Mudahnya nak buat daging bakar harimau menangis

Daging bakar Harimau Menangis
Korang jangan salah faham ek. Bukan kita nak makan daging harimau, harimau menangis ni adalah daging lembu. 'Harimau Menangis' ni nama glamour jer. Mungkin bila harimau tengok daging ni, sampai boleh menangis kot sebab sedap sangat..hihihi..aku agak la. Daging ni memang sedap. Cara nak buat harimau menangis ni takde la susah sangat. Di sini, aku nak share dengan korang cara-cara penyediaan daging bakar harimau menangis ni. Simple je. Semua orang boleh buat.
daging mesti cari yang ada lemak-lemak sikit
Part yang paling penting sebelum korang start nak buat adalah pemilihan daging yang sesuai. Daging mesti la yang ada lemak-lemak. Lemak-lemak ni la yang menambah sedap harimua menangis yang ber-juicy. Kalau kat pasaraya, korang boleh cari daging bahagian tenderloin. Tapi kalau korang beli kat pasar awan ke, pasar malam ke, minta penjual daging tu pilih daging yang berlemak.
daging yang dah dipotong

sos-sos untuk perapan
Dah dapat daging yang sesuai, kemudian potong daging-daging tu ikut saiz yang sesuai dan letak dalam satu bekas. Untuk perapan, simple je bahan-bahan perap. Macam kat bawah ni:

               Untuk daging 1kg,
                         4 sudu besar cili sos
                         4 sudu besar sos BBQ
                         4 sudu besar sos tiram
                         4 sudu besar sos ikan
                         4 sudu besar gula

semua bahan masuk sekali dalam bekas

siap perap
Dah gaulkan semua bahan tadi, kemudian simpan sekejap untuk biarkan semua bahan tersebut sebati dengan semua daging. Simpan dalam peti sejuk. Tunggu nak bakar je.
tiba masa untuk bakar

dah nak hampir bakar

dah siap bakar
Nak lagi best, bakar dengan arang. Macam aku lambat nak setup dapur grill yang guna arang tu, aku juga pemangang biasa je (diorang panggil pemanggang ajaib) cepat sikit.... Bila dah masak, korang kena tunggu kejap sebelum potong semua daging tu. Bukan makan seketul-seketul ek daging tu. Kena potong dulu.
daging bakar harimau menangis yang dipotong-potong
Haaaaaaaaa dah siap pun daging bakar harimau menangis aku. Nampak sedap kan? korang pun boleh cuba. Simple je step nak buat. Selamat mencuba!!!!

Nombor kecemasan Highway-Highway di Malaysia

Kepada sesiapa sahaja yang akan guna "Highway" pada cuti Raya Aidilfitri, cuti-cuti perayaan atau sebagainya dan sekiranya kenderaan anda rosak, jangan lupa call nombor Highway Plus 1800 88 0000, lepas tu bagi tahu mereka lokasi anda (lokasi  ikut signboard warna hijau ataupun KiloMeter tu pada signboard putih di sebelah kiri atau kanan jalan raya).

Minta bantuan mereka, kalau kenderaan dapat dibaiki on the spot, mereka akan buat terus, andaikata tidak, mereka akan tarik kenderaan anda sampai tol yang paling dekat dengan PERCUMA.

Jangan lupa juga nombor2 di bawah ni apabila dalam keadaan emergency. Keselamatan anda dalam musim cuti ni adalah perkara yang amat penting. Kesabaran membawa keselamatan. 

Happy holiday 
Ingatlah orang tersayang
Berhati-hati dijalanraya kepada semua.

