Nasi Kukus sedap di Restoran E-Nasi Kukus, Kuala Terengganu

Restoran E-Nasi Kukus pandangan depan

Restoran E-Nasi Kukus pandangan tepi
Restoran E-Nasi Kukus ni terletak di Jalan Kamaruddin, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu. Betul-betul dekat simpang traffic light.
E-Nasi Kukus ni juga antara tempat tumpuan orang ramai untuk nak merasai nasi kukus Kuala Terengganu. Banyak juga review dari blog-blog, vlog, etc. Aku dapat info pasal E-Nasi Kukus ni pun dari situ la jugak. Waktu tengahari ramai orang datang. siap beratur panjang.
Banyak juga lauk pauk yang ada di E-Nasi Kukus ni. Tak tahu nak pilih yang mana satu yang nak makan. Tapi biasanya kalau nasi kukus standard, ayam goreng berempah la, dengan sikit sambal dan jelatah timum nenas.
Lagi satu yang aku suka kat Kuala Terengganu ni, diorang suka buat teh ais (teh beng) yang buih meleleh kaw-kaw punya. Ni yang rare sikit... Kalau kat negeri lain jarang nak jumpa teh ais buih meleleh ni. Setakat yang aku makan di Kuala Terengganu ni, kebanyakkan teh ais buih meleleh la......
nasi kukus

teh ais buih meleleh (teh beng)
Rasa? sedap gak la....tak nak lauk standard nasi kukus tu, boleh pilih lauk lain.
antara lauk (menu) lain yang ada
Kepada yang nak datang ke Restoran E-Nasi Kukus ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk korang mencari. Selamat mencari dah selamat menjamu selera.
gps koordinat : 5°18'56.8"N 103°08'59.9"E atau 5.315789, 103.149974

Orang Utara dah boleh shopping di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang!

IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang
Makcik-makcik, kakak-kakak yang duduk belah utara ni, tak payah la lagi pujuk pakcik-pakcik, abang-abang suruh bawa pergi IKEA Damansara...Dekat belah utara pun dah ada!!!! Maka bergembira la makcik-makcik dan kaka-kakak sekalian....IKEA ni memang exclusive barang dia. Masuk dalam IKEA Batu Kawan ni, rasa sama je dengan yang di Damansara tu. Orang standard la...mesti ramai punya.
IKEA ni banyak barangan keperluan rumah dari yang kecil-kecil hingga lah ke perabot yang besar-besar. Kalau barang yang besar yang tak mut kereta korang nak angkut bawa balik, IKEA ada sediakan service penghantaran hingga ke pintu rumah korang....tapi kena bayar la kos penghantaran tu.
barangan display untuk korang survey dulu sebelum nak beli

barangan yang dipamerkan mengikut category
kalau nak beli barang yang besar-besar, korang kena pilih dulu di bahagian ruang pameran. Kemudian catatkan nombor barang yang korang nak beli tu. Pen dan kertas disediakan. Barang tu nanti korang kena ambil sendiri kat gudang IKEA. Kena cari sendiri kat mana barang tu.
Kalau lapar, ada cafe IKEA...tapi ramai gila la orang yang nak makan. Kena bertabah sikit.
gudang IKEA
Kepada orang-orang utara yang nak merasai shoppping di IKEA, jom datang ke IKEA Batu Kawan. Bagi yang tak tahu Batu Kawan dekat mana, aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai panduan untuk korang datang ke sini.
gps koordinat : 5°14'00.9"N 100°26'27.8"E atau 5.233591, 100.441062

Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu

Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu
Kalau dah sampai ke Kuala Terengganu ni, tak lengkap la kalau korang tak singgah di Pasar Besar Kedai Payang ni. Bahasa mudah orang panggil Pasar Besar Kedai Payang ni, Pasar Payang jer... Ok, Pasar Payang ni sebenarnya adik beradik dengan Pasar Siti Khadijah di terletak di Kelantan. Pasar Payang dengan Pasar Siti Khadijah sama je mondus operandinya.
Di Pasar Payang ni banyak korang boleh shopping. Nak beli batik terengganu, sutera terengganu, kain pasang, kraftangan dan macam-macam lagi yang ada.
baju-baju ( banyak baju pompuan laaa)

