|
nasi kandar tajuddin hussain, george town |
|
nasi kandar tajuddin hussain, george town |
Tajuddin Hussain menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk menikmati nasi kandar yang enak kerana pilihan menu yang biasa dihidang di rumah dengan menggunakan resepi-resepi warisan Pulau Pinang yang sukar untuk ditemui di restoran-restoran lain lain di Pulau Pinang. Selain itu, masakan-masakan yang ditawar di restoran ini menggunakan bahan makanan yang unik seperti burung merpati, angsa, puyuh dan ayam belanda. Selain tu, yang membezakan nasi kandar Tajuddin Hussain dengan kebanyakan restoran nasi kandar yang lain adalah cara nak order makanan. Kalau restoran nasi kandar yang lain, kebiasaannya kita akan beratur panjang untuk ambil giliran nak ambil order. Dah sampai giliran, kita just tunjuk-tunjuk je lauk apa yang kita nak, kemudian kuah campur. Specialnya Tajuddin Hussain ni, bila korang datang je, terus cari meja kosong dan duduk. Diorang akan datang ambil order. So korang tak payah nak beratur panjang-panjang.
Orang ramai sentiasa berpusu-pusu ke Tajuddin Hussain untuk merasai makanan tersebut kerana tempat duduk dan kuantiti makanan yang terhad membuatkan hidangan nasi kandar di restoran tersebut lebih istimewa.
|
ayam masak apa ntah aku lupa daaa(ayam ros kalau tak silap)....tapi sedap |
|
tadaaaaa...dah sampai order |
|
all ready, let's eat! |
|
roti canai |
|
roti canai kuah kari banjir |
Selain tu, kalau anak-anak yang tak makan nasi kandar, korang boleh la order roti canai. Di Tajuddin Hussain ni jugak ada roti canai tau.... satu lagi specialnya Tajuddin Hussain.
Jika korang nak datang ke restoran Tajuddin Hussain ni, tempat agak tersorok sikit, jalan sempit dan agar sukar untuk nak cari parking but it worth kalau dah kena sepinggan nasi kandar Tajuddin Hussain ni. Alamat lengkap restoran ni adalah :
A: 49 & 51 Lebuh Queen, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Kalau pening jugak, jangan risau, ikut je gps koordiant dan juga google map seperti di bawah:
gps koordinat : 5°25'02.3"N 100°20'19.3"E atau 5.417317, 100.338691
No comments:
Post a Comment