🚨 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
☎ 1800-88-0000
.
🚨 Jambatan Pulau Pinang (PPSB)
☎ 1-300-1-300-03
.
🚨 Lebuhraya Selatan hubungan Tengah (ELITE)
☎ 04-5031 1153
.
🚨 Laluan kedua Malaysia-Singapura (LINK)
☎ 07-2788000
.
🚨 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (MTD)
☎ 03-6195 1111
.
🚨 Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK)
☎ 04-396 6969
.
🚨 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
☎ 06-632 3060
.
🚨 Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
☎ 03-5633 7188
.
🚨 Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA)
☎03-9075 0505
.
🚨 Lebuhraya Damansara-Puchong (LITRAK)
☎ 03-5632 9222
.
🚨 Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
☎ 1800-880-999
.
🚨 Lebuhraya bertingkat Ampang (PROLINTAS)
☎ 03-4252 3122
.
🚨 Lebuhraya SPRINT
☎03-7960 2000
.
🚨 Lebuhraya hubungan Timur Barat (METRAMAC)
☎ 03-9173 2020
.
🚨 Lebuhraya Shahpadu
☎ 03-3342 0564
.
🚨 Lebuhraya Pantai Timur (NPE)
☎ 1300-88-1010
.
🚨 Lebuhraya sistem lingkaran Kajang (SILK)
☎ 1800-88-1977
.
🚨 Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 1
☎ 09-547 9111
.
🚨 Lebuhraya koridor Guthrie (GCE)
☎ 03-6038 5052
.
🚨 Lembaga Lebuhraya Malaysia
☎ 03-8738 3000
.
🚨 1MOCC
☎ 03-8000 800

Nasi Kandar Tajuddin Hussain, George Town yang bukan biasa-biasa

nasi kandar tajuddin hussain, george town

nasi kandar tajuddin hussain, george town
Tajuddin Hussain menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk menikmati nasi kandar yang enak kerana pilihan menu yang biasa dihidang di rumah dengan menggunakan resepi-resepi warisan Pulau Pinang yang sukar untuk ditemui di restoran-restoran lain lain di Pulau Pinang. Selain itu, masakan-masakan yang ditawar di restoran ini menggunakan bahan makanan yang unik seperti burung merpati, angsa, puyuh dan ayam belanda. Selain tu, yang membezakan nasi kandar Tajuddin Hussain dengan kebanyakan restoran nasi kandar yang lain adalah cara nak order makanan. Kalau restoran nasi kandar yang lain, kebiasaannya kita akan beratur panjang untuk ambil giliran nak ambil order. Dah sampai giliran, kita just tunjuk-tunjuk je lauk apa yang kita nak, kemudian kuah campur. Specialnya Tajuddin Hussain ni, bila korang datang je, terus cari meja kosong dan duduk. Diorang akan datang ambil order. So korang tak payah nak beratur panjang-panjang.
Orang ramai sentiasa berpusu-pusu ke Tajuddin Hussain untuk merasai makanan tersebut kerana tempat duduk dan kuantiti makanan yang terhad membuatkan hidangan nasi kandar di restoran tersebut lebih istimewa.
ayam masak apa ntah aku lupa daaa(ayam ros kalau tak silap)....tapi sedap


tadaaaaa...dah sampai order

all ready, let's eat!
roti canai
roti canai kuah kari banjir
Selain tu, kalau anak-anak yang tak makan nasi kandar, korang boleh la order roti canai. Di Tajuddin Hussain ni jugak ada roti canai tau.... satu lagi specialnya Tajuddin Hussain.

Jika korang nak datang ke restoran Tajuddin Hussain ni, tempat agak tersorok sikit, jalan sempit dan agar sukar untuk nak cari parking but it worth kalau dah kena sepinggan nasi kandar Tajuddin Hussain ni. Alamat lengkap restoran ni adalah : 
A: 49 & 51 Lebuh Queen, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Kalau pening jugak, jangan risau, ikut je gps koordiant dan juga google map seperti di bawah:
gps koordinat : 5°25'02.3"N 100°20'19.3"E atau 5.417317, 100.338691 

Pak Mid Cafe Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Pak Mid Cafe Batu Feringhi, Pulau Pinang