barangan makanan kering dan basah
Tingkat atas Pasar Payang ni, kebanyakan kedai-kedai banyak jual pakaian manakala dibahagian bawah Pasar Payang, terdapat barangan makanan kering dan juga basah. Kalau datang dengan makcik-makcik, kakak-kakak, kena bersedialah untuk berjam-jam nak tunggu diorang shopping. Itu cabaran besar untuk kaum lelaki....hahahaha... Satu lagi cabaran untu ke Pasar Payang ni, korang kean bertabah untuk cari parking. Aku 2-3 kali jugak la pusing baru boleh dapat parking. Bila dah parking tu rasa nikmat betul lah.
makan durian
Kalau korang jalan-jalan kat bahagian luar, depan Pasar Payang ni pulak, korang akan perasan orang jual durian. Diorang jual sepanjang masa or ikut musim durian tu aku tak pasti.... tapi masa aku datang ni ramai la yang jual durian. Yang bestnya, kita boleh makan terus kat situ. Ya la kan, kalau orang jauh datang dari Penang ke, Johor ke, kalau beli nak bawa balik, abis la kereta bau durian sepanajang perjalanan balik tu.
Kepada korang yang nak ke Pasar Payang ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map untuk korang sebagai rujukan dan panduan. Kena datang tau jika korang dah ada di Kuala Terengganu!!!!!!!
gps koordinat : 5°20'09.6"N 103°08'09.3"E atau 5.336003, 103.135929

Nasi dagang terbaik sedap di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Kak Pah Nasi Dagang Batu Burok, Kuala Terengganu

Sudut selera Kak Pah, gerai no 30
Salah satu tempat makan nasi dagang yang sedap di Terengganu adalah di Batu Burok. Dari pembacaan majoriti blog yang review Kak Pah Nasi Dagang ni, di sinilah terletaknya restoran Nasi Dagang paling sedap di Kuala Terengganu iaitu Sudut Selera Kak Pah. Bagi peminat-peminat nagi dagang, ramai yang memuji dan mengatakan ianya memang sedap dan sukar mencari nasi dagang berkualiti seperti ini.

Alamat kedai Kedai Nasi Dagang Kak Pah ialah Gerai nombor 30 di deretan kedai makan di Pantai Batu Burok.

Selain daripada Nasi Dagang, restoran ini ada juga menjual Nasi Lemak sebagai pilihan. Ini mungkin bagi mereka yang inginkan kelainan menu lain untuk bersarapan. Nasi Lemaknya juga dipuji sebagai menu yang sedap.

Menu di sini hanya dijual khas untuk sarapan sahaja. Kedai ini dibuka seawal pukul 8.30 pagi. Walau bagaimanapun, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di sini biasanya akan habis terjual sekitar jam 10.30 pagi. Dikatakan juga nasi dagang di sini cepat habis, so kalau nak merasa makan nasi dagang terbaik, kenalah datang awal. Beratur panjang beb.
Beratur panjang nak makan nasi dagang
Nak makan pun beratur panjang, nak cari tempat duduk pun satu hal lagi. Kalau orang jauh datang, kena la hadap jugak... kalau tak, takde la nak merasa nasi dagang terbaik di terengganu ni. Kak Pah Nasi Dagang Batu Burok ni juga pernah di terjah oleh team jalan-jalan cari makan TV3. Plat JJCM TV3 tu ada tergantung depan gerai diorang tu.
Plat JJCM TV3

nasi dagang

nasi dagang
Kepada yang nak singgah sarapan pagi di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang. Dah sampai Kuala Terengganu, wajib cari nasi dagang ni..baru lengkap percutian korang.
gps koordinat : 5°19'11.4"N 103°09'14.6"E atau 5.319821, 103.154052

