Pusat Penjaja Jalan Harmoni, Bagan Serai

Pusat Penjaja Harmoni Bagan Serai
Pusat Penjaja Jalan Harmoni ni, macam medan selera la. Banyak gerai-gerai makanan dalam tu. Korang just pilih je nak makan apa. Dalam Pusat Penjaja Jalan Harmoni ni jugak, ada gerai yang jual gulai-gulai. Gulai yang sempoi semestinya gulai sembilang.
gerai gulai/kari sembilang

gulai sembilang
Gulai sembilang ni kira rare la dalam ni. Makanan yang lain tu, macam biasa la...makanan goreng-goreng, sup dan sebagainya.
char koay teow

koay teow kerang
Kalau korang nak datang ke Pusat Penjaja Jalan Harmoni ni, lokasinya betul-betul bertentangan dengan stesen bus Bagan Serai. Gps koordiant dan google map adalah seperti di bawah ni.
gps koordinat : 5°00'45.4"N 100°32'07.8"E atau 5.012601, 100.535497

Old Town White Coffee, Bandar Perda, Pulau Pinang

Old Town White Coffee, Bandar Perda, Pulau Pinang
Peminat-peminat Old Town Coffee, boleh la datang ke Bandar Perda, Pulau Pinang. Old Town White Coffe ni bukan kat sini je ada....merata-rata tempat ada. Cuma maksud aku, sapa-sapa yang ada di area bandar Perda ni, boleh la kalau nak datang. Makanan Old Town ni adalah style chinese food. Ada pelbagai menu gak la... Menu yang aku makan macam kat bawah ni.
BBQ Chicken Dry Egg Noodles

BBQ Chicken Egg Noodles Soup

plain soup

sotf Boiled Omega Eggs

white coffee

teh tarik
Kepada yang mencari Old Town White Coffee ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°22'03.8"N 100°26'13.2"E atau 5.367729, 100.436994

Nasi Kandar Jamal Mohamed, Butterworth Pulau Pinang

Nasi Kandar Jamal Mohamed

lauk-lauk nasi kandar, kuah mesti mau campur
Nasi Kandar Jamal Mohamed, 4846 Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 1200 Butterworth, Pulau Pinang. Tu alamat lengkap aku bagi Nasi Kandar Jamal Mohamed ni. Dekat sebelah tanah besar ni, restoran ni kira mendapat sambutan jugak la. Biasa yang lagi padu nasi kandar yang sebelah pulau tu. Nasi kandar Jamal Mohamed kira nasi kandar turun temurun la. Resepi yang diwarisi.
nasi kandar ayam masak hitam, bendi rebus
Yang menariknya, restoran jamal mohamed ni sebenarnya adalah owner nasi kandar pokok ketapang yang famous tu. Cuma yang nasi kandar pokok ketapang ni buka bermula 11 malam. Lokasi pokok ketapang tu hanya 100m dalam restoran jamal mohamed tu. Lain kali kalau berkesempatan aku datang review yang pokok ketapang ni pulak.
Untuk ke sini, selain alamat yang aku dah bagi tu, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 5°24'36.7"N 100°22'19.8"E atau 5.410201, 100.372152

Nasi Kandar Hussain, AEON BIG Seberang Jaya


Restoran Hussain Nasi Kandar di AEON BIG Seberang Jaya
Satu alternatif untuk peminat nasi kandar yang berada di Area Permatang Pauh, Restoran Hussain Nasi Kandar ada di medan selera/food court AEON BIG Seberang Jaya. Banyak juga pilihan lauk nasi kandar di sini. Nasi briyani pun ada.
nasi briyani, hussain nasi kandar
Nak datang ke sini, senang je.... cari AEON BIG Seberang Jaya. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps koordinat : 5°23'20.3"N 100°24'32.6"E atau 5.388963, 100.409068