Pak Mid Cafe Batu Feringhi, Pulau Pinang
Jalan-jalan di Batu Ferringhi Pulau Pinang memang best. Boleh jalan-jalan cuci mata di sepanjang pantai, boleh buat macam aktiviti kat pandai. Ada banyak juga hotel yang berbintang-bintang kat sini yang menjadi pilihan pelancong asing. Malam-malam boleh jalan-jalan pulak di Night Market untuk beli barang-barang cenderahati. Kalau lapar? boleh cuba di Pak Mid Cafe yang betul-betul bertentangan dengan hotel Hard Rock.
Aku datang untuk makan malam, jadi gambar tak berapa nak clear la sikit, pencahayaan kurang kat Pak Mid Cafe nih...lagi-lagi aku pilih meja kat sebelah luar. Dari review yang aku baca dari pelanggan diorang ni, ada yang merungut pasal service diorang lambat dan agak mahal la jugak. Tapi time aku service cam ok la sikit... tak terlalu cepat tak terlalu lambat. Tapi tang harga tu taknak komen la....
menu Pak Mid Cafe
Gambar kat atas tu adalah sebahagian menu diorang. Sorry again kalau tak clear. Ada banyak juga menu makanan. Kebanyakannya menu masakan ala thai. Rasa sedap la jugak.. aku kasi 3 bintang. So gambar-gambar kat bawah ni pulak antara menu yang aku makan.
tudiaaa.....jom makan

daging masak halia

kailan ikan masin

nasi goreng paprik daging

nasi goreng paprik ayam
Kepada yang nak menuju ke Pak Mid Cafe ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°28'00.3"N 100°14'31.6"E atau 5.466741, 100.242104

TIPS CUCUR KEKAL RANGUP DAN LEMBUT SEPANJANG HARI.

Mesti ramai yang suka makan cucur kan. Tak kisah lah cucur bawang ke, cucur udang atau segala cucur lah.
Kadang tu kita dah masak cucur ni, tapi tekstur cucur keras. Jadi spoil nak makan. Tapii tak pe, nah seri share cara mudah untuk korang buat cucur jadi sedap, lembut dan rangup sepanjang hari.
Caranya.
. Tepung gandum
. 2@3 sudu tepung beras
. 1 cawan air panas
. 1 cawan air sejuk (air masak)
. Sebiji telur
. Gula
. Garam
. 2 sudu minyak panas
Sukatan tepung gandum, ikut korang nak bancuh banyak mana yea.
Kalau bancuhan tu pekat, adjust air tu nak banyak mana.
Ok selamat mencuba yea

lain macam Town Steel Kitchen, jom makan kat sini

Town Steel Kitchen, Bandar Perda Pulau Pinang

Town Steel Kitchen, Bandar Perda Pulau Pinang

Waktu Operasi :7:00 pagi-11.30pagi (Breakfast Meal)  &  12:00 tengahari - 11 malam. Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad. Lokasi restoran Town Steel Kitchen ni terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang. Berdekatan dengan Hospital KPJ.
Restoran Town Steel Kitchen ni menyediakan sarapan pagi. Sarapan pagi di sini pun sedap gak la... Antara menu sarapan pagi yang ada adalah roti bakar, nasi goreng kampung, koay teow goreng...boleh rujuk menu dalam gambar di bawah. 
Kalau sebelah petang, menu utama diorang adalah western food. Banyak menu yang best-best dan sedap-sedap.
Selain tu, Restoran Town Steel Kitchen juga menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya birthday party, suprise party, outside catering dan sebagainya.
Char Ho Fan
nasi goreng kampung

teh tarik madu (ais)

cili potong penyedap rasa
Gambar kat atas tu menu sarapan pagi aku di sini. Rasa sedap gak la nasi goreng kampung tu. Menu-meu lain sarapan pagi, boleh tengok menu di bawah.
menu sarapan pagi

menu minuman
Menu western pun tak kurang hebatnya. Sebelah petang ke malam, baru korang boleh order menu western ni. Kat bawah ni antara menu western diorang la....
western food
Memang berbaloi. Kepada yang nak datang sini, boleh la cari restoran Town Steel Kitchen ni di area Bandar Perda Pulau Pinang. Bulan Ramadhan pun diorang ada buka untuk berbuka puasa. Aku sertakna gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang mencari.
gps koordinat : 5°22'04.4"N 100°26'07.4"E atau 5.367890, 100.435392