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir, Kuala Terengganu

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir, Kuala Terengganu

Senarai menu Air Buah Gelas Besar
Salah satu tempat makan menarik di Kuala Terengganu untuk makan petang dan malam, boleh la datang ke restoran Air Buah Gelas Besar, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Restoran ni sering menjadi pilihan orang ramai untuk menikmat air buah yang pure dan fresh.
Memandangkan tempat ni popular dengan air buah, so banyak hidangan air buah yang ada di sini. Pelbagai buah-buahan yang ada di sini yang boleh korang pilih untuk dijadikan jus buah.
Yang paling menarik, air buah di sini memang dihidangkan dalam gelas besar. Gelas besar pulak ada pelbagai jenis kategori plak...Ada bekas kecil, bekas besar dan balang. Balang ni plak ada pelbagai bentuk. Semuanya besar-besar. Minum boleh sampai pecah perut..hahahahha... kenyang air jer...
Gelas Besar dengan gelas kecil (standard biasa)
Nampak besar gelas besar dengan gelas kecil yang standard? besar kan? yang ni aku order air karot susu. Ni kira gelas besar yang biasa. Ada lagi yang lagi besar!!! jangan terkejut ye...
Selain air buah, ada juga disediakan menu makanan di sini. Antara makanan yang ada di restoran gelas besar ni adalah nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, laksa, laksam, keropok lekor, rojak ayam dan juga mee sup.
nasi lemak
Bagi yang tengah bercuti dan nak minum air buah di Kuala Terengganu ni, boleh la datang ke restoran ni...memang rare dan terbaik air buah diorang. Aku sertakan gps korrdinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang yang berhajat untuk datang sini.
orang ramai tengah menikmati air buah
gps koordinat air buah gelas besar : 5°21'42.1"N 103°07'01.6"E atau 5.361702, 103.117119

Masjid Kristal Kuala Terengganu, tumpuan orang ramai terutama musim cuti sekolah

Masjid Kristal Kuala Terengganu
Tempat wajib untuk di lawati jika korang ada di Kuala Terengganu. Kalau datang waktu cuti sekolah ataupun cuti umum yang panjang, Masjid Kristal ni akan sesak dengan orang ramai yang datang ke sini. Masid yang cantik dan rare menjadi tarikan bukan saja masyarakat tempatan malahan turut menarik minat pelancong-pelancong asing.
Kepada yang nak datang ke sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map yang aku sediakan.
gps koordinat :  5°19'20.4"N 103°07'14.1"E atau 5.322331, 103.120583

Tempat proses keropok lekor Dynar Lekor, Kuala Terengganu

kedai keropok lekor - Dynar Lekor Kuala Terengganu
Dynar Lekor
Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman,
Kampung Bukit Tok Beng
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Dynar Lekor ni diorang proses sendiri keropok lekor then terus jual kepada customer. Kalau datang ke Kuala Terengganu ni, tempat ni wajib korang kena singgah untuk beli keropok lekor. Selain keropok lekor, keropok keping pun ada di sini. So, boleh borong sekali. Rugi la tak beli keropok lekor ni terutama orang luar Terengganu. Orang terengganu mungkin dah biasa sebab makanan tradisi diorang kan....
kayu api untuk masak/rebus keropok lekor

ada banyak periuk besar yang tengah masak/rebus keropok lekor
keropok lekor di proses mengunakan kaedah dapur tradisional bagi mengekalkan keaslian rasa keropok lekor terengganu. Korang boleh tengok keropok lekor di rebus menggunakan dapur kayu api yang banyak dengan periuk besar. Api yang marak dan sekata nyalaannya boleh dilihat oleh semua pelanggan yang datang.
keropok lekor yang dah siap dimasak, boleh makan di kedai

Kalau ramai orang, kena ambil nombor giliran dulu

banyak juga pilihan keropok keping
Selain beli untuk bawa balik, ada juga disediakan cafe untuk korang makan terus di situ. Dimasak panas-panas, terus makan...memang rasa fresh la...Korang kena beli dan makan juga di situ...baru feel makan keropok lekor kuala terengganu.
Kepada yang datang ke Kuala Terengganu dan mencari Dynar Lekor ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°21'23.4"N 103°07'09.2"E atau 5.356511, 103.119209

Makan tengahari di Nasi Kukus Sempoi Alias 2, Kuala Terengganu

Nasi Kukus Sempoi Alias 2, Kuala Terrengganu


Tempat menarik dan sedap untuk makan tengahari di Kuala Terengganu, Korang boleh cuba di Restoran Nasi Kukus Sempoi Alias 2. Aku datang dari jauh jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu ni, sampai je terus je ke sini. Sampai-sampai je dalam pukul 2 lebih, dah nak habis dah lauk...terutamanya ayam goreng berempah...rasa frust gak la... Tapi nasib aku baik, sebab tokey restoran ni bagi jugak kat aku ayam goreng berempah tu yang diorang simpan untuk staf diorang makan. Katanya untuk tidak menghampakan aku, meraikan orang jauh. Terima kasih Abang Nasi Kukus!
Nasi Kukus ayam rempah