Bihun Sup Simpang Tiga Selinsing, Semanggol, Perak

kedai makan Bihun Sup Simpang Tiga Selinsing
Kedai makan Bihun Sup ni terletak di Simpang Tiga Selinsing, Perak dalam mukim Gunung Semanggol. Kedai makan ni memang dah ada di situ dah berpuluh tahun. Pernah sekali kedai ni terbakar. Diorang bina balik atas tapak yang sama. Dikalangan orang tempatan, kedai bihun sup ni femes la. Kedai makan ni memang betul-betul dekat penjuru Simpang Tiga tu. Belakang Kedai, ada surau... surau tu pun memang legend gak la usia dia... tapi sekarang diorang dah upgrade... dah cantik surau tu.
mee sup

koay teow sup

bihun sup (yang aku order ni set untuk budak)
Walaupun nama kedai tu Kedai makan bihun sup Simpang Tiga, tapi menu sup lain pun ada jugak, macam koay teow sup, mee sup.. Sekarang ni pun diorang dah ada menu lain selain dari sup-sup. So aku try la gak mee goreng diorang. Mee goreng sedap!
mee goreng terbaik sodap!
Kepada yang nak ke sini, boleh terus ke Simpang Tiga Selinsing, Perak. Aku juga sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°56'13.9"N 100°38'21.8"E atau 4.937199, 100.639384

Nasi Kandar To' Kandu, Permatang Pauh (dekat dengan Sekolah Kebangsaan Permatang To'Kandu)

Nasi Kandar To'Kandu, Permatang To'Kandu, Permatang Pauh
Restoran Nasi Kandar To'Kandu ni terletak di Permatang To' Kandu, Permatang Pauh Pulau Pinang. Landmark paling mudah nak cari adalah Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu. Nasi Kandar Melayu ni, bukan mamak. Rare sikit la kan... jarang orang melayu buat restoran nasi kandar. 
Makanan semuanya style nasi kandar. Yaang paling aku suka ayam madu bawang diorang. Sedap beb. Korang pun kalau daang sini, wajib kena ambil ayam madu bwang nih. Ada juga tambahan gulai melayu yang aku tengok. Gulai melayu ni kalau kat restoran mamak memang takde la. Kiranya ada la sikit makanan kemelayuan kat nasi kandar to'kandu ni.
Add captionayam madu bawang terbaik

lauk-lauk nasi kandar

gulai-gulai melayu style
Nampak sedap tak semua tu? Sedapkan....feveret aku tu semestinya ayam madu bawang diorang tu. Terbaik sedap! Gambar bawah ni nasi kandar yang aku makan....kuah campur.
nasi kandar ayam madu bawang bendi rebus

nasi kandar ayam madu bawang sayur kacang panjang telur masin
Kepada yang nak cuba makan di sini, korang cari Sekolah Kebangsaan Permatang To'Kandu. Restoran ni ada dekat-dekat situ. Aku juga sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat nasi kandar to' kandu : 5°23'36.6"N 100°25'04.0"E atau 5.393487, 100.417775

Kak Gee Pasta, Asam Pedas Johor, Aeon Big, Seberang Jaya

Kak Gee Pasta, Asam Pedas Johor
Kak Gee Pasta - Asam Pedas Johor ni terletak di food court AEON BIG Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dekat Sini ada asam pedas yang di masak panas-panas. Jenis ikan boleh pilih sendiri. Selain tu, ada juga pasta. Gambar di bawah ni adalah menu di Kak Gee Pasta-Asam Pedas Johor.
menu
Lokasi AEON BIG Seberang Jaya ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni. Semoga bermanafat.
gps koordinat : 5°23'20.3"N 100°24'32.6"E atau 5.388963, 100.409068

