the link to go to the respective tutorial. It's free!!


Mee Hokkien bawah pokok Permatang Pauh

Warung Mee Hokkien
Warung Mee Hokkien ni terletak di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kepada peminat-peminat mee hokkien yang halal, boleh la datang singgah ke warung ni. Mula beroperasi dari jam 12 tengahari sehingga jam 6 petang. Kalau habis awal, tutup awal. Mee hokkien ni sebenarnya makanan orang cina. Nak beli dari kedai cina, orang Islam terikat la dengan hukum haram halal. Takut bahan yang digunakan tak halal. Ramai juga la yang datang singgah makan sini. Selain mee, ada juga koay teow dan bihun. Rasa memang sedap.
mee hokkien
Kepada yang nak singgah makan di sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang. Warung ni warung tepi jalan jer dan di bawah pokok yang rimbun dan teduh.
gps koordinat : 5°24'11.1"N 100°25'00.5"E atau 5.403085, 100.416791

A&W Mydin Jalan Baru, Perai

A&W Mydin Jalan Baru, Perai
Peminat-peminat makanan segera A&W yang sekarang ni berlegar-legar di kawasan permatang pauh dah sewaktu dengannya, boleh la datang ke Mydin Mall di Jalan Baru,Perai Pulau Pinang. Restoran A&W ni ada dalam Mydin Mall ni ditingkat bawah. Menu standard la la kan...macam restoran fast food yang lain...lebih kurang ja..
yang ni diorang punya signature dish

set burger

fries dan nugget
Lokasi Mydin Mall ni seperti google map dan gps seperti kat bawah ni:
gps koordinat : 5°22'06.8"N 100°24'52.7"E

Makan malam di Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi


Pintu masuk utama Ana Ikan Bakar Petai



Satu lagi destinasi tempat makan best yang aku terjah. Kali ni di Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ana Ikan Bakar Petai ni betul-betul bersebelahan dengan Balai Bomba. Korang boleh cari juga landmark Balai Bomba Bandar Baru Bangi ni, end up korang akan jumpa jugak Ana Ikan Bakar Petai nih.
orang ramai tengah makan di Ana Ikan Bakar Petai
Ana Ikan Bakar Petai ni buka setiap hari bermula dari pukul 5 petang hinggalah ke pukul 12 tengah malam. Cuti pada hari-hari tertentu sahaja. 
    Disebabkan Ana Ikan Bakar Petai      ni mula beroperasi jam 5 petang, jadi sesuai la untuk korang nak makan malam. Ikan-ikan bakar ni memang selera lain macam kalau makan malam.
Kawasan Ana Ikan Bakar Petai ni agak luas jugak la. Tempat Parking pun disediakan.
ikan/makanan laut yang segar beserta dengan harga pasaran

pilih sendiri ikan, timbang dan bagitau nak masak apa
Korang nak makan ikan ke, udang ke, sotong ke, ketam ke, pari ke, dan macam-macam lagi makanan laut, korang boleh pilih sendiri. Lepas tu kena bagitau diorang korang nak diorang masak macam mana. Nak bakar or masak biasa...terpulang la menu apa yang korang suka.
Aku pilih ikan pari, ikan siakap dan sotong. Pari bakar, ikan siakap dimasak siakap tiga rasa, sotong minta diorang buat sotong goreng tepung. Tambah sikit sayur kailan ikan masin dan telur dadar.
pari bakar, pari dibalut dengan daun pisang dan dibakar

pari bakar yang dibuka daun pisang...dimasak dengan sambal petai

sotong goreng tepung

siakap tiga rasa

kailan ikan masin

telur dadar
Perghhh....memang sedap ikan bakar...memang ada petai dalam ikan bakar tu..Sambal ikan bakar tu pun sedap. Rekemen untuk korang datang sini. Ada surau disediakan di Ana Ikan Bakar Petai ni. Kepada yang nak datang ke sini, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 2°56'11.1"N 101°45'45.8"E atau 2.936414, 101.762716