Nasi Kukus ayam rempah

ayam berempah - terima kasih tokey nasi kukus! dapat gak merasa ayam ni..
Nasi kukus ayam rempah ni, memang sedap beb! Di tambah pulak aku tengah lapar, dari penang singgah di kelantan, then gerak ke Kuala Terengganu...jauh tu... memang lapar sangat nih...hahaha
Lagi satu yang best kat sini, teh ais diorang la..tapi kat sini panggil teh beng or teh peng... Teh ais/ teh beng siap ada buih meleleh-leleh....nak letak ais krim pun boleh. Memang rare lah bagi orang luar macam aku nih.
teh ais / teh beng meleleh

teh ais / teh beng meleleh
Kalau korang berhajat nak datang ke restoran Nasi Kukus Sempoi Alias 2 ni, kena datang terengganu la. Bagi nak memudahkan pencarian korang, aku sediakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°18'49.1"N 103°08'26.4"E atau 5.313626, 103.140652

Sarapan pagi di Warung Pok Loh Milo Tunggeng, Kota Bharu Kelantan

Warung Pok Loh Milo Tunggeng, Kota Bharu Kelantan

orang ramai tengah bersarapan pagi
Nama warung macam pelik sikit kan. Walaupun pelik, tetap menjadi buruan orang ramai untuk bersarapan pagi. Sampai-sampai je tengok, dah berderet orang dalam warung tu. Nak kena tunggu meja kosong, baru boleh duduk.
Lagi nampak sesak sebab warung ni kecil jer. Lokasinya di belakang hospital pakar perdana Kota Bharu, Kelantan. Kena milo tunggeng? Sebabnya milo di warung Pok Loh Milo Tunggeng ni pelik (rare) dari tempat-tempat lain. Kiranya signature dish diorang la. Cara penyediaannya serbuk milo ditabur di atas air milo dengan cara menunggeng tin milo ke dalam air milo. Sebab tu la kot namanya milo tunggeng. Rasanya memang kaw habis!
Milo tunggeng
Milo tunggeng ni boleh minta yang milo ais atau pun milo panas. Dua-dua boleh tonggeng...hihihihi. Selain milo tunggeng ni, makanan di sini memang banyak untuk sarapan pagi, semuanya disediakan secara bungkus siap-siap. Nak ambil jer, pastu makan then bayar. Sate pun ada.... sate pun di bungkus siap-siap...sate tu sebatang je...dengan nasi himpit dan kuah kacang.
pelbagai makanan yang dibungkus siap-siap

set sate dan nasi himpit

nasi berlauk pun ada

telur separuh masak

laksam
Kan dah cakap...banyak makanan kelantan yang korang boleh makan di sini. Kalau nak sarapan pagi, boleh la nak cuba di Pok Loh Milo Tunggeng ni. Lokasi senang jer...belakang nospital pakar perdana, Kota Bharu. Aku sertakan juga di sini gps koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang cari Pok Loh Milo Tunggeng ni.
gps koordinat : 6°07'13.5"N 102°14'34.1"E atau 6.120408, 102.242799

Makan roti tempayan Wajinah (roti nan le tu), Kota Bharu Kelantan

kedai makan roti tempayan wajinah KB

ni yang katakan roti tempayan tu
Roti tempayan tu roti nan la...Di belah Kelantan ni diorang panggil roti nan tu roti tempayan... Sebelum aku sampai di wajinah ni, aku dok terfikir roti tempayan tu sebenarnya macam mana bentuk dia. Dah sampai, tengok-tengok...laaaaaaaaa roti nan rupanya...kikikikikiki
Kedai roti tempayan Wajinah ni memang lokasi di tengah-tengah bandar Kota Bahru. Dekat dengan simpang traffic light. Tepi jalan jer...
ni roti tempayan kosong

ni roti tempayan cheese

cicah dengan kuah kari

cicah dengan kuah kari ayam
Roti tempayan korang boleh pilih camna korang nak....yag korong ke..yang ada cheese ke....dan juga boleh pilih nak cicah dengan kuah kari. Ada banyak juga pilihan kuah kari untuk cicah roti tempayan tu.
senarai menu wajinah
Kepada yang nak datang ke roti tempayan wajinah ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 6°07'13.3"N 102°14'49.8"E atau 6.120362, 102.247168