Kedai makan Ari Tepi Highway (sebelah susur keluar Permatang Pauh)

nasi goreng seafood
Kedai makan Ari Tepi Highway ni memang betul-betul sebelah highway. Kedai ni terletak berhampiran susur keluar ke Permatang Pauh dari arah Seberang Jaya. Kedai makan Ari Tepi Highway ni ramai gak la orang datang petang-petang. Diorang buka petang sampai malam. Kedai diorang pakai khemah jer. Kat sini menu special kalau korang nak cuba, korang order makanan yang berasakan seafood macam nasi goreng seafood ke....char koay teow seafood pun ada tau. Seafood diorang lain macam sikit beb...Seafood diorang punya la banyak dalam satu pinggan. Kalau nak makan nasi goreng seafood, kena selak seafood dulu baru jmpa nasi...hahaha..
Kedai makan Ari Tepi Highway (korang perasan tak susur keluar ke Permatang Pauh tu?)

guna khemah jer
Tapi dari review yang aku tengok dari internet, ramai yang complaint order lambat sampai. Ada yang sejam lebih baru sampai. Aku pun experience camtu gak la.... tapi keinginan nak mencuba tu tinggi, jadi aku masih steady menunggu. Korang yang nak datang, bukan saja kena siap perut kosong malah korang kena bersedia dari segi mental gak...takmo emosi-emosi kalau order lambat smpai...kikikikikiki.
Dari segi menu, banyak juga la yang ada..selain seafood, aku try gak char koay teow, mee rebus dan nasi goreng udang. Nasi goreng udang, udang besar-besar gak.
nasi goreng udang

char koay teow

mee rebus
Rasa? memang recommended!!!! serving? agak kurang sikit la....boleh dipertingkatkan. Kalau korang nak datang, senang je nak cari sebab sebelah highway susur keluar Permatang Pauh je (dari arah Seberang Jaya). Aku sertakan juga gps koordiant dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.
gps koordiant : 5°24'35.7"N 100°24'25.6"E atau 5.409918, 100.407111

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar 

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil 
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus 

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[Ustaz Ismail Kamus]

## Share ilmu ini utk peringatan semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma Aameen! 


Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Food Court Osdiah D'bendang, Permatang Sireh, Kepala Batas Pulau Pinang

Osdiah D'bendang, Permatang Sireh, Kepala Batas, Pulau Pinang

Jom ke Food Court Osdiah D'bendang Permatang Sireh Kepala Batas untuk nikmati pelbagai menu dari gerai-gerai yang ada di sini.Sebelum ni semua gerai dibuka dr jam 3.30-11.30 malam.    Namun ada beberapa gerai di Food court akan dibuka dari jam 11.30 pagi,selebihnya dibuka petang seperti biasa. Jadi, kalau korang nak lunch tu, boleh la datang kat food court Osdiah D'bendang ni.
Gerai Tini's Kitchen yg menjual Bihun Sup,Mee Kari termasuk menu-menu Chinese Style iaitu Nasi Ayam Apollo,Wantan Mee,Koay teow Th'ng dan Kaki Ayam Masak Kicap.

Gerai D Safwa Corner yg menjual Nasi Kerabu,Nasi Berlauk Ala Kak Wok,Sizzling, Laksa, Laksam, Roti Bakar+Sup Kambing, Roti Bakar+Mushroom Sup dan lain-lain lagi. Ada macam-macam gerai lagi la macam koay teow kerang, char koay teow, sate, western food, etc.
So, kunjungan aku ke sini, aku try la beberapa makanan yang ada. Semua yang aku try tu seperti dalam gambar-gambar dibawah ni.
Jangan datang hari Isnin. Isnin diorang tutup.
Koay teow th'ng

satay

ayam grill

koay teow kerang

kacang pool

burger ( takde sayur takde sos, sebab anak aku nak makan)
Dari pemerhatian hati malam yang aku singgah tu, ramai gak orang datang. Penuh la semua tempat duduk. Aku gak food court ni memang tempat tumpuan kot. Osdiah D'bendang ni agak jauh sikit dari pekan Kepala Batas. Kawasan kampung sikit, tepi tali air. So, kepada sesiapa yang nak datang tak tahu kat mana Permatang Sireh ni, korang boleh guna gps koordinat yang aku sertakan dan juga google map.
gps koordinat: 5°29'48.9"N 100°25'44.4"E atau 5.496908, 100.429000