Jom makan western food di restoran Fais, Permatang Janggus, Permatang Pauh

restoran Fais, Permatang Janggus di Permatang Pauh

dalam restoran Fais
No 1260, Mk 4, Permatang Janggus, 13500 Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kalau dari highway BKE dari Butterwoth, ambil kiri. Lebih kurang 500m korang akan nampak restoran Fais ni disebelah kanan korang.
So aku datang ke restoran Fais ni, memang niat nak makan western food. Dulu pernah makan sekali, rasa sedap plak...ni yang datang sekali lagi nak repeat makan western food di sini. Restoran ni buka petang sampai malam. Biasanya waktu malam ramai la sikit orang. Aku datang ni petang, diorang baru nak buka...goreng-goreng masa ni takde lagi..sebabnya bila aku nak order yg goreng diorang tak ready lagi.
menu western food restoran Fais
Tu kat atas tu, menu western food, korang boleh la nak pilih menu mana yang berkenan. Menu yang aku order adalah macam gambar-gambar di bawah ni.
lamb chop

grilled chicken

spaghetti cabonara

spaghetti bolognese meat ball

mushroom soup

french fries
Korang boleh cuba menu yang lain tu. Kalau nak datang boleh refer alamat yang aku dah bagi tu ataupun korang boleh guna gps koordinat dan google map yang aku dah sediakan seperti dibawah ni.:
gps koordinat : 5°24'02.7"N 100°25'02.0"E atau 5.400752, 100.417210

Makan malam di warung Buluh Kuning, Bagan Serai, Perak

Buluh Kuning, Bagan Serai, Perak

Menu di warung Buluh Kuning
Port makan yang sempoi di Bagan Serai yang korang kena terjah kalau korang berada di Bagan Serai ni adalah warung Buluh Kuning. Korang jangan main-main dengan Buluh Kuning ni ek.... Buluh Kuning ni pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tau!
Ada banyak menu-menu yang menarik di sini. Yang paling laku keras, char koay teow.... Tapi malam tu aku tak order pun char koay teow... sja nak try benda lain plak.
nasi goreng udang (udang banyak disebalik timbunan nasi tu)

mee goreng basah 
Sedap la bagi aku....Aku sebenarnya dah 2-3 kali dah makan di sini...cuma kali ni berkesempatan untuk masukkan dalam posting blog aku ni. Kepada yang nak datang sini, warung Buluh Kuning ni bertentangan dengan stesen bas Bagan Serai. Aku sertakan sekali gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°00'41.7"N 100°32'08.8"E atau 5.011572, 100.535772

Makan nasi kandar di restoran nasi kandar Yasmeen, Sungai Petani

Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Sungai Petani
Kepada pengemar nasi kandar yang berada di area Sungai Petani, Kedah, boleh la cuba makan di restoran nasi kandar yasmeen ni. Boleh cari Yasmeen nasi kandr ni di Bandar Amanjaya Sungai Petani.
Restoran yang agak luas dan selesa. Banyak juga pilihan makanan dan juga lauk pauk. Misi aku ke sini nak try nasi kandar diorang... yang lain tu lain hari la aku datang.... Aku cuba nasi kandar ayam madu dengna ayam ros. Agak pedas gak la..bendi rebus memang wajib kena ambil la...trendmark nasi kandar tu..
nasi kandar ayam ros

nasi kandar ayam madu
Antara lauk lain yang ada....semapat aku snap sikit je ni...ada lagi yang lain-lain....
lauk nasi kandar

lauk nasi kandar

ayam madu
Ok geng, kalau nak datang restoran nasi kandar yasmeen ni, boleh cari di Bandar Amanjaya Sungai Petani Kedah. Aku sertakan sekali di bawah ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat nasi kandar yasmeen : 5°40'26.6"N 100°30'29.9"E atau 5.674052, 100.508310

Mee Rebus Anuar Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh

Anuar Mee Rebus
Nak makan petang mee rebus, boleh la singgah di warung Mee Rebus Anuar di persimpangan masuk Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh. Sedap gak mee rebus anuar ni. Nak makan di situ pun boleh, nak bungkus pun boleh. Aku bungkus jer...
boleh makan di sini

harga mee rebus anuar

mee rebus (bungkus)
Sesiapa nak cuba mee rebus anuar ni, boleh datang ke Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh. Aku sertakan sekali gps koordinat dan google map;
gps koordinat : 5°23'13.4"N 100°25'05.2"E atau 5.387060, 100.418109